Wednesday, May 4, 2011

Gempar Terkini..!!! Nik Aziz dah setuju join BN..!!! Anwar menangis tak berlagu...!!!!


Setelah ditempeleng Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Setelah diluku kepalanya oleh Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya. Dan setelah teruk khabarnya di"tasykil"kan oleh Dewan Ulama PAS, Nik Aziz akhirnya mengangkat bendera putih, surrender..!!!

Jika benarlah cerita ini, saya dapat membayangkan Anwar sedang menangis berguling-guling di atas jalan depan rumahnya. Meratapi kegagalannya menuju ke Putrajaya. Tapi Anwar, pada hemat saya, biarpun Nik Aziz & PAS tak masuk BN sekalipun, kamu takkan berjaya punya ke Putrajaya...!!!

Keratan akhbar di atas adalah buktinya. Sayangnya keratan akhbar itu adalah keratan lama mengenai kenyataan Nik Aziz masa muda-mudanya dahulu. Itu kenyataan Nik Aziz ketika dia belum "nyanyuk"...

Sekarang ni dah tua bangka, dah nyanyuk dah. Apatah lagi di usia nyanyuk ini, dia berkawan pula dengan iblis syaitan. Dia kata tak apa, demi politik, kawan dengan syaitan pun boleh..!!!

Dulu, DAP dituduhnya syaitan. DAP itu "musuh yang nyata", "aduwwun mubinnn", firman Allah dikitabNya. Dulu DAP itulah yang diperangi Nik Aziz. Malah lebih separuh umurnya dihabiskan dengan menentan DAP habis-habisan...

Namun sekarang? Sejak berkawan dengan syaitan, syaitan itulah yang dipeluknya. Syaitan itulah yang dianggap "khalifah"nya. Khalifah Guan Eng, katanya. Siapa yang cuba serang DAP, Nik Aziz rela menjadi benteng mempertahankan sahabat syaitannya itu.

Itulah yang berlaku sekarang. Dulu lain, sekarang lain. Dulu okay, sekaran tak okay. Dulu baik, sekarang mengalahkan syaitan. Ustaz saya kata, siapa yang harinya lebih teruk dari semalamnya, maka dia itu "mal'un".

Pembaca semua tahu apa itu "mal'un"? Mal'un itu adalah "yang dilaknat". Apakah Nik Aziz sekarang hidup di dalam laknat Allah??? Na'uzubillahi min zalik...biar Nik Aziz kena sorang sudah. Janganlah kita pula terbabit. Kita doakan dia sajalahhh...!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!