Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, May 10, 2011

Gempar..!!! PKR akan keluar Fatwa dalam masa terdekat..!!! SUMPAH ADALAH HARAM..!!!

Inikah "ustaz" yang bakal dijemput PKR itu..???

Seorang sahabat saya tadi menghubungi saya menceritakan tentang kisah dia pergi cover story pasal driver Anwar yang buat report polis kat Balai Polis tepi pejabat PKR di Tropicana petang tadi.

Menurutnya, sepatutnya laporan polis tu dijangka dibuat pada antara jam 3 hingga 3.30 petang. Tapi pukul 4 lebih, baru driver Anwar tunjuk muka. Menurutnya, kejadian yang nak dilaporkan pada polis ni dah berlaku SEBULAN yang lalu. Tapi "Ketua Mekanik" tu ambil masa SEBULAN nak siapkan laporan terperinci!

Sebelum driver Anwar tu tunjuk muka, ada seorang mamat PKR ni. Sahabat saya kata, dia ni orang kanan Anwar, fizikalnya macam Sam Ketot...gemuk dan katik! Mamat ni tengah sebok "berdebat" dengan beberapa journalis berkenaan "sumpah"!

Mamat ni kata, "Tunggu pada 13 atau 14 Mei ni, ada seorang Ustaz akan memberi fatwa bahawa SUMPAH ADALAH HARAM..!!!". Bila ditanya ustaz mana yang nak beri fatwa tu? Dia kata, "Ustaz ni dari Syiria..", namun bukan seorang Ustaz yang berjawatan dalam kerajaan Syiria. Mungkin "ustaz" di salah satu masjid PKR di sana, kot???

Sayugia itu saya naklah menjemput mamat tu dan umat Islam yang masih kurang yakin dengan sistem keadilan Islam dan hukum hakam bersumpah untuk merujuk di SINI. Faktanya jelas dan berpandukan hadis yang sahih, dalil naqli dan aqli yang muqtabar seluruh dunia.

Lagi satu perlu diingat bahawa Eskay tidak bersumpah laknat untuk sebarang jenayah dalam Islam yang membabitkan li'an, qazaf atau sebagainya. Eskay hanya bersumpah bahawa Anwar dan dirinya ada dalam video tersebut, serta apa yang dikatakannya itu semuanya benar-benar belaka. Eskay juga bersumpah, sekiranya dia berbohong, maka Allah akan melaknat dirinya.

Jadi, jangan timbulkan bahawa ini soal petuduhan zina, qazaf, li'an atau sebarang perundangan jenayah Islam. Harap "ustaz" dari Syiria itu tak buat kecoh nak bagi fatwa yang bukan-bukan di Malaysia. Cukuplah umat Islam di Malaysia keliru dengan Fatwa Pok Nik seorang, jangan ditambah seorang lagi "ustaz" fatwa songsang!

2 comments:

TokAyah said...

Kepala otak dia. Cuba suruh dia angkat sumpah jadi ahli dewan parlimen? Boleh pula?

Anonymous said...

aku ni bukan la ustaz ke orang politik ker tapi aku ada la dengor ceramah agama penceramah bebas bukan orang PAS ke UMNO ke dan dengan memberikan hadis dan rujukan Al Quran beliau menegaskan tidak salah tak haram orang Islam bersumpah.

dan sepatutnya yang bersumpah adalah orang yang kena tuduh bukan penuduh. dalam kes Anwar 'balun bontot' ni yang menuduh ialah Dato' Eskay dan yang dituduh Anwar 'balun bontot' tu jadi sepatutnya 'mangkuk ayon' tu yang bersumpah bagi membersihkan tuduhan padanya nafikan yang dia tak 'kongkek' china doll tu bukan dato' Eskay yang sapatutnya bersumpah.

jangan jadi pondan lidah biawak putar belit sana sini belindung dengan anak bini pengikut-pengikut bonggok ko tu kalau betul tak buat bersumpahlah apa takut berani kerana benar.

dalam zaman Nabi dan para sahabat pun Nabi sendiri pun pernah bersumpah Saidina Abu Bakar pun pernah bersumpah. apakah Nabi dan sahabat-sahabat akan bersumpah jika ianya haram ? siapa kamu anwar yang berani menyanggah tindakan Nabi ?

kesimpulannya bersumpah itu tidaklah haram yang haram ialah anwar dan pengikut-pengikutnya yang memang haramjadah ....
aaaggghhhhh tuiii !!!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!