Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, May 5, 2011

Gempak bebbbb..!!! PAS suruh dedah "kemaluan" Anwar lagi...!!!



Siapa kata tidak boleh mendedahkan keaiban pemimpin politik? Siapa? Kemukakan nas, dalil aqliy dan dalil naqliy kepada saya. Kemukakan segera sekiranya anda betul yakin bahawa tidak boleh dedahkan keaiban Anwar..!!!

Tidakkah rakyat tahu bahawa Presiden Parti yang "ekstrim Islam"nya, Hj Hadi Awang, telah mengeluarkan fatwanya bahawa "mendedahkan keaiban pemimpin politik" dibolehkan menurut kefahaman Islamnya.

Menurut "fatwa" Hadi yang diwartakan selepas solat terawikh pada 27 Ogos 2009 (bulan Ramadhan), beliau berkata...

"Di dalam amanah memilih pemimpin, kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah."

Hadi menambah lagi...

"Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)."

Jadi, berdasarkan fatwa Hadi ini, maka tidak salahlah untuk kita mendedahkan keaiban Anwar meskipun pendedahan tersebut mempamerkan "kemaluan" Anwar sekali pun..!!!

Jadi, sekali lagi, saya cabar pada sesesiapa yang mampu menafikan fatwa Hadi ini??? Amacam Anwar? Tak nak suruh Kit Siang, Karpal atau Khalifah Guan Eng keluar "fatwa" baru ke???

2 comments:

Anak Teruna said...

great job bro...........

Tok Limbong said...

Salam. Hasil tulisan yg menarik. Harap dapat link kan blog Tok Limbong.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!