Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, May 7, 2011

Gelagat "Anon" dan "Tukang Komen" di blog-blog pro-kerajaan...hehehehee..!!!


Saya lihat, pelbagai isu telah diketengahkan dengan baik oleh blogger-blogger pro-kerajaan. Pelbagai kupasan yang rasional, bernas, menurut lunas undang-undang dan berpandukan hukum hakam Islam turut digarapkan melalui cetusan rakan-rakan blogger ini. Tahniah saya ucapkan pada semua.

Meskipun begitu, saya agak khuatir dan kecewa dengan respon-respon yang diberikan oleh "tukang komen" di dalam blog-blog kami ini. Saya khuatir kerana melihat tiada hujah yang diberikan untuk mempertikaikan isu dan isi kandungan entry. Dan saya kecewa kerana berdepan dengan golongan yang cetek pemikiran, sudahlah tidak berhujah, hanya maki-makian dan carutan yang dihamburkan.

Saya ada bertanya pada ramai rakan-rakan blogger sama ada mereka turut mendapat komen yang berkualiti rendah di blog mereka. Mereka berkata, bukan saja tidak ada hujah, maki hamun dan carutan dihamburkan, malah ada yang menerima ugutan!

Kadang-kadang saya gelihati melihat gelagat tukang komen yang mewakili Pakatan Haram. Mereka bukan saja gagal menjawab segala isu dan persoalan yang kami utarakan, malah mereka merendahkan kualiti dan maruah mereka dengan sifat "mazmumah" yang dianjurkan oleh syaitanirrojimmm. Begitu senang mereka dipengaruhi sejak berkawan dengan "syaitan" dan "iblis" ini.

Hari ini blogger The Flying Kick ada menghubungi saya memberitahu bahawa ada seorang "anon" yang "melaknat" saya di blognya. Saya ketawa spontan! Dia beritahu, seorang yang disyaki juak pakatan haram telah meninggalkan komen itu di SINI. Saya kata padanya, "bro, publish je lah...biar orang tengok sikit perangai puak-puak pakatan haram ni..".

Saya hairan, apa kena mengena saya dengan blog dan entry kawan saya itu? Dan mengapa tiba-tiba dia "melaknat" saya di situ. Cucu Tok Wan pun tertanya-tanya jugak, namun dia kata, mungkin tukang komen itu fikir The Flying Kick ini adalah orang yang sama dengan Duke Of UMNO, kot? Itu saja andaian kami.

Setelah saya fikir, saya rasa, mungkin tukang "laknat" itu tidak berani buat komen di blog saya ini kerana saya tidak akan publishkan "komen sampah" sebegitu. No point. Untuk apa saya kongsikan komen sebegitu? Tidak mendatangkan sebarang faedah untuk para pelawat di blog ini.

Sudah saya katakan berkali-kali bahawa blog ini adalah blog saya, dan saya berhak untuk mempublishkan komen mengikut kriteria yang saya tetapkan. Ada juga komen dari puak pakatan haram yang saya publishkan, mungkin kerana saya fikir "ada point". Dan ada juga komen dari "anon" pro-kerajaan yang saya delete. Saya tak pilih kasih. Mana yang betul, maka tetap betul bagi saya, dan begitu juga sebaliknya.

Kadang-kadang saya tersenyum dengan komen-komen "tak cukup akal" ini. Bukan apa, sudahlah mereka gagal menangkis dan meneutralkan isu serangan kami, mereka tunjukkan pula kebodohan mereka pada kami. Frankly, saya hilang rasa hormat pada mereka. Apapun, doakanlah mereka berubah...! Heheheheeeee...

2 comments:

Anonymous said...

Salam Duke,

Inilah perangai/pe'el puak-puak pembangkang, terlalu taksub sangat dengan "Idola" mereka AI. Apa yang AI tuduh UMNO/BN semuanya terpalit kat depa balik. Baru ni dia kat UMNO memperbodohkan rakyat, sebenarnya PKR lah yang memperbahalolkan rakyatnya. Macam-macam lagi tuduhan AI kepada UMNO/BN seperti liwat, video sex dll tapi semuanya dia yang buat.
Saya seru semua puak-puak blogger pro-kerajaan, media cetak dan elektronik, mulai dari sekarang tak usah lagi buat liputan tentang si Baghal AI ni lagi. Biar depa saja yang terhegeh-hegeh sanjung ketua peliwat tegar depa. Baru padan muka, rakyat dah meluat dengaq cerita AI ni si Raja PENIPU.

aku said...

aik...sampai nak 'melaknat' plak...apa depa fikir 'laknat melaknat' ni urusan makhluk ka..?

yang bersumpah laknat....atas nama Allah S.W.T...dengan kesaksiannya Allah...yang Maha Esa...Maha Mengetahui...Maha Adil....mintak laknat daripada Allah sekiranya yang bersumpah tidak berkata benar...depa 'persenda'...dan pertikai kan...depa tu agama apa ?

tu ja lah yang depa boleh dan mampu buat....fitnah...maki hamun...sumpah menyumpah...da jadi 'makanan' depa....rasa macam 'kebuluran' kalau tak dapat 'makanan' tu...

tak pa...perjuangan batil takkan sama dengan perjuangan haq...yang BENAR itu tetap BENAR....

apa2pun...semoga perjuangan korg blogger2 yang pro UMNO...tetap menjadi 'mata dan telinga' untuk kerajaan sentiasa memperbaiki kelemahan...dan tidak sesekali leka dan terbuai dengan nikmat dunia dan kuasa...

wallahu'alam...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!