Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, May 9, 2011

Bob Lokman kena "pukul" dengan Awie & Jamal..!!!


Saya baru terbaca mengenai Bob Lokman yang di"belasah" Awie dan Jamal di dada akhbar. Tepat, kena beberapa das "jap" ke dagu Bob dan menyebabkan dia terus KO, sebelum loceng separuh masa pertama dibunyikan..!!!

Memang padan pun Awie dan Jamal "belasah" Bob Lokman! Nasib baik belasah pakai cakap mulut je. Kalau diorang belasah betul-betul, rasanya teruk jugak Bob. Baru kena sebijik terus report polis! Biasalah tiru perangai puak-puak pakatan Haram...

Awie dan Jamal Abdillah baru-baru ini melepaskan kemarahannya terhadap Bob Lokman yang menghina dan mencerca bidang seni yang selama ini menjadi "periuk nasi"nya. Perut Bob Lokman yang boroi itu, dan seisi keluarganya disumbat rezeki yang kebanyakkannya berpunca dari sumber penglibatan seninya selama ini.

Sebab tu lah Awie marah pada Bob. Bob kononnya dah jadi baik dan lebih Islamik setelah berkecimpung bersama PAS. "PAS is world" bagi Bob Lokman. Macam "Mawi world" tu. Bob Lokman fanatik gila dengan PAS yang kononnya lebih "Islam"nya.

Selama ini, bukan Bob Lokman saja yang sudah "sampai seru" untuk melakukan "transformasi" ke arah kehidupan yang lebih Islam. Ramai artis lain yang sudah ber"hijrah" seperti Azmil Mustafa (Ali Setan!), Amy Search, Noorkumalasari dan ramai lagi.

Namun artis-artis ini tidak seperti Bob Lokman. Mereka tidak sedikit pun menghina artis lain mahupun dunia seni. Mungkin kerana mereka faham tentang dunia itu memandangkan mereka pernah berada di dalamnya. Mungkin mereka berdoa yang terbaik bakal dikurniakan Allah kepada dunia seni. Tapi sekelumit pun mereka tidak pernah menghina.

Mengapa Bob berlainan pendekatannya berbanding artis lain? Ini adalah kerana artis-artis lain "berhijrah" kepada Islam sebenar. Manakala Bob Lokman "berhijrah" kepada PAS, parti politik yang "perasan lebih Islam dan lebih arab dari orang lain"!

Itu sebabnya Bob jadi begitu. Bob fikir dia betul. Bila orang tegur, dia kata orang "cemburu" dan sebagainya pada dia. Dia tolak mentah-mentah. Dia fikir dia sudah bagus. Dia fikir dengan sertai PAS, maka Islamnya lebih "aula" berbanding artis dan umat Islam bukan PAS!

Lihatlah bagaimana PAS mentarbiyah seorang Islam sehingga terpesong dari muamalah dan akhlak Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah. Orang lain nak berubah, dia pun nak berubah. Orang lain "berhijrah", dia pun nak "berhijrah", orang lain menuju ke arah Islam, Bob Lokman menuju ke arah PAS!

Bro Bob...Jauh bezanya antara Islam dan PAS tu bro...bagai langit dengan bumi!

Awie...kite bakor jeeee...!!!

3 comments:

Anonymous said...

Kepada Bob Lokman , berjuanglah kerana Islam. Bukan berjuang kerana politik. Pilih Islam anda selamat pilih PAS anda sesat.

Anonymous said...

salam,Bob ni dulu senior aku masa sekolah,orgnya baik,lembut tapi nakal sikit{nakal org lelaki}hati dia 1st class cukup baik...tentang penghijrahan beliau aku dah dpt agak,sebab kalau org baik dgn izin Allah akan jadi baik.Mungkin apa yg Bob cakap pasal dunia artis tu telah di putar belitkan oleh mereka yang tidak berakhlak baik,aku percaya Bob tak bermaksud nak menghina atau merendahkan martabat rakan2 artis beliau..mungkin kerana beliau lebih terarah kePAS maka segelintir masyarakat telah menghukum beliau sebegitu.Awie melenting mungkin sebab di provoke oleh media.kepada penghentam kromo fikirlah dahulu bila nak bercakap...sebab ini antara orang melayu dan melayu, bukan kah melayu itu secara automatiknya ISLAM..so jgn melaga2kan,berdosa.Aku pernah di tawarkan jawatan penting dlm sebuah parti politik,tapi atas desakan suami aku menolak.Buat Bob aku sentiasa mendoakan agar dia dijalan yang benar,juga buat Awie dan juga kepada empunya blog.Ingatlah selalu..bahawa dunia ini sementara...kita masih ada hari akhirat,dimana anggota badan kita bakal mengganti suara ketika dibicarakan...ampun dan maaf dari hamba yang hina

Anonymous said...

bodoh punye bob,mampus cepat.. mcm tahu2 jew pas baik sgat.. ini semua politik.. pas ni betol2 kew berjuang kan islam..aku tengok mcm nk tunjuk alim lebihh~~~ kalau islam sgat takde nye nk kutuk2 umno sial.. apew2 hal awie the best..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!