Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, April 21, 2011

Terkini..!!! Khalid "Gereja" bakal dibenam PAS Shah Alam...!!!


Khalid Samad yang begitu sinonim dengan gelaran Khalid "Gereja" dilaporkan cuba memikat undi rakyat Sarawak dengan mengatakan bahawa UMNO tidak mewakili Islam secara keseluruhan dan tidak juga mewakili Melayu secara keseluruhan.

Memang benar. UMNO tidak mewakili seluruh umat Islam di Malaysia kerana masih ada lagi umat Islam yang menyertai PAS, PKR dan DAP. UMNO juga tidak mewakili seluruh bangsa Melayu kerana masih ada lagi Melayu yang menyertai PAS, PKR dan DAP.

Jadi apa isunya? Apakah PAS mewakili seluruh umat Islam di Malaysia? Apakah PAS mewakili seluruh Melayu di negara ini? Dan apakah PKR dan DAP mewakili Islam dan Melayu di Malaysia?

Sebenarnya Khalid cuba memberitahu masyarakat Kristian di Sarawak bahawa dia mewakili "gereja" di Semenanjung? Khalid sayangkan gereja, begitu? Dan UMNO anti-gereja, begitu? UMNO sekat kebebasan beragama di Malaysia, begitu?

Kamu dengar sini baik-baik Khalid. Kamulah sebenarnya penipu, pemutar alam, perosak minda rakyat, pendusta, lidah bercabang, bangkai busuk hati perut dan perosak perpaduan agama serta keharmonian kaum di negara ini. Kamu faham apa yang saya kata?

Siapa Khalid di mata PAS? Sebenarnya Khalid bakal kalah teruk pada PRU-13 apabila dia secara terang-terangan menyokong gereja, mendahulukan gereja dan memuja masyarakat Kristian di Selangor. Berita ini disampaikan sendiri oleh penyokong-penyokong PAS di Selangor! Itu fakta.

Khalid sangat dibenci oleh penyokong-penyokong PAS di Selangor ekoran kebiadapannya mempertahankan isu kalimah "Allah". Malah dia dikecam hebat apabila cuba tunjuk pandai lebih dari Ustaz Harun Din, Ustaz Harun Taib dan Ustaz Taib Azamuddin dalam hal ehwal agama. Ulama-ulama PAS itu menentang, tapi si Khalid ini pandai-pandai menyokong. Ramai golongan muda PAS Shah Alam yang tidak berpuas hati dengan Khalid. Itu fakta.

Tak usahlah kamu cuba menjadi juara Kristian, wahai Khalid Samad! Golongan sosialis seperti kamu sememangnya tidak dapat diterima sejak azali lagi. Sebagaimana Hisyamuddin Rais, begitu jugalah Khalid yang kononnya vokal, tapi tak lebih dari "tin kosong yang berbunyi, bunyi saja kuat, tapi isinya kosong"!

Dengar sini Khalid. UMNO tak pernah mendabik dada mengaku mewakili Islam mahupun Melayu. Namun UMNO lah yang paling banyak berjasa mempertahankan kuasa Melayu di tanah asal tumpah darah yang bernama Tanah Melayu ini. UMNOlah yang paling banyak berjasa dan memjulang Islam di negara ini.

Namun UMNO tidak pernah berlagak macam PAS! PAS mengaku mewakili Islam, tapi perangai dan muamalahnya mengalahkan Yahudi! PAS mundur ke belakang. UMNO menjadi ketua dan tunjang kekuatan BN, PAS pula menjadi balaci pencacai pengangkat najis keldai tunggangan DAP dan PKR! Begitukah taraf dan kedudukan parti yang mewakili Islam??? Buat malu Islam saja...

Khalid Samad. PRU-13 nanti tahulah nasib kamu. Penyokong-penyokong PAS di Shah Alam bukan tak tahu apa yang kamu dah buat pada Hasan Ali. Mereka hanya tunggu masa saja untuk membenam kamu terus ke dalam sehingga tak mampu bangun lagi. Seeloknya kamu sedar kedudukan kamu yang semakin hilang sokongan.

Pergilah kamu mengadu pada rakan-rakan kamu di gereja-gereja di seluruh Shah Alam. Pergilah kamu membuat "confession" pada paderi-paderi sahabat baik kamu itu. Manalah tahu mereka mampu membantu kamu kelak ketika bertanding. Tak tahulah pula sama ada mereka boleh membantu kamu pula bila menjawab soal kubur nanti..!!!

4 comments:

Anonymous said...

dah terminum 'holy water' agaknya natang kolid nih.

Anonymous said...

KHALID NIE MEMANG BANGKAI BERNYAWA.BENAR INI PENGGALNYA YG TERAKHIR BANGKAI INI MENJADI MP SHAH ALAM,KERANA ORG2 DISHAH ALAM DAH TAK SABAR2 MENYEPAK KELUAR SIBANGKAI INI DARI PENTAS POLITIK DIPRU AKAN DATANG.SATU MELAYU,SATU BUMIPUTERA@PERIBUMI

Anonymous said...

Memang sekarang ini si khalid samad rata2 sangat dibenci oleh orang2 Shah Alam. Kenyataan yang dibuatnya banyak mendatangkan masalah dan kerugian kepada orang2 Islam terutamanya dalam isu-isu kalimah Allah,penegahan jualan arak, isu kuil diShah Alam dan lain-lain isu yang menyentuh hati orang2 Islam.Dan juga selalunya apa yang dia cakap adalah bercanggah dengan pendapat kebanyakan orang2 Islam termasuk kebanyakan pemimpin-pemimpin Pas yang lain.
Pendapatnya selalu menyakitkan hati.Dia telah menjadi sangat 'arrogant' bila mengeluarkan pendapat tanpa mengira langsung perasaan dan hati orang2 Islam.
Semoga pengundi2 atas pagar dan lain2 pengundi, yang dalam PRU12 secara emosi mengundi khalid, akan digerakkan hati mereka oleh Allah swt untuk menilai semula pendirian mereka setelah melihat segala tingkahlaku dan pegangan hidup khalid setelah menjadi ahli parlimen Shah Alam.
Isunya adakah pendapat khalid benar2 melambangkan pendapat kebanyakan orang2 Islam di Shah Alam?
Semoga Allah swt akan makbulkan doa orang2 Islam supaya khalid akan tumbang dalam PRU13,
insyaAllah.

Anonymous said...

aku pun hairan macam mana masih ada manusia yang cukup bangsat seperti ini yang sanggup menjilat ponggong 'orang gereja' dan menjadi pengkhianat kepada agama bangsa dan negaranya sendiri. tujuannya hanyalah untuk meraih sokongan dan undi bagi mendapat kuasa dan kekayaan. hina sungguh golongan seperti ini semoga Allah dapat mengembalikan mereka ke jalan yang betul sebab mereka telah sesat terlalu jauh.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!