Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, April 22, 2011

Siapa londeh siapa..??? Cepat dakwa Datuk T...!!!


Dari sehari ke sehari, saya menunggu saat di mana pihak PDRM akan menyerahkan kes skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim kepada Peguam Negara untuk mendakwa Datuk T di mahkamah.

Namun sampai sekarang, meskipun dikatakan siasatan sudah hampir selesai, Datuk T belum lagi di dakwa. Saya percaya, Datuk T pun dah boring menunggu hari pendakwaan oleh AG, hinggakan mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa "mereka tak takut di dakwa".

Bukan apa, saya tak sabar nak melihat gelagat "siapa londeh siapa"!

Bila lagi nak dengar kes-kes eksklusif begini. Macam-macam soalan boleh timbul dalam mahkamah dan macam-macam pula "very rare answer" yang akan kita dapat sekiranya pendakwaan kes ini bermula.

Dan yang paling menarik, Anwar tidak terlibat dalam kes itu memandangkan bukan dia yang di dakwa. Dia hanya dikaitkan, dan bukan tertuduh dalam kes ini. Pastinya menarik apabila perbicaraan membahaskan "lelaki bertuala putih" dalam video tersebut, dan "lelaki itu" tidak berupaya berkata apa-apa menafikan fakta!

Di mana video itu dirakam? Siapa yang merakam? Mengapa Eskay seorang saja yang menjadi sumber video itu dan bukan Rahim Tamby Chik dan Shuib Lazim? Siapa perempuan "China Doll" itu? Apa yang berlaku? Siapa "lelaki bertuala putih"? Bagaimana "lelaki bertuala putih" itu ada bersama Eskay ketika itu? Macam-macam soalan tu bro...!!!

Itulah yang membuatkan saya tak sabar-sabar mahu menyaksikan sesi pendakwaan ini. Fakta-fakta mahkamah ini "gerenti meletop"..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!