Saturday, April 30, 2011

Panasss...!!! Najib pelawa PAS sertai BN: PAS akan sertai BN selepas Muktamar?


Alhamdulillah. Pintu BN yang terbuka kepada PAS semakin luas dibuka bagi menjemput saudara kita, PAS, bagi bersatu padu dibawah payung BN. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini diberitakan mempelawa PAS untuk menyertai BN ketika berucap di hadapan 15,000 rakyat (Anwar semalam 5,000 je!) di Terengganu. Sila rujuk di sini!

Najib menjemput PAS untuk bersama-sama berbaris bersama BN untuk membentuk sebuah satu barisan Melayu Muslim yang bersatu padu dan bersama-sama berkongsi kuasa menggubal dasar negara yang lebih baik untuk masa depan umat Islam.

Najib berhujah, untuk apa PAS terus berada di bawah DAP yang terang-terangan mempergunakan PAS untuk kepentingan politiknya sedangkan DAP tidak pernah memperjuangkan Islam seperti PAS dan UMNO.

Najib turut menggesa Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk "cukup-cukuplah bersama DAP" yang selama ini hanya memperkotak-katikkan dasar dan perjuangan PAS di dalam pakatan haram pembangkang itu.

Selain itu, Najib turut berucap sinis terhadap Anwar yang sudah ranap kreadibilitinya dengan menyifatkan parti itu sebagai "parti jalanan" yang lahir ditepi jalan. Apatah lagi berketuakan Anwar yang dikaitkan denga pelbagai aktiviti tidak bermoral yang akan turut membusukkan nama PAS sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam.

Saya menyambut baik dan bersyukur dengan pelawaan Najib untuk PAS bersama-sama membentuk Barisan Nasional yang lebih mengutamakan perjuangan Islam, Melayu dan Tanah Melayu. Tentunya perpaduan umat Islam akan tercapai sekiranya PAS setuju bersatu bersama BN.

Cubalah masuk BN dulu. Kita kongsi bersama kuasa yang diberikan rakyat. Saya percaya, umat Islam di Malaysia sudah lama menantikan PAS untuk menyertai BN dan menyatukan umat Islam yang sedang berpecah. Kita bersatu demi umat Islam, bukan demi ego, politik atau gila kuasa. Bersatulah PAS bersama BN demi Islam!

Islam tentunya lebih hebat di negara ini dengan penyertaan PAS bersama BN. Apatah lagi melihat pucuk pimpinan PAS duduk sebaris bersama jemaah kabinet lain membentuk Kerajaan Islam Malaysia yang utuh dan berpandangan jauh. Susah sangatkah nak buat begitu?

Dalam memperjuangkan matlamat dan dasar PAS, adalah tidak rugi sekiranya bersatu dibawah BN dan berbincang bersyura mengenai maslahah perjuangan, dasar atau pertikaian yang tidak terungkai sebelum ini. Sedangkang PAS boleh bertolak ansur dengan DAP yang terang-terang menolak Islam, takkanlah tak boleh bertolak ansur dengan sesama saudara seagama.

Saya tidak kata UMNO dan BN itu sempurna. Di dalam UMNO dan BN juga ada buruk dan busuknya, namun tidaklah seburuk sebusuk DAP dan PKR..!!! Mereka dah tak boleh nak buat apa dah. Susah nak ajak mereka kembali ke pangkal jalan. Sebab itu DAP dan PKR tidak pernah dipelawa UMNO untuk menyertai BN.

Tahukah PAS bahawa parti-parti seperti DAP, MCA, Gerakan, PKR, dan lain-lain amat takut dan gentar sekiranya PAS menyertai BN? Tahukah mengapa dan apakah sebabnya? Cuba renung dan fikir-fikirkan, saya percaya PAS tahu dan akan tersenyum apabila mengetahui jawapannya...

Usah tunggu lama-lama lagi perkara baik ini. Marilah bersama kami saudara ku. Islah atau memperbaiki dari dalam lebih baik dari mengislah atau memperbaiki dari luar. Memang susah untuk merawat, namun jika dirawat dari dalam, nescaya akar umbi yang menjadi punca keruntuhan perpaduan umat Islam itu akan dapat dibuang dan dihancurkan!

Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Marilah kita saling berdakapan. Masing-masing ada salah dan silap masing-masing. Usah ditoleh kebelakang mengenang perkara yang sudah-sudah. Kita wajib membina sebuah umat muslimin dan muslimat yang lebih baik demi masa depan Islam, Melayu dan Tanah Melayu ini...AllahuAkbar..!!!

P/s: Saya memang dari dulu menyokong sepenuh hati perpaduan di antara PAS dan UMNO dibawah BN. PAS tak perlu masuk UMNO dan begitu juga sebaliknya. Kita bersatu di dalam BN...pasti syaitan-syaitan yang menafikan Islam di negara ini akan meraung-raung susah hati...!!!

2 comments:

Tok We said...

Salam,
Idea yang bagus menjelang PRU13. Ditakdirkan majoriti Cina pilih calon DAP dan menyebabkan MCA atau Gerakan tumbang. Dari situ orang Melayu perlu bergabung di bawah BN atau entiti parti Melayu-Islam yang sesuai. Entiti ini perlu mengutamakan agenda pribumi semenanjung dan Borneo di samping Islam.

Melayu wajib bersatu jika tidak kita merempat di negara sendiri..

Anonymous said...

hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Itulah UMNO sekarang

Bila Kak Su Bersuara... Heh!