Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, April 22, 2011

Panas Membaraaaa...!!! KJ di"belasah Ketua Pemuda PBB Kuching..!!!


Padan muka KJ..!!! Kan dah kena "tibai" dengan Ketua Pemuda PBB Kuching! Lihatlah bagaimana rendahnya martabat Ketua Pemuda BN yang di"belasah" oleh hanya Ketua Pemuda PBB Kuching. Rujuk di sini.

Jelas sekali bahawa KJ "tidak di beri muka" dan ditolak oleh Ketua-Ketua Pemuda BN di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak! KJ tidak dihormati dan pandangannya sangat tidak matang sebagai seorang Ketua Pemuda BN. Seharusnya KJ lah yang wajib meletak jawatan, bukan Taib Mahmud!

Itulah! Siapa suruh masuk campur hal rumah tangga orang? Pergi kempen untuk BN sudah lah! Yang memandai-mandai desak Pehin Seri Taib Mahmud letak jawatan secepat mungkin tu apahal? Awak tu orang luar, datang rumah tangga orang tak reti bawa diri, nasib baik "lepas" balik Semenanjung!

Taib Mahmud sudah memperlihatkan sokongan rakyat Sarawak padanya dengan memenangi semua 35 kerusi yang PBB tandingi pada Pilihanraya DUN Sarawak baru-baru ini. Beliau juga sudah mengumumkan akan bersara dan membuat peralihan kuasa selepas pilihanraya Sarawak. Jadi, apa lagi yang KJ mahu???

Sepatutnya KJ menjaga tepi kainnya sendiri. Kedudukannya sebagai Ketua Pemuda UMNO dan BN bukannya kuat sangat pun. KJ hanya dikelilingi beberapa Ketua Pemuda UMNO yang hanya membodek dan menjilat bontotnya siang malam, salah seorangnya termasuklah Ketua Pemuda Merbok, Pon!

KJ sepatutnya memikirkan kedudukannya yang memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO yang diiringi sorakan "KJ rasuah! KJ rasuah!". Dia harus memikirkan tentang dirinya yang menang Ketua Pemuda UMNO dan BN, tapi tak dilantik pun menjadi Menteri mahupun Timbalan Menteri.

Tolong jangan salahkan orang jika KJ tidak dilantik Menteri mahupun Timbalan, kerana ternyata sekiranya dia dilantik ke jawatan tersebut, nescaya dia akan terus menjadi liabiliti yang bakal mengakibatkan UMNO dan BN ditolak rakyat mentah-mentah. Sila rujuk kembali sejarah karier KJ yang bermaharajalela ketika Pak Lah menjadi PM. KJ memang hancusss...!

Justeru itu, saya mencabar KJ untuk terus mempertahankan kerusi Ketua Pemuda UMNO pada musim pemilihan UMNO yang akan datang. Itupun jika dia benar-benar anak jantan! Kita tengok sekuat mana kekuatan KJ dan balaci-balacinya menafikan kemahuan akar umbi Pemuda UMNO!

1 comment:

Anonymous said...

kj@kitol nie memang banggang pun,memalukan umno saja sibuk hal parti lain.pbb menang 100% kerusi kuota dia la kitol bangsat.apalah nasib umno mempunyai ketua pemuda paling bodoh dalam sejarah umno.dipemilihan umno nanti sepak terajang saja kitol bangsat nie dari politik umno.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!