Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, April 22, 2011

Mazlan Aliman dilarang jejak kaki di FELDA..!!!!


Saya fikir, saya seorang saja yang menyampah dengan Mazlan Aliman, seorang anak Felda 'murtad' yang tidak mengenal erti kenang jasa terhadap sebuah institusi yang sangat berjasa kepada keluarganya.

Rupa-rupanya, ramai generasi Felda, dari generasi pertama, hinggalah generasi ketiga dan ke-empat yang meluat, menyampah dan benci dengan sikap perangai buruk Mazlan ini.

Baru-baru ini Mazlan yang totok dengan buku jingga bodoh itu telah mengedarkan borang permohonan tanah kepada masyarakat Felda. Kononnya, dia mahu generasi Felda mengikut jejak langkahnya yang ingin Felda dibubarkan, dan tanah-tanah Felda diserahkan kepada peneroka-peneroka.

Rupa-rupanya, tindakan Mazlan Aliman itu tidak sampai ke mana. Boleh dikatakan hampir semua peneroka dan anak-anak Felda memandang tindakan Mazlan itu sebagai "bodoh tak bertempat", "bangang", "ikut suka mak bapak dia", malah ada yang menyumpah seranah Mazlan sebagai pengkhianat warga Felda seluruh tanah air!

Mazlan fikir, tindakannya itu mendapat sokongan dari warga Felda, dan mewar-warkan pada "tuan"nya bahawa propagandanya itu mendapat sambutan menggalakkan. Padahal, Mazlan hanya "syok sendiri" dan menipu "tuan" yang membelanya selama ini.

Siapa Mazlan untuk mengatur hak tanah Kerajaan? Meskipun tanah tersebut merupakan tanah berstatus "rizab Melayu", apakah dia fikir dia boleh mengagih-agihkan tanah itu begitu saja kepada orang sesuka hatinya? Apa dia fikir dia itu "tuan tanah"? Apa dia fikir tanah itu tanah mak bapak dia???

Banyak lagi tanah rizab Melayu di tengah-tengah bandaraya yang pesat membangun. Apakah Mazlan boleh memberikan geran tanah tersebut kepada saya sekiranya saya memohon untuk mendapatkan hak milik tanah tersebut? Mazlan gila ke apa? Apa dia fikir geran tanah Felda itu hanya memerlukan tandatangan dia?

Felda diwujudkan bagi membantu usahawan tani bumiputera. Kerajaan memberikan peluang kepada peneroka Felda untuk mengusahakan tanah milik Kerajaan dan keuntungannya turut dinikmati bersama. Kerajaan siap beri subsidi jentera, baja dan pebagai kemudahan untuk para peneroka bagi memperbaiki taraf hidup mereka.

Itulah yang dinikmati oleh keluarga Felda, termasuklah keluarga Mazlan Aliman sendiri. Tapi dengan sikap Mazlan Aliman ini, saya fikir, Pakcik Aliman sendiri akan marah, kecewa dan bengang tahap dewa melihat kerenah anaknya yang buruk bagaikan penderhaka pengkhianat generasi Felda!

Mazlan Aliman, mengapakah kamu dilahirkan menjadi seorang manusia? Alangkah eloknya jika kamu dilahirkan sebagai kongkang di hutan..!!!

2 comments:

Anonymous said...

Dia ni patut htr kemunting je

Anonymous said...

Ini lah contoh manusia yang berlagak pandai tapi otak tarak cakap memang senang lah..orang2 macam ni memang banyak dalam DAP, PKR dan PAS ...cakap je lebih dan mengutuk orang memang lah tersangat lah pandainya..porah ..!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!