Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, April 21, 2011

Kerusi MCA dan Gerakan harus dikembalikan pada UMNO, jika...


Sebagaimana yang saya tegaskan pada entry-entry saya baru-baru ini mengenai penolakan masyarakat Cina terhadap BN, saya masih lagi tertanya-tanya, apakah rancangan MCA, Gerakan di Semenanjung Tanah Melayu dan SUPP di Sarawak bagi meraih sokongan bangsa mereka sendiri pada PRU-13 akan datang.

Saya sebelum ini memberikan tempoh dua hingga 4 bulan bagi parti-parti komponen BN yang kononnya mewakili majoriti bangsa Cina di Malaysia ini, membuktikan sokongan drastik kaum Cina telah kembali kepada BN. Saya kira, amat relevan sekali untuk mereka menyahut cabaran saya bagi membuktikan komitmen perkongsian kuasa yang mencerminkan mereka membawa suara masyarakat Cina di Malaysia.

Namun, sekiranya mereka gagal membuktikan bahawa mereka relevan untuk menjuarai sokongan warganegara kaum Cina di Malaysia, janganlah pula terasa hati sekiranya kami para-para blogger pro-UMNO dan BN menggesa Kerajaan BN untuk meletakkan calon-calon Melayu dan Bumiputera di kawasan-kawasan majoriti Melayu di seluruh negara!

Tindakan mengambil alih kembali kawasan-kawasan majoriti Melayu dan Bumiputera untuk calon-calon UMNO adalah sangat relevan untuk memastikan kemenangan BN pada PRU ke-13 kelak. Ini adalah memandangkan masalah sokongan kaum Cina terhadap BN yang gagal diselesaikan oleh MCA, Gerakan dan SUPP meskipun tempoh sudah lama diberikan.

Namun, sekiranya parti-parti komponen BN yang mewakili suara kaum Cina ini kembali membuktikan sokongan tidak berbelah bagi oleh majoriti kaum Cina terhadap BN, maka mungkin BN patut memberi peluang sebagaimana yang dikuotakan. Namun, pembahagian kuota kawasan pertandingan wajar dikaji semula demi memastikan kemenangan BN.

Harap MCA, Gerakan dan SUPP jangan berkecil hati. Buktikan dahulu kekuatan MCA, Gerakan dan SUPP, barulah BN akan "beri muka" dan mempertimbangkan untuk agihan kerusi. Harap semua parti komponen BN maklum dengan perkara ini.

2 comments:

Anonymous said...

MCA,Gerakan dan SUPP sudah tidak lagi relevan pada kaum Cina secara umumnya.
Hanya pimpinan parti berkenaan dan kaum kerabat mereka sahaja yg mengaku masih menerima konsep BN(tak bolih dipercayai sepenuhnya) utk menjaga kepentingan mereka dan memperolihi imbuhan dpd BN.
Mereka akan gunakan alasan yg UMNO menjadi punca kemarahan org Cina dan perjuangan mereka kini perlu sinonim dgn DAP.
Mereka mengambil kesempatan keatas UMNO utk membuat tuntutan yg menyerupai DAP.
BN sememangnya sudah tidak relevan lagi kpd MCA.Gerakan,SUPP.
Najib nampaknya bagitu berusaha memujuk MCA,Gerakan,SUPP supaya tidak menyokong DAP tapi mereka mengambil kesempatan utk mencabar kedudukan dan hak org Melayu.
Yg pasti Najib tidak akan berjaya mengembalikan sokongan kaum Cina kpd BN kerana mereka telah merasai nikmat kuasa politik di beberapa negeri.
Dengan kekuatan ekonomi dan perpecahan Melayu mereka telah dan akan berjaya mencabar status quo politik dinegara ini.
Utk menangani masaalah ini Najib perlu lebih berkeyakinan dgn sokongan majoriti Melayu dan jgn menari ikut tempo pembangkang.
Pendek kata sebelum terlambat Najib perlu memperlihatkan pendirian politik yg TEGAS.

Anonymous said...

Jgn sampai kasih Najib kpd MCA dan Gerakan menjadikan UMNO tidak relevan kpd Melayu.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!