Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, April 30, 2011

"Kemaluan Anwar terdedah" kerana sumpah & doa Saiful depan Kaabah...?!!!


Di dalam pemerhatian saya terhadap perkembangan Anwar Ibrahim sejak dia pulang dan kembali aktif berpolitik di negara kita ini, boleh dikatakan "tembelang"nya pecah satu demi satu. Apakah dia sedang dilaknat Allah?

Sejak Anwar pulang ke Malaysia, dia tidak pulang dengan tangan kosong. Dia dikatakan pulang dengan wang berkoyan-koyan. Berbilion katanya. Setelah diselidik, dikhabarkan wang tersebut disalurkan oleh rakan Yahudinya, Wolfowitz, melalui Foundation of The Future. Buktinya boleh didapati dari skandal kehilangan dana yang disiasat oleh juru audit US. Tembelang Anwar pecah.

Kemudian, Saiful pula membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Anwar. Anwar lari masuk Kedutaan Turki, katanya takut dibunuh! Sedangkan sebenarnya dia takutkan laporan polis yang dibuat Saiful. Apabila sudah kantoi begitu, dia masih lagi nak putar belit alasan. Ancaman bunuh kononnn...! Melancong sampai keliling dunia, tak kena bunuh pulak!

Ketika itulah detiknya Saiful Bukhari memulakan sumpah laknat. Meskipun sumpah berkenaan tidak berani disambut oleh Anwar, Saiful tetap bersumpah atas dasar kebenaran dan menyerahkan takdir balasannya kepada Allah. Bukan saja di Malaysia Saiful bersumpah, malah dia turut bersumpah di depah Kaabah! Mengadu secara "personal" kepada Allah. Itu sumpah dan doa orang yang teraniaya...

Dan sejak itulah, takdir malang Anwar semakin bertimpa-timpa. Pembohongannya semakin tidak menjadi. Apabila dia berbohong pada paginya, tembelangnya akan pecah ditengahari. Anwar berbohong di tengahari, akan terbongkar pula di sebelah petang. Pantang berbohong sedikit, pastinya akan dapat dihidu rakyat.

Salah satu pembohongan Anwar yang paling menarik dan "signifikan" ialah janjinya untuk menyelesaikan masalah penduduk Kampung Buah Pala yang menuntut agar kampung dan rumah mereka tidak diusik. Anwar sendiri menjamin dengan diri dan namanya dihadapan orang kampung tersebut bahawa pakatan pembangkang akan menyelesaikan masalah mereka.

Memang benar masalah Kampung Buah Pala selesai, namun rakyat hilang kampung dan rumah mereka! Selesai terus! Itu bukti Anwar membela rakyat? Anwar kantoi di Penang!

Anwar dilantik pula sebagai "penasihat ekonomi Selangor" yang bergaji RM1 sahaja. Kononnya dia ikhlas bekerja untuk rakyat. Sedarkah rakyat bahawa RM1 itu hanya di atas meja? Di bawah meja hanya Allah saja yang tahu. Akibatnya wang Selangor hampir kering dan wang zakat hampir di"rompak"! Itulah penangan penasihat RM1..!!!

Kemudian, Anwar dimalukan lagi oleh Allah dengan kemelut pemilihan PKR yang huru-hara dan caca merba. Berduyun-duyun ahli PKR keluar parti akibat hilang keyakinan terhadap Anwar dan pucuk pimpinan parti itu, termasuklah Zaid Ibrahim. Untuk menutup malu, Anwar tuduh mereka yang keluar PKR itu telah dibeli UMNO dengan bayaran lumayan berjuta-juta. Padahal UMNO tak ada kena mengena pun!

Terbaru, kes skandal video seks yang dikaitkan dengannya pula tersebar. Meskipun belum terbukti di mahkamah bahawa "lelaki bertuala putih" itu Anwar, namun kini ramai yang sudah percaya pada dakwaan tersebut dan hilang keyakinan terhadap Anwar. Manakan tidak? Sudahlah enggan bersumpah menafikannya, dia biadap pula pada wartawan. Dia hantar pula Sam Ketot buat kacau di masjid untuk halang Eskay bersumpah. Betul punya desperate si Anwar kali ini...

Saya terfikir, benarkah ini adalah balasan Allah terhadap Anwar berkaitan sumpah laknat yang pernah dilafazkan Saiful Bukhari pada 3 tahun lalu? Apakah ini kesan sumpah Saiful Bukhari di depan Baitullah? Apakah Anwar tidak sedar bahawa Allah sedang "membuka pekung di dalam seluarnya"?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!