Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, April 30, 2011

Gempar..!!! Tian Chua hina Islam di depan 5,000 muslimin muslimat..!!!

Tian Chua, pemimpin PKR yang gila "glemer" berkata, "UMNO menjadikan Malaysia negara sumpah-sumpah" ekoran sumpah qasam yang dilakukan oleh Datuk Eskay semalam. Sila rujuk di sini.

Dia juga mempertikaikan tindakan Eskay semalam sebagai "mempermainkan agama", meskipun dia mengaku dia tidak tahu tentang agama Islam. Malah dia sebagai bukan Islam, menuduh Eskay sebagai "tidak tahu agama" dan "membawa agama baru".

Selain itu, dia memperlekehkan sumpah qasam Eskay yang bersaksikan kitabullah, Al-Quran Al-Karim, dan umat Islam lain, dan menyalahkan Eskay kerana bersumpah di Masjid Amru Al-'As yang "terletak di dalam kawasannya".

"Negara sumpah-sumpah"? Dia perli Anwar ke? "Sumpah-sumpah" jika diringkaskan kedua perkataan itu akan menjadi "sesumpah" atau "chameleon" di dalam bahasa Inggeris. Gelaran itu diberikan oleh US kepada Anwar. Anwar ada disebelahnya. Berani betul Tian Chua. Nak kena "lesing" dengan Anwar???

Negara ini sudah lama mengamalkan sistem angkat sumpah. Di Parlimen, Dewan Rakyat, Dewan Negara, dan Dewan Negeri, semua ahli dewan tersebut mengangkat sumpah. Jemaah Kabinet yang membentuk Kerajaan juga mengangkat sumpah. Malah sumpah tersebut dilakukan di depan DYMM Yang DiPertuan Agong.

Begitu juga di mahkamah. Sumpah memainkan peranan penting di dalam mahkamah. Mana-mana saksi wajib bersumpah di kandang saksi sebelum dimulakan soal-jawab. Sekiranya saksi berbohong dan melanggar sumpah, maka dia boleh dihukum kerana menghina sumpah dan mahkamah. Hukuman boleh dijatuhkan atas kesalahan tersebut. Sumpah dimahkamah dilakukan di depan hakim mahkamah yang terlibat.

Demikianlah pentingnya sumpah di Malaysia. Perlukah Malaysia menghapuskan angkat sumpah tersebut? Mengapa sumpah tersebut perlu dijadikan prosedur? Apa pentingnya sumpah tersebut? Mengapa sumpah perlu diangkat di hadapan DYMM Yang DiPertuan Agong, DYMM Sultan-Sultan, hakim mahkamah dan sebagainya?

Begitu juga dengan sumpah yang dilafazkan dengan nama Allah. Menurut agama Islam, saya difahamkan oleh SahibusSamahah Mufti-Mufti bahawa sumpah qasam juga penting di dalam Islam untuk membuktikan kebenaran. Ini juga menunjukkan bahawa Islam itu bersifat adil. Sebutan "wAllahi", "tAllahi" dan "billahi" adalah tiga lafaz cara umat Islam bersumpah sejak zaman Rasulullah lagi.

Untuk itu, salahkah Eskay bersumpah? Siapa Tian Chua untuk menuduh Eskay seperti di atas? Tian Chua tidak tahu apa-apa tentang agama Islam. Jadi sewajarnya Tian Chua diam dari memberi komen tentang apa yang dia tidak tahu! Tian Chua bukan saja menghina aqidah Eskay, malah Tian Chua juga menghina Islam sebagai sebuah agama yang adil dan agama rasmi negara!

Saya percaya, majoriti 5,000 orang yang mendengar penghinaan Tian Chua terhadap agama Islam semalam beragama Islam. Malangnya, mungkin mereka tidak perasan hinaan Tian Chua terhadap agama mereka apabila mereka dilaporkan "bertepuk tangan" mendengar penghinaan itu. Mungkin mereka masih lagi "buta".

Semoga Allah memberi hidayahNya kepada mereka dan "celik" dari terus menjadi "buta" hanya kerana politik durjana...

3 comments:

Anonymous said...

inilah hasil tarbiah pas hingga org kafir dlm pkr dan dap tanpa segan silu memperkatakn dan menghina ttg agama islam yg mrk sndiri tidak faham.
ramai kalangan puak pakatan mempertikai soal cara dato t bersumpah. sdgkn mrk tahu hal bersumpah itu tidak memberi kesan kpd org lain dan itu urusan dia dgn Tuhan.

persoalannya, adakah HARAM jika ada org Islam bersumpah atas nama ALLAH?
ulama mana yg menfatwakan haram umat Islam jika bersumpah atas nama ALLAH?

memandai sj tian chua kata itu salah(salah bermaksud haramlah tu).
adakah pas dan pkr kini berulamakan kafir spt tian chua?

-wau

Anonymous said...

bagiku pengundi atas pagar aku rasa kesian tgk org2 melayu munafik beragama islam mempermain2kan hukum dan kitab suci alquran..sedih sungguh...pada pandangan aku lah ciri2 fasik pada datuk ekskay terserlah bila dia permainkan hukum..dia nmengaku sebagi org islam dan beriman pada hukum Alquran dan Allah semasa nak menegakkan kenyataan bahawasanya perlaku itu adalah anwar berzina dgn perempuan pelacur kerana dia bersama2 dalam video tu tapi yg sedih nya sepatut nya dia mencegah dan membantah atau melarang perlaku itu berzina tetapi itu tidak berlaku malah bersengkokol pulak dgn perlaku tersebut.tapi bila bab bersumpah guna pulak alquran untuk panduan kebenaran..ini lah ciri2 fasik yg nyata serta mempermain2kan Alquran bukan utuk menegakkan hukum tapi untuk menegakkan kezaliman seolah2 tiada dosa yg menanti..adakah kita percaya pada sumpah sebegini???

Bila Kak Su Bersuara... Heh!