Saturday, April 30, 2011

Gempar lagiiii...!!! Anwar tuduh pula Mufti Perlis tidak bebas maksiat, berzina, minum arak dan sebagainya..?!!!


Mufti Perlis, Dr. Juanda dilaporkan mencadangkan agar Anwar Ibrahim melakukan sumpah balas berkenaan sumpah Datuk Eskay yang menuduhnya melakukan aktiviti seks tidak bermoral setelah dikaitkan dengan skandal video seks baru-baru ini.

Ini adalah memandangkan Anwar adalah bekas pemimpin ABIM, sebuah pertubuhan Islam terkenal di Malaysia, berimej warak, di gelar Pak Syiekh dan seorang pemimpin yang beragama Islam yang berpengaruh di negara ini.

Justeru itu, adalah tidak elok untuk membiarkan dakwaan seperti itu memburukkan nama baiknya sekaligus membusukkan nama baik para pemimpin Islam yang lain. Bak kata pepatah, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".

Dilaporkan di sini bahawa Anwar tidak perlu beremosi dan mempertahankan egonya berbanding nama baik Islam kerana nama baik Islam adalah sangat "aula" berbanding nama baiknya. Ekoran itu, Anwar dicabar untuk bersumpah balas.

Sebelum ini Anwar menyatakan bahawa dia tidak akan menyahut cabaran untuk bersumpah dari individu yang tidak bebas maksiat, berzina, minum arak dan sebagainya. Secara mantiknya, dia akan bersumpah sekiranya dicabar oleh individu yang tidak bersifat sedemikian.

Nah! Sekarang Anwar sudah dicabar Mufti Perlis yang dilantik oleh DYMM Raja Perlis. Beranikah Anwar bersumpah balas? Lainlah jika Mufti Perlis, Dr. Juanda, pun dikategorikan sebagai "individu tidak bebas maksiat, berzina, minum arak dan sebagainya"....

5 comments:

Anonymous said...

betul tu duke of umno cakap... kalau cakap mufti pun tak mahu dengar cakap siapa lagi yang hendak di ikut....

Anonymous said...

lebih mudah jika anuar bersumpah
'wallahi benar sebenar benarnya
akulah yg terlanjur seperti tuduhan
tuduhan terhadap ku'.-erk!! boleh ker?

jadi tiada lahnat dari penciptaNYA
dan orang ramai...

demolish is done!!!!

jadi?
tutup buku>>>(taubat dan berundur
dari dunia politik@pencen...

Anonymous said...

Cadangan terbuka buat
Saiful - anda telah membuat sumpah laknat dan mendakwa DS Anwar telah meliwat anda maka sempurnakanlah tindakan anda dengan membuat amalan bacaan yasin 44 malam dengan jemaah seramai 40 orang dan berdoalah agar peliwat anda dihukum olih allah dengan seberat-berat hukuman sebagaimana kaum yang melampaui batas.
Umi Halfida, anda telah membuat sumpah laknat dan mendakwa DS Anwar telah meliwat, berzina dan pelbagai dakwaan lagi maka sempurnakanlah tindakan anda dengan membuat amalan diatas dan berdoalah agar manusia yang melakukan dosa besar ini sebagaimana anda katakan akan dihukum dengan seberat-berat hukuman olih allah sebagaimana orang yang melampai batas.
DS Najib, Datuk Seri telah membuat sumpah laknat dan mendakwa DS Anwar telah menfitnah anda maka sempurnakanlah tindakan anda dengan amalan di atas dan berdoalah agar penfitnah Datuk Seri dihukum olih allah dengan seberat-berat hukuman sebagaimana orang yang melampai batas.
dan D Eskay – Datuk telah membuat sumpah laknat dan mendakwa DS Anwar adalah pelakun video lucah yang telah anda tayangkan maka sempurnakanlah tindakan anda dengan membuat amalan diatas dan berdoalah agar pelakun tersebut dihukum olih allah dengan seberat-berat hukuman sebagaimana kaum yang melampaui batas.
DS Anwar – semua mereka yang bernama di atas telah membuat sumpah laknat kepada diri mereka sendiri, maka Datuk Seri hanya perlu membuat amalan di atas dan berdoalah agar semua penfitnah tersebut dihukum olih allah dengan seberat-berat hukuman sebagaimana kaum yang melampaui batas. Datuk Seri bolih juga meminta agar ulama-ulama pas, tuan-tuang guru dalam pas yang membuka pondok dan ahli-ahli agama samada dalam pas ataupun pkr bersama-sama mengamalkan amalan tersebut. Akhir sekali serahkanlah semuanya kepada allah.
Janganlah digangu-gugat usaha rakyat mencari rezeki dengan berdemontrasi di sana sini. Lakukanlah amalan di atas disamping ianya menbolihkan hubungan hamba dengan penciptanya menjadi lebih dekat, ianya juga menunjukan kita merendah diri dan mengharapkan agar dia yang maha mengetahui dan maha adil dalam melaksanakan hukum akan menghukum dengan adil-seadilnya.
tolong sebarkan kepada mereka berkenaan nasihat ini.

Anonymous said...

ada ke yang berani sahut?! Link

Anonymous said...

Anwar al-juburi itu bongokkk!! die mmg gayyyy!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!