Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, April 23, 2011

Bila erdogan menguasai golongan ulama' PAS...


Puak-puak penganut ajaran PAS sedang sebok bermesyuarat ketika ini. Masing-masing sebok melobi sana sini. Ada yang melobi untuk YB itu YB ini, ada yang melobi untuk Pak Syiekh itu Pak Syiekh ini. Pendek kata, masing-masing sebok nak naikkan "boss" masing-masing.

Di kalangan penganut ajaran PAS, tidak pernah berlaku budaya "politik wang" atau "rasuah politik" sebagaimana yang mereka dakwa berlaku di dalam UMNO. Budaya yang ada pada PAS lebih dikenali sebagai "wang sumbangan", "sedekah jariah", "sumbangan ikhlas", "derma", dan banyak lagi terma-terma yang menggunakan istilah arab dan Islam.

Kononnya, istilah itu akan meng"halal"kan wang yang mereka jolok dan terima sebagai pertukaran sokongan undi untuk memilih jawatan di dalam PAS! Menurut rakan-rakan PAS yang dihubungi di sekitar Lembah Klang, Kedah, Perlis, Penang, Perak dan Kelantan, "wang sumbangan" sedang bertaburan di sana sini...

Paling menarik, gerakan untuk menjatuhkan Hj Hadi dari kerusi Presiden PAS sudah semakin kuat dan lantang. PAS cawangan Bukit Bintang misalnya telah mencalonkan Husam Musa sebagai Presiden PAS, dan menurunkan taraf Hj Hadi kepada Timbalan Mursyidul AM PAS, kiranya macam "assistant" Nik Aziz lah!

Paling teruk, propaganda kempen untuk menjatuhkah Presidan PAS itu menyifatkan Hadi sebagai "liabiliti" kepada PAS, sebagaimana Pak Lah kepada UMNO dahulu! Tak sangka martabat Hadi dihina sebegitu teruk oleh juak-juak yang beragenda rahsia tersebut.

Bagitu juga dengan kedudukan Ustaz Harun Din yang semakin terpinggir kerana sering berseteru fatwa dengan "dewataraya" PAS, Nik Aziz. Mungkin Harun Din hanya akan diserap masuk ke Dewan Ulama PAS sebagai AJK biasa sahaja.

Selain itu, kedudukan Ustaz Nasharuddin Mat Isa pula semakin terancam di dalam pucuk kepimpinan PAS. Jawatan Timbalan Presiden PAS turut dikaitkan dengan Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang mengejar jawatan tersebut.

Jika kita melihat senario pemilihan PAS kali ini, jelas sekali ia menunjukkan bahawa ERDOGAN sudah mula menunjukkan taringnya yang sebenar. Boleh dikatakan majoriti golongan ulama dan pro-ulama PAS menerima serangan hebat dan cuba dijatuhkan oleh pihak erdogan PAS.

Saya tak perlu menyenaraikan pemimpin-pemimpin erdogan PAS kerana saya yakin bahawa pembaca lebih tahu tentang siapakah mereka itu. Ternyata, setelah sekian lama menyusup masuk PAS, kini adalah masa terbaik untuk golongan erdogan meneutralkan golongan ulama PAS bagi menjayakan misi "meliberalkan' parti agama PAS itu.

Nampaknya, golongan ulama PAS akan pupus tidak lama lagi. Erdogan yang berselindung di sebalik Nik Aziz Nik Mat semakin menguasai sokongan akar umbi PAS yang sudah terpengaruh dengan anasir politik totok, ganas, kebencian dan negatif. Komrad-komrad yang dilatih ini dikatakan bersedia mencontohi "pengebom berani mati" untuk para pemimpin Erdogan PAS.

Misalnya, seorang blogger PAS, Aduka Taruna, yang dipercayai diupah oleh "boss" kumpulan Erdogan, sanggup datang dari jauh untuk bersemuka menyerang Hj Hadi dan mendesak Presiden PAS itu meletak jawatan. Meskipun dia mendakwa dibelasah oleh pengikut-pengikut Hadi, Aduka Taruna tetap bangga dengan perbuatan "bunuh diri"nya demi untuk menjatuhkan Hadi!

p/s: Teruk betul perangai juak-juak PAS! Itukah yang dimaksudkan PAS sebagai ajaran Islam..???!!!


Sumber: Klik kat sini...

2 comments:

Anonymous said...

Kita sama2 tengok dari luar....apa kan jadi pada parti PAS. Biar mereka berpecah dan yang ada serta dapat menggunakan akal akan bergabung dengan UMNO untok menguatkan penguasaan melayu dalam arena politik malaysia.

Mohd said...

Kita semua tahu bhw golongan Erdogan dlm PAS dibiayai oleh Anwar dgn sumbangan beratus2 ribu ringgit.
Lebai2 PAS ni kalau nampak duit depan mata, terus jadi kelam kabut.
Spt yg telah berlaku dgn duit Dana Memali utk anak2 yatim Peristiwa Memali - habis kena kebas oleh lebai2 PAS.
Memang muka tak tahu malu dan tak takut pada Allah langsung!
Melayu mudah lupa .........

Bila Kak Su Bersuara... Heh!