Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, April 18, 2011

Belum pun Anwar di dakwa AG, Saifuddin Nasution sudah terkencing ketakutan…


Belum pun pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengumumkan pemilik sebenar jam tangan berjenama Omega yang sedang disiasat, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, telah meluahkan kerisauannya kepada wartawan dan menjangkakan Peguam Negara akan mendakwa Anwar di mahkamah.

Apa punya bodoh kenyataan Saifuddin Nasution ini? Tidakkah dia sedar bahawa siasatan polis itu menjurus kepada pemilikan dan penyiaran video lucah yang dilakukan oleh ketiga-tiga Datuk T! Apa kena mengenanya dengan Anwar dalam itu cerita?

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani dalam kenyataannya berkata, siasatan video seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Jadi, apakah Anwar terlibat menyiarkan video seks tersebut?

Selama ini, tidak seorang pun menuduh bahawa Anwar menyiarkan video seks tersebut. Jadi usahlah melatah cepat sangat. Nampak sangat penakutnya dan orang yang takut ini selalunya bersalah. Sebab itu dia takut dan menggelabah semacam saja!

Pada penulis, Saifuddin sengaja membuat kenyataan tersebut untuk menarik simpati umum sekiranya Anwar dihadapkan ke mahkamah berkaitan video tersebut. Tapi rakyat tidaklah sebegitu bodoh untuk terpengaruh dengan permainan awal Saifuddin ini. Anwar tidak bersalah dalam hal-hal menyiarkan video tersebut, namun mungkin dia bersalah tentang perkara lain!

Kes Anwar ini samalah sebagaimana kes Eli Wong yang “kantoi” gambar separa bogelnya terpamer di ruang internet. Ketika itu, laporan polis juga telah dibuat terhadap dalang yang menyiarkan gambar tersebut. Namun, sehingga kini dalang tersebut gagal dikenal pasti dan diberkas. Tapi penulis percaya, siasatan tentang kes Eli Wong tersebut akan ditangkap juga nanti.

Namun, di dalam kes Eli Wong, dia sendiri pun mengaku bahawa itu adalah gambarnya, dan bukan gambar “superimposed” yang direka-reka oleh sesiapa. Itu gambar original. Meskipun Eli Wong “kantoi” bersepara bogel sebegitu, dia tidak dihukum oleh mahkamah. Malah dia tidak di dakwa pun oleh AG!

Jadi, apa yang nak ditakutkan oleh Saifuddin Nasution bagi kes skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar? Beza antara kes Eli Wong dan kes Anwar hanyalah melibatkan bahan yang disiarkan. Eli Wong lebih merupakan gambar statik fotografi, manakala kes Anwar pula melibatkan gambar video yang bergerak. Itu saja. Dan sekiranya Eli Wong tidak didakwa, mengapa pula Anwar pula akan didakwa???

Namun, reaksi Saifuddin Nasution yang dikatakan berketurunan Batak ini jelas menunjukkan bahawa Anwar memang sangat berkait dengan video seks tersebut. Mungkin dalam diam, Saifuddin mengakui dalam hatinya bahawa “lelaki bertuala putih” itu sememangnya Anwar. Jika tidak mana mungkin dia risau.

Lagipun, mungkin Saifuddin sendiri belum tengok jam tangan “Omega” yang dikatakan disimpan oleh Wan Azizah. Mungkin kerana belum tengok kelibat jam tersebut, maka Saifuddin sudah mula ragu-ragu dengan Anwar dan aktiviti sebalik tabirnya. Mungkin keyakinan Saifuddin terhadap Anwar sudah goyah. Mungkin dia sendiri tertanya-tanya, dimanakah jam tangan “Omega” tersebut???

Sumber: myKMU.net

5 comments:

samadlelong said...

ORG2 PKR/PAS/DAP SOKONG BENDA YG TAKDA FAKTA ATAU XFAHAM FAKTA. TNGK LA POLIS SIASAT DI BAWAH AKTA APA???, BODOH MACAM LEMBU

Anonymous said...

NASIHAT SAMA ITU SAIFUDIN, PI AMBIL WUDUK SEMBAHYANG HAJAT PAS TU BACA YASIN PAS TU DOAKAN PELAKUN WATAK ANWAR TU DITIMPA PENYAKIT GILA BABI, MEROYAN, BARAH OTAK DAN LUMPUH. SEMMOGA USAHANYA ITU MENDAPAT BERKAT DAN MENYELAMATKAN BOS KESAYANGANNYA ITU. SURUH JUGA DIA KERAHKAN SEMUA BAHAGIAN DAN CABANG PARTI KEADILAN BERBUAT PERKARA YANG SAMA.

Anonymous said...

Suruh dia cari makan bela anak bini cara yang diridoi Allah asyik mengampu aja .

Anonymous said...

Si batak jerawat batu tuh sendirilah buka dada ada pekung, nanti boleh orang tolong ubati.

KZSO said...

sebenarnya dia dah nampak kebijaksaan polis..

sebenarnya dia nak polis dakwa anwar..

nak tahu kenapa?

kalau dakwa dato t, kes ini tak ada postponement (itu yg buat dia, azmin dan anwar risau)

kalau dakwa anwar sbb anwar akan minta postponement..

lagipon polis 'ikut' cakap kapal pusingh supaya dakwa dato t (kapal pusingh ada agenda tersirat rupanya - mahukan anwar didakwa - )

cepat-cepatlah dakwa dato t... tak perlu postponement dan tahu cerita sebenar..siapa lelaki dan china doll tu, di mana, bila, bila mana, camana arrangement, apa berlaku sebelum dan selepas video kli, jam omega dan banyak lagi lahh...

hanya mohon peguam negara pastikan kes ini clear cut dan full proof

perghh dan alhamdulillah... doa dan solat pas dan umno dan umat Islam termakbut agar ditunjukkan kebenaran..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!