KedahNews.com

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Saturday, February 12, 2011

Slogan terbaru Kerajaan PAS Kelantan: "Membangun Bersama Pelacur"..???


Pendedahan panas mantan blogger “RM 4 juta” PAS, Kickdefella menggamit penulis untuk mengulas tentang “kejayaan” PAS mentadbir negeri Kelantan selama lebih dari 20 tahun. Berbekalkan bukti kukuh melalui penyiasatan persendirian, pendedahan blogger yang begitu berani ini seharusnya membuka mata rakyat Malaysia mengenai sifat PAS yang “cakap tak serupa bikin”! Sila lihat di sini dan di sini.

Rakyat negeri Kelantan sering bermegah dengan jolokan “Serambi Mekah” yang membayangkan bahawa negeri itulah yang “paling Islamik” di negara kita. Sejarah juga memahatkan nama-nama ulama tersohor yang berasal dari Kelantan seperti Tok Kenali dan sebagainya. Kelantan juga memiliki pondok-pondok agama yang tidak kurang hebatnya sebagai pusat pengajian Islam tidak rasmi di sana. Penulis akui “sejarah” itu.

Namun hakikatnya, pendedahan blogger PAS ini telah merobek segalanya. Kelantan sudah sekian lama disedari bukan lagi bergelar “Serambi Mekah”, ianya telah bertukar menjadi “Serambi Maksiat”! Apa tidaknya jika aktiviti dan sarang pelacuran begitu berleluasa di Kota Bharu, “Bandaraya Isle Pok Nik”!

“Tok Guru PAS” ternyata gagal mewarisi Tok Kenali. Mursyidul Am PAS Kelantan itu jelas gagal mentadbir Kelantan. Usah disebut tentang pembangunan di Kelantan yang ternyata terkebelakang. Itu semua rakyat tahu. Isunya, rakyat Malaysia sering di”momok”kan dengan slogan “Membangun bersama Islam” oleh Kerajaan PAS Kelantan, hakikatnya di zaman pemerintahan Pok Nik ini slogan yang lebih sesuai ialah “Membangun bersama Pelacur”! Mana tidaknya jika premis-premis yang hanya lebih kurang 500 meter dari lokasi pejabat Pok Nik, penuh dengan “kupu-kupu malam”!

Cuba kunjungi Kg. Limau Manis di Jalan Hamzah, pastinya kita akan bertemu dengan wanita-wanita muda menjual diri. Menurut Kickdefella, pelacur-pelacur itu dikawal oleh beberapa pengawal atau tonto. Operasinya tentunya aktif di sebelah malam. Di situ menurutnya, kita akan dapat melihat pelacur-pelacur menunggu pelanggan. Bukan saja yang seksi, pelacur yang bertudung pun ada! Pelacur pun bercirikan Islam? Itukah yang Nik Aziz maksudkan dengan “Membangun Bersama Islam”???

Khabarnya kawasan berkenaan juga diminati oleh beberapa pak-pak lebai MPKB. Menurutnya lagi, MPKB tidak pernah “kacau” aktiviti pelacuran di kawasan tersebut. Wang perlindungan pun tidak pernah diminta oleh pak-pak lebai tersebut. Namun, aktiviti pelacuran disitu terpaksalah melayani kehendak seks pak-pak lebai berkenaan. Begitulah ceritanya…

Penulis kesal perkara ini berlaku. Apatah lagi perkara tidak bermoral ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Bukan saja salah dari segi moral, ianya juga turut mencemar dan memburukkan nama baik negeri Kelantan dan rakyatnya.

Apakah Nik Aziz dan konco-konconya terlepas pandang perkara ini? Atau mereka sengaja “memejamkan mata” dan “memekakkan telinga” tentang aktiviti jijik ini? Para pemimpin PAS Kelantan sering keluar dari Kelantan untuk berceramah, menyampaikan kuliah PAS dan bergerak dari satu negeri untuk memberitahu rakyat bahawa mereka “lebih Islam” dari orang lain. Namun perkara mungkar yang berlaku di kejiranan mereka sendiri mereka tidak tahu???

Penulis menyeru agar pihak UMNO atau mana-mana NGO Islam agar bertindak untuk mengatasi aktiviti tidak bermoral ini. Meskipun kita tidak punya kalimah “Islam” yang tertera pada nama parti atau pertubuhan kita, namun sebagai umat Islam, kita wajib dan patut mengambil tindakan memerangi perkara mungkar yang berlaku, apatah lagi perkara tersebut berlaku di negara kita. Usah lagi kita harapkan PAS yang “terlampau Islam”, cuba mengIslamkan Lee Kuan Yew, namun rakyat sendiri terbiar ke lembah yang hina dan sesat!

Wallahua’alam.

Sumber: myKMU.net

1 comment:

Ariffin Sharif KC UMNO said...

Tok Ragu Aziz sangat memalukan kalau Pelacur ada di Kelantan.Mana dia beriged amal hamPAS yg konon menolak kemukaran rupa nya hanya untuk ceramah politik PAS aja...Perkara mungkar pelacur dan kedai judi tutup mata.....memang lah kerajaan hamPAS tak boleh maju kalau suka menipu rakyat.