KedahNews.com

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Wednesday, February 9, 2011

Perang Bermula..!!! Kapal Perang TLDM mula menghalakan muncung meriamnya kepada Tony Pua..!!!

Better choice for Teresa? than Anwar or Khalid gagap???

Tak sampai jam 10 pagi, pendedahan awal dari rangkaian bloggers mengenai fitnah onar jahat dan pengkhianatan Tony Pua sudah bermula...

Bermula dengan Bro Cucu Tok Selampit...

CTS ingin menjawab segala fitnah yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua yang dilemparkan ke atas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 07/02/2011. Untuk berlaku adil terhadap pembaca-pembaca CTS yang terdiri daripada semua golongan peringkat umur dan pendidikan, penulis akan seboleh-boleh menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh Rakyat Marhaen. Berikut adalah fakta-fakta yang gagal dikemukakan oleh YB Tony Pua:

1. Tony Pua gagal membezakan jenis kapal yang ingin dibina (bukan dibeli) oleh TLDM. Menurut Tony Pua, beliau merujuk kepada pembelian 6 biji kapal peronda pesisir pantai atau dalam bahasa English nya 'Offshore Patrol Vessels (OPV)', sedangkan TLDM ingin membina di Malaysia 6 biji kapal 'Littoral Combat Ship (LCS)'. Perbezaan di antara LCS dan OPV adalah LCS berkeupayaan dan kemampuan tinggi, mempunyai keupayaan tiga dimensi iaitu permukaan, udara dan bawah laut, sedangkan OPV hanyalah kapal peronda pesisir pantai yang agak terhad dari segi kapasiti dan penggunaannya. OPV juga tidak mempunyai persenjataan yang canggih seperti LCS yang mempunyai penderia dan radar berkeupayaan tinggi dan mempunyai sonar yang dapat mengesan kapal selam musuh. Antara kelebihan lain kapal LCS yang akan dibina di Malaysia adalah kapal berkenaan akan dilengkapi dengan sistem pertahan yang canggih seperti sistem kawalan dan pemerintahan, sistem peperangan elektronik, sistem pengerak enjin pelbagai kawalan, radar penjejak, radar pengesan tiga dimensi, sistem solar pengesan kapal selam, peluru pepandu di dalam laut dan di udara dan torpedo anti kapal selam.

2. Oleh itu perbandingan harga yang dibuat oleh Tony Pua mengenai dua jenis kapal yang berlainan jenis fungsi, peralatan, kegunaan dan kelengkapan adalah menyimpang dan tidak tepat! Pepatah English ada mengatakan "compare apple to apple". Harga OPV yang berbeza dari segi infrastruktur, kelengkapan dan kegunaan sudah pastinya jauh lebih murah berbanding LCS. Oleh itu dakwaan Tony Pua bahawa "TLDM bersedia membayar RM6 billion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama" adalah fitnah dan berniat jahat.

3. Keenam-enam kapal LCS (dan bukan OPV seperti didakwa Tony Pua) 100% akan dibina di dalam negara (bukannya dibeli seperti didakwa). Ianya melibatkan barangan tempatan (60%). Oleh itu dengan pembinaan 6 kapal ini di dalam negara akan membantu menjana ekonomi terutamanya bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Bayangkan berapa banyak peluang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada Rakyat Malaysia.

4. 6 buah kapal berkenaan akan dibina di dalam dua Rancangan Malaysia (RMK) iaitu RMK10 dan RMK11 iaitu selama 10 tahun. Oleh itu tidak timbul dakwaan pembangkang bahawa "pembelian" ini adalah untuk jangkamasa pendek.

5. Dakwaan pembangkang yang mengatakan bahawa urusniaga pembinaan ini tidak dilakukan secara tender terbuka adalah fitnah. Sebaliknya 6 limbungan terkemuka dari luar negara (nama limbungan yang masuk tender terpaksa dirahsiakan kerana keputusan akhir belum muktamad) telah masuk tender untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan, Boustead Naval Shipyard sebagai rakan kongsi untuk melaksanakan pembinaan kapal-kapal berkenaan.

6. Satu lagi kenyataan bodoh dan dangkal ialah apabila Tony Pua menyebut, "Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockhead Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004." Hello Tony Pua, orang yang di war-war sebagai Menteri Kewangan Bayangan Pakatan Rakyat telah membandingkan harga tahun 2004 dengan harga sekarang. Sedangkan harga barangan runcit pun banyak berbeza di antara tahun 2004 dan 2011, inikan pula pengangkutan peperangan. Hello! Tambahan lagi pembinaan LCS pada tahun 2004 tidak mengambil kira peraturan baru yang ditetapkan oleh pertubuhan antarabangsa seperti 'Naval Vesel Rules (NVR)'. Ianya melibatkan peraturan baru ke atas ciri-ciri keselamatan minima yang perlu dipertingkatkan dalam pembinaan seperti kapal iaitu dalam keadaan selamat walaupun dalam perang nuklear, setiap dek mempunyai kedapan udara dan air yang tinggi dan sebagainya. Perbezaan harga juga tidak lagi termasuk peningkatan kos material dari 2004 ke 2011.


Ingatlah Tony Pua, satu jari kamu yang menunding ke arah orang lain bersamaan dengan tiga jari lain yang menunding ke arah kamu. Kamu mengistiharkan perang ke atas TLDM kerana rata-rata ahlinya berbangsa Melayu Islam bukan? Bukan menjadi rahsia lagi strategi komunis DAP akhir-akhir ini adalah dengan menyerang pasukan keselamatan termasuk PDRM dan ATM untuk sesuatu tujuan tersirat mereka. Adakah kamu menimbulkan isu ini kerana kontrak berkenaan diperolehi oleh Boustead Naval Shipyard yang majoriti saham dimiliki oleh Boustead Berhad yang juga anak syarikat kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), yang juga majoritinya orang Melayu Islam? Bukan susah untuk membaca ciri-ciri dan komunis yang ada di dalam DAP.

Akhir kalam, penulis ingin memetik kata-kata daripada Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar, Panglima Tentera Laut Malaysia sewaktu pertemuan beliau dengan kami pihak bloggers semalam yang menyebut, "Setiap kenikmatan ekonomi yang dinikmati oleh Rakyat Malaysia harus dijanjikan dengan keselamatan yang berpanjangan." Fikir-fikirkanlah.


Credit kepada: Cucu Tok Selampit

3 comments:

Anonymous said...

MUAHHAHAHAHAHAHHAHA

SURUH SI KRONI UMNO NI MASUK TENDER BIKIN KAPAL KAT AMERIKA.

HE HE HE HE

Anonymous said...

Saya bukan nak komen apa apa tapi nasihatkan supaya kita kena selalu beringat kerana setiap kali tender/perbelanjaan yg di buat oleh kementerian pertahanan melebihi harga yg di bayar oleh negara lain 2 atau 3 kali ganda.Walaupun niat untuk menjana ekonomi setempat dgn melantik vendor bumiputera ianya perlu di halusi kerana setengah perniagaan tidak boleh 'sustain' atau berterusan kerana bukan hari hari kita bina kapal perang.Kita perlu ambil iktibar PROTON dimana setengah vendornya telah berkubur kerana tidak ekonomical untuk PROTON menempah alatan dsb dari vendor tempatan.contoh kalau beli unit power window..bila di import dari Taiwan harganya kurang dari Rm $30/ tapi bila di beli dari vendor harganya melebihi Rm$ 40/.Mungkin bagi setegah orang apalah sangat beza $15/ ringgit tu kerana kita berniat membina vendor tempatan.Tapi perlu kita ingat PROTON mengeluarkan lebih dari 500,000 kereta setiap tahun tambahan pula vendor tempatan mendapat bekalan dari Taiwan/di import dgn sedikit pertambah seperti barangan getah yg di perolehi dalam negara.kita juga perlu ingat pemgalaman lepas di mana sebungkus MAGGI MEE yg berharga 0.30 sen masa tu di bekalkan dgn harga melebihi $3.00 ringgit.Kita juga perlu ingat kes kapal perang yg di bina oleh Amin Shah sehinnga sekarang sudah melebihi 8 tahun masih belum boleh belayar walaupun kerajaan telah terlebih bayar beberatus juta ringgit.Walaupun pertahanan negara adalah rahsia sekurang kurangnya biarlah beberapa perkara di biarkan telus...takkanlah sebungkus mee maggi serta pembekalnya juga rahsia negara.Rahsia ketenteraan seperti spesifikasi persenjataan di akui sepatuntya menjadi rahsia tapi kita boleh anggap ianya ''open secret'' kerana kesemua senjata dsb di beli dari pembuatnya di luar negara...kalau di Amerika serta negara Eropah mesti mendapat kebenaran senat serta parlimen masing masing dan ianya memerlukan perbahasan serta kelulusan eksport.Apabila di bahaskan ianya sudah menjadi dokumen bertulis dan setelah beberapa tahun boleh di pamirkan untuk tatapan umum.Kemungkinan besar bila kapal2 yg dibina siap 4 atau 5 tahun kemudian dokumen tersebut sudah menjadi tatapan umum.Serupa juga apabila tender di buka,speks serta persenjataannya mesti di jelaskan kalau tidak macamana nak masuk tender.Rakyat bukannya mempertikaikan keperluan persenjataan negara tapi kita sebagai rakyat patut menasihati pemerintah supaya ambil iktibar dgn pandangan serta bangkagan rakyat(kalau ada) ingat lagi pasal kapalterbang perang SKYHAWK...pembeliannya di bankang oleh ramai orang sehingga ke parlimen tapi kerajaan mengchop semua yg membangkang sebagai orang bodoh yg tidak tahu keperluan petahanan negara....lepas tu apa jadi ...pesawat second hand yg di beli dgn harga tinggi itu perlu di 'refurbished'dgn haraga yg tinggi juga dan kita hanya sempat refurbish 25 buah saja dan yg selebihnya berjumlah 20 biji lagi tersadai di padang pasir NEVADA...kerana kita tak mampu lagipula pesawat tersebut sudah outdated....nak tolak sebagai besi buruk tak boleh kerana perlu kelulusan AMERIKA...walaupun kita sudah bayar dgn harga yg sangat tinggi dan ianya harta kita..Jadi sekalini dengar dengarlah rungutan atau nasihat rakyat dan lupakanlah mentaliti lama iatu 'THE GOVENRMENT KNOWS ALL''supaya episod episod lama tidak berulang.

Anonymous said...

Malang kita kalau ada orang macam Tony Puihhhhhhh menjadi pemerintah. "Always think the cost of not doing the thing now" Kalau nak bercakap... apatah lagi sebagai wakil rakyat... hendaklah membuat penyelidikan yang mendalam. Malang sekali bila ada golongan yang juga tidak tahu macam Tony Puihhhhhh melihat semuanya dari aspek negative tanpa melihat kebaikan, Oh yaaa mereka ini juga golong yang tak pernah nampak nikmat dari apa yang telah di terima sebaliknya mengintai apa prang lain dapat yang mereka tak dapat.