KedahNews.com

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Monday, February 21, 2011

"Bingkisan Istimewa" untuk Bob Lokman..!!!


Saya terbaca di sini mengenai Bob Lokman, seorang pelakon dan pelawak terkenal tanahair yang menyertai PAS baru-baru ini. Saya hormati pilihan Bob Lokman untuk menyertai PAS. Negara ini negara demokrasi, tak salah untuknya memilih PAS sebagai "anutan"nya.

Cuma, saya agak terkilan dengan cara dan sebab musabab Bok Lokman menyertai PAS. Bob diajukan soalan oleh wartawan Haramkah, begini bunyinya...

"Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.

Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.

Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu… dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu."

Siapa sebenarnya yang punya masalah dengan sistem kehidupan? Seperti yang Bob Lokman cuba sampaikan di atas, dia cuba menyalahkan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat. Dan dia turut menyalahkan slogan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Bunyinya betul-betul bermotifkan politik.

Bob menyalahkan sistem kehidupan. Siapakah yang menentukan hidup Bob sekeluarga? Bukankah Bob sendiri yang menentukan hala tuju keluarganya? Takkanlah pihak Kerajaan mahu campur tangan hal ehwal keluarga Bob? Bob tentukanlah sendiri hal keluarganya sebagaimana orang lain. Keluarga orang lain elok-elok saja sistem kehidupannya, mengapa menyalahkan pihak lain jika terang-terangan Bob sendiri yang gagal mengawal sistem kehidupannya anak beranak?

Mengapa pula Bob salahkan sistem persekolahan? Sedangkan pihak kerajaan menyediakan prasarana lengkap serba serbi di dalam sistem pendidikan di negara ini. Malah Kerajaan menyediakan Sekolah Menengah Agama Kebangsaan (SMKA) dan banyak sekolah agama rakyat turut diberikan permit. Hantar saja anak-anak Bob bersekolah di mana-mana madrasah, pondok, SMKA mahu pun sekolah agama rakyat.

Pantaulah anak sendiri dan asuhlah sebaiknya. Saya melihat ramai anak-anak kita yang belajar di sekolah agama yang disediakan kerajaan, elok saja akhlak dan pembentukan sahsiahnya. Hakikatnya, Bob sendiri yang gagal mengawal anak-anaknya yang bersekolah. Jadi, usahlah tuding jari pada Kerajaan.

Sistem pergaulan dan sistem masyarakat pula yang disalahkan? Bob, kalau sudah diri sendiri yang salah, jangan dipalitkan kesalahan itu pada orang lain. Saya berikan contoh "imam muda dan keluarganya. Dengan sistem pergaulan dan sistem masyarakat yang Bob dakwa salah itu, ibubapa imam muda itu berjaya mendidik anak-anak mereka bersolat, menyediakan pengetahuan asas agama dan bergaul bebas dengan batasan tertentu.

Ternyata mereka berjaya dengan sistem yang sama. Mengapa pula Bob tak boleh berjaya? Tentunya ada yang tak kena pada Bob sendiri, bukan kerajaan yang perlu dipersalahkan...

Bob kata slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" adalah "salah". Apakah Bob dapat menilai dengan akal yang waras bahawa slogan itu amat bermakna untuk semua rakyat Malaysia? Rakyat didahulukan juga membawa maksud bahawa negara ini mendaulatkan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan diberikan keistimewaan yang lebih kerana agama ini menjadi anutan majoriti rakyat Malaysia.

Memang benar Allah itu nombor satu dan wajib diutamakan oleh semua umat Islam. Saya sokong kata-kata Bob itu kerana saya juga seorang muslim. Tapi, jika kita ubah slogan itu kepada "Allah didahulukan, Islam diutamakan", apakah slogan itu juga relevan untuk penganut agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Tao dan lain-lain agama yang ada di Malaysia ini? Bob, mereka juga rakyat negara ini, bukan kita saja bro...

Seperkara lagi, apakah Bob fikir DYMM YDP Agong, Perdana Menteri, Mufti-Mufti Kerajaan dan lain-lain ulama tersohor di Malaysia yang menyokong slogan dan gagasan itu sebagai "tidak mendahulukan Allah dan Islam" di dalam hidup mereka? Apakah Bob fikir Bob dan PAS saja yang mengutamakan Allah sebagai Khaliq dan Islam itu sebagai pegangan? Bob, PAS itu hanya sebuah parti yang mempergunakan agama sebagai umpan politiknya, tidak lebih dari itu.

Dan kini PAS sudah ber"senggama" dengan DAP kafir harbi dan PKR agen Yahudi. Dasar dan insiden yang berlaku di negeri-negeri jajahan Pakatan Haram itu pun berbaur musyrik munafik dan tidak mementingkan Islam. Lihat saja insiden arak yang terpaksa dipulangkan setelah dirampas dan rumah-rumah urut serta premis hiburan dibawah "perlindungan" Ronnie Liu, apakah PAS mampu berbuat sesuatu? Itu belum lagi ditunjukkan pub-pub dan premis hiburan di negeri-negeri PAS, rumah pelacuran pun ada tau! 500 meter dari pejabat Pok Nik pulak tu!

Seterusnya temubual Bob dan Haramkah berbunyi begini...

Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya…Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.

Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.


Haaa..di sini Bob sudah mengaku bahawa dirinya yang bersalah dan bukan Kerajaan yang menghasut Bob untuk gagal dalam mengawal anak beranaknya. Bob fikir untuk nanti Bob akan dimasukkan ke neraka? Apakah dengan menyertai PAS maka Bob fikir nanti Bob akan dimasukkan ke syurga Allah? Bob, syurga neraka ni bukan milik PAS. Tapi tak tahulah jika Pok Nik dah menyerahkan "tiket ke syurga" untuk Bob sekeluarga!

PAS adalah jemaah yang akan membawa Bob ke jalan yang betul? Silap tu Bob, silap! Bob sendirilah yang akan menentukan jalan hidup Bob sekeluarga sama ada menuju syurga ataupun neraka. Bukan PAS atau UMNO yang menentukannya. Allahlah yang bakal menentukannya di akhirat kelak.

Untuk pengetahuan Bob yang mungkin "hilang ingatan", Kerajaan Malaysia sudah berpuluh tahun menyediakan Jabatan Agama Islam, Jakim, Perkim, Yadim dan pelbagai agensi yang berteraskan Islam untuk membantu umat Islam mencapai keredhaanNya. Pelbagai program dianjurkan untuk memartabatkan Islam dari segi pemahaman dan muamalah yang mendorong ke arah kehidupan muslim sejati. Tak percaya, tanya Ustaz Ridhuan Tee Abdullah. Pada pendapat saya, Ustaz Ridhuan boleh bantu Bob Lokman sekeluarga tentang ini.

Tak mengapalah jika Bob Lokman menolak hujah saya. Mungkin Bob tersinggung dengan bingkisan ini. Terserahlah kepada Bob untuk terus bersama PAS, kerana saya yakin PAS berada dipihak yang tidak benar perjuangannya. Sebusuk-busuk UMNO, busuk lagi PAS, dan sebusuk-busuk PAS, busuk lagi PKR dan DAP. Sekurang-kurangnya UMNO mengakui kelemahannya dan bertindak untuk berubah walaupun mengorbankan seorang Presidennya. Namun PAS? Sampai kiamat pun tak mengaku salah...PAS maksum sampai mati bagai Nabi!

8 comments:

Anonymous said...

Kepincangan Bob Lokman mendidik anaknya adalah kesalahannya sendiri. Nampaknya pemikiran Bob Lokman sangat sempit dan beliau adalah jenis insan yang tidak banyak muhasabah diri. PAS mmg pilihan yang tepat untuk Bob Lokman.. Sama-sama kita saksikan sampai ketaham manakah perubahan anak2 BL dimasa depan..

Anonymous said...

Mantap la bro. Cuba tanya pada bob yang debob tu, masa dia muda2 dulu mane datang sumber pendapatan dia? Dia pasti ke semua rezeki yg dia dpt tu halal hingga masuk ke dalam perut anak isteri lalu menjadi darah daging??

Kalu si anak yang cube diasuh tak mahu dengar cakap, bermaknanye ada sumber rezeki haram yg mgkn anda beri kepada mereka. Jgn nak salahkan kerajaan je pulak.

Lagipun, benarkah Allah penganut hamPAS tu benar2 Allah yang diesakan oleh mereka, kerana musykil bg penganut hamPAS kalimah Allah tu semua agama boleh pakai.

Kalu dlm kristian mereka ade konsep triniti (Allah ade anak?? ade isteri???), dlm buddha pula byk dewa dewi (mane satu Allah mereka??), begitu juga dalam agam Hindu. Jadi, benarkah Allah tu digunakan oleh org bukan Islam untuk merujuk tuhan mereka???

Tapi, pelik bin ajaib, penganut hamPAS pula rela menjual nama Allah demi menarik undi. Jadi perjuangan mereka bukanlah utk menegak dan mensyumulkan Islam, tetapi tindakan hamPAS tu hanya utk menjual agama demi keuntungan duniawi je. Fikir2kan la...

AnaQarbana said...

bukan Bob sendiri yang mengajar serta menganjur rakyat malaysia yang merupakan peminat setianya ke arah perkara-perkara lagho. Cara bercakap, cara berlawak, cara berpakaian, cara bergaul. Akhlak Bob sendiri ke arah perbuatan lagho, kerajaan ataupun UMNO tidak pernah mengarahkan Bob melakukan perkara lagho....ini jelas menunjukkan Bob gagal dalam hidupnya mendidik anak dan keluarga ke jalan allah...masuk PAS ataupun menjadi ahli PAS tidak boleh menyelesaikan masalah Bob...malah ia lebih pasarh lagi,,,kerana Bob akan membawa isteri, anak-anaknya menyergai demonstrasi jalan, ceamah pembohongan di seluruh cerok rantau yang boleh menjejaskan penghayatan Islam. Sepatutnya Bob memasukan anaknya ke sekolah pengajian Islam tulen, dan Bob sendiri mengikuti poengajian Islam sepenuh masa dan bukannya menyertai parti politik....nama pun parti politik, bukannya pengajian Islam....

Boleh ke? said...

memang mudah menyalahkan org lain dan tidak menilik diri sendiri

Anonymous said...

Azeez Rahim bela dia ni dulu..usung merata di baling...la apa jadi...

ezzudine said...

Wei Bob, PAS tu bukan AJARAN AGAMA, dia adalah sebuah parti POLITIK. Tidak semestinya masuk PAS, kau boleh ubah IMAN/AGAMA kau.Kalo ubah penampilan kepada jadi PENDENDAM/sangka buruk pada org islam lain bolehla. Memang PAS mengajar pengikut dia begitu. Belum tentu lagi dapat masuk SURGA baik PAS/UMENO. xde kene mengena PAS ni dgn IMAN/AGAMA.Kalo ko nak ubah sangat agama ko jadi lebih baik, lebih baik ko ikut org tabligh tu. lebih asli dan tulen daripada PAS..

cik chocomint said...

satu jari menunding ke arah orang lain, empat lagi jari menunding ke arah kita...sudah2 lah tu..sendiri tidak berjaya mendidik anak, hendak di salahkan kerajaan pula.. hmm..manusia2...

Anonymous said...

Bob Lokman ni mangkok.
Benda macam ni pun tak boleh pikiak.
Nak salahkan orang lain pulak.
Puak PAS ni bolehlah tarbiah dia bagi tambah bengong lagi.