Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, February 4, 2011

ADUN PKR HILANG "TELOQ"..!!!


Ternyata ketakutan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie sudah sampai ke “telur”nya. Barangkali ketakutannya sudah menyebabkan “telur”nya kecut-sekecutnya sehingga “terserot” ke dalam! Manakan tidak, apabila si bacul ini mengajak penyokong-penyokongnya untuk berkumpul di perkarangan Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk menemaninya mendengar pertuduhan perundangan yang bakal dihadapinya.

Apa perlunya diheret sekali penyokong-penyokongnya yang tidak berdosa? Pertuduhan yang bakal didengarkan di mahkamah itu hanya melibatkan dirinya sahaja dan tidak ada kena mengena pun dengan penyokong-penyokongnya. Apakah dia cuba menyeret penyokong-penyokongnya untuk turut berkurang ajar, biadap dan celupar sepertinya? Dia yang buat “tahi”, mahu pula dipalitkan pada orang lain? Bodohlah pada siapa yang mengikut kata indidvidu seperti Shuhaimi ini!

Keceluparan dan kebiadapan Shuhaimi Shafie ini tidak boleh dipandang ringan lagi. Sudah berkali-kali kenyataan dari pemimpin-pemimpin Pakatan “Haram” ini yang menyinggung Institusi DiRaja Melayu. Sudah berkali-kali mereka mencari pasal dan mencabar kedaulatan Raja dan Kesultanan Melayu. Dan biarlah kali ini salah seorang yang sering berkurang ajar kepada DYMM Sultan di “ajar” secukup-cukupnya!

Perkara ini sudah menjadi kes mahkamah dan biarlah mahkamah yang menentukan sama ada Shuhaimi bersalah atau tidak. Shuhaimi tidak perlu mengheret rakyat yang tidak bersalah untuk bersamanya ke penjara. Dia tidak perlu mengajar rakyat lain untuk turut sama berkurang ajar terhadap Institusi DiRaja. Jangan fikir orang lain juga memang bersifat “kurang ajar” seperti dia!

Perbuatan ADUN Sri Muda ini sememangnya menunjukkan bahawa segenap kepimpinan Pakatan Haram sememangnya tidak menghormati Institusi DiRaja Melayu. Hanya kerana cuba memberikan “kuasa lebih” terhadap Menteri Besar di Selangor, Shuhaimi sanggup berkurang ajar dengan DYMM Sultan Selangor, Ketua Eksekutif Tertinggi Selangor. Lupakah “mal’un” yang bernama Shuhaimi ini bahawa di hadapan DYMM Sultan Selangor itulah dia berikrar bersumpah setelah menjadi ADUN Sri Muda?

Ternyata Shuhaimi memang pengecut! Penulis bukan tidak tahu cerita bagaimana “kelam kabut”nya dia apabila dia “terlepas” cakap (tulis) di blognya tempohari. Habis dihubunginya kawan-kawan meminta buah fikiran mencari jalan melepaskan diri dari kesilapannya. Namun demi egonya sebagai ADUN, dia enggan meminta maaf kepada DYMM Sultan Selangor walaupun dinasihatkan untuk berbuat sebegitu pada awalnya. Nah! Rasakanlah hasil “ego” dan kebiadapan sendiri. Terimalah akibatnya!

Sumber: myKMU.net

1 comment:

Anonymous said...

NI LA JENIS MELAYU HARAM JADAH YANG INGIN DILAHIRKAN OLEH PKR DAN PAS

Bila Kak Su Bersuara... Heh!