Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, January 30, 2011

PRK DUN Tenang: Cina tolak UMNO/BN???


Tahniah Duke ucapkan kerana UMNO/BN telah memenangi PRK N5 DUN Tenang. Secara rasminya, UMNO/BN telah berjaya memenangi sebanyak 6699 manakala PAS pula berjaya memperolehi 2992 undi. UMNO/BN menang dengan 3707 undi.

Pada Duke, jumlah majoriti 3707 undi yang diperolehi oleh UMNO/BN itu sangat jauh tersasar dari target yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini. Pada awal kempen, Tan Sri Muhyiddin mensasarkan majoriti besar dengan kemenangan lebih 5000 undi. Malah sahabat Duke iaitu brader Husin Lempoyang pula begitu yakin bahawa Cikgu Mala akan hilang wang pertaruhan (deposit)! Dan nampaknya telahan dan jangkaan ini meleset.

PAS sebenarnya tidak menaruh harapan yang tinggi pada PRK DUN Tenang ini. Sebenarnya, PRK DUN Tenang ini hanyalah "test market" bagi mereka. Namun begitu, PAS tidak mahu "hilang muka" bertanding di DUN Tenang. Mereka sekurang-kurangnya akan cuba memberikan tentangan terbaik, meskipun mereka terpaksa menjual agama mereka untuk kesekian kalinya...

Cuba lihat fakta dibawah...

Bandar Labis Tengah (S2&3): PAS - 519, BN - 211.



Bandar Labis Tengah (S4): PAS - 209, BN - 90.



Bandar Labis Tengah (S1): PAS - 123, BN - 64.

Di atas adalah fakta undian di Bandar Labis Tengah yang Duke dapat dari blog Media Permatang Pauh.

Jika dilihat dan dianalisa pola pengundian tersebut, maka boleh dikatakan bahawa UMNO/BN tewas di kawasan Labis Tengah. Labis Tengah merupakan kawasan bandar yang di diami oleh majoritinya bangsa Cina dan ternyata golongan ini menolak UMNO/BN.

Duke berpendapat, bangsa Cina yang dikhabarkan menjana ekonomi di kawasan Bandar Labis Tengah ini memberikan undi mereka kepada PAS. Duke tidak menyalahkan rakyat berbangsa Cina di Bandar Labis Tengah ini untuk memberikan undi mereka kepada pembangkang. Ini mungkin disebabkan mereka telah di"bangang"kan oleh pihak pembangkang. Atau mungkin mereka juga telah di"wahyu"kan oleh "Dewan-Dewan" mereka untuk memberikan undi kepada PAS.

Mengapakah kini, bangsa Cina mengubah "trend" mereka untuk memberikan undi mereka kepada pihak PAS? Bukankah selama ini mereka membenci PAS yang kononnya berjuang menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud? Malah sebelum ini bangsa Cina menolak PAS kerana mereka menganggap PAS adalah sebuah parti yang tidak terbuka dan anti kemajuan...

Pada Duke, perkara ini terjadi kerana beberapa sebab.

Yang pertama, mungkin bangsa Cina di Bandar Labis Tengah (di kawasan ini sajakah? bagaimana di tempat lain?) fikir bahawa PAS lebih senang di"control" berbanding UMNO yang terlalu sukar di"jinak"kan. Bangsa Cina ini cuba men"jinak"kan UMNO selama lebih dari 50 tahun, namun mereka gagal. Mereka lebih senang hati untuk mengundi PAS kerana ternyata PAS begitu mudah untuk dicucuk hidung dan dikeldaikan berbanding UMNO.

Yang keduanya, bangsa Cina di Bandar Labis Tengah (di sini sajakah? di tempat lain tak fikir begini?) begitu yakin dengan perubahan PAS yang kini lebih liberal dengan perjuangan politiknya. PAS berjaya mengikut kehendak bangsa Cina ini dengan menggadaikan agenda "Negara Islam" dan "Hukum Hudud" yang dipegangnya sebelum ini. Dengan membuang kedua-dua agenda itu, maka tentunya golongan bangsa Cina ini membuka mata mereka dan sedar bahawa PAS ini boleh di"beli"! Murahnya harga dan maruah diri PAS di pandangan bangsa Cina...

Yang ketiganya, mungkin mereka hanya menurut dan bertindak memberi undi berdasarkan "wahyu" dari "dewan-dewan" Cina yang mereka perolehi lewat malam semalam. Menurut beberapa sumber dan berdasarkan pengalaman PRU dan PRK sebelum ini, dikhabarkan bahawa "wahyu-wahyu" ini akan turun secara rahsia kepada mereka pada malam atau lewat pagi sebelum hari pengundian bermula. "Wahyu" inilah yang akan menentukan parti mana yang akan diberikan undi dan sebagai bangsa Cina yang bersatu di bumi asing, mereka akan sepakat mengikut kata "wahyu" tersebut. Apapun, tindakan ini amat sukar untuk dibuktikan kerana ianya berlaku secara rahsia dan terancang.

Yang keempat, bangsa Cina ini menolak UMNO/BN dek kerana kelemahan MCA dan Gerakan yang gagal menambat hati mereka. Mungkin MCA, Gerakan dan lain-lain parti berbangsa Cina fikir mereka sudah melakukan sebaiknya. Sedangkan mereka tidak tahu bahawa mereka telah ditipu oleh bangsa mereka sendiri. Chua Soi Lek, Tsu Koon dan Tiong Lai harus memberikan "surat tunjuk sebab" mengapakah mereka gagal menambat hati penduduk Cina di Bandar Labis Tengah yang tidak sampai 1000 orang itu.

Hakikatnya, Bekas ADO yang baru bergelar YB DUN Tenang itu perlu mengenal pasti kawasan Bandar Labis Tengah yang menolak UMNO/BN. Beliau perlu mengenal pasti golongan manakah di antara mereka yang "menipu" UMNO/BN di kawasan tersebut. Tauke kedai manakah yang "bermuka-muka" dan "manis di depan, tikam dibelakang"? Beliau perlu mengenal pasti "kenapa,kenapa dan kenapakah mereka tidak memilih UMNO/BN". Beliau kena siasat dan buat "bedah siasat"...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!