Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, January 31, 2011

PAS Kalah di Tenang: Apa kata puak-puak blogger totok PAS???


Berikutan kemenangan BN di DUN Tenang, Duke merayau sekejap ke blog-blog puak-puak PAS bagi memantau keadaan mereka. Saja nak tengok reaksi, komen, alasan dan usaha-usaha "memujuk diri sendiri" selepas kalah PRK lagi.

Blog Justice For All misalnya mendakwa...
"Mungkin kekalahan PR turut disumbang oleh masalah dalaman PKR dan pengumuman Gobala keluar dari parti itu, sehari sebelum hari pengundian.."

Terang-terang blogger ini menyalahkan PKR berikutan kekalahan PAS di DUN Tenang. Apakah adil (justice enough) untuk menuduh orang lain sebagai pesalah dan menafikan kelemahan sendiri? Tapi itulah "justice" di mata puak-puak PAS. Sudah tahu PKR tu memang "samdol", yang pergi kawan dengan diorang tu buat apa? Badigol wa taalol punya PAS...!!!

Blog Aku Budak Balun pula mendakwa...
"Pengundi-pengundi di Felda Tenang masih lagi setia mengundi BN di PRK Tenang hari ini! Kalau bukan jahil dan bodoh, apa lagi yang kita nak letak? Kalau bukan jahil muraqab, jahil apa lagi yang kita nak letak? Kalau bukan bangang.. apa lagi perkataan yang kita nak letak?"

Blogger PAS tegar ini pula dengan jelas menyatakan bahawa para pengundi DUN Tenang sebagai JAHIL, JAHIL MURAKKAB, BODOH dan BANGANG! Apakah benar pengundi di DUN Tenang bersifat begitu? Apakah hanya kerana tidak memilih parti pilihan blogger AKU BUDAK BALUN maka pengundi itu layak dilabelkan sebagai "jahil dan bodoh"? Duke tidak fikir begitu. Padahal blogger yang berkata begitulah yang "bodoh dan jahil sejahil-jahilnya"...!!!

Blog Anak Sungai Derhaka pula menyalahkan rakyat DUN Tenang yang masih memilih BN meskipun ditenggelami air banjir...

Nak tergelak pula Duke membaca ngomelan blogger ini. Dia tak pula kata begitu pada pengundi dan rakyat Kelantan! Sudah lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan dan tiap-tiap tahun Kelantan banjir besar. Tak pula dia menyalahkan rakyat dan merungut rakyat Kelantan yang masih memilih PAS sebagai kerajaan! Bingai mamat ni kan? Hehehehehe...itu macam punya orang pun ada kat dalam Malaysia. Patut pun dia sokong PAS. Penyokong PAS ni kebanyakkannya kurang kemahiran menggunakan akal. Otak ada, tapi akal kurang...

Ketika Duke menulis, blogger Ruang Bicara Pria Malaya masih lagi belum update blognya. Mungkin dia sedang bingung memikirkan apa yang harus dia tulis dan komen tentang kekalahan PAS di DUN Tenang. Blognya masih cuba membela Cikgu Maarof yang ter"kantoi" dengan kes MCnya...

Dia kata Cikgu Maarof tak beli MC dan layak dapat MC sebab mengalami sindrom kemurungan yang menyebabkannya demam-demam, batuk dan selsema. Itu pun blogger ni dapat buktikan Cikgu Maarof dapat MC 2 hari saja. Lagi 19 MC dia tak dapat jawab! Macam ni ke "Pria Malaya"? Buat malu "pria Malaya" yang lain saja! Cikgu Maarof ni pergi ke hulu ke hilir ikut isterinya berkempen tu tak "murung" pulak? Tak "demam" pulak? Tak "batuk" pulak? Tak "selsema" pulak? Dah tau sakit tu, kenapa tak rehat kat rumah saja? Bro..bagi la alasan yang logik sikit bro. Alasan bro bagi tu buatkan orang gelak kat bro je la...buat malu bro je...hahahahahahahaaaaaa....!!!

Begitulah beberapa komen, ulasan, reaksi dan cara "memujuk diri sendiri" oleh puak-puak blogger tersohor PAS yang selalu tabur fitnah kat UMNO dan Kerajaan. Malas Duke nak tulis pasal blog-blog PAS yang lain. Maklumlah, kepala diorang semuanya sama saja "brand"...kurang daya fikir...

Beginilah. Duke fikir, PAS harus muhasabah balik kenapa PAS kalah di Tenang. Mungkin PAS ada buat dosa, kot? Dulu masa zaman sahabat dulu, tentera Islam hairan bila mereka kalah dan tak berjaya menewaskan satu musuh. Musuh-musuh lain senang saja dikalahkan. Tapi musuh kali ni susah nak dikalahkan walaupun musuh mereka tu lemah. Setelah dimuhasabah, barulah mereka tahu ada dosa yang telah mereka lakukan. Setelah bertaubat pada Allah, barulah tentera Islam berjaya tewaskan musuh. PAS pun kenalah muhasabah begitu...

Seperkara lagi, tak payahlah bertanding di DUN Merlimau tu nanti. Risau pulak Duke kalau PAS kalah. Bukan risau apa, Duke risau jika PKR dan DAP terus mentertawakan PAS dari belakang. Lagi pun, bagilah peluang pada "Sam Ketot" tu nak bertanding. Nanti kempunan pulak dia. Bagilah "chance" dia bertanding pulak. Kalau dia menang okaylah tu. Tapi kalau kalah, PAS gelakkan je budak "ketot" tak sedar diri tu...heheheheheeeee....

2 comments:

blogenstarz said...

MEMANG BANGANG,BENGAP,BODO PENGANUT PAS NI.KEKALAHAN TIADA DIDALAM KAMUS MEREKA.SEMUANYA SALAH ORANG LAIN.
LANGSUNG AKAI TAK BOLEH PAKAI.
...................................

teperngkap diTenang.x boleh balikkkkkkkkk.sejuknya !
Hua hua hua

Esperalzi said...

Eh, eh..nama dia pun Aku Budak balun, mmg kerja dia balun, awat yg hang komplen Duke?

Org PAS mmg macam tu, sapa undi depa cerdik, sapa tak undi depa bodoh..paham? Dah Tok Sami dan Tok Padri depa ajar mcm tu, nak wat camne?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!