Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, January 31, 2011

Gempar dari utara..!!! Azizan tuduh Gobala "penjenayah"..?!!!


Berdasarkan kenyataan Azizan Razak kepada Bernama di atas, ternyatalah Gobalakrishnan pernah terlibat dengan pelbagai kesalahan di sisi undang-undang. Apakah kesalahan-kesalahan tersebut? Hanya Azizan dan pemimpin PAS, PKR dan DAP saja yang tahu.

Persoalannya, mengapakah Gobalakrishnan tidak dihukum ketika dia berada di dalam pakatan pembangkang? Kenapa pula selepas Gobalakrishnan hanya akan dihukum selepas dia keluar dari pakatan pembangkang?

Persoalan seterusnya, mengapakah Azizan Razak tidak melaporkan salah laku atau sebarang kesalahan Gobalakrishnan kepada pihak berwajib? Apakah di atas tiket "pemimpin pakatan pembangkang" maka Gobalakrishnan sebelum ini kebal dari sebarang tindakan walaupun melakukan banyak kesalahan di sisi undang-undang? Kenapa Azizan tak laporkan saja pada pihak berkuasa sebelum ini?

Nampaknya ada sikap "double standard" untuk semua pemimpin pakatan pembangkang. Mereka bagaikan "kebal" dari sebarang tindakan walaupun melanggar pelbagai kesalahan undang-undang negara, selagi mereka bergelar "pemimpin pakatan pembangkang". Ini bukti nyata bahawa pemimpin pakatan haram ini sememangnya tidak adil dan tidak mendaulatkan undang-undang.

Pastinya ramai lagi dari kalangan mereka yang turut melakukan kesalahan di sisi undang-undang, dan mereka hanya akan disabitkan kesalahan hanya "selepas" mereka keluar dari pakatan pembangkang.

Apa kata rakyat? Haruskah pemimpin pembangkang ini dipercayai dan dibiarkan memanipulasi minda kita semua? Apakah ini keadilan yang mereka laungkan? Anda semua adalah saksi tentang perkara ini dan buatlah pilihan yang lebih tepat!

2 comments:

usop said...

zzzzizan tu pasal kat luor semua dia tahu.., tapi kalau tanya pasai kat negeri dia semua tak tahu.. yg dia tahu zz..zzzzz...zzzzzzzzzz

Tinta.Muallimah said...

Salam. "Double standard" telah lama mnjadi amalan dan budaya UMNO juga. Klau kes Anuar cepat2 dakwa, cepat2 hebah, cepat2 masuk mahkamah, cepat2 dapat bukti brsalah. Klau kes Rais, satu habuk x hebah...cuma time cover je msuk paper.Kes soi Lek...kes Khir toyo..kes skandal pmimpin2 UMNO yg jijik banyak brlaku...tutup sepi.Satu jari tunjuk kat org...4 jari tunjuk diri sendiri. Memg Gobala dulu adalah rakan. Apabila dia sendiri mengistihar jadi musuh...adatnya musuh itu melihat kpd kelemahannya. Juga berlaku kpd UMNO bila Zaid join PKR satu ketika dulu. Abis ditelanjangkan Zaid.
Perjuangan atas nama bangsa tanpa meletakkn dasar alQuran Sunnah pasti banyak tempangnya. Sekurang2nya PAS meletakkn AlQuran & Sunnah sbg perlembagaan utama spt Ikwanul Muslimin, HAMAS, Parti Nahdah (Tunisia), Nahdatul Ulama dan semua Parti Islam didunia ini. Wpun mereka pun kadang2 terbabas at least boleh rujuk dasarnya yang betul .Klau UMNO buat silap...adakah dasarnya boleh dirujuk ? Lihatlah gejala sosial hari ini, lihatlah pergaulan bebas anak pinak menteri2 UMNO, lihatlah underestimation mereka terhadap hukum2 AlQuran (hudud).....Masih kamu boleh terima dasar UMNO ?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!