Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, November 23, 2010

Guan Eng sudah bersedia untuk ditampar lagi..!!!


Menyedari hakikat pakatan DAP, PKR dan PAS yang semakin dibenci rakyat, gabungan “penjahat-penjahat politik” negara itu sedang berura-ura untuk tidak turut serta sekiranya Kerajaan Pusat akan mengadakan pilihanraya umum dalam masa terdekat. Menurut “ahli nujum pakatan syaitan” ini, Pilihanraya Umum ke 13 akan diumumkan pihak kerajaan pada Mac atau April 2011. Berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang, “Khalifah” yang pernah ditampar oleh rakyat Pulau Pinang itu menegaskan bahawa Pakatan Rakyat Pulau Pinang bersedia untuk pilihanraya pada bila-bila masa!

Begitulah bongkaknya pakatan DAP, PKR dan PAS di Pulau Pinang. “Tak padan” dengan insiden ditampar, Guan Eng begitu optimis akan berjaya menambat hati penduduk Pulau Pinang. Penulis tidak menafikan kata-kata Guan Eng ini. Gerakan baru nak “bergerak”, itupun setelah dikejutkan oleh PM dan TPM baru-baru ini. Lainlah jika Gerakan benar-benar mahu merampas kembali Pulau Pinang dari DAP. Penduduk Cina di Pulau Pinang masih “selesa” dengan layanan “anak emas” terhadap mereka. Melayu dan India sudah “mengamuk”, mampukah Guan Eng, Saleh Man dan Anwar men”jinak”kan kedua-dua kaum ini?

Insiden Kampung Buah Pala dan Balik Pulau benar-benar membuat kaum Melayu dan India serik dengan Guan Eng. Sebelum ini mereka begitu percaya pada Guan Eng, PKR dan PAS Pulau Pinang untuk membela nasib mereka. Penduduk Pulau Pinang memperjudikan negeri Pulau Pinang demi nasib yang lebih baik. Namun jangkaan mereka meleset. Rupanya, nasib mereka lebih teruk di”kerja”kan oleh “chauvinis” dan sifat “rasis” yang ada pada Guan Eng. Penyokong PAS yang selama ini mengharapkan Guan Eng menjadi “Khalifah” turut di zalimi dan digelar “monyet” oleh “rejim” Guan Eng.

Berbicara mengenai cubaan negeri-negeri dibawah jajahan takluk pakatan DAP, PKR dan PAS untuk tidak turut serta di dalam pilhanraya umum ke-13 serentak bersama negeri lain, perkara ini hanyalah bertujuan untuk menyusahkan pihak Kerajaan Pusat dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Selain sedar akan kebangkitan UMNO dan BN, pakatan ”penipu rakyat” ini sememangnya gerun dengan gelombang transformasi yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak. Dengan masa depa ketua mereka yang suka “meliwat” dan gagal mengawal pemilihan partinya, DAP dan PAS agak gusar dengan jawatan MB yang disandang di negeri masing-masing. Mereka sebenarnya tidak yakin untuk mampu mempertahankan jawatan di negeri-negeri yang dijajah ini.

Justeru itu, ini adalah sangat berlawanan dengan dakwaan Guan Eng yang kononnya PKR, DAP dan PAS Pulau Pinang sudah cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa. Cakap besar dan sifat bongkak ini hanyalah untuk menyejukkan hati para penyokong mereka yang sedang gundah gulana dengan kemelut yang melanda pakatan “perosak rakyat” ini. Mereka semakin tertekan melihat PKR yang “konon”nya sebagai parti tunjang mereka itu jelas mempamerkan ”hanyir busuk” kemelut parti tersebut. Sedangkan kepimpinan PAS dan DAP sendiri turut risau dan gusar dengan tahap kesihatan PKR yang sudah “nyawa-nyawa ikan” itu, apatah lagi penyokong-penyokong mereka di akar umbi. Yang “atas pagar” tak usah cakaplah, kebanyakkannya sudah “serik” untuk terus di tipu PKR, DAP dan PAS. Mampukah rakyat-rakyat yang sedar ini “mengajar” pakatan jahat PKR, DAP dan PAS ini?

Pada penulis, jika benarlah DAP, PAS dan PKR berhak untuk tidak turut serta Pilihanraya Umum ke 13, itu bukanlah satu masalah. Malah ini mungkin akan memberikan “advantage” kepada UMNO dan BN untuk memfokuskan kempen di negeri-negeri yang dijajah DAP, PKR dan PAS ini apabila “tamat tempoh” penggal mereka. Ketika itu, bersedialah dengan segala alasan palsu dan fitnah yang sering diamalkan mereka dan kita lihat sama ada mereka mampu menahan kemahuan rakyat yang serik dengan mereka. Ketahuilah bahawa rakyat kini lebih meyakini UMNO dan BN untuk memerintah Malaysia bumi bertuah ini!

Ehsan dari myKMU.net

Bila Kak Su Bersuara... Heh!