Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, November 20, 2010

Memali & 13 Mei 1969...



Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985, diperingatkan kembali oleh PAS Kedah. Sebuah karnival besar-besaran bertujuan memperingati tragedi berdarah yang mengorbankan 14 orang awam dan 4 anggota FRU itu cukup sensitif dan menyedihkan pelbagai pihak, terutamanya muslimin Melayu di negara kita.

Karnival yang bagai "pesta" layaknya dianjurkan untuk memperingati peristiwa sedih itu. Peristiwa yang telah di"politik"kan dan dianjurkan oleh sebuah parti politik itu wajar dilaksanakan bagi mengambil iktibar pada masa yang akan datang. Sewajarnya peristiwa sebegini dapat dielakkan. Akibat sokongan politik melampau dan tindak balas Musa Hitam yang tidak wajar itu, nyawa saudara-saudara kita melayang. Semoga peristiwa ini tidak akan berulang lagi.

Namun, mengapa hanya peristiwa Memali sahaja yang perlu di"kenang"? Mengapa peristiwa berdarah yang meragut nyawa ratusan rakyat di negara ini tidak diperingati dan dikenang? Mengapa peristiwa 13 Mei 1969 juga tidak di"pesta"kan atau di"karnival"kan? Bukankah peristiwa ini juga begitu sensitif di pandangan mata rakyat Malaysia?

Peristiwa 13 Mei menyaksikan lebih dari 80 umat Islam dan Melayu yang terkorban. Ada yang disembelih beramai-ramai di panggung Odeon di Kuala Lumpur. Dilaporkan, ada seorang muslimah yang sedang sarat mengandung, dibelah perutnya dan dikeluarkan kandungannya dengan besi penggantung daging babi. Malah peristiwa menyayat hati itu juga menyaksikan ramai kaum Cina terkorban, akibat "sentuhan politik pembangkang"! Mengapa peristiwa 13 Mei 1969 tidak diperingati?

Penulis di Utusan Malaysia ada menggesa agar peristiwa 13 Mei ini diperingati di dalam konsep yang lebih positif. Akibatnya, penulis tersebut, Datuk Zaini Hassan, teruk dikutuk dan dikecam oleh DAP yang sememangnya takut dengan peristiwa 13 Mei ini. Mengapa DAP perlu rasa "phobia" dengan peristiwa 13 Mei ini? Bukankah elok sekiranya peristiwa ini dilihat secara positif dan diperingati secara tahunan sebagaimana peristiwa Memali 19 November 1985?

Bukankah peristiwa 13 Mei 1969 ini lebih signifikan untuk diperingati, berbanding peristiwa Memali? 13 Mei menyaksikan konsep perkauman yang lebih teratur dengan penyusunan sosio-ekonomi berdasarkan keadilan kaum yang lebih efektif. Hasil dari peristiwa yang ditakuti DAP ini maka lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dengan DEB ini, pertumbuhan ekonomi, kemajuan negara dan lebih utamanya keharmonian kaum tersemai subur di negara kita. Sewajarnya peristiwa 13 Mei 1969 lebih relevan untuk diperingati berbanding peristiwa Memali. Lainlah karnival Memali ini bermotifkan politik sempit dan dipolitikkan sesetengah pihak...

Usahlah "double standard" dalam perlakuan memperingati sesuatu yang sensitif. Keikhlasan dan hasil perubahan lebih penting untuk dilihat bagi memperbaiki keadaan untuk tragedi-tragedi malang di negara kita. Khabarnya dahulu PAS Kedah telah tubuhkan "tabung Memali" untuk para balu "syuhada" dan mangsa Memali ini. Ke mana perginya "tabung Memali" tersebut? Mengapa ramai mangsa-mangsa tragedi yang mengeluh perit apabila tidak mendapat bantuan dan mengetahui bahawa "tabung Memali" yang dikhaskan untuk membela nasib mereka itu "bocor". Harap Dewan Pemuda PAS Kedah menyediakan satu slot membentangkan siasatan "kehilangan Tabung Memali" tersebut. Tak baik menzalimi yang hak...kan?

Friday, November 19, 2010

Azizan Razak minat lagu "AKON"..???


Azizan keseorangan...Pada mulanya banjir besar melanda negeri Kedah. Bantuan dari Kerajaan Pusat dilihat media lebih menonjol membela nasib mangsa banjir di negeri ”Jelapang Padi” itu. Lagipun Kerajaan PAS Kedah dilihat agak “pilih kasih” dengan memberikan bantuan secara “terpilih”. Maka wartawan arus perdana pun menyiarkan kekesalan mereka akibat sikap Kerajaan PAS Kedah itu. Berikutan itu, Azizan marahkan wartawan di dalam satu sidang akhbar mengenai banjir di Kedah. Kemudian, Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3 dan Bernama di”haram”kan masuk ke Sidang DUN Kedah untuk membuat liputan. Dan paling muktahir, Azizan membentangkan “budget Kedah” untuk tahun 2011…

Macam-macam perkara berlaku terhadap Azizan semenjak kebelakangan ini. Tindakan yang diambil oleh Azizan Razak “serba tidak kena”. Dia buat macam ini, salah. Dia buat macam itu pun salah juga. Pening kepala Azizan dibuatnya. Akhirnya sikap sebenar Azizan Razak terserlah. “Panas baran”nya meletus bagaikan gunung merapi yang meletup di Indonesia baru-baru ini…

Apa yang tidak kenanya dengan Azizan? Penulis berpendapat, Azizan Razak jadi begini kerana dia “keseorangan”. Memang benar dia beristeri dua, rapat dengan DYMM Tuanku Sultan Kedah, berjawatan Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah. Namun, dia memang “keseorangan”…

Kenapa bantuan banjir dari Kerajaan PAS Kedah dilihat “tidak sampai” dan kurang berkesan, sedangkan diakui memang Kerajaan PAS Kedah turut sama menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir? Pada tinjauan penulis, bantuan Kerajaan PAS Kedah “gagal” disempurnakan oleh mereka-mereka yang diamanahkan oleh Azizan Razak. Bantuan itu “tercicir di tengah jalan”, “diserahkan secara terpilih”, malah ada dakwaan bahawa “bantuan itu hilang”! Tidak hairanlah jika Azizan Razak dipersoalkan media. Mungkinkah ada usaha sabotaj dari “orang dalam” Kerajaan PAS Kedah? Exco manakah yang cuba “menikam” Azizan Razak dari “belakang”?

Mungkin ada pihak yang dari PAS yang menyahut “cabaran” Azizan Razak. Penulis masih ingat bila ada khabar bertiup kencang mendakwa ada usaha dalaman PAS yang cuba menyingkirkan Azizan Razak sebagai MB Kedah. Perkara ini Azizan Razak kena fikir dan siasat sendiri. Penulis hanya ingin mengingatkan…

Mungkin kusut dengan kritikan media dan “tension” yang diterima dari “dalam”, maka Azizan bertindak “tidak keruan” ketika sesi sidang akhbar yang jelas mempamerkan kemarahannya. Api kemarahannya meluap-luap, bagai ingin di”telan”nya wartawan itu “hidup-hidup”. Melihat kemarahan itu dan mungkin berdasarkan pengalaman sebagai seorang wartawan, maka wartawan itu hanya bersahaja menerima sahaja herdikan itu. Namun, insiden itu benar-benar menunjukkan bahawa Azizan sudah “meletup” dan tidak dapat mengawal “amarah”nya. Setahu penulis, sifat “marah” itu sangat disukai syaitan. Apakah syaitan sudah berjaya menguasai Menteri Besar Kedah? Manalah tahu jika sifat “syaitan” itu semakin terserlah sejak PAS “bersahabat dengan syaitan”…

Akibat api kemarahan Azizan pada sidang akhbar tersebut, “bahang”nya berterusan sehingga pada hari pertama persidangan DUN Kedah baru-baru ini. Tanpa kompromi, Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3 dan Bernama di”haram”kan sama sekali untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri Kedah untuk membuat liputan berita. Wajar dan rasionalkah tindakan Kerajaan PAS Negeri Kedah ini? Tindakan itu dipertahankan dengan alasan “media ini hanya melaporkan fitnah” dan “buat kerja tidak seperti orang Islam”.

Yang peliknya, Harakah yang sering menabur fitnah dan buat dosa kering itu tidak pula di”haram”kan masuk ke Sidang DUN Kedah! Jangan kata Harakah itu “bersih” dari fitnah. Jika benar “bersih”, takkanlah Harakah pernah disaman atas dakwaan fitnah dan pengadu kes menang kes saman tersebut. Yang peliknya lagi, akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Tamil yang terang-terang “bukan Islam” itu dibenarkan pula masuk ke DUN Kedah membuat liputan! Apakah Azizan dan konco-konconya fikir bahawa akhbar-akhbar seperti China Press, Makkal Osai dan Sin Chew Daily menyiarkan laporan yang Islamik di dalam akhbar mereka? Nampaknya, Azizan diberikan “nasihat yang salah” oleh “penasihat”nya. Mereka ”sengaja” membiarkan “api kemarahan” Azizan membakar diri MB Kedah itu sendiri…

Setelah penat menepis bersilat ber”kun tau” dengan isu-isu yang tidak putus-putus menyerang Azizan itu, Azizan terpaksa pula membentangkan “budget Kedah 2011″. Padanlah Azizan hanya mengambil masa selama lebih kurang 30 minit sahaja untuk membentangkan “budget” yang akan memakan masa setahun lamanya itu. “Budget ringkas dan tak sempurna sifat”, mungkin itulah komen penulis terhadap “Budget Kedah 2011″ yang Azizan sampaikan. Dan Azizan sudah “lelah” selepas membentangkan “budget” tersebut…

Dikhabarkan bahawa pada tahun-tahun sebelumnya, Azizan akan berjenaka dan bermesra dengan ADUN-ADUN Kedah yang lain, terutamanya ADUN BN. Namun kali ini, Azizan kelihatan “lesu” dan mengasingkan diri dari semua ADUN, termasuklah ADUN-ADUN PAS, PKR dan DAP. Mungkin Azizan sedang melayan lagu AKON yang berjudul “Lonely” ketika itu. Ternyata Azizan “keseorangan”…

Kasihan pula penulis pada Azizan Razak. “Lelah” dibuatnya. Dia dihentam kiri, kanan, depan dan belakang. Bukan hanya di”serang” oleh ADUN BN, UMNO dan para blogger pro-UMNO/BN, malah Azizan juga dipercayai turut diserang oleh PAS sendiri. Bukang hanya diserang oleh “orang dalam” PAS Kedah, malah Azizan juga turut di”serang” oleh PAS Pusat, PKR dan DAP sekaligus. Sudah tentu mereka-mereka yang menyerang dari “dalam” ini tidak berani menyerang secara berdepan. Bukankah Pakatan PKR, DAP dan PAS yang diketuai oleh Anwar Ibrahim ini “suka main belakang”. Mereka tahu mereka tak boleh “makan” Azizan secara bersemuka, apa lagi? “Main belakang”lah jawabnya…

Kadangkala, penulis terfikir juga bahawa Azizan ini lebih sesuai menyertai UMNO. Azizan tidak pun mengubah sebarang corak pentadbiran UMNO/BN Kedah setelah mengambil alih Kedah. Azizan tidak pula memerintah Kedah sebagaimana Nik Aziz di Kelantan dan Hj. Hadi Awang di Terengganu dahulu. Azizan lebih banyak mengekalkan modus operandi pentadbiran BN dan meneruskan dasar-dasar Kerajaan BN/UMNO dahulu. Malah ramai pemimpin PAS dan penyokong PAS Kedah mempersoalkan “mengapa Azizan Razak tidak memerintah Kedah secara PAS?”. Memandangkan “corak pentadbiran Azizan yang ala-ala UMNO/BN” ini, tidak hairanlah jika ada usaha-usaha dari “dalam” PAS untuk menggulingkan Azizan Razak…

Apapun, terserahlah pada Azizan Razak secara peribadi mengenai tulisan penulis ini. Penulis pernah berbicara, berbual panjang dengan ramai “orang-orang dalam” PAS Kedah. Malah dengan “orang pejabat MB” pun penulis pernah “korek rahsia”. Menurut khabar, Azizan hanya akan kekal sebagai MB hanya untuk sepenggal sahaja. Selepas ini, berkemungkinan besar Phahrolrazi akan mengambil alih jawatan Azizan Razak itu. Itu pun jika PAS berjaya mengekalkan kemenangan di Kedah pada PRU 13 nanti…

Rehatlah Ustaz Azizan. Banyak-banyak beristighfar. Berfikirlah secara rasional. Akuilah kelemahan diri dan berhati-hatilah, mungkin ramai yang menunggu masa yang sesuai untuk menyingkirkan Ustaz Azizan. Penulis mencadangkan agar Ustaz Azizan ambil cuti dan tenangkanlah fikiran seminggu dua di “Ostolia”. Alah, bukan Ustaz Azizan tak biasa. Sedangkan “satu bas rombongan” tempohari boleh di”sponsor” Kerajaan Negeri Kedah, takkan tak boleh nak “sponsor” Menteri Besar Kedah sekeluarga kot? Hati-hati Ustaz Azizan, jangan jadi macam Khalid Ibrahim di Selangor sudahlah!

Sumber: myKMU.net

Sunday, November 14, 2010

Sidang DUN Kedah: Azizan nafikan hak media & rakyat Kedah..!!!


Rentetan kemarahan MB Kedah terhadap beberapa wartawan dari media arus perdana menyebabkan beberapa media di"haram"kan untuk masuk membut liputan Sidang DUN Kedah yang bermula hari ini. Menurut sumber, akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM dan Bernama telah di"blacklist" di atas alasan "menabur fitnah kepada Kerajaan PAS Kedah" dan "tidak membuat kerja macam orang Islam"!

Namun begitu, Sinar Harian, The Star, Harakah, Makkal Osai, Malaysian Nanban, Oriental Daily, Sin Chew Daily, Kwong Wah Jit Poh, Nan Yang Siang Pau, China Press dan Guan Ming Daily diberikan kebenaran penuh untuk membuat liputan Sidang DUN Kedah kerana "tidak fitnah" dan "buat kerja macam orang Islam".

Menurut jadual, hari ini DYMM Sultan Kedah akan menyampaikan titah baginda di dalam Sidang DUN Kedah sementelah hari pertama Sidang DUN itu. Pastinya titah DYMM Sultan tidak akan sampai ke pengetahuan rakyat secara seluruhnya kerana tidak semua rakyat Kedah membaca Harakah dan Sinar Harian. Harakah hanya "untuk ahli PAS" sahaja. Sinar Harian pula hanya tabliod yang tidak melaporkan berita secara lengkap. Duke pasti tidak ramai orang Melayu Kedah yang mampu membaca akhbar berbahasa Cina, bahasa India atau pun Inggeris. Daulat Tuanku, nampaknya Kerajaan PAS Kedah seakan-akan menghalang rakyat Kedah berbangsa Melayu untuk turut sama mengetahui titah Tuanku. Harap DYMM Tuanku berbuat sesuatu, ampun Tuanku.

Hari ini Kerajaan PAS Kedah telah meng"kafir"kan akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM dan Bernama. Manakala Sinar Harian, The Star, Harakah, Makkal Osai, Malaysian Nanban, Oriental Daily, Sin Chew Daily, Kwong Wah Jit Poh, Nan Yang Siang Pau, China Press dan Guan Ming Daily telah di"Islam"kan oleh Kerajaan PAS Kedah. Makkal Osai tu akhbar "Islam" jugak ke? Senang sungguh Kerajaan PAS Kedah meng"hukum" media-media berbahasa Melayu tersebut. Benarkah Harakah sebagai "lidah PAS" itu tidak pernah melakukan "fitnah"? Apakah Harakah tidak pernah disaman dan didapati bersalah oleh mahkamah? Mungkin Hj. Subky Latif boleh menjawab soalan Duke ini...

Kebebasan akhbar telah dinafikan oleh Azizan Razak pada Sidang DUN Kedah kali ini. Ini membuktikan bahawa PAS hanyalah "retorik" atau hanya bersikap "double standard" apabila berdepan dengan hak "kebebasan akhbar". PAS sememangnya boleh memfailkan saman kepada mana-mana pihak media sekiranya melakukan sebarang fitnah. Jadi, mengapa Kerajaan PAS Kedah tidak saman sana TV3 atau Utusan Malaysia? Ternyata Azizan tidak berani menyaman kerana stesen TV dan akhbar-akhbar tersebut tidak menipu mahupun melakukan fitnah!

Sebenarnya, mungkin Azizan mahu TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Bernama melaporkan yang "best-best" sahaja mengenai Kerajaan PAS Kedah. Azizan mungkin mahu TV3 melaporkan bahawa Azizan sangat "ensem" bila memakai kaca mata hitam! Azizan mungking mahu RTM melaporkan bahawa Azizan membantu mangsa banjir dengan memberikan "subsidi air" macam di Perlis! Azizan juga mungkin mahu Utusan Malaysia melaporkan bahawa Azizan "hebat" memerintah Kedah "tanpa buat apa-apa pun"! Azizan mungkin mahu Beritan Harian dan Bernama "puji" dia tiap-tiap hari di "front page" masing-masing! Mungkin itu yang Azizan mahu?

Bila pemimpin UMNO atau pihak Kerajaan Pusat sebelum ini menjelaskan bahawa Harakah sering memfitnah mereka dan memberikan amaran terhadap akhbar tersebut, maka PAS menuduh Kerajaan Barisan Nasional tidak memberikan hak kebebasan media sepenuhnya. Namun apabila terkena batang hidung sendiri, Azizan Razak terus "mengharamkan" media-media tersebut menjejakkan kaki ke dalam Sidang DUN Kedah? Apa Azizan ingat Dewan Undangan Negeri tu harta pusaka hak milik PAS kah? Ini baru memerintah negeri, entah-entah bila perintah negara nanti habis semua akhbar dan stesen TV diharamkan. Hanya Hakarah saja yang dapat permit! "Ala-ala Iran" gitu...

Ustaz Azizan, "marah" tu mainan syaitan. Duke dah katakan sebelum ini, Islam melarang umatnya bersahabat dengan syaitan walau apa jua alasan sekali pun. Namun mungkin mendengar kata Pok Nik, maka Azizan terpaksa berkawan dengan syaitan. Sebab tu terikut-ikut dengan sifat syaitan tu kot? Marah sampai tak kena gaya? Benarlah kata "anak saudara" Azizan bahawa bapa saudaranya ini sememangnya "panas baran" atau "hot temper" kata orang putih! Kawal-kawallah marah anta tu sikit Ustaz. Anta tu ada banyak penyakit darah tinggi dan sebagainya...

Susahlah Duke nak dapatkan laporan tentang titah DYMM Sultan Kedah kali ini. Nak baca di Harakah nanti, terlalu "berat sebelah" pula. Nak baca di Sinar Harian, rasanya kurang kreadibiliti berbanding Utusan dan Berita Harian. Nak baca akhbar Cina dan India pun tak faham. The Star? Berapa para sangat yang dia nak tulis, iklannya lebih banyak dari berita. PAS dah sekat titah DYMM untuk sampai ke telinga rakyat. "Islamik" sungguh cara PAS ni?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!