Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, October 26, 2010

Beliakkan biji mata anda...!!!


Cuba buka mata luas-luas. Beliakkan biji mata sebeliak-beliaknya siapakah yang ber"kot", bertali leher dan sedang berpeluh tengah panas menggantung banner DAP itu???

Tidak lain tidak bukan, itulah...
Dr. Hatta Ramli

Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan.

Dari parti Parti Islam Se-Malaysia (PAS)..!!!

Bila orang kata PAS jadi KELDAI TUNGGANGAN DAP/PKR, PAS marah dan kata UMNO dengki kat depa...tapi sekarang dah terbukti!

Begini rupanya taraf pemimpin PAS di mata DAP...bayangkan bagaimana pula taraf penyokong PAS di pandangan mata kafir harbi ini..tentunya lebih teruk! Taraf penyokong PAS hanya layak berkempen tidur atas jalanraya dengan memegang bendera!

Apa kata penyokong PAS? Merah muka menahan malu??? Baru percaya PAS dah jadi Keldai Pakatan Penipu Rakyat? Rasanya puak-puak PAS ini akan memujuk diri dengan mengatakan "inilah semangat setiakawan"...padahal DAP dok bertepuk tangan ketawa berdekah-dekah dibelakang!!! Kasihannnn...

Mungkin puak-puak PAS ni akan kata UMNO dengkikan "setiakawan" pihak Penipu Rakyat ini. Bro..kami tak dengki la..kami kesian kat hangpa semua...cepat-cepat la sedar diri tu sikit dari terus di"tunggang"...bukan apa...takut on the next episode, di liwat pula..tak ke haruuuuu..!!!

Cina Malaysia nak jadi macam ni kot..???!!!


Xiao AiYing diheret, disepak perutnya dan dihantukkan ke dinding sebelum diseret keluar dari rumahnya di daerah Siming, China. Ibu mengandung 8 bulan itu kemudiannya dibawa oleh 10 pegawai kerajaan Negara China itu ke Hospital untuk diberikan suntikan maut pada kandungannya. Wanita malang ini diperlakukan sedemikian oleh pihak kerajaan China kerana telah melanggar undang-undang negara itu yang hanya membenarkan seorang anak untuk sebuah keluarga sahaja untuk mengawal bilangan rakyatnya yang semakin ramai bilangannya. Sila rujuk berita di sini.

Benar-benar kejam tindakan dan polisi Kerajaan Negara China ini. Tanah Besar China yang mengamalkan dasar komunisme itu ternyata tidak punya peri kemanusiaan. Duke fikir, jika Chin Peng dahulu berjaya menawan Tanah Melayu ini, tidak mustahil kita semua akan lebih teruk diperlakukan sedemikian. Alhamdulillah, Allah Maha Kuasa. Kita rakyat Malaysia tidak pernah dizalimi sedemikian rupa oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Apa kata kaum Cina di Malaysia mengenai peristiwa menyedihkan ini? Kaum Cina di Malaysia majoritinya dibawa masuk ke Tanah Melayu ini oleh British juga berasal dari Tanah Besar China itu. Dibawa masuk untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah, bangsa Cina di tanah bertuah ini begitu selesa sekali hidup mereka.

Dengan kontrak sosial yang terpahat di awal kemerdekaan, bangsa Cina menikmati kehidupan yang jauh lebih baik di Persekutuan Tanah Melayu berbanding kehidupan nenek moyang mereka di Tanah Besar China. Sehingga kini, mereka diberikan kewarganegaraan yang membolehkan mereka hidup lebih selesa untuk berkeluarga beranak pinak. Bangsa Cina di Malaysia begitu bebas mencari kekayaan di bumi tanah tumpah bangsa Melayu ini. Sehinggalah Persekutuan Tanah Melayu ini bergelar Malaysia, bangsa Cina sangat selesa bermastautin di sini.

Namun sejak kebelakangan ini, mengapa bangsa Cina ini begitu biadap sekali dengan penduduk asal tanah bertuah ini apabila terus meminta-minta sesuatu yang menyentuh sensitiviti perkauman di Malaysia?

Mengapa hak bumiputera seperti yang disepakati bersama di dalam kontrak sosial itu dipertikaikan?

Mengapa pula mahukan hak sama rata sedangkan bangsa Cina bukanlah penduduk asal negara ini?

Tanpa mengira parti politik sama ada MCA, Gerakan, DAP dan dewan-dewan persatuan Cina di Malaysia kini begitu "kurang ajar" untuk terus mempertikaikan hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera yang lain. Tidak cukupkah dengan kemurahan hati kami untuk membenarkan kaum Cina untuk sama-sama berkongsi kehidupan yang lebih baik di tanah tumpah darah kami ini?

Tolonglah sedar diri sedikit. Sedarlah dari mana asal-usul nenek moyang mu. Nama asal negara ini ialah Tanah Melayu dan bukan Tanah Besar China. Kami tidak pernah menyuruh kaum Cina bermigrasi ke sini dan tidak pernah pula menghalau keluar dari negara ini. Namun, jika kaum Cina terus mempertikai dan mempersoalkan kewajaran hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, maka kami tidak punya pilihan selain membatalkan kewarganegaraan dan hak-hak warganegara dari kaum Cina di Malaysia. Itu muktamad. Jangan paksa kami bertindak begitu.

Tidakkah kaum Cina di Malaysia ini kenang akan nasib saudara mara mereka di Tanah Besar China yang sengsara dizalimi seperti Xiao AiYing di atas? Dari itu berterima kasihlah kerana bangsa Cina Malaysia ini tidak tinggal di sana dan menderita. Kami tidak meminta bangsa Cina berterima kasih, namun kami tahu apa yang perlu kami lakukan jika bangsa Cina Malaysia ini tidak mengenang budi.

Duke bukanlah cuba mengugut, menghina dan jauh sekali bersikap perkauman pada artikel ini. Namun, ingatlah bahawa nama negara ini bermula dengan "Malay" dan bukan "Chinese". Negara ini bernama Malaysia dan bukan "Chinasia". Itu fakta dan hakikat yang perlu diterima.

Bangsa India Malaysia jarang mempersoalkan hak-hak keitimewaan Melayu ini. Mengapa pula bangsa Cina yang sudah kaya raya di negara ini begitu lancang mulut untuk mendesak sesuatu yang mereka tidak berhak?

Ingatan Duke untuk bangsa Cina, jika tidak suka dan tidak selesa dengan polisi dan dasar kerajaan negara "Tanah Melayu" ini, silalah kembali ke Tanah Besar Cina dan menderita di sana. Bukan menghalau, sekadar satu ingatan untuk direnung oleh semua bangsa Cina Malaysia. Harap mengerti...

Sunday, October 24, 2010

UMNO Kedah: Sirih Pulang ke Gagang?


Selesai sudah Perhimpunan Agung UMNO Malaysia 2010 yang berlangsung di PWTC semalam. Duke sempat ke sana untuk beberapa ketika untuk bersama akar umbi yang datang jauh dari Kedah. Duke agak "segan" untuk bertemu dengan para perwakilan dan pemimpin UMNO Kedah. Bukan apa, mereka agak sebok bergambar & membeli belah. Yang lelakinya segak berbaju Melayu, yang wanita dan puterinya cantik berbaju kurung "blink! blink!" Meskipun Duke mempunyai "pass" masuk, biarlah Duke bersila diluar bersama akar umbi yang tidak punya "pass" masuk ke Dewan...

Duke sempat bertemu dengan ramai akar umbi dan berborak dengan mereka tentang keadaan terkini UMNO Kedah. Majoritinya mengeluh lesu. Ramai yang mengatakan bahawa UMNO Kedah hilang arah tuju dan tidak punya seorang ketua yang boleh diharap. Dato' Shafie' Afdhal dikatakan jarang pulang ke Kedah untuk mengambil tahu. Dato' Bashah pula tidak punya cukup pengaruh untuk memberi "command". "Warlord-Warlord" UMNO Kedah bagai "berperang saudara". Tiada yang "gah" pada UMNO Kedah dikala ini...

Duke juga sempat menyebok dengan beberapa pemimpin UMNO Kedah. Duke tahu depa tak suka Duke sebab Duke selalu hentam depa dalam blog. Jika apa yang Duke hentam depa selama ini tak betul, tolonglah buktikan Duke salah. Duke sedia meminta maaf pada bila-bila masa andai benar Duke salah. Majoriti pemimpin Kedah ini turut mengakui tentang masalah yang diluahkan akar umbi pada Duke pada Perhimpunan Agong UMNO ini. UMNO Kedah "malap" kerana krisis kepimpinan.

Ada yang "terkilan" dengan Shafie Afhdal yang bagaikan "lepas tangan" dan jarang menjengok Kedah. Mungkin Dato' Shafie' sebok dengan urusan Kementeriannya. Lagipun, dia juga perlu jengok-jengok kawasannya di Sabah. Mungkin kesebokkannya itu membataskan waktu untuk Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah itu untuk pulang ke kampung halaman mertuanya. Namun setahu Duke, para perwakilan & rombongan UMNO Kedah kali ini dijemput untuk bersama-sama meraikan ulangtahun hari lahir Dato' Shafie di Jalan Bellamy pada Perhimpunan UMNO kali ini. Bukan "lepas tangan", tapi "kurang masa"...

Dari sembang-sembang Duke bersama akar umbi dan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah, majoritinya bolehlah Duke simpulkan bahawa mereka mengharapkan agar Dato' Shafie Afhdal "diringankan beban" dari menggalas tanggungjawab di Kedah. Dengan tugasnya yang "keluar kampung, masuk kampung, keluar kampung, masuk kampung", "lelah" dibuatnya. Dengan itu, ramai di antara mereka ini yang meminta agar Dato' Mukhriz "dipulangkan" ke Kedah...

Persoalannya, mahukah Mukhriz pulang ke Kedah? Dan apakah Dato' Seri Najib sanggup melepaskan Mukhriz pulang demi rakyat & UMNO Kedah? Mahukah 15 Ketua UMNO Bahagian di Kedah menerima anak muda ini sebagai Ketua mereka? Tiga persoalan ini menjadi tanda tanya pada semua...

Pada Duke, mahu tidak mahu, Mukhriz perlu pulang ke Kedah. Demi rakyat Kedah dan UMNO Kedah, Mukhriz perlu korbankan jawatan di dalam kabinet menteri buat sementara waktu. Lainlah jika Bro Mukhriz mementingkan "jawatan di Federal". Pada Duke, rakyat dan UMNO Kedah lebih penting dari "jawatan di Federal". Duke faham, siapalah yang tidak mahu jawatan di dalam kabinet menteri. Namun, nasib rakyat dan UMNO Kedah adalah lebih utama untuk difikirkan oleh tokoh seperti Mukhriz. Apapun, terpulanglah kepada Bro Mukhriz untuk membuat keputusan...

Pada Duke, Dato' Seri Najib perlu membuat keputusan yang bijak untuk menyelesaikan masalah UMNO Kedah dengan segera. Beliau tentu tahu bahawa masa sudah agak suntuk untuk bersedia menghadapi PRU ke-13. Jika Dato' Seri Najib mahu Kedah terus dipimpin PAS sebagaimana di Kelantan, janganlah benarkan Mukhriz pulang ke Kedah. Namun jika Presiden UMNO mahu UMNO Kedah kembali "bernyawa", relakanlah Mukhriz mengetuai UMNO Kedah. Jika UMNO Kedah sudah gagah seperti sepatutnya, angkatlah pemimpin ini ke tempat yang sepatutnya. Apapun, terserahlah kepada Dato' Seri Presiden sendiri...

Pada Duke, 15 Ketua UMNO Bahagian di Kedah haruslah menerima dan "setia" kepada anak muda ini jika beliau kembali ke Kedah. Duke faham, ramai dikalangan Ketua Bahagian yang sudah lama membina "empayar" di bahagian masing-masing dan mengimpikan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. Maklumlah, jika BN menang di Kedah kelak, maka kemungkinan besar dia akan dilantik sebagai MB Kedah. Namun, Dato'-Dato' kena ingat bahawa Dato'-Dato' semua hanya kuat di dalam UMNO bahagian masing-masing. Menang Ketua Bahagian dulu pun entah bagaimana "strategi"nya. Apakah Dato'-Dato' fikir bahawa Dato'-Dato' semua kuat di mata rakyat? Sedarlah wahai Dato'-Dato' bahawa ramai akar umbi UMNO dan rakyat berpendapat tidak seorang pun dari Dato'-Dato' semua layak menjadi MB...

Terimalah kenyataan itu dengan terbuka, wahai Dato'-Dato' yang Duke hormati semua. Demi rakyat dan UMNO Kedah, bersedialah untuk berkorban kepentingan peribadi. Bukankah kita perlu lebih mengutamakan rakyat dan perjuangan parti dari cintakan kepentingan peribadi? Utamakan rakyat dahulu, menangkan UMNO/BN di Kedah dahulu, kemudian kita bicara soal jawatan jika itu yang dikejarkan selama ini...

Tapi "awas" Dato'-Dato' sekelian. Sekiranya kepulangan Mukhriz ini disabotaj oleh salah seorang dari pihak Dato'-Dato' sekelian, terimalah akibatnya kelak. Mensabotaj Mukhriz di Kedah, samalah mensabotaj rakyat dan UMNO parti keramat Melayu. Jika berani, cubalah. Bukan Duke sahaja yang akan marah, malah hampir seluruh rakyat Kedah akan bangkit "membenam empayar" yang Dato'-Dato' bina selama ini. Bukanlah taksubkan Mukhriz Mahathir, namun rakyat dan akar umbi tahu siapa Mukhriz ini...

Namun, Mukhriz jangan pula menarik nafas lega pula. Tugas berat menanti Dato'! Andai Bro Mukhriz "tergeliat" langkah, tersilap mara, salah arah tuju, rakyat dan akar umbi UMNO ini semua akan menyalahkan Dato' Mukhriz. Seorang Kapten yang mengemudikan bahtera menuju ke pusaran lubuk, dan mengkaramkan bahtera haruslah bertanggungjawab. Jangan fikir Bro Mukhriz selesa sebagai "Nakhoda". Andai bahtera berlayar dengan aman damai mara menuju perlabuhan, maka insyaAllah, Allah tidak akan mensia-siakan budi baik Bro Mukhriz. Namun, jika kapal itu karam di laut dalam kelak, maka bersedialah untuk berkorban nyawa untuk menyelamatkan anak-anak kapal yang hampir lemas di bawa arus bergelora. Harap Bro Mukhriz faham...

Duke dan sekalian hamba rakyat Kedah hanya mampu memohon dan berserah kepada Allah semoga Bro Mukhriz dibukakan hati untuk pulang berbakti di Kedah. Kami juga hanya mampu memohon dan bertawakkal agar Dato' Seri Najib dibukakan hati dan diberikan ilham dari Allah untuk melepaskan Mukhriz Mahathir ini untuk menyelamatkan rakyat Kedah dari golongan yang akan menghancurkan Kedah. Kami hanya mampu mendesak dan memohon dari Allah agar 15 Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Kedah menerima kepulangan Mukhriz ke kampung halamannya dengan hati yang terbuka, ikhlas dan setia kepadanya. Sama-samalah kita doakan. Solat hajatlah jika perlu...

Wallhua'alam...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!