Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, October 23, 2010

Pemuda & Puteri hilang hala tuju...



Sementara perkara masih panas, Duke bergegas menuju ke sebuah cybercafe berdekatan untuk menulis sesuatu tentang perihal Perhimpunan Agung UMNO di PWTC. Duke sedia maklumu tentang teguran Ku Nan terhadap Pemuda & Puteri UMNO yang didakwa "lesu" dan "tidak bermaya". Pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini, Pemuda & Puteri sekaligus "menjawab" teguran Ku Nan tersebut.

Kedua-duanya bagai menyifatkan bahawa teguran Ku Nan itu sebagai teguran dari seorang ayah kepada anaknya. Namun, kedua-dua sayap UMNO itu ternyata kurang senang dengan teguran Ku Nan itu dan membidas Ku Nan agar menggunakan saluran dalaman untuk menegur secara tertutup!

Pada Duke, teguran Ku Nan itu nampaknya benar-benar membawa suara akar umbi yang selama ini keluh kesah melihat prestasi Pemuda & Puteri UMNO yang bagaikan mengalami "sindrom kemurungan" yang dahsyat. "Takdak kick!" kata orang. Jika Ku Nan menegur secara tertutup, apakah pemimpin-pemimpin atasan Pemuda dan Puteri ini akan mendengar kata Ku Nan? Sedangkan kata DS Najib yang menyeru untuk berubah pun masih gagal ditranfromasi dan diaplikasikan kepada ahli-ahli bawahan.

Kedua-dua sayap itu dilihat begitu lemah tanpa hala tuju yang menyakinkan. Akar umbi mengeluh tentang Rosnah yang bertelagah dengan Naibnya. Ketua Puteri itu juga dilihat kurang menyengat berbanding Ketua-Ketua Puteri terdahulu. Pemuda UMNO lebih teruk! Pemuda dilihat gagal mengekalkan imej besar mereka sebagai "kumpulan pendesak" yang sentiasa vokal dengan pelbagai isu. Suara Pemuda tenggelam dengan "auman" PERKASA mempertahankan maruah dan hak Melayu. Pemuda disifatkan sebagai "pondan"!

Pada Duke, sebenarnya teguran Ku Nan ini lebih tepat ditujukan kepada pucuk pimpinan Pemuda & Puteri UMNO. Pemuda & Puteri di negeri, bahagian & cawangan dan diperingkat akar umbi begitu komited dengan pergerakan mereka. Mereka di akar umbi komited melakukan program, majlis dan sebagainya untuk lebih merakyatkan UMNO. Namun, program dan majlis sebegini sangat sedikit bilangannya kerana tiada sokongan dari pihak atasan Pemuda dan Puteri. Kadang-kadang mereka terpaksa menumpang program UMNO Bahagian & NGO.

Berapa kerapkah pucuk pimpinan Pemuda & Puteri UMNO turun ke bawah mengambil tahu tentang hal ehwal anak-anak buah mereka? Basori dari Jerai yang dikatakan seorang penyokong KJ dahulu telah meluahkan ketidak puasan hatinya terhadap KJ. Dia mendakwa KJ hanya turun 2 kali ke Kedah. Namun menurut KJ, dia turun 7 kali ke Kedah. Jika begitu, walau sepuluh kali pun KJ turun ke Kedah sepanjang tahun, itu sangat memalukan bagi seorang yang tak punya kerja. KJ hanya YB dalam parlimen, dia bukan menteri! Pastinya dia ada lebih banyak masa berbanding yang lain.

Pada Duke, Puteri agak parah dari segi mentaliti. Mereka lebih tertarik kepada "kerongsang" yang dijual, "makan", "glamour berphoto" dan "mengumpat"! Cuba lihat di laman-laman blog & FB mereka sebagai contoh. "Saya beli kerongsang Korea, wooowww!", "ye ke? Kaler apa?", "Kaler biru! Cantikkk..blink! blink!", itu adalah beberapa perbualan Puteri UMNO di FB yang ke Perhimpunan Agung UMNO di PWTC! Mereka pemimpin, namun mentaliti mereka tidak menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang pemimpin. Kenapakah pucuk pimpinan Puteri tidak dapat mengawal tingkahlaku dan meng"upgrade" mentaliti mereka? Mungkin sebok dengan tugasan Timbalan Menteri? Mana Naib Ketua Puteri? Dah kena "blocked" ke? Mereka lebih suka berpolitik sesama sendiri...

Teguran Ku Nan ini agak kurang adil bagi Ketua-Ketua Puteri di peringkat akar umbi. Tanpa dilantik sebagai Timbalan Menteri pun, mereka begitu komited melakukan kerja-kerja kemasyarakatan untuk rakyat. Tak payah jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia pun mereka mampu menggerakkan program yang berkesan. Penat lelah mereka dikenang rakyat. Namun pedulikah pucuk pimpinan Pemuda & Puteri UMNO? "Biarlah..asalkan esok undi aku lagi..sudahhh..."!

Duke harap Pemuda & Puteri akar umbi teruskan perjuangan mereka berbakti kepada rakyat. Kepada pucuk pimpinan Pemuda, letaklah jawatan kalau masih ada lagi "sisa-sisa maruah diri". Pimpinan Puteri pula, sudah-sudahlah ber"politiking". Adalah memalukan apabila sayap UMNO paling "junior" ini buat perangai tak matang sebegini. Pemuda & Puteri UMNO, terimalah teguran Ku Nan dengan rasa rendah diri & mengakulah yang kedua-dua sayap UMNO ini tak "perform"! Itu lebih baik dari masih terlena dengan "sindrom of denial" yang menular di zaman Pak Lah!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!