
Setpol MB Kedah, Sanusi Mat Nor marahkan boss-boss GLC di Kedah. Dia mendakwa bahawa boss-boss di GLC Kedah tidak efektif, tak reti buat kerja, terbabit dengan salah laku, salah urus, tidak jujur, tidak produktif, tak pandai, suka cantas-mencantas, "sebat" usaha orang lain, dan yang paling teruknya "tak boleh ditegur" olehnya. "Luahan rasa" Setpol MB ini boleh dirujuk di sini.
Marahnya dia...! Terkilannya dia...! Sanusi Md Nor ni marah bila teguran dia kepada boss-boss GLC ini mendapat feedback negatif. Siapa Sanusi untuk menegur boss-boss GLC ini? Dia hanyalah Setpol MB yang baru dilantik sahaja. Siapa pula yang lantik boss-boss GLC ini? Bukankah MB sendiri yang melantik mereka? Boss Sanusi sendiri yang lantik, jadi mengapa Sanusi tidak laporkan aduan, komplen & masalah tu kepada bossnya sahaja? Oh! Rupanya Sanusi takut! Rupanya, Bossnya juga merupakan di antara boss-boss GLC Kedah tu jugak!
Memanglah benarlah kata Sanusi bahawa boss-boss GLC Kedah tak reti buat kerja & hampeh. Perkara ni sudah lama diberitahu oleh UMNO dan rakyat kepada kepimpinan bossnya itu. Tapi sebagaimana biasa, bila UMNO atau kami yang tegur kepimpinan bossnya tu, maka kami akan dituduh "buat fitnah", "dengki", "iri hati", "cuba sabotaj" & "berbau politik"! Padahal kami tegur & marah sebab perkara tu memang betul pun berlaku! Baru sekarang nak sedar ke, Sanusi???
Padanlah Sanusi marah. Dulu bila kami tegur, kami dedahkan kepincangan GLC Kedah, Sanusi tuduh kami buat fitnah. Tapi bila "dah kena batang hidung" sendiri, baru tau "langit tinggi atau rendah"! Dan sekarang bila Sanusi tegur, boss-boss GLC tu buat bodoh saja, baru tahu melenting kat blog! Haaa...macam tu la kami rasa bila kami tegur dulu Sanusi buat bodoh sombong. Siap kata kami "dengki" lagi, bukan nak berterima kasih! Sekarang...ambik hang!!!
So Sanusi sekarang sudah berpihak kepada Exco-Exco Kerajaan PAS Kedah & tak favor lagi kepada boss-boss GLC? Takkan boss-boss GLC tu saja? KCS tu Sanusi tak mau marah jugak kaaa? Hehehehe...Sanusi berani ke? Ust. Azizan ni memang percaya habis kat KCS & boss-boss GLC ni. Berani ke Sanusi lawan boss dia sendiri? Sendiri mau ingat la...Takut hilang jawatan ke bro?
Satu Kedah dah tahu bahawa kedudukan Ust. Azizan sebagai MB Kedah bagai "telur dihujung tanduk". Dikhabarkan oleh "bekas menantu" MB itu sendiri bahawa Phahrolrazi berkemungkinan besar untuk menggantikan Azizan sebagai MB jika PAS menang di Kedah pada PRU-13 nanti. Apakah Sanusi sudah mula condong ke arah Phahrolrazi sebagai "next boss"nya? Hehehehe.."politik cari makan" ke bro?
Kepimpinan Kerajaan PAS Negeri Kedah tu nampak saja "tenang", padahal teruk ber"gelora" di dalamnya. Sudah muncul gerakan & pakatan "syaitan" untuk melantik "MB baru" dan Azizan akan di"kais" ke tepi dengan alasan "kesihatan" & "Azizan dah tua". Pok Nik kat Kelantan tu muda lagi ke? Sihat sangat ke Pok Nik tu? Namun demi kuasa, "geng-geng" PAS Kedah nampaknya sudah tekad nak jatuhkan Azizan Razak.
Di depan Azizan, "geng-geng api dalam sekam" ni memang nampak baik! Tapi, nak kenal depa ni bukan susah sangat. Cuba tengok sapa yang tak hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Azizan di Mentaloon hari tu, tentu dapat teka! Bukan tu saja. "Geng-geng" yang nak perjatuh Azizan ni pun bersekongkol dengan satu puak PAS lain yang sememangnya anti & berpatah arang dengan Azizan Razak. Nak tahu "geng" mana yang ber"patah arang" dengan Azizan tu, Azizan boleh tanya "bekas menantu"nya tu, dia yang bagitau...
Haru la Sanusi oiii...baru 2-3 tahun pegang Kedah, huru-hara PAS Kedah jadinya. Maknanya PAS Kedah memang teruk bila dapat kuasa. Politik PAS Kedah selama ni tak ikhlas dan tidak lebih dari sekadar "gila kuasa" saja. Mentadbir haram tak reti! GLC lingkup & rugi (tapi dengan "bodoh"nya pi isythar untung!). Lepas tu Exco dengki kat KCS. Exco marah kat Azizan sebab favor kat KCS. Macam-macam la hangpa ni...tu belum sebut hal "sumbangan" dan "cilok" sana sini lagi tu...
Memanglah Exco & ADUN-ADUN tu rapat dengan rakyat. Yang depa pi report & komplen kat bro tu pasai apa? Saluran tak betul tu! Salurkanlah kat MB, bukan dekat SetPol! Apa sangat la SetPol boleh buat??? Tulis dalam blog saja lah! Nampak sangat Exco & ADUN-ADUN PAS ni tak reti. Setpol pun dah jadi macam gila kuasa pulak dah. Err bro Sanusi...nak projek GLC Kedah tu habaq je laaaa....Amiruldin boleh "kowtim" punya! Hahahahahahahahaaa....
Wallahua'alam.






