Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, September 18, 2010

Woiii..! UMNO Kulim/Bandar Baru tu bukan hang yang punya laaaa...!!!


Ketika aku masih ke sana ke mari berkunjung ke rumah sanak saudara, aku berpeluang untuk singgah sebentar di Kulim untuk berhari raya. Kebetulan aku terserempak pula dengan beberapa orang kuat UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru. Maka aku bertanyakan khabar UMNO di bahagian yang diketuai oleh Aziz Syeikh Fadzir, adik kepada mantan Ketua Bahagian, Kadir Syeikh Fadzir...

Seperti bahagian-bahagian UMNO lain di Kedah, UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru ini masih lagi dalam keadaan "beku" dan "bisu". Dalam pada itu, aku masih sempat bertanyakan keadaan semasa dan isu-isu setempat. Tidak lupa pula aku bertanya tentang YB Zulkifli Noordin yang kini "Bebas" dari "pukau" PKR. Rupanya ada cerita disebalik cerita...

Menurut saudara aku ini, ketika YB Zul menunggu keputusan untuk dipecat dari PKR (memang dia yakin bahawa dia akan dipecat oleh Anwar..), YB Zul ada menghantar seorang "utusan" bertemu UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru. Menurutnya, YB Zul menghantar "utusan" itu adalah untuk "merisik" sama ada beliau boleh dan dibenarkan menyertai UMNO Bahagian itu sebagai menyambung platform perjuangannya...

Setelah YB Zul dipecat oleh Anwar, dikhabarkan bahawa UMNO Kulim Bandar Baru telah mengadakan satu mesyuarat khas untuk membincangkan penyertaan YB Zul ke UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru. Semua AJK Bahagian dikhabarkan hadir dan mesyuarat itu juga dihadiri oleh mantan Ketua Bahagian itu, Kadir Syeikh Fadzir.

Setelah berbincang, bertekak dan bertegang leher, dikatakan bahawa majoriti di dalam mesyuarat itu menerima baik penyertaan YB Zulkifli Noordin ke UMNO Bahagian itu, kecuali Kadir Syeikh Fadzir dan Husin, mantan pegawai khasnya ketika menjadi menteri dahulu. Hanya disebabkan Kadir dan Husin ini, maka hasrat untuk YB Zul, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru untuk menyerati UMNO itu ditolak mentah-mentah!

Begitu berkuasa Kadir dan Husin di UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru itu! Kenapa tolak penyertaan YB Zul? Apakah kerana takut "legasi" dan "pewarrisan kerusi Ketua UMNO" di Bahagian Kulim Bandar Baru itu terlepas ke tangan pihak lain? Apakah Kadir risau jika "dinasti Kadir Syeikh Fadzir, Brothers & Co." jatuh ke tangan orang lain? Untuk pengetahuan Kadir & Brothers, "UMNO ini bukan hang punya laaaa..!!!". Jadi, berhenti dari terus men"dinasti"kan jawatan di Bahagian itu.

Memang UMNO dikawasan itu ditubuhkan dan diusahakan oleh "Kadir & Family". Aku hargai peranan itu. Namun, itu tidak menjadikan UMNO ini "Kadir & FamilY" yang punya. UMNO adalah milik UMNO. Jika "Kadir & Family" terus bersikap macam ni, tak hairan jika UMNO Kulim Bandar Baru akan terus hancur suatu hari nanti. Apatah lagi dengan sikap adiknya kini menjadi Ketua Bahagian itu lebih banyak menghabiskan waktu di padang golf berbanding berkhidmat kepada masyarakat setempat. Amalan "no personal touch" ini seterusnya akan melingkupkan UMNO di situ...

Panas juga hati aku mendengar cerita saudara aku ni. Yang pastinya kini aku tahu mengapa YB Zul yang kini begitu vokal, lantang, dan lebih ber"suara UMNO" itu disekat dari menyertai UMNO. Nasibnya sama seperti Ir. Amiruddin yang kini menjadi ADUN PAS, sedangkan bapanya ialah seorang penyokong UMNO dulu, kini dan selamanya. Kesal dengan apa yang terjadi, namun harapan aku semoga ada yang akan meruntuhkan "dinasti kecil" UMNO di Kulim Bandar Baru itu suatu hari nanti!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!