Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 8, 2010

Perutusan 'Eidul Fitri dari Duke & jemputan berhari raya di rumah MB Kedah...



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

InsyaAllah esok petang, saya akan bertolak pulang ke kampung halaman di Kedah untuk menangisi permergian Ramadhan Al-Mubarak, dan menyambut 1 Syawal bersama sanak saudara. Dan insyaAllah juga, Duke akan berada di Kedah sehingga hari Ahad, 19hb. September 2010. Kepada sesiapa yang ingin menemui Duke, maka bolehlah menghubungi Duke melalui panggilan telefon atau emailkan saja di dukeofumno1@yahoo.com...

Seperkara lagi, Duke ada bertemu seorang teman yang merupakan salah seorang ahli keluarga rapat kepada Azizan Razak, MB Kedah. Teman kita ini telah mewakilkan Duke untuk menjemput teman-teman blogger pro-UMNO untuk ke Majlis Rumah Terbuka MB Kedah di Sri Mentalon pada hari raya ke-6 ini. Kepada sesiapa rakan-rakan blogger Duke yang berhajat untuk turut serta memenuhi jemputan "anak saudara" Ustaz Azizan ini, bolehlah menghubungi Duke untuk kita sama-sama menziarahi Azizan Razak di Sri Mentalon. Kita lihat apa reaksi puak-puak PAS setelah 3 kali berhari raya di Kediaman Rasmi MB Kedah itu. Manalah tahu..mungkin depa berminat untuk menyampaikan "sumbangan ikhlas" kepada kita & memujuk kita masuk PAS pulak! Hahahahahahahahaaaaa...

Menurut sumber yang rapat dengan MB Kedah itu, pada sambutan pertama berhari raya di Sri Mentalon, kediaman rasmi MB Kedah itu telah diserbu oleh puak-puak PAS bagai "garuda tak cukup makan". Habis dipunggahnya makanan. Sate dan tapai diangkut dengan talam-talam sekali masuk ke dalam kereta! Sekali makan nasi boleh habis 5 pinggan. Gelojoh mengalahkan mangsa kebuluran Afrika. Macam tak pernah jumpa sate & tapai lagaknya. Tidak cukup dengan itu, habis dicerobohnya bilik-bilik penginapan sanak saudara MB di Sri Mentalon itu. Ada ke patut, sahabat kita dok tengah nak pakai kain pelekat pun dalam bilik pun depa "jengoi" kepala masuk. Heheheh...nasib la bro...Puak-puak PAS..biasa la..macam "rusa masuk kampung" la jakunnya depa!

Apapun saya mengucapkan salam tangisan di atas pemergian Ramadhan kali ini. Entah tahun depan akan ketemu kembali, hanya Allah sahaja yang tahu. InsyaAllah, kita sama-sama doakan agar bersua kembali dengan Ramadhan Al-Mubarak ini. Dan Duke juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada seluruh muslimin dan muslimat sempena 'Eidul Fitri ini. Dengan rendah diri dan zuhud, Duke memohon ampun dan maaf sekiranya selama Duke berblog dan bermuamalah bersama ini, Duke ada terkasar bahasa dan tanpa sengaja menyinggung perasaan semua. Duke hanya insan biasa yang tidak maksum dari segala kelemahan dan dosa...maaf zahir dan batin untuk semua.

Akhir kalam, Duke menyeru kepada semua akar umbi UMNO supaya memohon kepada Allah agar merubah dan memberi petunjuk kepada seluruh pemimpin Melayu Muslim UMNO supaya bertaubat dan kembali kepada perjuangan asal UMNO. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. InsyaAllah, UMNO akan kembali perkasa membela nasib Islam, anak bangsa Melayu dan Tanah Melayu ini. Kepada pihak pembangkang, Duke memohon supaya Allah memberi petunjuk dan hidayah supaya juga bertaubat dan hentikanlah amalan fitnah yang digemari mereka. Kembalilah bersatu sesama kita demi perpaduan ummat Melayu Muslim yang semakin dikurang ajarkan oleh golongan kafir harbi di negara kita. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dengan perpaduan sesama kita. InsyaAllah...

Tuesday, September 7, 2010

Gempar!!! Zaid Ibrahim "diliwat beramai-ramai"...!!!


Aku tak mau cakap banyak laaa...

Sila ikuti peristiwa "sadis" ini di sini...

Teruk jugak mamat ni kena "liwat"...beramai-ramai pulak tu!

Kalau tak masuk hospital...terus kena baca talkin la si Zaid nihhh...

Padan muka hang...heheheheheeee...Allah bayaq cash kat dunia...

So...terima je la seadanya....muahahahahahaaaa...

Monday, September 6, 2010

Pertemuan SUK UMNO Kedah & blogger pro-UMNO...


Aku ada terbaca artikel di Kedah Times yang ditulis begini dan ditulis pula begini kemudiannya. Antara "point" yang ditulis di Kedah Times ialah tentang ungkapan Tok Man Aziz yang agak menghina blogger-blogger pro-UMNO di Utara, khususnya di Kedah. Othman Aziz dilaporkan menggelar para blogger ini sebagai "blogger perasan".

Lantas aku menghubungi beberapa rakan blogger yang hadir pada majlis berbuka puasa anjuran UMNO Kedah itu. Mereka mengiyakan perkara ini. SUK UMNO Kedah yang baru ini ada "memperleceh" dan memperkecilkan blogger-blogger pro-UMNO di Kedah. Antara yang diberitakan hadir ke majlis tersebut ialah CucuTokWan yang datang jauh dari Kuala Lumpur. Selain itu, hadir bersama di majlis itu ialah DetGuaq tuan ampunya "Pelantaq Hujah", seorang blogger dari Pendang yang menjawat jawatan di UMB Kedah dan beberapa blogger ternama di "Northern Region". "Salute" untuk blogger-blogger pro-UMNO di utara.

Untuk nota, aku pernah bertanggungjawab mengendalikan beberapa pertemuan "bloggers utara". Pertemuan pertama berjaya dijalankan dengan kehadiran ramai blogger dari Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur. Kehadiran yang dicatat pada pertemuan pertama itu ialah 30 orang. Kemudian menyusul pula pertemuan tahunan untuk kali kedua. Kali ini lebih meriah dengan kehadiran lebih ramai rakan blogger ternama seperti Akhram Shah, Che Wan dan ramai lagi. Kehadiran meningkat dan pada pertemuan kedua itu, "seseorang" yang dikenal pasti mempunyai agenda "profit oriented" telah teruk dikendurikan beramai-ramai. Setahu aku, walaupun "mamat" itu cuba membuat sabotaj kepada kami, Alhamdulillah, Allah melindungi kami dari "fitnah" jahatnya.

Dan kali ini, para blogger yang aku sanjungi ini menerima kritikan yang menghina dari seorang SUK UMNO Kedah yang baru memegang jawatan itu. Aku hormati Tok Man Aziz kerana berjaya mewarisi kehebatan Dato' Ahmad Basri untuk menguruskan, menaikkan martabat Skuad Kenari dipersada bolasepak negara. Aku sendiri pernah membelanya di blog selepas diketepikan sebagai pengurus KFA oleh pimpinan negeri Kedah. Namun kini, dia kata blogger sperti kami ini sebagai "blogger perasan"?

Kata-kata ini sama ertinya seperti Ahmad Maslan yang menggelar blogger sebagai "goblok" atau Hisyamuddin yang tidak menghargai para blogger-blogger. Saya tidaklah "terasa" sangat dengan tuduhan Othman Aziz ini. Mungkin benar blog aku ini hanyalah "blog syok sendiri" yang hanya dibaca oleh rakan-rakan terdekat, kawan-kawan office dan jiran-jiran saya sahaja. Mungkin blog aku ini tidak dikenali ramai seperti blog-blog lain.

Namun, bagaimana pula dengan Kedah Times, Pelantaq Hujah, The Flying Kick dan beberapa pemilik blog yang dikunjungi oleh ramai pengunjung serata Malaysia dan luar negara? Rakan-rakan aku ini mencapai "hits" yang sangat membanggakan dan yang paling pentingnya, merekalah pejuang UMNO yang bangkit mempertahankan UMNO, menyerang propaganda fitnah Pakatan Rakyat dan membuka ruang kepada pembaca untuk berfikir betapa UMNO dan Barisan Nasional adalah yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Apakah mereka ini "blogger picisan syok sendiri juga"?

DetGuaq ada memberikan komennya pada posting di Kedah Times. Detguaq sebagai "orang tengah" terpaksa meminta maaf diatas kata-kata Othman Aziz ini kepada rakan-rakan yang hadir. Detguaq dimalukan oleh Othman Aziz dihadapan rakan-rakannya sendiri. Sabarlah Det, aku pasti rakan-rakan kita memahami situasi yang tuan lalui ini. Sabar sajalah...

Pada aku, Tok Man Aziz agak silap percaturannya pada pertemuan pertamanya dengan blogger pro-UMNO "bebas" ini. Sepatutnya, beliau yang mengaku bukanlah seorang IT-savvy lebih molek bersikap rendah diri. Menurut pendapat rakan, banyak perkara yang boleh disanggah pada pertemuan itu, namun kerana masa yang terhad dan tergesa-gesa Othman Aziz, mereka tidak sempat meluahkannya. Sebaliknya, selepas pertemuan itu, ada rakan-rakan yang menyambung pertemuan itu di "kedai mamak pokok ceri"! Kita faham-faham sendirilah apa yang diperbualkan...

Pada aku, aku tetap begini. Aku dan rakan-rakan yang lain akan tetap terus berblog walaupun UMNO Kedah memandang kecil usaha kami ini. Perjuangan kami ini bukan untuk individu-individu di dalam UMNO. Perjuangan kami ini tidak disuruh sesiapa. Perjuangan kami tidak di"kawal" untuk hanya menulis yang "baik-baik" saja. Adakalanya kami kena "belasah" juga jika tidak kena dengan caranya. Yang pasti, kami terus begini demi Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu, bukan kerana Menteri, YB, Ketua Bahagian atau sebagainya. Kami menulis kerana kesedaran diri sendiri...

Biarlah apa yang dikatakan oleh pihak UMNO Kedah. Sedangkan Perdana Menteri pun kami kritik dan turunkan dari kerusi empuknya, demi kebenaran. Jangan salahkan kami kerana tulisan kami. Cerminlah diri dahulu, apakah keperibadian dan ketokohan yang dimiliki itu mampu memperkukuhkan UMNO Kedah semula. Buktikan kami salah dan kami sedia mengaku salah jika benar kami salah. Namun, jika apa yang kami tulis ini benar, jangan pula menafikan dan tidak salah untuk seorang pemimpin itu menurunkan egonya dan mengaku salah. Fair and square, right?

Akhir kata, janganlah Othman Aziz atau mana-mana pihak tersinggung dengan teguran ini. Aku ikhlas demi memperbaiki yang mana yang lemah dan sama-samalah kita memperkukuhkan kedaulatan Islam, Melayu dan Tanah Melayu yang semakin terhakis dek pertualang negara. Sama-samalah kita berjuang. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Aku tetap aku, demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu! InsyaAllah, kita bertemu suatu hari nanti dengan kejayaan yang dirahmati Allah S.W.T...

Mahfuz nak jadi MB Kedah, PAS Kuala Kedah "layu"?


Sudah 2 tahun setengah Kedah diperintah oleh Azizan Razak. Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah ini memang "selamba" dan hampir boleh dikatakan hampir tidak punya sebarang perubahan diperingkat perlaksanaan dasar di peringkat negeri. "Kedah dok lagu tu jugak", begitulah komen orang ramai jika ditanya tentang perbandingan pentadbiran Azizan dan Det Khalid.

Kedudukan Azizan Razak sebagai Menteri Besar Kedah sebenarnya dalam "bahaya". Menurut sumber dalaman & dari "anak-anak PAS" sendiri, diberitakan bahawa Mahfuz Omar berkenan sangat dengan kerusi MB Kedah itu. Namun Mahfuz sendiri sedar, bukan senang nak "coup de tat"kan Azizan Razak. Azizan Razak begitu liberal, berpengalaman, berilmu, berwibawa, "cool", disegani kawan dan lawan. Tapi, walaupun Mahfuz sendiri "kecut perut" nak "guling"kan Azizan, namun kerusi MB yang "memanggil-manggil" itu menyebabkan Mahfuz sanggup "berkurang ajar" dengan "Otai PAS Kedah" itu.

Mahfuz kini sedang giat memperkuatkan pengaruh dan sekutu-sekutunya. Mahfuz sudah lama mengidamkan kerusi DUN Bukit Pinang sebenarnya, sebab itulah dia tak boleh dengar Bukit Pinang. Kalau ada orang kaitkan dia dengan Bukit Pinang, melompatlah dia dan cepat-cepat dia nafikan. Tapi, dalam hati hanya Allah yang tahu. Kawan-kawan di Kedah memberitahuh bahawa Mahfuz "dok tengah buat baik" dengan ADUN-ADUN Kedah seperti Ir. Amiruldin (Anak Bukit), Taulan Rasul (Tokai), Pharolrozi (P.Kundor), Hamdan (Tanjung Dawai) dan beberapa veteran-veteran PAS yang berpengaruh, terutamanya yang "bukan team Azizan Razak".

Menurut sumber, pada PRU ke-13 nanti, rancangan "menggulingkan" Azizan dari kerusi Menteri Besar ini akan mengekalkan Azizan Razak sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah. Namun, Mahfuz dan sekutu-sekutunya itu akan menggunakan ketegasan dalam syura peringkat negeri untuk menobatkan Mahfuz sebagai Menteri Besar Kedah. Mahfuz mendakwa akan membawa pendekatan yang lebih Islamik berbanding Azizan Razak. Azizan Razak pula diminta turun dari kerusi MB di atas faktor kesihatan, kecergasan dan terlalu liberal itu menimbulkan protes Mahfuz dan sekutu-sekutunya. Sebagai saguhati, Azizan hanya akan dilantik sebagai "penasihat" yang tak punya kuasa untuk memberi projek!

Akar umbi PAS di Pokok Sena yang mengiyakan hal ini kepada saya sangat kesal dengan "political animal" Mahfuz ini. Menurutnya, majoriti rakyat senang dengan Azizan, manakala Mahfuz kurang digemari kerana sikapnya yang "keras", "biadap" dan suka menggelar orang lain. Sedangkan sikap itu bukanlah dari sifat mahmudah. Kegelojohannya juga menimbulkan tanda tanya. Ada sumber memberitahu bahawa Mahfuz ada sedikit iri hati terhadap "habuan balak" di Kedah. Namun, setelah kejadian banjir lumpur di Teloi baru-baru ini, Mahfuz cuba memikirkan "tarikan" lain untuk memenuhi koceknya.

Itu cerita Mahfuz Pokok Sena dengan "labu-labu"nya. Biarkannn...Terus terang, saya lebih suka jika Mahfuz jadi MB Kedah. "Lebih senang"...kan? Heheheheee..

Seterusnya ialah berita mengenai "situasi PAS Kuala Kedah". Apa dah jadi di sana? Laporan memberitahu saya bahawa PAS semakin di"dekati" oleh tauke-tauke Cina di Kuala Kedah. Terdapat khabar dari orang ramai dan peniaga-peniaga yang menyatakan bahawa ada persatuan peniaga pasar malam dari kaum cina menyumbang kepada Kelab Penyokong PAS kawasan untuk menggerakkan aktiviti/program kelab, dengan syarat kelonggaran dari segi tempat, masa dan tempoh perniagaan diberikan.

Dengan itu maka PAS sudah mendapat "sumbangan ikhlas" dari tauke-tauke Cina Kuala Kedah. Tapi, PAS pula kenalah "ikhlas" pula menyumbangkan tempat yang strategik dan cantik kepada tauke-tauke tersebut. Selain itu, masa dan tempoh juga amat penting. Jika sebelum ini perniagaan tauke-tauke terbabit terpaksa ditutup pada jam 12 tengah malam atau 1 pagi, mungkin dengan "sumbangan ikhlas" mereka kepada PAS ini maka perniagaan mereka dapat dipanjangkan tempohnya sampai azan subuh esok pagi! PAS Kuala Kedah okay aje...janji masyukkkkk...!!!

Ada penyokong PAS yang tidak puas hati dengan prestadi wakil rakyat PKR di Kuala Kedah ini. Ahli Parlimen Kuala Kedah, Hj. Ahmad Kasim tidak disenangi oleh penyokong-penyokong PAS kerana tidak mengambil tahu dan membantu kehidupan serta peningkatan sosio-ekonomi mereka. Kegagalan Ahmad Kasim itu telah membuat rakyat Kuala Kedah menyampah padanya. Pada penyokong PAS, penyokong PKR hanyalah menyibuk, menumpang dan sekadar menempel di majlis-majlis anjuran PAS Kuala Kedah. Malah ramai juga penyokong-penyokong PAS yang lebih rela UMNO menang kerusi Parlimen Kuala Kedah berbanding PKR yang "makan elaun buta" itu.

Selain itu, pemimpin-pemimpin PAS Kuala Kedah juga pernah diselar oleh akar umbi PAS Kuala Kedah sendiri. Pemimpin-pemimpin PAS Kuala Kedah didapati sebok mengumpul kekayaan denga projek-projek kecil yang dibolot oleh golongan atasan PAS sahaja. "Jijik" dengan perbuatan pemimpin-pemimpin PAS yang berebut projek seperti "ikan temekung berebut taik" itu, maka Azizan pernah marah pemimpin-pemimpin PAS Kuala Kedah ini. Mungkin sebab itu pemimpin PAS Kedah "meluat" kepada Azizan, manakala rakyat semua senang hati dengan kepimpinan Azizan Razak.

Mungkis ada yang menafikan laporan akar umbi ini. Biasalah, siapalah yang mahu mengakui kelemahan diri sendiri, apatah lagi "orang politik"! Namun, sumber-sumber ini saya dapati dari rakan-rakan akar umbi, Kelab Penyokong PAS Kawasan, JKK Negeri Kedah, Pemimpin PAS Majlis Tindakan DUN, Petugas Pejabat PAS Negeri dan Petugas Pejabat Cabang Kuala Kedah saja. Kalau depa "muhong" saya, maka saya pun "muhong"lah jua. Turun sendiri..dengaq sendiri..baru puas hati, ada berani...???

Sunday, September 5, 2010

Mampukah Melayu Muslim bersabar lagi..???!!!


Isu Namewee dan kebiadapannya semakin banyak diperdebatkan. Tambahan pula, implikasi dan akibat dari perbuatan Namewee melalui video klipnya itu telah mengundang beberapa anak Cina chauvinis ultra kiasu yang lain untuk menghina Allah dan kesucian agama Islam. Tindakan Katy Lim Li Lian adalah contoh momentum terbaik bagi akibat perbuatan Namewee ini, hinggakan mencetus kejadian yang tidak diingini berlaku di mana 2 orang berbangsa Cina telah dipukul secara membuta tuli oleh 10 orang remaja Melayu.

Rentetan dari peristiwa yang seakan memcetuskan api perkauman ini, maka ada pihak telah menuntut agar Namewee ini dibuang kerakyatannya. Ada pihak yang mahu Namewee diISAkan. Ada yang menuntut agar KDN mengambil tindakan yang keras bagi menangani percikan api perkauman ini supaya tidak memarakkan lagi insiden yang tidak diingini.

Namun yang peliknya, masih ada pihak yang masih menyalahkan Melayu lagi dalam isu ini. Menerusi komen dari pembaca, tuan "anon" kita ini menyalahkan Melayu yang memulakan sentimen perkauman dengan menyalahkan insiden pengetua di sebuah sekolah di Kulai Jaya. Pada saya, tuan "Anon" ini mungkin sudah "buta", tidak tahu menilai atau dijangkiti sindrom "cuba menegakkan benang yang basah".

Tuan "Anon" kita ini hanya mendengar versi "Malaysiakini" yang dipelopori oleh DAP yang sememangnya chauvinis ultra kiasu. Versi itu ditokok tambah dan jelas memfitnah pengetua tersebut. Cerita sebenar dari pengetua di Kulai Jaya itu boleh didapati dari blog rakan saya di sini. Pada saya, saya lebih mempercayai seorang Islam berbanding cerita dari Malaysiakini yang mempunyai agenda jahat untuk memporak perandakan bangsa Melayu dengan menyiarkan artikel dan berita yang berbaur perkauman dan tidak berkreadibiliti. Selain itu, tidak adillah untuk kita mendengar dari satu pihak sahaja. Kenalah mendengar dari kedua-dua pihak, barulah adil untuk diberi pertimbangan.

Pada saya, isu Namewee harus ditangani dengan bijak oleh semua pihak untuk mengelak ketegangan kaum. Jika tidak, ianya akan menimbulkan insiden-insiden yang tidak diingini. Isu Katy Lim Li Lian dan 2 orang pemuda Cina dibelasah 10 orang remaja Melayu itu adalah contoh terbaik terjadi jika isu ini tidak diselesaikan dengan cara yang terbaik.

Pada isu Katy Lim Li Lian, saya melihat perkara ini adalah lebih melampau berbanding apa yang dilakukan oleh Namewee. Demi mempertahankan Namewee, Katy Lim telah bertindak menghina Allah. Mengeluarkan kata-kata kesat atau kenyataan seperti "Islam the real babi", “Allah is not even God lol…I mean who’s the f**k worship someone who’s not even a someone?”, “F**k Allah! Better yet f**k your mom with a babi” adalah tidak dapat diterima sama sekali oleh mana-mana penganut agama Islam. Kenyataan melampau ini sangat keterlaluan dan patut dikenakan hukuman berat. Ianya mencabar sensitiviti agama di negara berbilang kaum ini dan mampu menimbulkan ketegangan yang dahsyat. Jangan pandang remeh perkara ini kerana akibat perkara seperti ini sangat memudaratkan keharmonian masyarakat majmuk di negara kita.

Saya tidak pasti apakah tuan "Anon" kita itu boleh bertolak ansur dengan kenyataan Katy Lim Li Lian ini. Pada saya, perkara ini sangat melampau dan saya tidak menolak untuk saya menampar Katy Lim Li Lian sehingga pecah mulutnya sekiranya kenyataan ini dihamburkan kepada saya secara berdepan. Tak tahulah apa pula tindakan tuan "Anon" dan penganut agama PAS dan Melayu PKR. Mungkinkah mereka akan tersenyum, bertepuk tangan dan bersorak gembira jika Katy Lim menyuarakan perkara ini dihadapan mereka?

Pada saya, saya rela masuk penjara demi mempertahankan kesucian Islam dan Allah S.W.T dari dihina sebegini. Malah saya rela mati demi mempertahankan agama Allah ini. Tidak tahulah pula juak-juak PAS dan PKR. Mungkin mereka hanya mampu tersenyum apabila agama Allah dan Tuhan yang mereka sembah 5 kali sehari itu dihina oleh kafir harbi. Maklumlah, bukankah mereka kini "tidur sebantal"!

Siapa kata saya menyebelahi 10 budak Melayu dengan tindakan mereka yang membelasah 2 pemuda Cina itu? Saya sesungguhnya mengutuk perkara ini dengan sekeras-kerasnya. Demi Allah, jika saya berada ditempat kejadian, saya akan cuba mempertahankan kedua pemuda Cina itu dari terus dibelasah oleh 10 remaja Melayu itu. Ini adalah kerana Islam tidak mengajar umatnya bertindak menzalimi sesama manusia walaupun mereka itu kafir sekali pun. Jadi, untuk apa saya membiarkan kezaliman itu berlaku sedangkan kedua pemuda itu tidak bersalah sama sekali?

Sekarang, saya menyerahkan segala masalah ini kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan perkara yang semakin meruncing ini. Selain itu, saya meminta agar bangsa Cina sama ada dari mana-mana parti pun sekali agar tidak membuat provokasi terhadap Islam, bangsa Melayu atau Tanah Melayu, serta hak-hak keistimewaan yang kami terima. Itu hak kami dan semua kaum lain mestilah menghormatinya. Saya juga memohon jasa baik kawan-kawan sebangsa agar tidak bertindak melulu menghukum mana-mana pihak tanpa usul periksa. Usahlah kita cuba menjadi "hero" yang "bodoh". Sebaliknya setiap perlakuan dan keputusan kita, haruslah berpaksikan Islam dan lunas-lunas undang-undang di negara kita. Itu saja yang saya pinta. Then, I rest my case (for the moment la..).

Bila Kak Su Bersuara... Heh!