Sunday, September 26, 2010

Guan Eng & Blog "tutttt.." memang budussss..


Ada satu blog tu...dok backing Guan Eng "tersayang" depa tu di sini.

Tapi memang blog tu & Guan Eng ternyata sama-sama "budusss..."! Dua-dua jenis tak paham bahasa! Depa pertikai pasai "warak, duit judi & saman ekor". Kenapa pertikai si Reezal Merican tu warak atau tidak? Sapa pulak cakap bab duit judi atau saman ekor??? Apa yang dipertikai di sini ialah...

MENGAPA GUAN ENG PERLU MENIPU YANG DIA ADA TERIMA DUIT DARI KELAB JUDI LUMBA KUDA??? DAH TERIMA TU, MENGAKU SAJA LAAA...PASAI APA PERLU TIPU? SURAT KAT ATAS TU JELAS MENGAKUI DEPA ADA TERIMA. SUSAH SANGAT KA NAK MENGAKU? MENGAKU SAJALAH! SAMA ADA DUIT ITU HARAM, GUAN ENG ATAU REEZAL MERICAN TU WARAK ATAU TIDAK, ATAU SAMAN EKOR TU ISU LAIN. FOKUSNYA SEKARANG IALAH MENGAPA GUAN ENG PERLU MENIPU???!!!

Bro..tak perlu tipu bro. Lagi hangpa tipu, maka bertambah la satu lagi salah hangpa! Nampak sangat hangpa menipu ni. Dah kantoi dah yang hangpa tu dok menipu orang merata. Dah hancur dah kreadibiliti hangpa. Aku tak campur, hangpa sendiri yang memalukan diri sendiri...hehehe..sendiri tanggung la noo....

Woi Guan Eng! Ni surat sapa ni..?!!!

Ni la muka pemuhong besaq tu..!!!





Ni surat apa ni Guan Eng? Surat kejadah apa ni? Siapa buat surat ni? Surat ni sapa "sign"? Tu "signature" pegawai khas Najib ka?




Woi Guan Eng! Semalam hang kata dalam "twitter" hang...

"Hanya UMNO jahil sahaja cakap kerajaan Pulau Pinang guna duit judi bila lesen judi dibagi kerajaan BN. Mana kerajaan Pulau Pinang dapat wang judi? Ini kerja jahat munafik!"

Jadi, surat kat atas tu "menatang jadah" apa? Hang tak malu ka dok tipu orang sana sini? Hang tak malu ka dok bohong rakyat sana sini? Tang mana hang nak letak muka hang? Hang tak malu lagi ka nak tunjuk muka hang kat rakyat yang selama ni hang dok tipu sana sini tu? Mentang-mentang la depa semua takdak kuasa nak "check" surat-surat rasmi kerajaan, hang bohong depa hidup-hidup! Hang tu dah la "kapiaq". "Kapiaq harbi" pulak tu. Dah tu ada hati nak hukum orang tu munafik, orang ni munafik? Kepala hotak "Lim Kit Siang" la!

Haaa..mana orang-orang PAS??? Haaa..tu la "khalifah agung" yang hangpa puja sangat! Dia "telan" hangpa "bulat-bulat". "Hidup-hidup" hangpa kena bohong! Mana hangpa nak letak muka hangpa? Mana "Bloq Kedah La Nie" yang dok julang hang sangat tu? Awat tak komen "kejayaan Guan Eng tipu hangpa" ni? Haaa..elok la tu "buat saudara dengan kapiaq harbi, buat musuh dengan saudara Islam" sendiri. Buruk betoi perangai hangpa! Sedar la saudara semuslim ku...Guan Eng tu kelentong hangpa ja selama ni! Tu pun hangpa nak percaya lagi kaaa???

Lepas tu hang Setiausaha Publisiti DAP (Ng Wei Eik) hang tu kata...

“Pada 2008 perbelanjaan yang berhemah dan sikap jimat cermat oleh kerajaan negeri, daripada peruntukkan sebanyak RM318.56 juta yang dibelanjakan hanya RM283.15 juta. Penjimatan sebanyak RM35.41 juta atau 11 peratus telah digunakan untuk manfaat warga emas dan waris mereka yang kehilangan ibu dan bapa,”.

Kononnya, "statement" dia ni nak "cover" hang la? Hang ingat kami orang Melayu ni percaya sangat kat orang DAP ni? Bodoh tak seperkara! Kononnya hang ni pandai jimat cermat duit rakyat? Kepala hotak dia la! Tu duit sumbangan dari judi lumba kuda tu hasil dari "jimat cermat" hang la tu? Kepala hotak dia la! Nasib baik aku tak jadi "reporter" tu. Kalau tidak, memang dah kena baling dengan kasut la alamatnya!

Friday, September 24, 2010

"Adik" Chin Peng nak balik ke Malaysia?


"Okay, just to settle this matter once and for all, I shall be at the University College London (UCL), Gower Street, London at 1.00pm on Saturday, 2nd October 2010, to meet the Malaysian High Commissioner to Britain to talk to him about my return to Malaysia. After all, he will have to renew my expired Malaysian passport before I can travel back to Malaysia."

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

Nampaknya tukang fitnah, tukang karut, tukang putaq alam, tukang pencacai PKR, tukang tembak propaganda Pakatan Rakyat, raja penipu, raja pembohong Malaysia ini juga bercita-cita untuk pulang ke tanahair. Jika benarlah niat RPK ini yang ditulis pada NO HOLDS BARRED ini, maka Shafee Abdullah lah yang paling gembira. Pastinya kepulangan RPK akan membuka harapan kepada peguam ini untuk menyumbat RPK bersama anak lelakinya ke dalam penjara.

Apa yang tidak dikata oleh RPK kepada Datuk Muhammad Shafee, dimaki hamunnya peguam itu di dalam tulisannya "Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire, Money, Power and Sex: What Motivated Man dan The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation". Pastinya Shafee sudah menunggu kepulangan RPK yang mencicit lari ketakutan keluar negara sebelum ini.

Pada saya, RPK ini adalah "lidah akhbar" Pakatan Rakyat selama ini. RPK begitu sinonim dengan PKR. Ada juga sumber berbukti yang mendakwa bahawa RPK keluar dari negara ini dengan bantuan Pakatan Rakyat. Malah ada juga mendakwa (juga berbukti) bahawa segala perbelanjaan kehidupan RPK diluar negara dibiayai oleh PKR. RPK dikhabarkan mengupah pengawal untuk menjaga keselamatan dirinya di UK. Sejauh mana dakwaan itu tidaklah saya tahu, namun saya positif dengan dakwaan tersebut.

Entah mengapa RPK mahu kembali? Saya agak gusar dengan kepulangan RPK ke Malaysia ini. Ini memandangkan bahawa dia telah berkali-kali mencetus konstroversi dengan fitnah-fitnahnya yang kelihatan begitu "real". Jika selintas pandang baca, kita akan terpengaruh dengan tulisannya. Namun, bila diteliti dan difikirkan akal, barulah kita dapat lihat betapa hebatnya RPK mengarang fitnah. Siapa lagi mangsanya? Kebanyakkannya adalah pemimpin-pemimpin Kerajaan berprofile tinggi, termasuklah Dato' Seri Najib.

Ada sumber memberitahu saya sebelum ini bahawa RPK pernah menemui seorang pegawai khas yang bertugas untuk seorang "menteri". Dia meminta sejumlah wang yang lumayan dari "Menteri" tersebut sebagai timbal balas untuknya menarik balik artikel tersebut. "Menteri" tersebut ketawakan RPK dan dengan selamba menolak permintaan RPK itu. "Menteri" tersebut tahu bahawa dakwaan RPK itu hanyalah palsu dan fitnah, jadi mengapa dia perlu membayar tukang fitnah tersebut? Begitu licik RPK mencari duit mengkayakan diri.

RPK ingin pulang ke Malaysia? Pulanglah. Mahkamah dan Shafee Abdullah menunggu mu
dan tidak sabar-sabar bertemu dengan mu. Siaplah kau! Kepulangan RPK ini bagaikan pulangnya seorang lagi "Chin Peng" ke Malaysia. Chin Peng seorang penjenayah yang membunuh ramai rakyat Malaysia. Manakala RPK pula pakar fitnah berIQ tinggi, bukankah "fitnah itu lebih keji berbanding membunuh"?!!!

Monday, September 20, 2010

Pemuda Selangor Boikot Dato' Seri Najib?



Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian Negeri Selangor yang juga penyokong kuat Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, diyakini bertindak memboikot Majlis Hari Raya Aidil Fitri UMNO Negeri Selangor yang dihadiri oleh Dato' Seri Najib Tun Razak malam ini. Majlis yang berlangsung di Shah Alam dihadiri oleh hampir segenap lapisan ahli dan pemimpin UMNO peringkat negeri.

Dikhabarkan bahawa Majlis Hari Raya anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang juga diketuai oleh Dato' Seri Najib sendiri ini telah dihebahkan kepada setiap pemimpin UMNO Bahagian, sayap Wanita UMNO Bahagian, Pemuda UMNO Bahagian dan Puteri Bahagian diseluruh Selangor. Semuanya diminta untuk hadir memberi sokongan kepada Majlis yang dianjurkan oleh Presiden UMNO ini.

Di antara pemimpin Pemuda UMNO yang dikatakan penyokong kuat Khairy Jamaluddin dan gagal hadir ialah Ketua Pemuda Negeri Selangor, Saudara Suhaimi Ghazali, Naib Ketua Pemuda Negeri Saudara Zainuri Zakaria, Bendahari Pemuda Negeri Saudara Samad Dawood dan Saudara Azmir Yuzaimi.

Entah mengapa Ketua-Ketua Pemuda ini gagal hadir, susah untuk dikenal pasti. Yang peliknya, mengapa Ketua, Naib Ketua dan Bendahari begitu "sepakat" untuk tidak hadir ke program Dato' Seri Najib ini. Jika nak dikatakan ada "emergency" di kawasan masing-masing, takkanlah ketiga-tiga sekali kot? Takkanlah ketiga-tiga isteri "top leader Pemuda Selangor" nak bersalin serentak kot? Bukankah sudah diberitahu tentang program ini, mengapa mereka tidak hadir?

Mungkin mereka berempat ini tidak berpuas hati dengan Dato' Seri Najib dan sengaja mahu menunjukkan protes mereka kepada Perdana Menteri kerana tidak melantik Khairy Jamaluddin menjawat jawatan di dalam kabinet?

Mungkin juga kerana mereka-mereka berempat ini tidak punya masa untuk berhari raya bersama Perdana Menteri dan pemimpin UMNO Selangor yang lain?

Mungkin kerana mereka tidak "memberi muka" atau hormat kepada Presiden UMNO yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor?

Mungkin juga mereka tidak mahu beramah mesra dengan Perdana Menteri dan para pemimpin UMNO lain kerana tidak setaraf dengan Khairy Jamaluddin?

Atau Khairy Jamaluddin mengarahkan orang-orang kuatnya ini supaya tidak hadir ke Majlis tersebut kerana sakit hati pada Perdana Menteri?

Pada Duke, lantak pi la kat hangpa! Hang mai tak pa, dan kalau hang tak mai "lagi bagus! Senang sikit nak identify mana Ketua Pemuda mana yang kena turunkan pada pemilihan akan datang. Senang sikit nak identify Ketua Pemuda mana yang "kurang ajar". Dan yang paling penting, senang sikit nak habaq Ketua Pemuda yang mana satu "geng kuat KJ".

Duke tak tahu apa yang mereka-mereka ini fikirkan. Apa sangat yang bagusnya KJ tu? Duke sendiri malu nak mengaku berketuakan KJ. Malu! Malu berketuakan Ketua Pemuda yang bersalah dalam aktiviti rasuah politik. Malu kerana berketuakan Ketua Pemuda yang "tak tahu malu". Malu berketuakan KJ yang penuh dengan "kudis, kurap, panau dan sopak"! Dan bermacam-macam "malu" lagilah dengan si KJ ni!

Duke cabar KJ bertanding pertahankan jawatan Ketua Pemudanya pada pemilihan UMNO yang akan datang! Teringin sangat tengok KJ "jatuh" tergolek doq, kalah pemilihan secara "gentleman" dan bukan dengan laungan "KJ rasuah! KJ rasuah!". Time tu, baru la empat orang Ketua Pemuda ni tahu "langit tu tinggi atau rendah"!

sumber: Kuntakinte mykmu.net

Gambaq Kahwin Sapa Hilang Nii..???

Gambaq ihsan dari AIDC & blog kat gambaq tu...


Gambar kahwin siapakah ini? Segak berkaca mata..pakai BOW berTUXEDO! Lawa jugak RAMBUT SANGGUL SALOMA...perghhh...Islamik sungguhhhh!!!

Korang agak-agak sapa la couple ni ek? Mari kita tengok siapa yang kena...!!!

p/s: Aku bagi "hint" kat hangpa..dengaq kata dia ni MB Kelantan yang nak pegang jawatan sampai mati & suka bagi fatwa ikut mood politik dia jaaa...hehehhe..sapa ek???

Saturday, September 18, 2010

Woiii..! UMNO Kulim/Bandar Baru tu bukan hang yang punya laaaa...!!!


Ketika aku masih ke sana ke mari berkunjung ke rumah sanak saudara, aku berpeluang untuk singgah sebentar di Kulim untuk berhari raya. Kebetulan aku terserempak pula dengan beberapa orang kuat UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru. Maka aku bertanyakan khabar UMNO di bahagian yang diketuai oleh Aziz Syeikh Fadzir, adik kepada mantan Ketua Bahagian, Kadir Syeikh Fadzir...

Seperti bahagian-bahagian UMNO lain di Kedah, UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru ini masih lagi dalam keadaan "beku" dan "bisu". Dalam pada itu, aku masih sempat bertanyakan keadaan semasa dan isu-isu setempat. Tidak lupa pula aku bertanya tentang YB Zulkifli Noordin yang kini "Bebas" dari "pukau" PKR. Rupanya ada cerita disebalik cerita...

Menurut saudara aku ini, ketika YB Zul menunggu keputusan untuk dipecat dari PKR (memang dia yakin bahawa dia akan dipecat oleh Anwar..), YB Zul ada menghantar seorang "utusan" bertemu UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru. Menurutnya, YB Zul menghantar "utusan" itu adalah untuk "merisik" sama ada beliau boleh dan dibenarkan menyertai UMNO Bahagian itu sebagai menyambung platform perjuangannya...

Setelah YB Zul dipecat oleh Anwar, dikhabarkan bahawa UMNO Kulim Bandar Baru telah mengadakan satu mesyuarat khas untuk membincangkan penyertaan YB Zul ke UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru. Semua AJK Bahagian dikhabarkan hadir dan mesyuarat itu juga dihadiri oleh mantan Ketua Bahagian itu, Kadir Syeikh Fadzir.

Setelah berbincang, bertekak dan bertegang leher, dikatakan bahawa majoriti di dalam mesyuarat itu menerima baik penyertaan YB Zulkifli Noordin ke UMNO Bahagian itu, kecuali Kadir Syeikh Fadzir dan Husin, mantan pegawai khasnya ketika menjadi menteri dahulu. Hanya disebabkan Kadir dan Husin ini, maka hasrat untuk YB Zul, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru untuk menyerati UMNO itu ditolak mentah-mentah!

Begitu berkuasa Kadir dan Husin di UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru itu! Kenapa tolak penyertaan YB Zul? Apakah kerana takut "legasi" dan "pewarrisan kerusi Ketua UMNO" di Bahagian Kulim Bandar Baru itu terlepas ke tangan pihak lain? Apakah Kadir risau jika "dinasti Kadir Syeikh Fadzir, Brothers & Co." jatuh ke tangan orang lain? Untuk pengetahuan Kadir & Brothers, "UMNO ini bukan hang punya laaaa..!!!". Jadi, berhenti dari terus men"dinasti"kan jawatan di Bahagian itu.

Memang UMNO dikawasan itu ditubuhkan dan diusahakan oleh "Kadir & Family". Aku hargai peranan itu. Namun, itu tidak menjadikan UMNO ini "Kadir & FamilY" yang punya. UMNO adalah milik UMNO. Jika "Kadir & Family" terus bersikap macam ni, tak hairan jika UMNO Kulim Bandar Baru akan terus hancur suatu hari nanti. Apatah lagi dengan sikap adiknya kini menjadi Ketua Bahagian itu lebih banyak menghabiskan waktu di padang golf berbanding berkhidmat kepada masyarakat setempat. Amalan "no personal touch" ini seterusnya akan melingkupkan UMNO di situ...

Panas juga hati aku mendengar cerita saudara aku ni. Yang pastinya kini aku tahu mengapa YB Zul yang kini begitu vokal, lantang, dan lebih ber"suara UMNO" itu disekat dari menyertai UMNO. Nasibnya sama seperti Ir. Amiruddin yang kini menjadi ADUN PAS, sedangkan bapanya ialah seorang penyokong UMNO dulu, kini dan selamanya. Kesal dengan apa yang terjadi, namun harapan aku semoga ada yang akan meruntuhkan "dinasti kecil" UMNO di Kulim Bandar Baru itu suatu hari nanti!

Wednesday, September 8, 2010

Perutusan 'Eidul Fitri dari Duke & jemputan berhari raya di rumah MB Kedah...



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

InsyaAllah esok petang, saya akan bertolak pulang ke kampung halaman di Kedah untuk menangisi permergian Ramadhan Al-Mubarak, dan menyambut 1 Syawal bersama sanak saudara. Dan insyaAllah juga, Duke akan berada di Kedah sehingga hari Ahad, 19hb. September 2010. Kepada sesiapa yang ingin menemui Duke, maka bolehlah menghubungi Duke melalui panggilan telefon atau emailkan saja di dukeofumno1@yahoo.com...

Seperkara lagi, Duke ada bertemu seorang teman yang merupakan salah seorang ahli keluarga rapat kepada Azizan Razak, MB Kedah. Teman kita ini telah mewakilkan Duke untuk menjemput teman-teman blogger pro-UMNO untuk ke Majlis Rumah Terbuka MB Kedah di Sri Mentalon pada hari raya ke-6 ini. Kepada sesiapa rakan-rakan blogger Duke yang berhajat untuk turut serta memenuhi jemputan "anak saudara" Ustaz Azizan ini, bolehlah menghubungi Duke untuk kita sama-sama menziarahi Azizan Razak di Sri Mentalon. Kita lihat apa reaksi puak-puak PAS setelah 3 kali berhari raya di Kediaman Rasmi MB Kedah itu. Manalah tahu..mungkin depa berminat untuk menyampaikan "sumbangan ikhlas" kepada kita & memujuk kita masuk PAS pulak! Hahahahahahahahaaaaa...

Menurut sumber yang rapat dengan MB Kedah itu, pada sambutan pertama berhari raya di Sri Mentalon, kediaman rasmi MB Kedah itu telah diserbu oleh puak-puak PAS bagai "garuda tak cukup makan". Habis dipunggahnya makanan. Sate dan tapai diangkut dengan talam-talam sekali masuk ke dalam kereta! Sekali makan nasi boleh habis 5 pinggan. Gelojoh mengalahkan mangsa kebuluran Afrika. Macam tak pernah jumpa sate & tapai lagaknya. Tidak cukup dengan itu, habis dicerobohnya bilik-bilik penginapan sanak saudara MB di Sri Mentalon itu. Ada ke patut, sahabat kita dok tengah nak pakai kain pelekat pun dalam bilik pun depa "jengoi" kepala masuk. Heheheh...nasib la bro...Puak-puak PAS..biasa la..macam "rusa masuk kampung" la jakunnya depa!

Apapun saya mengucapkan salam tangisan di atas pemergian Ramadhan kali ini. Entah tahun depan akan ketemu kembali, hanya Allah sahaja yang tahu. InsyaAllah, kita sama-sama doakan agar bersua kembali dengan Ramadhan Al-Mubarak ini. Dan Duke juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada seluruh muslimin dan muslimat sempena 'Eidul Fitri ini. Dengan rendah diri dan zuhud, Duke memohon ampun dan maaf sekiranya selama Duke berblog dan bermuamalah bersama ini, Duke ada terkasar bahasa dan tanpa sengaja menyinggung perasaan semua. Duke hanya insan biasa yang tidak maksum dari segala kelemahan dan dosa...maaf zahir dan batin untuk semua.

Akhir kalam, Duke menyeru kepada semua akar umbi UMNO supaya memohon kepada Allah agar merubah dan memberi petunjuk kepada seluruh pemimpin Melayu Muslim UMNO supaya bertaubat dan kembali kepada perjuangan asal UMNO. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. InsyaAllah, UMNO akan kembali perkasa membela nasib Islam, anak bangsa Melayu dan Tanah Melayu ini. Kepada pihak pembangkang, Duke memohon supaya Allah memberi petunjuk dan hidayah supaya juga bertaubat dan hentikanlah amalan fitnah yang digemari mereka. Kembalilah bersatu sesama kita demi perpaduan ummat Melayu Muslim yang semakin dikurang ajarkan oleh golongan kafir harbi di negara kita. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dengan perpaduan sesama kita. InsyaAllah...

Tuesday, September 7, 2010

Gempar!!! Zaid Ibrahim "diliwat beramai-ramai"...!!!


Aku tak mau cakap banyak laaa...

Sila ikuti peristiwa "sadis" ini di sini...

Teruk jugak mamat ni kena "liwat"...beramai-ramai pulak tu!

Kalau tak masuk hospital...terus kena baca talkin la si Zaid nihhh...

Padan muka hang...heheheheheeee...Allah bayaq cash kat dunia...

So...terima je la seadanya....muahahahahahaaaa...

Monday, September 6, 2010

Pertemuan SUK UMNO Kedah & blogger pro-UMNO...


Aku ada terbaca artikel di Kedah Times yang ditulis begini dan ditulis pula begini kemudiannya. Antara "point" yang ditulis di Kedah Times ialah tentang ungkapan Tok Man Aziz yang agak menghina blogger-blogger pro-UMNO di Utara, khususnya di Kedah. Othman Aziz dilaporkan menggelar para blogger ini sebagai "blogger perasan".

Lantas aku menghubungi beberapa rakan blogger yang hadir pada majlis berbuka puasa anjuran UMNO Kedah itu. Mereka mengiyakan perkara ini. SUK UMNO Kedah yang baru ini ada "memperleceh" dan memperkecilkan blogger-blogger pro-UMNO di Kedah. Antara yang diberitakan hadir ke majlis tersebut ialah CucuTokWan yang datang jauh dari Kuala Lumpur. Selain itu, hadir bersama di majlis itu ialah DetGuaq tuan ampunya "Pelantaq Hujah", seorang blogger dari Pendang yang menjawat jawatan di UMB Kedah dan beberapa blogger ternama di "Northern Region". "Salute" untuk blogger-blogger pro-UMNO di utara.

Untuk nota, aku pernah bertanggungjawab mengendalikan beberapa pertemuan "bloggers utara". Pertemuan pertama berjaya dijalankan dengan kehadiran ramai blogger dari Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur. Kehadiran yang dicatat pada pertemuan pertama itu ialah 30 orang. Kemudian menyusul pula pertemuan tahunan untuk kali kedua. Kali ini lebih meriah dengan kehadiran lebih ramai rakan blogger ternama seperti Akhram Shah, Che Wan dan ramai lagi. Kehadiran meningkat dan pada pertemuan kedua itu, "seseorang" yang dikenal pasti mempunyai agenda "profit oriented" telah teruk dikendurikan beramai-ramai. Setahu aku, walaupun "mamat" itu cuba membuat sabotaj kepada kami, Alhamdulillah, Allah melindungi kami dari "fitnah" jahatnya.

Dan kali ini, para blogger yang aku sanjungi ini menerima kritikan yang menghina dari seorang SUK UMNO Kedah yang baru memegang jawatan itu. Aku hormati Tok Man Aziz kerana berjaya mewarisi kehebatan Dato' Ahmad Basri untuk menguruskan, menaikkan martabat Skuad Kenari dipersada bolasepak negara. Aku sendiri pernah membelanya di blog selepas diketepikan sebagai pengurus KFA oleh pimpinan negeri Kedah. Namun kini, dia kata blogger sperti kami ini sebagai "blogger perasan"?

Kata-kata ini sama ertinya seperti Ahmad Maslan yang menggelar blogger sebagai "goblok" atau Hisyamuddin yang tidak menghargai para blogger-blogger. Saya tidaklah "terasa" sangat dengan tuduhan Othman Aziz ini. Mungkin benar blog aku ini hanyalah "blog syok sendiri" yang hanya dibaca oleh rakan-rakan terdekat, kawan-kawan office dan jiran-jiran saya sahaja. Mungkin blog aku ini tidak dikenali ramai seperti blog-blog lain.

Namun, bagaimana pula dengan Kedah Times, Pelantaq Hujah, The Flying Kick dan beberapa pemilik blog yang dikunjungi oleh ramai pengunjung serata Malaysia dan luar negara? Rakan-rakan aku ini mencapai "hits" yang sangat membanggakan dan yang paling pentingnya, merekalah pejuang UMNO yang bangkit mempertahankan UMNO, menyerang propaganda fitnah Pakatan Rakyat dan membuka ruang kepada pembaca untuk berfikir betapa UMNO dan Barisan Nasional adalah yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Apakah mereka ini "blogger picisan syok sendiri juga"?

DetGuaq ada memberikan komennya pada posting di Kedah Times. Detguaq sebagai "orang tengah" terpaksa meminta maaf diatas kata-kata Othman Aziz ini kepada rakan-rakan yang hadir. Detguaq dimalukan oleh Othman Aziz dihadapan rakan-rakannya sendiri. Sabarlah Det, aku pasti rakan-rakan kita memahami situasi yang tuan lalui ini. Sabar sajalah...

Pada aku, Tok Man Aziz agak silap percaturannya pada pertemuan pertamanya dengan blogger pro-UMNO "bebas" ini. Sepatutnya, beliau yang mengaku bukanlah seorang IT-savvy lebih molek bersikap rendah diri. Menurut pendapat rakan, banyak perkara yang boleh disanggah pada pertemuan itu, namun kerana masa yang terhad dan tergesa-gesa Othman Aziz, mereka tidak sempat meluahkannya. Sebaliknya, selepas pertemuan itu, ada rakan-rakan yang menyambung pertemuan itu di "kedai mamak pokok ceri"! Kita faham-faham sendirilah apa yang diperbualkan...

Pada aku, aku tetap begini. Aku dan rakan-rakan yang lain akan tetap terus berblog walaupun UMNO Kedah memandang kecil usaha kami ini. Perjuangan kami ini bukan untuk individu-individu di dalam UMNO. Perjuangan kami ini tidak disuruh sesiapa. Perjuangan kami tidak di"kawal" untuk hanya menulis yang "baik-baik" saja. Adakalanya kami kena "belasah" juga jika tidak kena dengan caranya. Yang pasti, kami terus begini demi Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu, bukan kerana Menteri, YB, Ketua Bahagian atau sebagainya. Kami menulis kerana kesedaran diri sendiri...

Biarlah apa yang dikatakan oleh pihak UMNO Kedah. Sedangkan Perdana Menteri pun kami kritik dan turunkan dari kerusi empuknya, demi kebenaran. Jangan salahkan kami kerana tulisan kami. Cerminlah diri dahulu, apakah keperibadian dan ketokohan yang dimiliki itu mampu memperkukuhkan UMNO Kedah semula. Buktikan kami salah dan kami sedia mengaku salah jika benar kami salah. Namun, jika apa yang kami tulis ini benar, jangan pula menafikan dan tidak salah untuk seorang pemimpin itu menurunkan egonya dan mengaku salah. Fair and square, right?

Akhir kata, janganlah Othman Aziz atau mana-mana pihak tersinggung dengan teguran ini. Aku ikhlas demi memperbaiki yang mana yang lemah dan sama-samalah kita memperkukuhkan kedaulatan Islam, Melayu dan Tanah Melayu yang semakin terhakis dek pertualang negara. Sama-samalah kita berjuang. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Aku tetap aku, demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu! InsyaAllah, kita bertemu suatu hari nanti dengan kejayaan yang dirahmati Allah S.W.T...

Mahfuz nak jadi MB Kedah, PAS Kuala Kedah "layu"?


Sudah 2 tahun setengah Kedah diperintah oleh Azizan Razak. Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah ini memang "selamba" dan hampir boleh dikatakan hampir tidak punya sebarang perubahan diperingkat perlaksanaan dasar di peringkat negeri. "Kedah dok lagu tu jugak", begitulah komen orang ramai jika ditanya tentang perbandingan pentadbiran Azizan dan Det Khalid.

Kedudukan Azizan Razak sebagai Menteri Besar Kedah sebenarnya dalam "bahaya". Menurut sumber dalaman & dari "anak-anak PAS" sendiri, diberitakan bahawa Mahfuz Omar berkenan sangat dengan kerusi MB Kedah itu. Namun Mahfuz sendiri sedar, bukan senang nak "coup de tat"kan Azizan Razak. Azizan Razak begitu liberal, berpengalaman, berilmu, berwibawa, "cool", disegani kawan dan lawan. Tapi, walaupun Mahfuz sendiri "kecut perut" nak "guling"kan Azizan, namun kerusi MB yang "memanggil-manggil" itu menyebabkan Mahfuz sanggup "berkurang ajar" dengan "Otai PAS Kedah" itu.

Mahfuz kini sedang giat memperkuatkan pengaruh dan sekutu-sekutunya. Mahfuz sudah lama mengidamkan kerusi DUN Bukit Pinang sebenarnya, sebab itulah dia tak boleh dengar Bukit Pinang. Kalau ada orang kaitkan dia dengan Bukit Pinang, melompatlah dia dan cepat-cepat dia nafikan. Tapi, dalam hati hanya Allah yang tahu. Kawan-kawan di Kedah memberitahuh bahawa Mahfuz "dok tengah buat baik" dengan ADUN-ADUN Kedah seperti Ir. Amiruldin (Anak Bukit), Taulan Rasul (Tokai), Pharolrozi (P.Kundor), Hamdan (Tanjung Dawai) dan beberapa veteran-veteran PAS yang berpengaruh, terutamanya yang "bukan team Azizan Razak".

Menurut sumber, pada PRU ke-13 nanti, rancangan "menggulingkan" Azizan dari kerusi Menteri Besar ini akan mengekalkan Azizan Razak sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah. Namun, Mahfuz dan sekutu-sekutunya itu akan menggunakan ketegasan dalam syura peringkat negeri untuk menobatkan Mahfuz sebagai Menteri Besar Kedah. Mahfuz mendakwa akan membawa pendekatan yang lebih Islamik berbanding Azizan Razak. Azizan Razak pula diminta turun dari kerusi MB di atas faktor kesihatan, kecergasan dan terlalu liberal itu menimbulkan protes Mahfuz dan sekutu-sekutunya. Sebagai saguhati, Azizan hanya akan dilantik sebagai "penasihat" yang tak punya kuasa untuk memberi projek!

Akar umbi PAS di Pokok Sena yang mengiyakan hal ini kepada saya sangat kesal dengan "political animal" Mahfuz ini. Menurutnya, majoriti rakyat senang dengan Azizan, manakala Mahfuz kurang digemari kerana sikapnya yang "keras", "biadap" dan suka menggelar orang lain. Sedangkan sikap itu bukanlah dari sifat mahmudah. Kegelojohannya juga menimbulkan tanda tanya. Ada sumber memberitahu bahawa Mahfuz ada sedikit iri hati terhadap "habuan balak" di Kedah. Namun, setelah kejadian banjir lumpur di Teloi baru-baru ini, Mahfuz cuba memikirkan "tarikan" lain untuk memenuhi koceknya.

Itu cerita Mahfuz Pokok Sena dengan "labu-labu"nya. Biarkannn...Terus terang, saya lebih suka jika Mahfuz jadi MB Kedah. "Lebih senang"...kan? Heheheheee..

Seterusnya ialah berita mengenai "situasi PAS Kuala Kedah". Apa dah jadi di sana? Laporan memberitahu saya bahawa PAS semakin di"dekati" oleh tauke-tauke Cina di Kuala Kedah. Terdapat khabar dari orang ramai dan peniaga-peniaga yang menyatakan bahawa ada persatuan peniaga pasar malam dari kaum cina menyumbang kepada Kelab Penyokong PAS kawasan untuk menggerakkan aktiviti/program kelab, dengan syarat kelonggaran dari segi tempat, masa dan tempoh perniagaan diberikan.

Dengan itu maka PAS sudah mendapat "sumbangan ikhlas" dari tauke-tauke Cina Kuala Kedah. Tapi, PAS pula kenalah "ikhlas" pula menyumbangkan tempat yang strategik dan cantik kepada tauke-tauke tersebut. Selain itu, masa dan tempoh juga amat penting. Jika sebelum ini perniagaan tauke-tauke terbabit terpaksa ditutup pada jam 12 tengah malam atau 1 pagi, mungkin dengan "sumbangan ikhlas" mereka kepada PAS ini maka perniagaan mereka dapat dipanjangkan tempohnya sampai azan subuh esok pagi! PAS Kuala Kedah okay aje...janji masyukkkkk...!!!

Ada penyokong PAS yang tidak puas hati dengan prestadi wakil rakyat PKR di Kuala Kedah ini. Ahli Parlimen Kuala Kedah, Hj. Ahmad Kasim tidak disenangi oleh penyokong-penyokong PAS kerana tidak mengambil tahu dan membantu kehidupan serta peningkatan sosio-ekonomi mereka. Kegagalan Ahmad Kasim itu telah membuat rakyat Kuala Kedah menyampah padanya. Pada penyokong PAS, penyokong PKR hanyalah menyibuk, menumpang dan sekadar menempel di majlis-majlis anjuran PAS Kuala Kedah. Malah ramai juga penyokong-penyokong PAS yang lebih rela UMNO menang kerusi Parlimen Kuala Kedah berbanding PKR yang "makan elaun buta" itu.

Selain itu, pemimpin-pemimpin PAS Kuala Kedah juga pernah diselar oleh akar umbi PAS Kuala Kedah sendiri. Pemimpin-pemimpin PAS Kuala Kedah didapati sebok mengumpul kekayaan denga projek-projek kecil yang dibolot oleh golongan atasan PAS sahaja. "Jijik" dengan perbuatan pemimpin-pemimpin PAS yang berebut projek seperti "ikan temekung berebut taik" itu, maka Azizan pernah marah pemimpin-pemimpin PAS Kuala Kedah ini. Mungkin sebab itu pemimpin PAS Kedah "meluat" kepada Azizan, manakala rakyat semua senang hati dengan kepimpinan Azizan Razak.

Mungkis ada yang menafikan laporan akar umbi ini. Biasalah, siapalah yang mahu mengakui kelemahan diri sendiri, apatah lagi "orang politik"! Namun, sumber-sumber ini saya dapati dari rakan-rakan akar umbi, Kelab Penyokong PAS Kawasan, JKK Negeri Kedah, Pemimpin PAS Majlis Tindakan DUN, Petugas Pejabat PAS Negeri dan Petugas Pejabat Cabang Kuala Kedah saja. Kalau depa "muhong" saya, maka saya pun "muhong"lah jua. Turun sendiri..dengaq sendiri..baru puas hati, ada berani...???

Sunday, September 5, 2010

Mampukah Melayu Muslim bersabar lagi..???!!!


Isu Namewee dan kebiadapannya semakin banyak diperdebatkan. Tambahan pula, implikasi dan akibat dari perbuatan Namewee melalui video klipnya itu telah mengundang beberapa anak Cina chauvinis ultra kiasu yang lain untuk menghina Allah dan kesucian agama Islam. Tindakan Katy Lim Li Lian adalah contoh momentum terbaik bagi akibat perbuatan Namewee ini, hinggakan mencetus kejadian yang tidak diingini berlaku di mana 2 orang berbangsa Cina telah dipukul secara membuta tuli oleh 10 orang remaja Melayu.

Rentetan dari peristiwa yang seakan memcetuskan api perkauman ini, maka ada pihak telah menuntut agar Namewee ini dibuang kerakyatannya. Ada pihak yang mahu Namewee diISAkan. Ada yang menuntut agar KDN mengambil tindakan yang keras bagi menangani percikan api perkauman ini supaya tidak memarakkan lagi insiden yang tidak diingini.

Namun yang peliknya, masih ada pihak yang masih menyalahkan Melayu lagi dalam isu ini. Menerusi komen dari pembaca, tuan "anon" kita ini menyalahkan Melayu yang memulakan sentimen perkauman dengan menyalahkan insiden pengetua di sebuah sekolah di Kulai Jaya. Pada saya, tuan "Anon" ini mungkin sudah "buta", tidak tahu menilai atau dijangkiti sindrom "cuba menegakkan benang yang basah".

Tuan "Anon" kita ini hanya mendengar versi "Malaysiakini" yang dipelopori oleh DAP yang sememangnya chauvinis ultra kiasu. Versi itu ditokok tambah dan jelas memfitnah pengetua tersebut. Cerita sebenar dari pengetua di Kulai Jaya itu boleh didapati dari blog rakan saya di sini. Pada saya, saya lebih mempercayai seorang Islam berbanding cerita dari Malaysiakini yang mempunyai agenda jahat untuk memporak perandakan bangsa Melayu dengan menyiarkan artikel dan berita yang berbaur perkauman dan tidak berkreadibiliti. Selain itu, tidak adillah untuk kita mendengar dari satu pihak sahaja. Kenalah mendengar dari kedua-dua pihak, barulah adil untuk diberi pertimbangan.

Pada saya, isu Namewee harus ditangani dengan bijak oleh semua pihak untuk mengelak ketegangan kaum. Jika tidak, ianya akan menimbulkan insiden-insiden yang tidak diingini. Isu Katy Lim Li Lian dan 2 orang pemuda Cina dibelasah 10 orang remaja Melayu itu adalah contoh terbaik terjadi jika isu ini tidak diselesaikan dengan cara yang terbaik.

Pada isu Katy Lim Li Lian, saya melihat perkara ini adalah lebih melampau berbanding apa yang dilakukan oleh Namewee. Demi mempertahankan Namewee, Katy Lim telah bertindak menghina Allah. Mengeluarkan kata-kata kesat atau kenyataan seperti "Islam the real babi", “Allah is not even God lol…I mean who’s the f**k worship someone who’s not even a someone?”, “F**k Allah! Better yet f**k your mom with a babi” adalah tidak dapat diterima sama sekali oleh mana-mana penganut agama Islam. Kenyataan melampau ini sangat keterlaluan dan patut dikenakan hukuman berat. Ianya mencabar sensitiviti agama di negara berbilang kaum ini dan mampu menimbulkan ketegangan yang dahsyat. Jangan pandang remeh perkara ini kerana akibat perkara seperti ini sangat memudaratkan keharmonian masyarakat majmuk di negara kita.

Saya tidak pasti apakah tuan "Anon" kita itu boleh bertolak ansur dengan kenyataan Katy Lim Li Lian ini. Pada saya, perkara ini sangat melampau dan saya tidak menolak untuk saya menampar Katy Lim Li Lian sehingga pecah mulutnya sekiranya kenyataan ini dihamburkan kepada saya secara berdepan. Tak tahulah apa pula tindakan tuan "Anon" dan penganut agama PAS dan Melayu PKR. Mungkinkah mereka akan tersenyum, bertepuk tangan dan bersorak gembira jika Katy Lim menyuarakan perkara ini dihadapan mereka?

Pada saya, saya rela masuk penjara demi mempertahankan kesucian Islam dan Allah S.W.T dari dihina sebegini. Malah saya rela mati demi mempertahankan agama Allah ini. Tidak tahulah pula juak-juak PAS dan PKR. Mungkin mereka hanya mampu tersenyum apabila agama Allah dan Tuhan yang mereka sembah 5 kali sehari itu dihina oleh kafir harbi. Maklumlah, bukankah mereka kini "tidur sebantal"!

Siapa kata saya menyebelahi 10 budak Melayu dengan tindakan mereka yang membelasah 2 pemuda Cina itu? Saya sesungguhnya mengutuk perkara ini dengan sekeras-kerasnya. Demi Allah, jika saya berada ditempat kejadian, saya akan cuba mempertahankan kedua pemuda Cina itu dari terus dibelasah oleh 10 remaja Melayu itu. Ini adalah kerana Islam tidak mengajar umatnya bertindak menzalimi sesama manusia walaupun mereka itu kafir sekali pun. Jadi, untuk apa saya membiarkan kezaliman itu berlaku sedangkan kedua pemuda itu tidak bersalah sama sekali?

Sekarang, saya menyerahkan segala masalah ini kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan perkara yang semakin meruncing ini. Selain itu, saya meminta agar bangsa Cina sama ada dari mana-mana parti pun sekali agar tidak membuat provokasi terhadap Islam, bangsa Melayu atau Tanah Melayu, serta hak-hak keistimewaan yang kami terima. Itu hak kami dan semua kaum lain mestilah menghormatinya. Saya juga memohon jasa baik kawan-kawan sebangsa agar tidak bertindak melulu menghukum mana-mana pihak tanpa usul periksa. Usahlah kita cuba menjadi "hero" yang "bodoh". Sebaliknya setiap perlakuan dan keputusan kita, haruslah berpaksikan Islam dan lunas-lunas undang-undang di negara kita. Itu saja yang saya pinta. Then, I rest my case (for the moment la..).

Friday, September 3, 2010

Adakah PAS sudah "kafir"..???



Selama bertahun-tahun PAS melaung-laungkan tentang hudud dan perlaksanaannya di negara kita ini. Selama itu jugalah PAS mengajar ahli-ahlinya untuk menuduh UMNO sebagai kafir. Selama itu juga PAS membohongi rakyat dengan retorik politiknya itu. Dan selama itulah juga PAS terus menghukum Kerajaan Malaysia dan UMNO sebagai melaksanakan undang-undang kafir dan menolak undang-undang Allah. Sedangkan hudud ada termaktub di dalam perundangan Syari'ah, walaupun tidak menyeluruh kerana tidak cukup ilmu dan ijtihad terkini, sekurang-kurangnya usaha dan implimentasi seperti itu tetap dilaksanakan.

Namun, PAS kini semakin mengecewakan ramai pengikut-pengikutnya. Baru-baru ini PAS telah mengubah pendirian yang dilaungkan selama ini. PAS telah berubah sama sekali apabila menetapkan bahawa "Hudud tidak semestinya dilaksanakan jika PAS atau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia". Mengejutkan, tapi itulah kenyataannya. PAS nampaknya sudah hilang arah tuju dan prinsip pegangannya selama ini.

Bukan mudah untuk meruntuhkan tembok kedegilan PAS selama ini. Namun, demi mengikut kemahuan, menjaga hati dan menurut kehendak DAP dan PKR, PAS bagaikan lembu dicucuk hidungnya sanggup melacurkan Islam dan pegangan yang dipegang sejak bertahun dahulu. Menyedihkan bagi seluruh umat Islam, namun kenyataan pahit ini terpaksa diterima. Tentunya pengikut-pengikut PAS yang selama ini berjuang untuk melihat hudud terlaksana di Malaysia sangat kecewa dengan pendirian terbaru PAS ini.

Nik Amar Nik Abdullah, pastinya dengan kebenaran dari Tok Guru selaku Mursyidul Am PAS telah mengisytiharkan bahawa tidak semestinya hudud dilaksanakan sekirannya PAS memerintah Malaysia. Saya hanya menyerahkan segala dosa pertuduhan PAS mengkafirkan UMNO dan kerajaan selama ini kepada Allah S.W.T.

Sesungguhnya perjuangan PAS sudah bukan untuk Islam lagi. Perjuangan PAS sudah terpesong jauh. Perjuangan PAS hanyalah mahu menewaskan BN dan melangkah riak menuju Putrajaya. Justeru itu, saya mendesak PAS agar menggugurkan perkataan Islam yang ada pada nama parti itu dengan serta merta. Tiada guna lagi membohongi umat Islam dengan mempermaikan nama agama suci kita itu!

Thursday, September 2, 2010

Kan aku dah kata petang tadi....!!! Kan dah kena...




Baru saja aku buat posting dibawah, memberi warning kepada semua kaum bukan bumiputera, terutamanya bangsa Cina agar tidak terus membuat provokasi terhadap bangsa Melayu. Baru sangat-sangat.

Tiba-tiba sudah tersiar berita dari blog
The Unspinners mengenai serangan fizikal yang tidak bertanggungjawab oleh 10 orang budak Melayu terhadap 2 lelaki berbangsa Cina di simpang Jalan Pinang, menuju ke KLCC. Sememangnya aku mengutuk tindakan budak-budak Melayu tu. Tak pasal-pasal saja budak Cina tu kena "hentak". Tapi, perkara dah berlaku dan kita tak boleh nak "gostan" ke belakang lagi dah. Apa-apapun budak Cina dua orang tu dah buat report polis. Harap-harap, pihak polis akan melaksanakan tanggungjawab mereka mengikut lunas undang-undang.

Tu laaa..aku dah kata dah tadi. Tak silap jangkaan aku kali ni. Budak Cina tu ada kata yang dia terdengar budak Melayu tu kata "Baliklah ke negara asal". Bunyi "racist" semacam ja. Pada aku, ini mungkin akibat tindak balas yang bodoh kepada provokasi bodoh tahap melampau yang dilakukan oleh bangsa Cina baru-baru ini.

Tidak dapat dinafikan, jika isu ini berlarutan, keadaan pasti akan bertambah buruk. Jika bangsa Cina terus melakukan provokasi terhadap kaum Melayu selepas ini, mungkin keadaan akan bertambah parah dimana akan timbul krisis perkauman di Malaysia. Budak Cina provoke budak Melayu. Budak Melayu belasah budak Cina. Budak Cina belasah balik budak Melayu. Hari-hari lagu tu..tak ke haru-hara Malaysia ni. Salah siapa? Siapa yang mula dulu? Haaa...tu la...haaa..provoke la lagi!

Aku dah kata..."Jangan jolok sarang tebuan! Hangpa jolok jugak...kan dah jadi benda yang kita semua tak suka!".

Aku harap tak kira pemimpin politik Cina dari MCA, DAP, Gerakan dan lain-lain memainkan peranan pro-aktif untuk menasihati semua kaum kerabat bangsa mereka untuk menghentikan sebarang provokasi terhadap bangsa pribumi, terutamanya Cina. Dan aku menyeru supaya orang Melayu bertenang dan siasat siapa saja yang membuat provokasi terhadap kita. Seterusnya kita buat laporan polis dan minta tindakan sewajarnya diambil. Tapi kalau dah melampau sangat dan Menteri "CKMM" tu dok hanya bagi amaran saja tanpa tindakan...errmmm...nasib la haa..jadi apa-apa nanti aku tak tanggungjawab. Korang pandai provoke, korang kena berani la terima akibatnya. Dah gatal sangat..garu sendiri laaa..

p/s: Alangkah baiknya kalau yang kena tibai tu Namewee, Katy Lim Li Lian atau Darren Chee tu...heheheh...tapi bukan aku suruh aaa..nasib la..sapa suruh provoke bangsa Melayu?!

Anak Cina ni memang sengaja cari pasal.!!! Ini sudah lebihhh...Chisss..!!!!





Apakah ertinya semua ini? Adakah tiada sesiapa yang dari kalangan pemimpin kita yang mampu mengambil tindakan terhadap penghinaan ini??? Mana Hisyamuddin? Sila ambil tindakan sebelum ada pihak yang terlebih dahulu mengambil tindakan sendiri..!!!

Mana puak-puak pemimpin Pakatan Rakyat yang kononnya sayangkan Malaysia dan keharmonian kaum di negara ini? Mana dia Anwar, isteri dan anaknya? Mana Kit Siang anak beranak? Mana Karpal anak beranak? Mengapa diam apabila Malaysia dihina di Indonesia dan di dalam negara sendiri? Mengapa kamu semua tidak vokal untuk mengutuk Namewee dan mendesak Kerajaan mengambil tindakan terhadapnya? Mengapa tidak desak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi isu seperti ini??? Nampak sangat pemimpin Pakatan Rakyat menyokong Namewee, menyokong penghinaan terhadap Islam dan bangsa Melayu!

Mana dia Kit Siang? Mana Guan Eng? Mana Ronnie Liu? Mana Teresa Kok? Mana Eli Wong? Mana Soi Lek? Mana Tiong Lai? Mana Tsu Koon? Mana???? Namewee, Katy Lim Li Lian dan Darren Wee adalah dari bangsa kamu semua! Bagaimana kamu mengajar anak bangsa Cina kamu itu? Apakah kamu mengajar mereka agar berkurang ajar, biadap dan melampaui batas seperti ini??? Kamu fikir bangsa Melayu akan berdiam diri? Pernah dengar peristiwa 13 Mei 1969? Kamu mahu ianya berulang??? Nak sangat ke??? Chisssss..!!!!!

Wednesday, September 1, 2010

Ayuh Cina..teruskan serang Islam dan Melayu!






Nampaknya krisis dan isu perkauman di Malaysia semakin hangat diperdebatkan. Sana-sini membicarakan tentang Namewee yang menerbitkan video "youtube"nya yang terang-terangan menghina bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Tidak cukup dengan itu, Islam juga turut dipermain dan dipersendakan oleh tokoh politik Pakatan Rakyat, seperti insiden "Tazkirah MP Serdang di dalam Masjid". Sementelah itu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula mengugut mahu keluar parti jika sokongan keahlian di PERKASA meningkat berbanding UMNO. Banyak lagi isu-isu panas berbau perkauman yang berlegar di negara kita sejak kebelakangan ini.

Insiden-insiden itu sedikit sebanyak menarik minat beberapa tokoh politik lain yang cuba memberikan reaksi terhadap isu sensitif ini. Azizan Razak misalnya meminta agar Namewee ditangkap saja sekiranya benar dia menyalahi undang-undang negara. Malah MB Kedah itu meminta diwujudkan undang-undang untuk mensabitkan kesalahan yang seumpama dilakukan oleh Namewee itu. Namun, Dato' Seri Hisyamuddin "CKMM" masih lagi "berlembut". "Toleransi" kononnya, sedangkan akta ISA memang ada di Malaysia.

Anwar juga cuba mengambil kesempatan. "Sesumpah" ini cuba mem"beli jiwa" orang Melayu apabila mencanangkan bahawa dia akan mempertahankan Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan. "Belit"nya ini begitu kontra sekali dengan apa yang dibuatnya selama ini. Selama ini, "si kitul" ini beriya-iya memperjuangkan kesamarataan hak tanpa mengira bangsa di Malaysia, senada dengan kemahuan DAP@PAP ini. Lihatlah bagaimana si "peliwat" ini bermain kata. Kata dibibirnya lain, dibuatnya lain! Mudah saja Zulkifli Noordin menafikan kebenaran Anwar dengan mencabar Anwar untuk menubuhkan sebuah negara berperlembagaan Islam. Cubalah jika Anwar berani, kerana pastinya DAP akan sekali lagi menyuruhnya bertaubat!

Pada saya, isu ini masih lagi isu sensitif walaupun bangsa bukan bumiputera khususnya Cina dan bukan Islam (juga berbangsa Cina) sudah kurang sensitif tentang perkara ini. Islam dan bangsa Melayu di"serang" secara konsisten baru-baru ini. Trend ini semakin berani dilakukan oleh golongan chauvinis ultra kiasu yang melampau. Jangan kata mereka tidak tahu sensitiviti tentang hal ini, mereka tahu. Namun, mereka saja menimbulkan dan "menyerang", sengaja dan mungkin cuba "test market". Maklumlah, apa sangat Menteri KDN a.k.a "CKMM" mampu lakukan. Paling kuat pun Dato' Seri "CKMM" mampu beri amaran, beri amaran separa keras dan amaran paling keras. Dan palin teruk sekali pun, hanya dipanggil memberi keterangan di balai polis! Mungkin sebab itu mereka bersikap seperti "kaduk naik junjung". Melampau dan terus melampau mencabar Islam dan Melayu.

Mereka juga mungkin berani terus berkurang ajar kerana galakan dan dorongan oleh pengkhianat Islam dan bangsa seperti Anwar, "Menantu" dan beberapa tokoh lain dari Pakatan Rakyat. Bila Melayu Muslim sendiri menggalakkan mereka, ditambah pula dengan sokongan kuat dari pihak "bar council" yang kurang peduli soal "moral", maka bertambah galaklah mereka menyerang. Apatah lagi Melayu sudah berjaya dibahagi 3 dan di"pecah perintah"kan mereka. Ekonomi sudah mereka kuasai. Undi mereka pula semakin ditagih oleh BN dan PR, maka bertambah naik tocanglah mereka. Semakin tamak dan semakin meminta-mintalah sekarang sifatnya. Tidak percaya? Tanya Soi Lek, Tsu Koon, Kit Siang, Guan Eng, Karpal, MP Serdang, Teresa Kok, Eli Wong dan Khalid Samad. Mereka juara serang Islam dan Melayu!

Apa nak jadi dengan bangsa Melayu Muslim yang masih menjadi majoriti di Malaysia? Melayu masih di takuk lama. Tun Dr. M dalam wawancaranya dengan National Geographic mengaku masih lagi gagal mengubah sikap Melayu secara amnya. Melayu masih di"wayang" dan dipersenda oleh golongan "bermata sepet ini". Bangsa ini mengatakan bahawa mereka "tidak mahu disuruh untuk berterima kasih kepada Kerajaan Melayu Malaysia. Bangsa Cina ini mahu hidup dan diberikan hak setaraf dengan bumiputera dan macam-macam lagi tuntutan mereka. Sedarkah Melayu PAS dan PKR tentang perkara ini? Pada mereka, mungkin biarlah Islam dan Melayu tergadai di tanah tumpah darah mereka ini asalkan mereka menang dapat kuasa! Bodohnya sifat ini hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Saya hanya menyerahkan perkara ini kepada Allah S.W.T untuk memberikan ilham, kebijaksanaan dan kekuatan kepada Dato' Seri Najib dan DYMM YDP Agong untuk menangani perkara ini. Semoga kehebatan Allahyarham Tun Abdul Razak yang menyatukan bangsa-bangsa di Malaysia suatu ketika dahulu diwarisi oleh anakandanya yang bernama Mohd. Najib. Saya masih ingat bagaimana Tun Abdul Razak mengambil risiko untuk melawat negara komunis China bertemu Mao Tse Tung sebagai misi lawatan hubungan dua hala walaupun ramai rakyat Melayu yang meragui tindakannya itu, dan akhirnya susah payahnya itu membuah hasil apabila Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain berjaya disatukan walaupun baru sahaja mengalami peristiwa 13 Mei 1969. Pada PRU 1974, BN begitu selesa menang dan kembali mendapat kepercayaan rakyat negara ini. Apakah Dato' Seri Najib mampu mengulangi kehebatan ayahandanya? Sama-samalah kita berdoa.

Sebagai benteng terakhir kepada Islam dan Melayu di Malaysia, saya serahkan segalanya kepada kebijaksanaan DYMM YDP Agong untuk mengekang kemaraan serang-serangan dari pihak yang tidak tahu mengenang budi ini. "Perang" fesyen baru ini begitu digemari dizaman ini. Yahudi berjaya menang perang sebegini di barat dan tidak mustahil juga "yahudi bermata sepet" ini juga mampu melakukan perkara yang sama di bumi bertuah ini. Sebagai Ketua Agama Islam dan Ketua Angkatan Tentera Malaysia, saya yakin dengan kreadibiliti DYMM YDP Agong Sultan Mizan Zainal Abidin. Daulat Tuanku!