Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 25, 2010

Vote: Tok Det Khalid "mendahului"?! Huh?


Salam Ramadhan & salam 1Malaysia.

Poll kini sedang masuk hari yang kedua...menyaksikan 31 undi ketika aku sedang menulis entry ini...

Poll sedang di dahului oleh Tok Det Khalid...hasil undian dari puak-puak PAS yang mengunjungi blog ini...tima kasih dengan undian yang cuba untuk menjatuhkan terus UMNO Kedah...heheheee...

Manakala "Semua tak layak" sedang mengikuti rapat...dan semua calon lain tak dapat satu pun undi lagi...kecuali Tok Det Khalid.

Menurut komen kawan-kawan, depa mintak aku masukkan nama Dato' Mukhriz, Dato' Seri Jamil Khir dan beberapa calon muda/baru...maaf...poll kali ini adalah untuk "Ketua-Ketua Bahagian SAHAJA"...bukan apa...kita nak tengok sejauh mana pengaruh, ketokohan, potensi, dan sokongan terhadap Ketua-Ketua Bahagian di Kedah yang menang ketika Pemilihan Agong UMNO yang dibuat ketika Pak Lah menjadi Presiden UMNO.

Setelah itu, kita lihat siapa yang relevan untuk dikekalkan sebagai Ketua Bahagian UMNO yang layak memimpin dan mana yang sebaliknya. Kemudian..."Poll muka baru" insyaAllah akan menyusul. Diharap Detguaq & rakan-rakan bersabaq menanti kedatangan "Poll muka baru" tersebut...

Teruskan vote anda...masa semakin suntuk...kalau perlu, sila inform Ketua Bahagian masing-masing dan mintak depa kerah penyokong depa masuk sini untuk vote nama depa. Mana tau...ada rezeki jadi MB Kedah! Tapi penyokong-penyokong tu jangan lupa untuk jadi macam perwakilan pulak...mintak la Ketua Bahagian tu huloq apa yang patut kottt...macam hari tu la masa time pemilihan hari tu...vote sapa layak jadi MB ni pun lebih kurang lagu tu la jugakkk...hahahaha...macam "biasa" la...muahahahahaha...

Sunday, August 22, 2010

VOTE..!!!


Aku tengok UMNO Kedah ni macam tak bermaya dah sekarang ni. "Loleh" orang Kedah kata...

Oleh itu, aku saja bukak "poll" (undian) untuk hangpa semua vote...

Soalannya "SIAPA LAYAK JADI MB KEDAH? Bukan apa, aku telah diajukan persoalan ni berkali-kali...tapi aku tak tau nak jawab..paling best pun aku boleh kata.."terletak pada PM laaa"...tapi pada hangpa, siapa paling layak? Layak ka?

Aku bukan berniat nak pecah belah UMNO Kedah or what so ever, tapi aku nampak UMNO Kedah ni macam "tak mau menang" pada PRU-13 akan datang.

Kat Selangoq dan hebat dah gerakan depa dengan SSDE. Perak dah dapat dirampas. Kat Penang pun dahsyat-dahsyat jugak pergerakan dan usaha depa nak "belasah" Guan Eng. Kat Kedah??? Adoiihhh laaa....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!