Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, August 21, 2010

PM "Tibai" UMNO Kedah Lagi...!!!


Aku pun tak tahu betapa tebalnya telinga kawan-kawan kita UMNO Kedah ni. Dah banyak kali dah kena marah, dah banyak kali dah kena balun, dok jadi lagu tu jugak. Terbaru, UMNO Kedah kena tibai lagi di dalam satu majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Kerajaan Negeri Perlis. Turut sama dalam majlis itu ialah Tok Det Khalid, individu yang bertanggungjawab di atas kekalahan pertama kali BN Kedah sejak lebih dari 50 tahun pilihanraya.

Yang menghairankan, walaupun majlis itu diadakan di negeri Perlis, tapi UMNO Kedah yang kena tibai. Nampak sangat UMNO Kedah ni tak berubah-ubah perangai. Aku masih ingat dulu, semasa Dato' Seri Najib pi Holiday Villa selepas PRU12, teruk jugak la UMNO Kedah kena belasah. Hat yang dok kat line depan, semua kena tibai. Sampai ada yang merah padam muka tahan malu. Tapi, ada jugak yang tak tau malu & muka tebal! Kena tibai lagu tu pun masih jugak dok tersengih. Dia rasa Najib tak kata kat dia kot? Tu kes perasan baguih la tu...

Aku tak tau la apa yang "mantan" MB Kedah tu rasa masa Najib "pukoi" dia dalam majlis berbuka puasa di Perlis tu. Tapi aku rasa, sebagai "orang politik", dia akan mengatakan bahawa semua ini adalah kegagalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah la. Itu cuma kiasan dan sebagai serampang dua mata. Tentunya Tok Det Khalid kita ni akan meletakkan kesalahan pada bahu Shafie Afdhal & Tok Bashah. Pasai apa dia nak terasa? Dia Ketua Pembangkang dalam DUN Kedah ja. Biasa la..itukan jawapan selamat "orang politik". Padahal, Tok Det sendiri tahu sangat pasai pa UMNO Kedah lemah, sebab dia sendiri antara faktor utama yang melemahkan UMNO Kedah. Aku tak payah elaborate lah secara detail. Biaq Tok Det kita tu pikiaq sendiri...

Dalam majlis tu, PM berkata...

"Dalam konteks Perlis dan Kedah, saya nak ingatkan bahawa kita mesti berpakat dan berpadu seperti dulu, tolong lakukan perkara ini untuk kita kembalikan kekuatan,".

Jelas sekali ayat lama yang diulangi oleh PM untuk kali yang ke berapa entah. Dah banyak kali dah ayat-ayat lagu ni terbit dari mulut PM dan TPM. Kalau nak kira apa yang blogger pro UMNO dok tibai UMNO Kedah, dah tak terkira dah. Sampai naik bebal nak tegur pemimpin-pemimpin UMNO Kedah ni. Kalau tak mau ambil pot apa yang blogger UMNO kata tu tak pa la, apa sangat la blogger ni boleh buat. Blogger bukan boleh lantik calon pilihanraya pun. Tapi, sampai PM kata pun tak mau dengaq ni, maka memang tahap teruk dah UMNO Kedah ni. Dah tahap kritikal dah, itu pun dok rasa hebat lagi sebagai Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda & Ketua Puteri tu. Payah la lagu ni UMNO Kedah nak kuat semula...

Dalam ayat PM kat atas tu, jelas sekali PM sebut perkataan "TOLONG". "Tolong"? Sampai PM sendiri kena merayu? Eiii...kalau tak paham lagi tak tau la berapa punya bengap! Hairankan? Entah apa yang depa ni dok pikiaq?

Dato' Shafie Afhdal ni hebat prestasinya di Sabah. Mungkin atas kapasiti isterinya adalah "orang Kedah", maka dia dilantik sebagai Boss UMNO Kedah. Yang musykilnya, berapa kali dia turun Kedah sebulan? Dia serious ke berperanan sebagai "Boss UMNO Kedah" ni? Atau dia terpaksa terima sebab "malu alah" pada PM? Tok Bashah pun masih dilihat gagal bagi command walaupun dah lebih 2 tahun dilantik sebagai Timbalan Boss UMNO Kedah. Tok Bashah masih lagi gagal mengawal UMNO Kedah. Setelah Bossnya balik sekejap & lepas tu lama tak balik-balik, Tok Bashah sendiri nampak hilang arah untuk mengawal UMNO Kedah. Rasanya pasai tak semua Ketua Bahagian mau dengaq cakap dia. Lagipun, selepas dia dilantik sebagai orang nombor 2 UMNO Kedah, dia teruk di"attack" oleh "tuuttt.." (alaa..hangpa pun tau sapa, kan?). So, ini telah menyumbang kepada kemerosotan prestasi UMNO Kedah. Dah la kalah PRU, bertambah mandom pulak tu..haru!

Aku pun kadang-kadang rasa serba salah nak bantu UMNO Kedah ni. Kalau aku bantu pun, aku akan terpaksa turut sama mempromosikan beberapa pemimpin UMNO Kedah yang masih tak sedaq-sedaq diri ni. Tak payah la aku sebut sapa. Aku tengok UMNO Kedah macam dah jadi mandom sepenuhnya. Mujur jugak ada beberapa Ketua Bahagian yang okay. Wanita pun dah turut mandom jugak. Pemuda pulak, err..senang cerita aku kata, hancur! Tak semua la, tapi majoritinya begitu. Puteri? Rasanya Puteri la yang paling kuat! Menurut khabar yang disampaikan, kalau PRU-13 tu berlangsung esok sekali pun, dengan hanya menggunakan Puteri UMNO, Kedah bisa ditawan BN semula! Itu la yang aku dengaq. Betoi ke tidak, hangpa kena la tanya depa...

Apa pun, aku mintak maaf la kalau apa yang aku kata ni kasaq pada mata hati geng-geng UMNO Kedah. Kalau Detguaq atau blogger-blogger lain nak marah sekali pun, aku terima dengan redha. Mungkin aku tak patut tegoq UMNO Kedah & biaq lantak pi la apa nak jadi kat depa. Tapi mungkin aku mirip kepada spesies alif ba ta, maka aku jadi la tukang penyebok kat UMNO Kedah tu. Nak pecat? Alaaa..nak pecat keahlian aku? Tun M pun pernah kena pecat, kan? Hehehe...mungkin sebab ni banyak kali permohonan aku join cawangan UMNO Kedah ni kena "reject". Tapi la ni aku dah diterima dah masuk cawangan di Kedah. Itu pun cawangan yang takdak cawangan pemuda. Bukan tak mau tubuh, tapi dah ada 2 orang ja pemuda dalam cawangan aku, lagu mana nak tubuh? Nak cari ahli baru, kena sekat la pulak. Takut aku bertanding jawatan la tu...hehehe. Elehhh...aku tak hingin pun...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!