Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, July 15, 2010

Perkhabaran baik untuk Pemuda UMNO..!!!


Baru-baru ni aku ada dapat perkhabaran "gumbira" untuk semua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, kecuali perwakilan terkutuk seramai "304 orang" hari tu! Menurut berita yang disahkan oleh Saudara Ketua Pemuda Pergerakan UMNO itu sendiri, En. KJ sedang mempertimbangkan dirinya untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan yang akan datang! Ini satu perkhabaran baik untuk Parpu, Maya Khairi, Singh dan yang seangkatan dengannya.

Aku harap KJ takkan setakat mempertimbangkan saja. Aku harap KJ akan secara tegas menegaskan bahawa dia akan meletak jawatan seberapa segera dan seterusnya menjadi ahli UMNO biasa. Kalau nak jugak jadi ketua, jadi ketua cawangan UMNO sudahlah. Seeloknya bersara terus dari politik, itu yang terbaik. Bukan aku benci KJ. Tapi tu lah...aku tak nak UMNO kena "bahan" lagi semata-mata kerana insan yang bernama KJ. Pada aku, cukuplah KJ was one of the UMNO's worst history!

Aku tak tahu apa yang KJ plan. Mungkinkah dia nak keluar UMNO? Terserahlah. Aku ni larang pun tidak, halau pun tidak.

Mungkinkah dia akan cuba bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat yang setaraf dengan Ketua Pemuda UMNO? Atau, mungkinkah dia akan kembali ke pangkuan "mentor"nya setelah kehilangan pengaruh bapa mertuanya? Mungkinkah dia melihat "mentor"nya semakin lemah di "attack" setiap hari dan dia bersimpati terhadapnya? Mungkin dengan melompat kembali kepada "mentor"nya, maka dia ada "chance" nak ganti sebagai "De Facto". Iyalah..."mentor"nya itu mungkin akan "ke dalam" akibat tabi'at kegemarannya sejak dari MCKK tu...

Apa pun, aku harap KJ tak sekadar mempertimbangkan nak jadi KP lagi atau tidak. Pada aku, aku harap lebih dari itu. Aku ni bukanlah "diberi betis nak paha", cuma pada aku, itulah yang selayaknya untuk KJ, iaitu letak jawatan serta merta.

Bukan apa, kesian pulak aku tengok. Dah jadi macam "melukut di tepi gantang"lah pulak! Jadi KP, tapi tak dilantik jadi menteri pun! Walhal, Naib dia at least lekat jadi Timbalan Menteri. Dato' Mukhriz pulak kalah masa lawan dia hari tu, dah tu dapat tempat corot dan terakhir pulak tu, pun dapat jadi Timbalan Menteri. Dia? Hehehehehe...dia pulun merayu, lobi, bodek dan pujuk PM..semua dia dah buat, tapi satu haram pun tak dapat! Hahahahah...kesian pulak aku tengok. Alaa..at leastnya, lantik la dia jadi assistant ketua askar wataniah ke...ketua askar wanita ke...heheheee...

Takpalah. Buatlah apa pun, asalkan dia nak letak jawatan dan bersara terus dari politik. Itu je yang aku harap dari KJ. Bukan apa, aku tetap dengan statement aku dari awal KJ dilantik jadi KP dulu (hasil ehsan musibat 304) iaitu...

AKU MALU NAK NGAKU BERKETUAKAN KJ DALAM PEMUDA UMNO!

Monday, July 12, 2010

Penyokong Pakatan "Penipu" Rakyat : SILA JAWAB..!!!


JADUAL LAWATAN MEMOHON MAAF ANWAR (20 – 24 JUN 2010)

20 June: Ketibaan di Lapangan Terbang JFK New York

21 June:
3.00 pm: Mesyuarat dengan Malcolm Hoenlein di Third Avenue New York.

Siapa Hoenlein?
1. Timbalan Pengerusi Eksekutif, Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations
2. Pengarah Eksekutif, Jewish Community Relations Council of Greater New York

22 June: Makan tengahari ringan dan mesyuarat dengan Bret Stephens, Wall Steet Journal di Avenue of the Americas, 47/48th Street.

Siapa Stephens?
1. Seorang kolumnis Yahudi yang pro-Israel.
2. Bekas Editor in Chief, Jurusalem Post 2002 – 2004.

3.00 pm: Temubual dengan Farid Zakaria at CNN Office, Time Warner on 58th Street.

Siapa Zakaria?
1. Seorang wartawan Muslim yang berkahwin dengan wanita Yahudi

7.00 pm: York Forum “In Pursuit of a New Economic Paradigm”.

23 June:
11.00 am: Mesyuarat dengan Carl Gershman in DC

Siapa Gershman?
1. Seorang Yahudi
2. Presiden National Endowment for Democracy (NED) sejak 1984. NED adalah organisasi yang ditaja CIA untuk mempromosi demokrasi kepada dunia.
Gershman mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Neo-Conservative seperti Richard Perle, Frank Gaffney, dan Elliott Abrams. Semasa pentadbiran Bush, Gershman menyokong Doktrin Bush untuk memaksa demokrasi di Timur Tengah terutamannya dalam mempromosi idea reformasi liberal, kebebasan dan membendung kebangkitan Islam yang dilihat sebagai anti-demokrasi.

2.00 pm: Perjumpaan memohon maaf dengan Howard Berman di Rayburn House of Office Building.

Siapa Berman?
1.Salah seorang tokoh berpengaruh di dalam hubungan luar US melalui Brooking Institute, sebuah organisasi pro-Yahudi dan juga pelobi Anwar. Juga bersahabat baik dan pelobi bagi Israel di US.
2. Lahir di Israel dan penyokong Parti Likud pimpinan Ariel Sharon
3. Sering dilihat menghadiri majlis tajaan AIPAC (American Israel Public Affairs Committee), peloby pro-Israel Lobbyist dan penyumbang bagi kempen Amerika.

3.30 pm: Mesyuarat dengan Setiausaha Pertahanan Amerika, seorang Yahudi di pejabat Daniel Piper.

Siapa Cohen?
1. Seorang Pro-Zionis
2. Penasihat Obama
3. Mentor Anwar yang bertanggungjawab membentuk imej Anwar ketika menjadi Timbalan PM dan selepas keluar dari penjara.

4.30 pm: Memohon maaf dengan Danel Mariashchin

Siapa Mariashchin?
1. Seorang Eksekutif Naib Presiden B’nai Birth International, sebuah organisasi Zionis yang telah mengkritik Anwar pada 25 May lepas kerana membuat kenyataan anti-semitik.

6:30 pm: Mesyuarat dengan Dr Jamal Barzinji and Yakub Mirza in Sterling, Virginia.

Siapa mereka?
1. Ahli International Islamic Thought (IIIT) yang diasaskan oleh Prof. Ismail Faruqi tetapi kini telah diceroboh dan ditaja oleh CIA. IIIT adalah salah satu dari pelobi Anwar di America.

11.00 pm: Mesyuaraat dengan Pemimpin Islam di Washington.

24 June
11.00 am: Mesyuarat dengan Fred Hiatt of Washington Post

Siapa Hiatt?
1. Seorang wartawan The Washington Post sebuah akhbar yang dimiliki oleh keluarga Yahudi, Katherine Graham. Hiat pernah menjadi moderator bagi konferen yang ditaja oleh Foreign Policy Initiative, kumpulan pemikir Neo-Conservative.
2. Seorang wartawan pro-zionis yang telah mencadang dan melobi serangan ke atas Iran.

2.00 pm: Perbincangan mengenai Islam and Democrcy in Southeast Asia di Wilson Center, Ronald Reagan Building dan International Trade Center, Pennsylvania Ave. berdekatan White House.

5.30 pm: Mesyuarat dan melobi Kurt Campbell, Assistant Secretary of East Asia Relations, US State Department.

AFP kemudian melaporkan bahawa Anwar memberitahu Obama agara berhati-hati dengan Najib. Anwar menegaskan bahawa dia lebih pro-Amerika berbanding Najib.

Siapa Campbell?
1. Ahli Council of Foreign Relations di mana Anwar terlibat menandatangani Annapolis Summit yang menyetujui penubuhan negara Israel.

Anwar juga diatur oleh Kazi Ahmad untuk menemui Chuck Allers, a PhD researcher and the medias namely, Fox News, Bloomberg and Charlie Rose.

9.00 pm Berlepas dari Washington dengan Penerbangan Qatar.
*Dipetik dari Malaysian Instinct
_______________________________________________________________
Kepada Penyokong PKR.....SILA JAWAB...!!!

PAS bakaq bendera UMNO di Pendang???


Aku ni jarang-jarang bukak "facebook". Tapi tadi tangan aku tergerak nak bukak facebook yang jarang aku masuk tu. Aku terbaca di "wall" Kak Sue tentang mesyuarat UMNO Bahagian Pendang. Kebetulan aku ni ahli UMNO Pendang! Hehehe...

Kak Sue kata semuanya berlangsung dengan aman dan tenteram. Cuma katanya ada geng pembangkang yang bertindak membakar bendera UMNO malam tu. Sapa yang bakar bendera tu wallahua'alam. Takkan geng UMNO yang bakar kot...??? Ishhh...mustahil. Tapi katanya ada pihak yang dah buat report polis. Haaaa...menjawab la dalam lokap nanti noooo...

Awat depa bakar bendera UMNO? Dah desperado sangat ke? Takkan takut Parlimen Pendang dirampas UMNO kot? Takut penyokong PAS lari? Aik? Tak percaya dengan diri sendiri ke? Selama ni UMNO tak pernah pun bakar bendera hangpa. Awat hangpa suka buat penaya kat orang UMNO ni? Tak elok la lagu tu. Islam tak ajaq lagu tu chekk oiii...

PAS dok ajaq geng dia buat lagu tu kot? Payah la lagu ni. Hangpa kata, hangpa "lebih Islam" dari UMNO. Tapi apa yang hangpa buat tu menunjukkan hangpa "auta" ja lebih. Lain yang hangpa kata, lain yang hangpa buat. Apa yang Dr. Hayati dah buat jasa kat Pendang tu? Aku rasa, PAS kat Pendang tu menyalak ja lebih...kerja satu haram tak buat. Mengabihkan beraih jaaaaa...

Tapi lain pulak yang aku dengaq kat Sungai Petani. Katanya mesyuarat UMNO Bahagian Sg Petani kecoh! Hahahahaha...Sapa pulak buat kecoh ni? Apa yang aku dengaq cerita, meeting Bahagian Sg. Petani ni kecoh selama 10 minit masa Pak Ali Yahya masuk dewan. Katanya ada beberapa geng UMNO dalam meeting tu sudah "boooo.." Pak Ali kita ni dan mintak dia letak jawatan serta merta!

Pergggghhh! Lawan "boss" nampakkk..!!! Awat hangpa buat lagu tu kat Pak Ali? Setahu aku, Pak Ali ni "baik sesangat". Dia dapat "endorsement" dari semua wakil cawangan. Semua orang "suka" dia, terutamanya cawangan "Sg. Pasir"! Semua ahli cawangan Sg. Pasir "love" Pak Ali Yahya.

Dengaq kata, Pak Ali ni banyak buat program. Dia punya program selalu kena "sabotaj" oleh geng-geng UMNOnya sendiri. Ada juga ketua-ketua UMNO dan sayap UMNO Sg. Petani yang cuba sebotaj "keaktifan" dan "kemajuan" yang Pak Ali Yahya cuba bawa ke Sg. Petani. "Kesian" kat Pak Ali Yahya noooo...

Awat hangpa buat lagu tu kat dia? Apa salah dia? Dia pun nak jadi ketua jugak. Dia pun nak projek jugak. Dia pun nak jadi kaya jugak. Macam la hangpa tak tau? Kebanyakan ketua bahagian kat Kedah ni semua lagu tu. Bertumbuk pun depa sanggup untuk jadi ketua bahagian ni. Depa lebih suka bergaduh dengan kawan-kawan UMNO dari bergaduh dengan pembangkang! Biasa la tuuuu...biaq pi la kat dia...Entah-entah hangpa lagi teruk dari Pak Ali kalau hangpa jadi ketua bahagian..heheheh..

Itulah cerita dari 2 UMNO Bahagian di Kedah. UMNO Bahagian Pendang dan Sg. Pendang bukanlah dari bahagaian UMNO yang "kritikal" di Kedah. Masalah di UMNO Pendang dan Sg. Petani hanyalah pada tahap "intermediate". Cuba bayangkan mesyuarat di bahagian UMNO yang "kritikal". Sampai nak balun dengan kerusi pun ada woooo...!!!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!