Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, June 22, 2010

Cuit lagi UMNO Kedah...!


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Aku cuit lagi UMNO Kedah. Tapi jangan marah nooo..Dulu aku cuit dah sekali. Melompat jugak la depa marah kat aku. Kecik hati la..marah la..geram la..kutuk aku la..macam-macam. Tapi pasai apa aku cuit? Pasai UMNO Kedah "kuat" kot? Heheheh...sendiri pikiaq la..

Maafkan aku sebab dah lama aku tak menulis diblog. Entry pun baru nak masuk 2 posting untuk bulan ni. Bukan apa. Aku agak sebok sebenaqnya sejak kebelakangan ini. Sebok? Ya, aku "sebok". "Sebok" yang dibuat-buat? Sebenaqnya, aku tengah bengang dan geram kat prestasi UMNO Kedah!

Baru-baru ni Tun M kata Najib dah boleh buat PRU dah. Perghhh! Time tu, aku rasa gabra semacam. Sebab? Sebab pada pandangan aku, UMNO Kedah masih lagi belum mampu rampas Kedah dari jajahan Pakatan Rakyat! Rasanya, aku amat yakin dengan ramalan aku tu. Bukan apa. Aku rasa UMNO atau BN Kedah masih belum sedia! Cuba tengok posting kawan-kawan aku baru-baru ni. Semuanya berkisar mengenai ke"mandom"an, pepecahan, tak bersatu padu, bergaduh sesama sendiri, tikam belakang dan sebagainya. Semuanya pasai UMNO Kedah yang sedang pincang! Eiiii...geram jugak aku tengok!!!

Ada orang kata Tok Bashah still tak boleh lead walaupun dah hampir 2 tahun lebih diberi peluang. Dia takdak kharisma dan kreadibiliti, kata orang. Aku tak setuju dengan point orang yang dok attack educational background dia sebab setahu aku, Tun Ghafar Baba dulu boleh berjaya walaupun tak educated. But still, aku setuju bahawa Tok Bashah masih gagal memberikan pengaruh dan masih gagal mengawal UMNO Kedah. Semuanya diletakkan kepada bahu Shafie Afdhal yang lebih banyak masa di Sabah dari di Kedah. Takleh la nak salahkan dia sebab dia memang asal dari Sabah.

So? Ada sapa-sapa yang boleh bantu Tok Bashah? Pada aku, takdak sapa pun yang nak sangat tolong Tok Bashah ni. Pada depa, baik depa tulong diri depa dulu! Baik depa penaik diri depa dulu. Mana tau ada chance jadi MB! Cuba tengok perangai ketua-ketua bahagian. Panggil meeting UMNO Negeri, ada yang ponteng! Macam-macam alasan depa bagi, padahal depa memang buleh mai kalau depa mau. Just nak tunjuk belang masing-masing la tu kot?

Cuba tengok macamana pemimpin UMNO Kedah dok berkelahi sesama depa. Ada yang dok saling syak wasangka buruk. Buat kerja asing-asing, tak sepakat. Tok Syed balun Rozai. Lepaih tu dok pakat balun sana sini. Depan press dok tunjuk baik, kat belakang dok tikam aku hang! Eleeehh...macam la orang ramai tak tau.

Yang aku heran tu, benda lagu hanya ketara kat Kedah. Kat tempat lain berlaku jugak, tapi tak la sampai teruk sangat macam kat Kedah. Kat Kedah ni lain macam banyak! Ada yang kata "jangan harap akn nak bagi kerjasama dengan UMNO negeri selagi "mamat tu" ada kat situ". Ada yang declare "aku nak jadi MB, hanya aku ja yang paling layak jadi MB", kononnya dia orang Najib! Memang la dia orang Najib, tapi rasanya Najib tak la "buta" untuk lantik orang yang membawa rebah. Ada sorang tu dok sakan mengutuk ketua-ketua UMNO dalam bahagiannya sendiri. Mungkin dia takut hilang seat Ketua Bahagian tu next term kot? Habih dia cantaih!!!

Kalau lagu ni la tahap UMNO Kedah, sampai bila pun Pakatan Rakyat akan jajah Kedah laaa...Susah hati aku tengok. Sampai ada kawan-kawan aku yang terjebak! Ada yang dulu sokong UMNO, tapi la ni dok sokong "individu dalam UMNO" pulak dah. Ke hulu ke hiliaq dok mengekoq. Bukan jeles, tapi berpada-padalah. Ingat la pada asas perjuangan kita. Jangan di"kormesil"kan pulak perjuangan kita tu. Kalau sekadar sumbangan ikhlas tu takpalah pasai depa pun tau kita susah. Tapi sampai kalau tahap "mengharap" tu...tu dah parah tu! Macam mintak sedekah pulak aku tengok. Bukan apa, aku kesian kat kawan-kawan aku tu..tapi tak semua jadi lagi tu. Hanya segelintir saja...yang lain masih kuat berpegang pada perjuangan alif ba ta.

Apa pun, aku masih mengharap UMNO Kedah akan berubah. Kalau bukan Tok Bashah pun, sapa-sapa kena take responsibility untuk in-charge tentang maslahat UMNO Kedah ni. Kalau nak tunggu approval Shafie Afdhal, ermmm...alamat lembab la UMNO Kedah. Takpalah. Hangpa buat la apa yang patut. Aku kengkadang tu dah lemah semangat kat UMNO Kedah ni. Macam-macam dah buat. Post mortem dah. Bedah siasat dah. Rertreat dah, tapi dok kat takuk tu jugak. Hmmm...pandai-pandai la hangpa. Kalau hangpa perlu bantuan, hangpa tau camana nak contact aku, kan? Tapi kalau bantuan "duit" tu sorry la...poket aku pun selalu koyakkk!!! Hehehhe...

Sekian saja beletiaq aku kali ini. Harap jangan marah aku. Aku just nak hangpa berubah jadi elok jaaa. Err..tapi kalau nak marah jugak, ermmm...lantak hangpa la. Kalau hangpa marah, maknanya hangpa tak reti la nak terima teguran, kan? Tegoq cara elok dah buat, tegoq berdepan dah buat. Beletiaq dah beletiaq. Nak buat lagu mana lagi nihh???

Bila Kak Su Bersuara... Heh!