Tuesday, June 22, 2010

Cuit lagi UMNO Kedah...!


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Aku cuit lagi UMNO Kedah. Tapi jangan marah nooo..Dulu aku cuit dah sekali. Melompat jugak la depa marah kat aku. Kecik hati la..marah la..geram la..kutuk aku la..macam-macam. Tapi pasai apa aku cuit? Pasai UMNO Kedah "kuat" kot? Heheheh...sendiri pikiaq la..

Maafkan aku sebab dah lama aku tak menulis diblog. Entry pun baru nak masuk 2 posting untuk bulan ni. Bukan apa. Aku agak sebok sebenaqnya sejak kebelakangan ini. Sebok? Ya, aku "sebok". "Sebok" yang dibuat-buat? Sebenaqnya, aku tengah bengang dan geram kat prestasi UMNO Kedah!

Baru-baru ni Tun M kata Najib dah boleh buat PRU dah. Perghhh! Time tu, aku rasa gabra semacam. Sebab? Sebab pada pandangan aku, UMNO Kedah masih lagi belum mampu rampas Kedah dari jajahan Pakatan Rakyat! Rasanya, aku amat yakin dengan ramalan aku tu. Bukan apa. Aku rasa UMNO atau BN Kedah masih belum sedia! Cuba tengok posting kawan-kawan aku baru-baru ni. Semuanya berkisar mengenai ke"mandom"an, pepecahan, tak bersatu padu, bergaduh sesama sendiri, tikam belakang dan sebagainya. Semuanya pasai UMNO Kedah yang sedang pincang! Eiiii...geram jugak aku tengok!!!

Ada orang kata Tok Bashah still tak boleh lead walaupun dah hampir 2 tahun lebih diberi peluang. Dia takdak kharisma dan kreadibiliti, kata orang. Aku tak setuju dengan point orang yang dok attack educational background dia sebab setahu aku, Tun Ghafar Baba dulu boleh berjaya walaupun tak educated. But still, aku setuju bahawa Tok Bashah masih gagal memberikan pengaruh dan masih gagal mengawal UMNO Kedah. Semuanya diletakkan kepada bahu Shafie Afdhal yang lebih banyak masa di Sabah dari di Kedah. Takleh la nak salahkan dia sebab dia memang asal dari Sabah.

So? Ada sapa-sapa yang boleh bantu Tok Bashah? Pada aku, takdak sapa pun yang nak sangat tolong Tok Bashah ni. Pada depa, baik depa tulong diri depa dulu! Baik depa penaik diri depa dulu. Mana tau ada chance jadi MB! Cuba tengok perangai ketua-ketua bahagian. Panggil meeting UMNO Negeri, ada yang ponteng! Macam-macam alasan depa bagi, padahal depa memang buleh mai kalau depa mau. Just nak tunjuk belang masing-masing la tu kot?

Cuba tengok macamana pemimpin UMNO Kedah dok berkelahi sesama depa. Ada yang dok saling syak wasangka buruk. Buat kerja asing-asing, tak sepakat. Tok Syed balun Rozai. Lepaih tu dok pakat balun sana sini. Depan press dok tunjuk baik, kat belakang dok tikam aku hang! Eleeehh...macam la orang ramai tak tau.

Yang aku heran tu, benda lagu hanya ketara kat Kedah. Kat tempat lain berlaku jugak, tapi tak la sampai teruk sangat macam kat Kedah. Kat Kedah ni lain macam banyak! Ada yang kata "jangan harap akn nak bagi kerjasama dengan UMNO negeri selagi "mamat tu" ada kat situ". Ada yang declare "aku nak jadi MB, hanya aku ja yang paling layak jadi MB", kononnya dia orang Najib! Memang la dia orang Najib, tapi rasanya Najib tak la "buta" untuk lantik orang yang membawa rebah. Ada sorang tu dok sakan mengutuk ketua-ketua UMNO dalam bahagiannya sendiri. Mungkin dia takut hilang seat Ketua Bahagian tu next term kot? Habih dia cantaih!!!

Kalau lagu ni la tahap UMNO Kedah, sampai bila pun Pakatan Rakyat akan jajah Kedah laaa...Susah hati aku tengok. Sampai ada kawan-kawan aku yang terjebak! Ada yang dulu sokong UMNO, tapi la ni dok sokong "individu dalam UMNO" pulak dah. Ke hulu ke hiliaq dok mengekoq. Bukan jeles, tapi berpada-padalah. Ingat la pada asas perjuangan kita. Jangan di"kormesil"kan pulak perjuangan kita tu. Kalau sekadar sumbangan ikhlas tu takpalah pasai depa pun tau kita susah. Tapi sampai kalau tahap "mengharap" tu...tu dah parah tu! Macam mintak sedekah pulak aku tengok. Bukan apa, aku kesian kat kawan-kawan aku tu..tapi tak semua jadi lagi tu. Hanya segelintir saja...yang lain masih kuat berpegang pada perjuangan alif ba ta.

Apa pun, aku masih mengharap UMNO Kedah akan berubah. Kalau bukan Tok Bashah pun, sapa-sapa kena take responsibility untuk in-charge tentang maslahat UMNO Kedah ni. Kalau nak tunggu approval Shafie Afdhal, ermmm...alamat lembab la UMNO Kedah. Takpalah. Hangpa buat la apa yang patut. Aku kengkadang tu dah lemah semangat kat UMNO Kedah ni. Macam-macam dah buat. Post mortem dah. Bedah siasat dah. Rertreat dah, tapi dok kat takuk tu jugak. Hmmm...pandai-pandai la hangpa. Kalau hangpa perlu bantuan, hangpa tau camana nak contact aku, kan? Tapi kalau bantuan "duit" tu sorry la...poket aku pun selalu koyakkk!!! Hehehhe...

Sekian saja beletiaq aku kali ini. Harap jangan marah aku. Aku just nak hangpa berubah jadi elok jaaa. Err..tapi kalau nak marah jugak, ermmm...lantak hangpa la. Kalau hangpa marah, maknanya hangpa tak reti la nak terima teguran, kan? Tegoq cara elok dah buat, tegoq berdepan dah buat. Beletiaq dah beletiaq. Nak buat lagu mana lagi nihh???

Tuesday, June 1, 2010

PAS "halal"kan lesen premis judi dan arak?


Siapa kata lesen judi bola sepak FIFA World Cup edisi kali ini diluluskan pihak Kerajaan? Ada bukti "approval" dari pihak Kementerian yang terlibatkah? Jika ada, sila kemukakan bukti kelulusan tersebut. Setahu saya, pihak Kerajaan hanya menyatakan bahawa mereka hanya mempertimbangkan kelulusan lesen judi tersebut. "Approval" tentang perkara ini masih lagi "tergantung" dan masih lagi belum disahkan melalui "tandatangan" pihak kerajaan.

Sebenarnya, saya tidak pasti siapa yang bertanggungjawab menyebarkan berita bahawa lesen judi FIFA World Cup ini diluluskan pihak Kerajaan. Setahu saya lagi, "proposal" tentang hal itu belum lagi di"tandatangani". Dan setahu saya juga, "proposal" itu masih lagi dibiarkan "sepi di atas meja". Siapa pula pandai-pandai mengatakan ianya telah diluluskan?

Setahu saya, pihak kerajaan dianggarkan kehilangan RM35 billion hingga RM45 billion jika tidak menandatangani lesen perjudian bola sepak empat tahun sekali ini. Mungkin "approval" lesen judi itu "terbiar sepi" disebabkan oleh segelintir Kabinet Kerajaan yang non-muslim yang masih memikirkan keuntungan cukai sekitar RM45 billion itu. Manakala berkontra pula dengan prinsip sebilangan Menteri Kabinet Muslim yang tidak mahu bersekongkol dengan kegiatan judi itu kerana ianya haram dan membawa lebih banyak keburukan itu. Sekali lagi saya ulangi, lesen judi itu belum lagi di"approved", namun jika saya "ketinggalan kapal", sila berikan saya bukti "approval" tersebut.

Lain pula halnya dengan puak-puak PAS. Dari dulu sehinggalah PRU-12 tempohari, mulut mereka tidak pernah lekang dari memaki hamun kerajaan BN tentang isu judi di Malaysia. Kerajaan dihentam tentang judi nombor ekor, judi lumba kuda, begitu juga dengan judi di kasino Genting Highlands. Namun, setelah pihak Pakatan Rakyat memerintah beberapa negeri, mengapa pula masih wujud premis judi di negeri terbabit?

Bila ditanyakan soal ini, maka mereka menjawab bahawa PAS tidak mendominasi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang, sebab itulah mereka tidak dapat menutup premis judi tersebut! Habis tu, bagaimana pula di Kedah? Mengapa masih banyak lagi premis judi tersebut di Kedah? Setahu saya, lesen premis perjudian diluluskan oleh pihak berkuasa negeri secara tahunan. Jika begitu, mengapa sudah 2 tahun lebih memerintah Kedah, masih banyak lagi premis judi tersebut?

PAS di Kedah masih meng"halal"kan judi di Kedah. Bukan setakat judi yang dihalalkan oleh Pakatan Rakyat di Kedah, malah "clubbing" ber"arak alkohol" pun semakin mendapat sambutan di Kedah. Bukan saja di Langkawi, malah di Alor Setar dan Sungai Petani pun masih bersepah premis judi dan "club-club beralkohol" ini. Ingatkan betullah kata PAS sebelum ini "amar makruf nahi mungkar", rupanya mereka sekadar mempergunakan seruan Islam ini untuk "memancing undi" rakyat. Bila ditanya lagi tentang hal ini, mereka memberitahu pula bahawa jika pusat-pusat sebegini ditutup maka akan mematikan industri pelancongan? Kini "matlamat pula menghalalkan cara"?

Kita lihat pula berapa kerusi yang PAS tandingi pada pilihanraya yang lalu mengikut negeri. Apakah jika mereka menang semua kerusi DUN yang ditandingi PAS maka akan membolehkan PAS memerintah di negeri tersebut? Jika kita lihat di Kedah dan Kelantan, mungkin benar PAS akan memerintah jika mereka menang piliharaya di semua kerusi yang ditandingi di negeri-negeri tersebut kerana mereka cukup kerusi majoriti.

Namun, bagaimana pula di Selangor? Rasanya PKR dan DAP lebih banyak bertanding kerusi DUN di sana. Jadi, sampai bila-bila pun PAS takkan berjaya memerintah Selangor sebab tak cukup kerusi DUN. Jadi pula, sampai bila-bila pun PAS takkan berjaya menghapuskan judi dan arak di Selangor akibat tiada kuasa majoriti dan tidak memegang jawatan MB di situ. Lainlah jika PAS bergabung dengan BN tempohari, mungkin kini PAS sudah tutup kilang "Carlsberg" di tepi Federal Highway tu!

Hakikatnya, PAS semakin hari semakin "bodoh". Semakin hari semakin "diperbodohkan" DAP dan PKR. Sokongan PAS pada PKR dan DAP hanya membawa rebah kepada Islam di Malaysia. Walaupun PAS cuba nafikan, hakikatnya ramai yang semakin sedar termasuklah penyokong PAS sendiri. Walaupun ada segelintir pemimpin PAS yang "sedar" tentang hal ini, mereka masih membisu disebabkan "keramat Nik Aziz" yang tidak berani disanggah oleh mereka. Maka PAS terus hanyut dengan "mitos" mereka. Lesen judi bola sepak Piala Dunia yang belum tentu diluluskan itu yang dikutuk mereka, tapi judi dan arak yang mereka "halal"kan itu mereka diamkan pula! Hipokrittt..!!!