Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 25, 2010

Dihadiahkan kewarganegaraan, tapi tidak patriotik!


Kewarganegaraan adalah satu pengiktirafan status yang amat penting bagi setiap individu di mana-mana negara. Begitu juga di Malaysia, status kewarganegaraan yang dimiliki oleh setiap individu rakyatnya amat bernilai. Di Malaysia, dengan hak kewarganegaraan yang dimiliki, maka individu itu layak untuk hidup di sesebuah negara dengan pemberian hak sebagai warganegara Malaysia. Mereka layak bekerja, mengundi, mendapat subsidi pelajaran, berniaga, bersukan, beribadah dan sebagainya. Begitu penting sekali "kewarganegaraan" itu.

Jika individu itu tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia, dia masih lagi boleh bekerja di Malaysia. Tapi statusnya ialah status "pekerja asing"lah. Dia tidak boleh berniaga sesuka hati, tidak boleh keluar masuk Malaysia sesuka hati, tidak boleh menikmati subsidi petrol atau diesel, tidak boleh mengundi, tidak boleh menjadi YB dan banyak lagi yang dia "tidak boleh".

Dia perlu membayar levi. Mahu masuk ke Malaysia kenalah menggunakan passport atau visa. Terhad sekadar tujuan masuk ke Malaysia, kalau mahu melancong maka melancong sahaja dan kalau mahu berniaga lain pula caranya. Apapun, kewarganegaraan di Malaysia ini menjadi rebutan warga asing. Mungkin sebab itu ramai pendatang asing tanpa izin sanggup bayar beribu-ribu ringgit hanya kerana mahu memiliki "kad pengenalan" sebagai tanda kewarganegaraan Malaysia.

"Status" inilah yang telah diberikan oleh Tunku Abdul Rahman kepada bangsa-bangsa selain dari Melayu dan bangsa bumiputera yang lain. Wakil bangsa Cina dan India ketika itu telah diberikan hak perkongsian sebuah kehidupan di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Dan wakil bangsa Cina dan India ketika itu juga telah berjanji untuk berkongsi kehidupan dan tidak akan sekali-kali mempersoalkan hak-hak keistimewaan yang dimiliki oleh bangsa pribumi Melayu dan bumiputera yang lain.

Mereka juga berjanji akan sama-sama mempertahankan bumi berdaulat Tanah Melayu ini dari ancaman luar dan dalam. Sama-sama berkongsi kehidupan yang harmoni di dalam satu kehidupan yang aman dan damai. Itulah janji yang diberikan kepada Tunku sebagai balasan untuk tidak menghantar mereka pulang ke negara asal masing-masing. Maka terciptalah sebuah negara yang punya perlembagaan yang perlu dipatuhi oleh setiap warganegaranya.

Namun masa berganti masa, zaman berganti zaman dan generasi berganti generasi. Malaysia mengorak langkah membangun maju setapak demi setapak. Bukan mudah untuk mengecapi sebuah negara maju, namun kini Malaysia begitu gagah menuju membangun ke arah matlamatnya. Namun yang sedihnya, perlembagaan yang terpatri suatu ketika dahulu semakin terhakis oleh mereka-mereka yang tidak sedar diri. Malah suatu ketikanya, perlembagaan itu di"cabul" secara selamba oleh bangsa Melayu sendiri!

Mereka mahu merubah segala yang ada di Malaysia ini menjadi milik mereka. Mereka mahu merubah lanskap negara menjadi hak dan mengikut cara mereka. Inilah yang sedang berlaku di Malaysia dewasa ini. Hilang sudah sifat "patriotik" yang kononnya mahu mempertahankan Malaysia dari ancaman luar dan dalam. Mereka mengkhianati "harga" kewarganegaraan yang telah mereka terima suatu masa dahulu.

Mereka mahu merubah Malaysia ini menjadi negara Singapura yang mengasaskan slogan "Malaysian Malaysia"? Apakah dengan sekadar melaungkan slogan itu maka mereka sudah boleh dianggap "patriotik"? Bertutur bahasa kebangsaan pun masih "pelat", ada hati mahu mendakwa diri sebagai "Malaysian"? Mereka dilahirkan di Malaysia, belajar bahasa Melayu sejak darjah satu hingga menengah, bergaul dengan orang Melayu, rancangan TV dan radio pun kebanyakkannya berbahasa Melayu, tapi masih "pelat" juga? Itu pun masih tidak malu mahu mendakwa mereka begitu "patriotik" dan menggelar diri mereka "Malaysian"? Bangsa Malaysia? Jangan mimpilah...

Sesudah itu, mereka cuba meracuni pemikiran segelintir bumiputera agar melanggar rukun negara yang menjadi "tiang" bagi setiap warganegara Malaysia. Mereka mula menghasut bumiputera untuk menjadi "si Kitul" menderhaka kepada negara sendiri. Mereka ajar "melayu ini" menderhaka kepada DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu. Lihatlah bagaimana "Nizar" dan lagak derhakanya di Perak. Sanggup menyusun "sembah derhaka"!

Mereka lupa pada "kesopanan dan ketatasusilaan" apabila membiarkan DYMM Sultan menunggu mereka berjam-jam berperangai seperti "ungka di hutan" sebelum merasmikan pembukaan DUN Perak. Dimana letaknya nilai hormat mereka kepada Baginda Sultan ketika itu? Jika benarpun DYMM Sultan menghantar wakilnya, bukankah wakilnya itu Raja Muda Perak anakanda DYMM Sultan sendiri?

Jika dilihat dan dikaji, bangsa bumiputeralah yang paling ramai menganggotai Angkatan Tentera Malaysia, sama ada Darat, Laut mahupun Udara. Melayu boleh dikatakan paling ramai rela mengangkat senjata berkhidmat untuk mempertahankan negara. Mengapa begitu sedikit sekali bilangan bangsa bukan bumpiputera? Mungkin mereka berpendapat bahawa bekerja sebagai tentera itu bergaji rendah.

Namun, apalah nilai gaji itu jika dibandingkan dengan nilai patriotisma yang wujud dalam diri. Cuba lihat berapa ramai keanggotaan bangsa bukan bumiputera yang menyarung unifom PDRM? Mungkin kerana bilangan yang sedikit itu maka PDRM diserang habis-habisan baru-baru ini? Entah dimana letakkan sifat "patriotik" mereka kepada Malaysia. Itupun masih ada hati mahu merubah Malaysia menjadi "Malaysian Malaysia"?

Hanya sedikit sahaja bilangan bangsa bukan bumiputera yang mempunyai nilai patriotisma yang tinggi. Hatta "dalam kerajaan" sendiri pun, masih ramai lagi yang tidak mempunyai ciri-ciri cintakan gagasan pembentukan Malaysia itu. Yang diangkat sebagai pemimpin pun masih lagi berkait dengan konstroversi moral yang tidak sepatutnya. Yang diangkat sebagai pemimpin pun, bagai diktator yang mahu memimpin seumur hidup. Apatah lagi dipihak pembangkang, tidak langsung mempunyai jiwa "Malaysian"! Siap berkurang ajar pula di Tanah Melayu ini. Itu pun masih ada yang sokong. Melayu pulak tu...

Menyedihkan sekali jika direnung secara mendalam. Nilai "patriotisma" di dalam diri individu bukan bumiputera semakin merosot. Yang bumiputera pula di"racun" agar mengikut gerak langkah tarian mereka. Dengan sogokan wang ringgit dan kuasa yang dijanjikan, mereka melupakan Islam, bangsa dan tanahair mereka sendiri. Pemikiran yang dimanipulasi itu kadang-kadang lebih memeritkan untuk difikir. Namun apakan daya, selagi hayat dikandung badan, saya berjanji akan terus mempertahankan kedaulatan Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu ini dari anasir-anasir perosak keharmonian kaum di Malaysia.

Semoga keharmonian dan kesefahaman kaum di Malaysia ini akan kembali erat seperti dahulu. Bangsa bukan bumiputera haruslah menerima hak-hak keistimewaan Melayu dan bumiputera sebagaimana di zaman kemerdekaan dahulu. Dan kemudian, bangsa Melayu dan bumiputera pula akan menghormati hak kewarganegaraan yang dimiliki oleh bangsa bukan bumiputera ini. Jika kesefahaman ini dapat dicapai oleh segenap rakyat Malaysia, insyaAllah segalanya akan kembali seperti sediakala. Seperti Malaysia di awal perjuangan ke arah kemerdekaan dahulu.

Monday, May 24, 2010

Barry Wain tak layak nilai Tun M!


Heboh betul manusia yang bernama "Barry Wain" ini. Siapa dia? Barry Wain adalah merupakan seorang bekas editor Wall Street Journal. Dia berasal dari Autralia yang menetap di Asia lebih dari 37 tahun. Kini, Barry Wain berpengkalan di Singapura dan menulis di "Institute of Southeast Asian Studies".

Baru-baru ini Barry Wain telah menulis sebuah buku tentang Tun Dr. Mahathir yang berjudul Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times. Jika dibaca buku itu, banyak sekali penulisannya yang memutar belit fakta dan salah faham maksud. Dalam bukunya itu, Barry Wain telah menuduh Tun Dr. Mahathir telah "menghilangkan" RM100 billion ketika menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Tuduhan itu telah pun dijawab oleh Tun Dr. Mahathir di blognya. Cuma Barry Wain sahaja yang belum menjawab "soalan" Tun M padanya. Soalannya lebih kurang berbunyi begini, "Kenapa tidak tulis mengenai Tun Abdullah yang menghilangkan RM200 billion ketika Tun Abdullah jadi Perdana Menteri?". Barry Wain masih membisu...

Barry Wain beranggapan bahawa Tun M telah menjadi "malapetaka" ketika zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ini adalah kerana "suara" Tun M ketika itu yang secara terang-terangan mengkritik pentadbiran "ancestor"nya itu. Dalam pada itu Tun M telah memberitahu Barry Wain bahawa beliau tidak sangka Tun Abdullah akan jadi "sebegitu" (pincang pentadbirannya). Lalu Si Barry Wain ini beranggapan bahawa "Tun M mahu Tun Abdullah mengikut telunjuknya ketika menjawat jawatan Perdana Menteri".

Apakah begitu bodohnya Si Barry Wain ini. Tidakkah dia dapat membezakan yang mana satukah yang boleh dikategorikan sebagai "malapetaka"? Tun M atau Tun Abdullah Ahmad Badawi? Kepimpinan siapakah yang lebih berjaya? Pentadbiran siapakah yang pincang, lemah, menghabiskan duit kerajaan dengan koridor-koridornya dan teruk dikritik sehingga menuntut beliau meletak jawatan? Inikah standard "bekas editor Wall Street Journal" berfikir? Jika inilah "standard"nya, maka nasib baik Barry Wain tidak lagi menjadi editornya. Jika tidak, mungkin tutup kedailah Wall Street Journal.

Kemudian, Barry Wain anggap pula Tun M mahu Tun Abdullah "ikut telunjuk"nya ketika mentadbir negara? Apa punya dungulah si Barry Wain ini. Tun M tidak bermaksud begitulah, Barry. Apa yang Tun M maksudkan ialah beliau mengharapkan Tun Abdullah mentadbir Malaysia dengan lebih cekap, lebih membangun, lebih kukuh ekonominya, lebih hebat prinsip politik dan lebih berjaya dari dirinya. Itu maksud Tun M. Yang si Barry Wain "bijak pandai" sangat sampai salah tafsir kenyataan Tun M tu kenapa?

Apakah Barry Wain "buta" apabila melihat kepincangan pentadbiran Tun Abdullah? Tidakkah dia ingat bagaimana Tun Abdullah telah membatalkan jambatan bengkok Johor-Singapura yang dijangka membawa pulangan lumayan kepada kewangan negara? Kemudian, dibayar pula pampasan kepada kontraktor jambatan bengkok itu dengan pampasan yang hampir sama dengan harga jambatan bengkok tersebut! Lihatlah saja tentang MV Augusta yang dijual dengan harga RM1?

Apakah Barry Wain tidak membuat kajian mengapa Tun M mengkritik pentadbiran Tun Abdullah? Lihat saja bagaimana Tun Abdullah telah memberikan "kuasa"nya sebagai Presiden BN kepada "menantu" dan "budak-budak oxford" tingkat 4? Tun M ketika itu hanya meminta Tun Abdullah mengkayakan perbendaharaan Malaysia, bukan mengkayakan diri dan anak menantunya! Salahkah Tun M yang sangat berpengalaman mentadbir Malaysia itu memberikan nasihat secara terbuka apabila nasihat secara "empat mata" tidak memberi kesan-kesan yang positif terhadap dasar Malaysia? Di mana letaknya akal Barry Wain ini?

Kemudian si Barry Wain ini mungkin cuba nak lagakan Tun M dengan Dato' Seri Najib pula? Barry Wain mendakwa Tun M "menjengkelkan" pentadbiran Najib. Memang dah melampaulah si Barry Wain ini. Kalau dikatakan "otak lembu" padanya, marah pula nanti. Tun M tidak pernah bermaksud atau berniat menjengkelkan pentadbiran sesiapa. Dato' Seri Najib itu adalah "anak didik" beliau. Lihatlah betapa "concern"nya Najib apabila Tun M menggugurkan keahlian UMNOnya dahulu. Biar berada di luar negara, Najib masih berkesempatan melahirkan rasa terkejut dan kecewanya dengan tindakan Tun M ketika itu. Malah Najib yang menjawat jawatan TPM ketika itu begitu bersungguh memujuk Tun M untuk kembali ke pangkuan UMNO. Apa pula usaha Tun Lah setelah kehilangan Tun M dari UMNO?

Barry Wain, Tun M itu hanya sekadar memberi nasihat secara tidak langsung. Beliau tidak berniat untuk mencampuri urusan pentadbiran Dato' Seri Najib. Itu adalah budaya Melayu, yang tua dan berpengalaman akan menegur yang muda. Itu pun jika ada perkara yang kurang elok atau tidak munasabah. Itu budaya Melayu, kamu (Barry Wain) mana tahu...!

Hairan pula mengapa Barry Wain tidak "menyerang" Lee Kuan Yiew di Singapura. Lee Kuan Yiew sudah bersara, tapi mengapa masih campur tangan pentadbiran Singapura sebagai Menteri Mentor? Mengapa pula tidak di"serang"nya Anwar Ibrahim yang merupakan mantan TPM yang memperkenalkan (founder) kepada "politik wang" dalam politik Malaysia? Kenapa tidak "study" secara adil tentang Anwar Ibrahim bekas TPM itu? Mengapa tidak "study" tentang Lee Kuan Yiew yang "merampas" Singapura dari bangsa pribumi negara itu? Nampaknya Barry Wain "berat sebelah" dalam kajian atau "study"nya. Memang hilang kreadibilitinya sebagai "journalist"!

Buat Barry Wain. Usahlah sebok men"jaga tepi kain orang". Pulanglah ke Australia dan "lihat" negara kamu sendiri. Kamu tidak layak untuk menilai Mahathir. Kamu nilailah PM kamu sendiri. Kami hanya menghormati kajian yang tidak punya kreadibiliti atau berat sebelah seperti kajian dan penulisan kamu. Jangan pula biarkan kami mula menukar nama kamu dari "Barry Wain" kepada "Berry Wine"!

Sunday, May 23, 2010

Ketuanan DAP: PAS setuju?


Merujuk petikan keratan akhbar di atas, DAP sememangnya sebuah parti yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai perlembagaan negara. Ketika mana pada awal penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, para pemimpin MCA dan MIC telah merayu kepada Tunku Abdul Rahman Putra supaya tidak dihantar pulang ke negara asal. Dengan timbal balas, mereka tidak akan sama sekali mempersoalkan kedudukan Islam di Tanah Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu dan Ketuanan Melayu. Atas dasar itu, Tunku Abdul Rahman Putra telah berkeputusan untuk memberikan hak kewarganegaraan kepada mereka untuk terus kekal bersama di Tanah Melayu berdaulat ini.

Namun, berdasarkan keratan akhbar di atas juga, seorang pewaris PAP - Lee Kuan Yiew yang bernama Lim Guan Eng telah berjanji akan menghapuskan semua isu kandungan yang wujud dalam kontrak sosial dan jus soli yang telah rayu oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan. Begitulah kurang ajarnya Lim Guan Eng dari DAP ini. Apakah bangsa Melayu masih lagi boleh bersabar dan menerima prinsip Guan Eng ini? Perkara ini harsu dijawab oleh Melayu PAS dan Melayu PKR. Bagi Melayu DAP, pada saya mereka ini tidak lebih dari pengkhianat bangsa sendiri!

Apakah erti menghapuskan hak-hak keistimewaan Melayu? DEB adalah salah satu konsep gagasan kerajaan untuk memastikan hak-hak keistimewaan Melayu bumiputera terpelihara dan hak-hak bukan bumiputera tidak diabaikan. MARA pula adalah salah satu produk DEB. Begitu juga dengan sistem kuota bumiputera yang telah digariskan di semua universiti awam tempatan.

Cuba bayangkan jika DAP atau Guan Eng mendapat kuasa. Habis dihapuskan keistimewaan Melayu dan bumiputera lain. Dimanakah hak dan keistimewaan anak-anak bangsa Melayu dan bumiputera di Tanah Melayu ini sendiri? Perlu diingatkan, anak-anak bangsa kita tidak mengenal UMNO, PAS, PKR mahupun DAP. Malahan jika dihitung, anak-anak PASlah yang paling ramai mengambil peluang untuk sambung belajar di universiti-universiti selain dari mendapat biasiswa dan bantuan pelajaran dari MARA. Bila mereka bergelar "graduan", maka kerajaan pula yang dikatakan "zalim"? Siapa yang "zalim"? Yang memeberikan hak keadilan untuk anak bangsa Tanah Melayu atau mereka yang mahu menghapuskan hak-hak anak Tanah Melayu?

Lihat pula tentang pembelian rumah dimana kerajaan telah menetapkan kuota bumiputera dan harga bumiputera telah diperkenalkan zaman berzaman. Jika menurut konsep Malaysian Malaysia anjuaran DAP, apakah Melayu PAS, Melayu PKR dan Melayu DAP sanggup membeli rumah dengan harga non-bumi? Sebutkan siapa Melayu bumiputera dari PAS, PKR mahupun DAP yang sanggup membeli rumah mereka dengan harga non-bumiputera? Dan jika DAP mendapat kuasa, Malaysian Malaysia anjuran PAP ini akan menyamaratakan hak dimana harga rumah non-bumi dan bumiputera adalah setara. Maka ketika itu, ramailah Melayu yang akan merungut kerana tidak mampu membeli rumah yang mahal. Bila Melayu tiada rumah, maka merempatlah mereka di negara sendiri.

Selain itu, DAP sama sekali tidak akan menerima Tanah Melayu yang kini bergelar Malaysia ini sebagai Negara Islam. Bagi Guan Eng, Islam itu tiada tempat yang istimewa di Tanah Melayu ini. Apakah ini cara Guan Eng menghormati "tuan rumah"? Namun atas usaha UMNO, maka Malaysia telah diisytiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Tun M. PAS menempelak mengatakan bahawa Malaysia "belum cukup syarat" untuk menjadi Negara Islam ketika itu. Pada saya, mengapa PAS harus menghentam pengisytiharan Malaysia negara Islam? Jika PAS berpendapat Malaysia "belum cukup Islam"nya, mengapa tidak dibantunya kerajaan supaya melakukan dasar yang lebih Islam? Mengapa mengkritik tapi tidak sama-sama membina "daulah Islamiyyah"? "Masjid" sudah dibina, mengapa tidak di"imarah"kan masjid itu? Malah dilempar pula "masjud" itu dengan batu? Inikah Islam PAS?

Lihatlah kamu wahai Melayu PAS dan Melayu PKR tentang Guan Eng yang kamu katakan mahu menjadi "Khalifah" di bumi Tanah Melayu ini. "Khalifah" apakah yang layak bagi Guan Eng ketika dia menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini? Mahligai yang disewa bayar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang itu apakah cocok dengan sifat "khulafa'ur Rashidin" dahulu? Mengapa tidak disewa rumah teres setingkat atau "rumah flat" di Balik Pulau? Bukankah lebih jimat dan zuhud? Mengapa? Tidak menepati "standard" Ketua Menteri sedangkan Khalifah-Khalifah Islam dahulu hanya tinggal di rumah usang? Di mana pembelaan hak untuk orang Melayu di Pulau Pinang? Usah kata bangsa Melayu, bangsa India pun dizaliminya. Mungkin bangsa Melayu dan India tiada tempat dihatinya. Itukah pemimpin idola Melayu PAS, PKR dan DAP?

Lihatlah "anak didik" Lee Kuan Yew ini. Lihatlah pula bagaimana nasib Islam, bangsa Melayu dan Tanah Singapura dibawah pemerintahan PAP, pimpinan Lee Kuan Yew. Asalnya Singapura ini bertuankan Melayu, namun di"rampok" Lee Kuan Yew. Asalnya, Islam begitu megah di Singapura, malah Singapura pernah menjadi pusat penyebaran agama Islam di nusantara. Namun kini, masjidnya boleh dikira dengan jari, azannya entah hilang ke mana, Islam sudah hilang keagungannya di Singapura. Lihat saja bagaimana Melayu terpinggir di Singapura. Lihat saja satu bangsa yang pernah menjadi bangsa terbesar di Temasik telah dipinggirkan menjadi kumpulan minoriti di sana. Lihat saja bagaimana Melayu Singapura "hilang" hak-hak keistimewaan mereka di tanahair sendiri akibat "Tok Guru" kepada Lim Guan Eng ini. Apakah Melayu PAS, PKR dan DAP mahu terjadi sedemikian? Mungkin sekarang belum terasa begitu dan sanggup mengatakan "YA". Tunggulah kelak bila DAP berkuasa. Ketika itu barulah Melayu PAS, Melayu PKR dan Melayu DAP menyesal tak sudah!

Hakikatnya, DAP hanyalah pembawa wacana PAP. Mereka tidak lain bagaikan "locus" yang berhijrah dari satu kawasan ke satu kawasan dan menjadikan kawasan itu hak milik mereka tanpa menghormati hak penduduk asal kawasan tersebut. Tapi tidak semua bangsa Cina, India mahupun yang lain bersifat sedemikian. MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN tidak begitu. Mereka begitu patuh dengan perlembagaan negara. Mereka menghormati Islam dan hak-hak keistimewaan Melayu. Sebab itulah kami menggelar mereka sebagai "kafir zimmi" berbanding DAP yang kami gelarkan sebagai "kafir harbi". Bagi kami, merekalah perosak keharmonian Malaysia yang terkenal dengan masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama ini. Apakah Melayu PAS dan Melayu PKR masih mahu bersekongkol dengan DAP dan Guan Eng lagi? Tepuk dada, tanya iman anda...

Nik Aziz, PAS dan halatuju politiknya...


"...kita orang muslim bertegas kepada pihak orang kafir, dan berkasih sayang di antara sesama sendiri..."

Nik Aziz Nik Mat memang terkenal dengan "fatwa-fatwa"nya. Sementelah menjadi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz telah dijadikan tempat rujukan bagi pelbagai maslahah politik yang berlaku di arena politik tanahair. Pelbagai "fatwa" telah dikeluarkan Nik Aziz. Oleh itu, saya hanya ingin "refresh" kembali beberapa "fatwa"nya untuk peringatan semua, sama ada kepada ahli UMNO, PKR, DAP dan semua parti lain termasuklah ahli dan pemimpin PAS sendiri.

Yang pertamanya, mari kita imbas kembali tentang "fatwa" Nik Aziz mengenai "Allah juga mencarut". Menurut fakta, "fatwa" ini dikeluarkan oleh Nik Aziz bertujuan untuk mempertahankan buku "Shit" hasil karangan Shanon Ahmad. Kandungan buku yang "terlampau" itu dihiasi dengan caci maki dan carutan yang dipercayai ditujukan kepada pemimpin BN, terutamanya UMNO. Dengan keluarnya "fatwa" dari "Tok Guru" PAS ini, maka semua ahli atau pemimpin PAS serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat di"halalkan" untuk mencarut.

Seterusnya, "fatwa" Nik Aziz ketika berkempen pilihanraya iaitu "siapa pilih untuk memangkah PAS pada kertas undi pilihanraya, maka dia telah menempah tiket untuknya di syurga", lebih kurang begitulah bunyi "fatwa"nya. Secara mantiknya, sesiapa saja yang tidak memilih PAS, seakan-akan tiada peluang untuk mereka memasuki syurga. Mungkinkah Nik Aziz memiliki dan mampu mengeluarkan "tiket ke syurga"? Apakah ini adalah paksaan untuk memilih undi ketika pilihanraya?

"Fatwa" kali ini pula ditujukan khas kepada para pemimpin PAS. Adalah "haram" hukumnya untuk melompat keluar dari PAS. Pemimpin PAS harus membuat "bai'ah" tentang perkara lompat parti ini, jika keluar parti maka secara tidak langsung maka "ter"cerailah dia dan isterinya. Selain itu, baru-baru ini Nik Aziz juga mendoakan agar mereka yang keluar dari Pakatan Rakyat supaya cepat mati dan dibakar hidup-hidup di dalam api neraka. Itulah doa dari "Mursyidul Am" PAS yang "sayang"kan umat di Malaysia ini.

Selain itu, Nik Aziz juga pernah mengeluarkan "fatwa halal" untuk menerima sumbangan yang bersifat berkepentingan. Maksudnya "rasuah"lah. Cuma Nik Aziz menggantikan kalimah "rasuah" itu dengan kalimah "sumbangan". Nik Aziz membenarkan untuk ahli PAS untuk menerima rasuah dari mana-mana pihak ketika kempen pemilihan di dalam PAS tempohari. Hairan. Apakah "rasuah" ini "halal" hanya untuk ahli PAS sahaja dan "haram" untuk pihak lain terutamanya UMNO. Setahu saya, "perasuah dan yang menerima rasuah, maka nerakalah tempatnya", ada sesiapa pernah dengar tentang sabda Rasulullah mengenai perkara "rasuah" ini?

Berikutan isu "bogel" Eli Wong, Nik Aziz juga ada mengeluarkan "fatwa"nya. Nik Aziz seraya ber"fatwa" bahawa Islam membenarkan seseorang itu "berbogel" ketika bersendirian di dalam rumahnya. "Fatwa bogel" ini menjadi konstroversi untuk seluruh rakyat Malaysia. Setahu saya, Islam itu menerangkan bahawa walaupun kita bersendirian, masih wujud makhluk lain disekitar kita. Malah Allah yang Maha Melihat itu juga sentiasa memerhatikan kita. Oleh itu, apakah kita dibolehkan untuk berbogel walaupun ketika bersendirian? Tidak malukah kita mendedahkan aurat kita pada makhluk yang tidak mampu kita lihat secara kasar itu? Atau tidak malukah kita pada Allah S.W.T?

Lagi berkenaan "lompat parti", Nik Aziz telah meminta agar Eli Wong tidak meletakkan jawatan sebagai YB Bukit Lanjan berikutan kos pilihanraya yang mahal. Namun, lain pula "fatwa"nya kepada MP atau ADUN yang mengisyhtiharkan keluar dari Pakatan Rakyat. Nik Aziz meminta mereka meletak jawatan pula? Mengapa? Tidak terlintas tentang "kos yang mahal" untuk PRKkah? Mengapa pula ada "double standard"? Ketika ADUN BN di Perak keluar parti dan menyertai Pakatan Rakyat, mengapa dia dikatakan sebagai "simbol demokrasi"? Dan mengapa apabila ADUN-ADUN Perak itu melompat jadi "Bebas" sahaja, maka mereka dituduh sebagai "pengkhianat amanah rakyat"? "Cantik molek" benar "perangai"nya...

Ketika PRK Hulu Selangor, Nik Aziz juga telah mengeluarkan "fatwa mee segera" dimana "khutbah politik dihalalkan di masjid". Ini berikutan Hasan Ali berkhutbah di mimbar masjid pada solat jumaat di mana dia telah "terlupa" menunaikan rukun khutbah jumaat. Tiba-tiba, mereka menempelak pula pihak UMNO yang mengadakan solat hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di masjid?

Kemudian, Nik Aziz mengeluarkan "fatwa perpaduan". Nik Aziz telah meng"haram"kan niat perpaduan dikalangan umat Islam Melayu di seluruh Malaysia. Bukan sahaja peng"haram"an itu bertujuan untuk melepaskan dendam peribadinya terhadap UMNO, Nik Aziz juga membantah cadangan Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Malah, Nik Aziz terang-terangan mengutuk Timbalan Presiden PAS di khalayak rakyat Malaysia. Itukah akhlak Nik Aziz yang di"puja-puji" selama ini? Lebih mementingkan "dendam kesumat"nya berbanding perpaduan seluruh umat Islam Melayu di Malaysia? Itulah "rupa sebenar" Tok Guru PAS, dalam hatinya penuh dengan "dendam kesumat"...

Ingat lagi dengan "fatwa" Nik Aziz bahawa "Allah itu Maha Samseng"? Benarlah jika dilihat dari sudut "Allah itu Maha segala-galanya". Namun, tidakkah berdosa besar mengaitkan Allah itu dengan sifat-sifat mazmumah atau terkeji? Apakah dengan "fatwa" itu maka Nik Aziz membenarkan penyokong PAS menjadi samseng? Patut pun ramai ahli PAS suka buat kacau sana sini, demo sana sini, tidur atas jalan, baling batu kat orang dalam masjid, derhaka pada DYMM Sultan dan sebagainya...

Saya menulis tentang "fatwa-fatwa" Nik Aziz ini bukanlah untuk mengaibkan Nik Aziz dan PAS. Sesungguhnya saya melihat sudah begitu banyak sekali "fatwa-fatwa" yang dikeluarkan Nik Aziz yang menjadi konstroversi dan membawa kepada keburukan melebihi kebaikan. Bukanlah saya membenci Nik Aziz, namun saya kira sudah tiba saatnya Nik Aziz bersara dari meneruskan permainan politik DAP dan PKR. Nik Aziz hanya menjadi "buah catur" Anwar dan Kit Siang.

Saranan saya pada PAS, gantikanlah jawatan Nik Aziz. Jawatan Mursyidul Am PAS itu hanyalah jawatan "dunia" yang boleh dipertikaikan. Pada saya, Dato' Dr. Harun Din lebih layak. Pada saya jika Harun Din mengeluarkan buah fikirannya, mungkin PAS tidak akan terjejas sebegini. Harun Din mampu membezakan di antara perkara Islam dan politik, mungkin sebab itulah dia tidak pernah bertanding jawatan di dalam PAS.

Selebihnya, saya juga menyarankan supaya PAS keluarlah dari Pakatan Rakyat. Sedih saya melihat PAS yang juga saudara saya diperkudakan oleh DAP dan PKR. PAS dahulu tidak begini. PAS dahulu dihormati kawan dan lawan. Namun sejak bergabung dengan DAP dan PKR, PAS begitu teruk terjejas imejnya. Jika tidak mahu bergabung dengan UMNO di bawah "satu payung" pun tidak mengapalah. Namun pada saya, itu lebih "afdhal" sebenarnya. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih. Hairan juga jika difikirkan mengapa PAS sanggup bersekongkol dengan "kafir harbi", sedangkan saudara seIslam sendiri dianggap musuh dan diperangi. Mungkinkah ini "agenda" oleh golongan kuffar yang takutkan perpaduan Islam Melayu di Malaysia? Fikir-fikirkanlah. Perbaikilah dan kembalilah kepada "identiti" PAS yang "sebenar". Wallahu 'alam.

Apa cerita ni YB Amiruddin?

Azizan : Err...betoi ka report hang ni? Mentang-mentang la "aku tak tau apa-apa"...
Amiruddin: Alaaa Ustat...betoi la ni...banyak untung ni...semua ni "usaha saya" la nihhh...

Menurut sumber berita yang tersiar oleh Bernama, Exco Kerajaan PAS Negeri Kedah selaku Pengerusi Jawatankuasa Industri, Asas Tani dan Bioteknologi, Datuk Amiruddin Hamzah telah mendakwa bahawa Kerajaan PAS Kedah telah membawa masuk lebih dari RM4.5 billion sejak tahun 2008 sehingga February 2010 di Kulim Hi-Tech Industrial Park (KHTP). Selain itu, Amiruddin dengan "senang hati"nya menambah "perisa" dengan menyatakan bahawa tiada pelabur sedia ada yang menarik diri, menutup operasi atau memindahkan operasi mereka ke tempat lain dalam tempoh itu!

Biar betul??? Hebat benar ke Datuk Amiruddin ni tarik pelabur ke KHTP? Menurut "sumber dalaman", kenyataan Amiruddin itu "benar-benar belaka", melainkan beberapa fakta, kebenaran, hakikat sebenar yang telah dimanipulasi dan diputar belitkan oleh "lidah bercabang" YB kita ini. Apa maksud "sumber" berkenaan? YB dari Parti "Islam" ini menipukah? Bukankah pemimpin yang mewakili Parti Islam harus bercakap benar memandangkan menipu itu berdosa hukumnya? Atau mungkin semua pemimpin PAS dikecualikan dari dosa menipu? Tapi, apa yang ditipunya pula?

Menurut sumber risikan, Datuk Amiruddin kita ini tidak menyatakan perkara yang "sebenar". Sebenarnya, jumlah pelaburan yang bernilai RM4.5 billion itu adalah hasil pelaburan yang diusahakan oleh kerajaan BN sebelum ini. Hasil lobi dan usaha menarik pelaburan oleh kerajaan BN Kedah sebelum ini memakan masa lebih setahun. Namun setelah BN tumbang di Kedah, maka kerajaan PAS Kedah telah mengambil kesempatan berharga itu untuk "tolong" rasmikan pelaburan itu sahaja. Pelaburan yang dimaksudkan ini ialah pelaburan dari syarikat "First Solar".

Jadi, pesan saya kepada Exco Kedah yang budiman ini, tolong jangan mendabik dada mengatakan bahawa kamu yang tarik pelaburan tu masuk ke KHTP. Rakyat Kedah lain mungkin boleh kamu "auta", tapi jangan harap nak "auta" kami tentang KHTP! Buat malu diri sendiri nanti...

Seterusnya Exco kita ini mendakwa bahawa 5 pelaburan "baru" pada 2008, 7 pelaburan "baru" pada 2009 dan 2 pelaburan baru pada 2 bulan pertama 2010. Biar betul YB?

Menurut sumber dalaman lagi, tiada pun jumlah pelaburan "baru" yang seperti yang di"gah"kan oleh YB Amiruddin kita ini. Menurut risikan dan fakta MIDA, kenyataan YB ini adalah bercanggah dari fakta. Jika benarlah menurut dakwaan YB Datuk Amiruddin yang tidak "menipu" rakyat, sila kemukakan fakta, laporan dan senarai pelaburan "baru" di KHTP seperti yang dimaksudkan. Tapi, janganlah pula senaraikan nama "First Solar" sekali, sebab syarikat itu adalah hasil dari usaha kerajaan BN sebelum ini. Tapi, kalau YB Amiruddin "tak tahu malu", bolehlah "quote"kan sekali...

Saya bukanlah mahu menuduh YB Amiruddin "menipu". Namun ada dakwaan bahawa kenyataan dan fakta YB itu tidak benar sama sekali. Mungkin YB boleh terangkan? Bukan apa, saya hanya mahu penjelasan mengenai perkara ini. Kawan-kawan saya dan rakyat Kedah juga ingin tahu hal yang sebenarnya. Kasihanilah kami. Kami sudah "letih" ditipu "manifesto" Kedah Sejahtera tu...

Hati-hati YB Amiruddin. Mungkin ada "orang" tersalah lapor pada YB kot? Manalah tahu, ada "pihak-pihak" yang cuba menjatuhkan kreadibiliti YB sebagai Exco yang bertanggungjawab tentang hal-hal GLC ni. Angin bertiup kencang mengatakan ada "struggle" antara YB Amiruddin, Phahrolrazi & Taulan berkenaan GLC ni. Jaga-jaga "sabotaj" dari "musuh politik dalaman PAS", mereka lebih "bahaya" dari Anwar "the pokka man"!

Sebaiknya, YB Amiruddin kaji dahulu sumber laporan itu. Jangan pakai baca fail laporan sahaja kerana kelak akan "ditertawakan" oleh "Board of Directors". Silap-silap, rakyat pun boleh kata YB ni suka menipu orang. Kelak, orang tak mahu percaya lagi. Siapa yang susah? YB Amiruddin juga yang susah. Ustaz Azizan pun tak mampu tolong, sebab dia bukan tahu satu apa pun. Semua dia tak tahu. Kalau tahu pun, "buat-buat tak tahu". Harap YB dapat "rectify" perkara ini.

Harap maklum.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!