Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, May 22, 2010

Sepetang bersama sahabat lama...


Sebetulnya, saya baru pulang dari menemui seorang sahabat karib saya sewaktu di sekolah menengah dulu. Sesungguhnya "jejak kasih" ini amat beerti bagi saya setelah terpisah selama lebih 18 tahun lamanya. Sahabat saya ini amat istimewa bagi saya. Dialah teman suka dan duka suatu ketika dahulu. Dan hari ini, saya kembali bertemu semula, lalu membuka lembaran baru dalam hidup saya. Sahabat saya kini adalah seorang pendidik berjaya dan merupakan seorang ahli PAS yang sangat aktif di kawasannya.

Pada awalnya, saya tidak memperkenalkan diri saya sebagai seorang ahli UMNO mahupun penyokong UMNO. Maklumlah sudah bertahun lamanya tidak bertemu, bimbang juga jika pendirian saya ini bisa menyuramkan pertemuan "jejak kasih" ini. Namun, setelah saya "jolok" sedikit, sahabat saya ini begitu bersemangat sekali berbicara mengenai politik negara dan pendiriannya sebagai ahli PAS. Menarik sekali, sahabat saya ini berkongsi pendapat dengan saya tentang beberapa perkara tentang hal politik negara, sekaligus membuka sedikit sebanyak pengetahuan saya tentang sifat orang PAS, maklumat orang PAS dan cara pemikiran mereka.

Saya mula mempersoalkan tentang pergeseran di antara pemimpin-pemimpin PAS yang semakin hari semakin meruncing. Misalnya tentang pertikaian di antara Dato' Dr. Harun Din Al-Hafiz dan Nik Aziz Nik Mat. Tanpa berselindung, sahabat saya ini menyatakan bahawa isu penggunaan kalimah "Allah" oleh para pemimpin non-muslim Pakatan Rakyat untuk berkempen politik yang di"halal"kan oleh Nik Aziz adalah sesuatu yang TIDAK sepatutnya berlaku. Beliau sependapat dengan saranan Harun Din yang meletakkan hukum "kufur" terhadap perkara tersebut. Namun, oleh kerana Nik Aziz itu Mursyidul Am, maka ramai yang terpaksa mendiamkan diri dan merungut di belakang!

Sahabat saya menyatakan bahawa kenyataan dan "fatwa" Nik Aziz ini semakin hari semakin meresahkan. Banyak sangat yang terpesong dari Islam yang sebenar. Ini termasuklah isu "carut" Shanon Ahmad, isu "kalimah" Allah, isu "doa pecah perut", dan pelbagai isu yang bertentangan dengan pandangan ulama-ulama PAS yang lebih muktabar. Saya mencadangkan kepada sahabat saya bahawa Dato' Dr. Harun Din adalah lebih pantas berjawatan Mursyidul Am PAS. Saya menyambung, setiap kali Nik Aziz mengeluarkan "fatwa"nya, maka setiap kali itulah mereka terpaksa menahan malu. Sahabat saya hanya mendiamkan diri. Mungkin bersetuju? Sahabat saya memberitahu bahawa pemilihan pimpinan PAS hanya akan berlangsung pada tahun hadapan. Mungkinkah sahabat saya ini mengimpikan "peralihan kuasa" di antara Nik Aziz kepada Harun Din?

Begitu juga dengan cadangan Presiden PAS dan Timbalannya mengenai idea "Kerajaan Perpaduan". Sahabat saya melihat perkara ini sebagai sangat bernas dan bijak untuk menyatukan perpaduan umat Islam di Malaysia selain mencapai perpaduan politik dikalangan umat Islam Melayu. Namun, sahabat saya agak terkejut dengan "cara penerimaan" cadangan itu oleh Nik Aziz. Pada saya, Nik Aziz begitu beremosi dan terpengaruh dengan dendam kesumatnya terhadap UMNO. Mungkin "dendam kesumat"nya itu lebih penting berbanding dengan "perpaduan umat Islam" di Malaysia. Sahabat saya yang juga menyatakan bahawa semua ahli cawangannya bersetuju dengan "kerajaan perpaduan", namun impian mereka itu disangkal oleh golongan yang "berkepentingan". Mungkinkah Nik Aziz, Husam dan kumpulan "erdogan"nya boleh menjawab persoalan ini?

Seterusnya, sahabat saya mengkritik UMNO kerana dikatakan terlibat dengan korupsi dan sebagainya. Saya dengan tenang memintanya untuk memberikan bukti kukuh tentang tuduhan itu. Lantas sahabat saya memberikan contoh tentang KJ yang menang Ketua Pemuda UMNO walaupun ternyata di dapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO sendiri. Saya mengangguk mengiyakan kenyataannya. Saya memberitahu sahabat saya itu, jika Pak Lah masih berjawatan PM, mungkin KJ akan menjadi Menteri. Dan di atas dasar kesedaran dan komitmen tranformasi Dato' Seri Najib, maka KJ tidak langsung dilantik menyertai kabinet Malaysia walaupun dia adalah Ketua Pemuda UMNO. Nyata sekali "dasar baru" UMNO ini begitu serius sehingga sanggup mengetepikan seorang Ketua Pemuda.

Sahabat saya terus bercerita tentang perihal dalaman PAS, mengesahkan tentang maslahah yang selama ini dinafikan oleh PAS pada media, terutama sekali Harakah. Katanya, di dalam PAS sendiri kini sudah wujud "puak-puak". Ada puak yang berkepentingan untuk diri sendiri. Ada puak yang hanya mahukan jawatan dan berkepentingan. Saya mengulas pandangan sahabat saya. Saya mem[erkatakan bahawa PAS semakin melencong dari perjuangan asalnya. Saya menerangkan kekecewaan saya pada PAS yang suatu masa dahulu menjadi pembangkang yang baik, namun berubah negatif setelah bersatu bersama DAP dan PKR. Malah ada juga puak yang sememangnya "pak turut" yang sekadar mengangguk bila mendengar "hukum fatwa" Nik Aziz. Sesungguhnya puak yang benar-benar "genuine" berjuang untuk Islam di dalam PAS kini semakin "pupus". Sahabat saya hanya terdiam mendengar hujah saya. Apakah dia bersetuju?

Kenyataan dan rungutan sahabat saya ini benar-benar membuka mata saya tentang PAS. Ternyata PAS sudah terpesong jauh dari landasannya. Hakikatnya, perubahan negatif PAS ini bermula sejak bergabung di dalam Pakatan Rakyat. Sahabat saya hanya mengangguk lemah, mungkin mengiyakan kebenaran itu?

Selebihnya, saya mula menceritakan tentang hal sebenar tentang PKR dan DAP. Tentang dasar PAS yang sangat bertentangan dengan DAP dan PKR. Tentang "manifesto" PKR dan DAP yang sangat bertentangan dengan kepentingan Islam, Melayu dan Tanah Melayu yang bertukar nama menjadi Malaysia. Tentang pelbagai perkara saya hujahkan. Maka ketika itu, terdiamlah sahabat saya tersebut. Barulah sahabat saya ini "celik" tentang cerita yang sebenar dan mengakui bahawa dia tidak punya info sebegitu. Selama ini, dia mengaku kekurangan info tentang perihal DAP mahupun PKR. Lantas penerangan saya itu sekaligus membuka rahsia bahawa saya adalah pemilik DukeofUMNO.

Alhamdulillah. Perbincangan kami amat sihat sekali. Saya dan sahabat begitu komited dengan perjuangan kami. Perjuangan akar umbi yang selama ini dipandang remeh sekali. Kami bersetuju untuk menyatukan umat Islam Melayu di Malaysia di bawah satu payung. Mungkin lebih jelas lagi bahawa kami menyokong tentang gagasan "Kerajaan Perpaduan". Kami bersetuju untuk menggabungkan kelebihan UMNO dan kelebihan PAS untuk memperkukuhkan Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu ini. Kami juga bersetuju untuk terus berjuang membuang anasir-anasir negatif yang ada pada UMNO dan PAS demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu. Kami tidak akan bertolak ansur tentang sesuatu yang merugikan Islam, Melayu dan Tanah Melayu. Namun, kami tidak akan lupa tentang hak rakyat lain seperti Cina, India dan lain-lain di Malaysia. Apapun, kami akan terus berjuang dengan cara masing-masing...

Alhamdulillah. Pertemuan 2 sahabat ini begitu berhasil dan amat bermakna bagi Islam, Melayu dan Tanah Melayu. Meskipun kami dari parti yang berbeza, UMNO dan PAS, kami sedar bahawa perjuangan kami adalah sama iaitu Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Setelah solat maghrib berjemaah, kami pulang dan mengharapkan jalinan 2 sahabat ini mampu menyatukan umat Islam Melayu di Malaysia ini. Doakanlah kami. Semoga kami berjaya dengan perjuangan kami ini. InsyaAllah...

Wednesday, May 19, 2010

Judi World Cup: Beza antara "HALAL" & "LULUS".


Ramai yang tak puas hati. Ramai yang menyumpah-nyumpah. Ramai yang bengang, marah, kecewa dan bantah. Hanya kerana pihak Kerajaan berura-ura untuk memluluskan lesen judi untuk FIFA World Cup 2010. Judi pertaruhan perlawanan 4 tahu sekali ini di Malaysia dilihat segelintir pihak sebagai satu perkara yang sangat "berdosa" dan menyalahi moral. Tambah-tambah pula pihak Pakatan Rakyat mengambil kesempatan ke atas isu ini, maka bertambah panaslah pula jadinya.

Baru-baru ini, khabarnya satu persatuan bekas-bekas pemimpin UMNO telah mencapai kata sepakat untuk membantah cadangan dari Kementerian Kewangan ini. Bertambah seronoklah pihak Pakatan Rakyat mem"politik"kan isu ini. Sindiran sinis dan tajam bertubi-tubi dituju kepada pihak Kerajaan.

Pada pendirian saya secara peribadi, saya sendiri tidak setuju dengan cadangan memberikan lesen judi berkenaan Kejuaraan Bolasepak Dunia ini. Alasan saya yang pertama adalah kerana perbuatan "judi" adalah haram sama sekali bagi saya yang beragama Islam. Keduanya, ianya bertentangan dengan moral dan sifat terpuji yang digariskan dalam setiap kehidupan manusia. Berjudi lebih banyak buruknya dari baiknya. Ketiga, cadangan ini adalah bertentangan dengan nilai-nilai kesukanan. Bolasepak adalah sukan yang paling popular di dunia dan adalah amat salah jika semangat kesukanan itu dicampur adukkan dengan perkara yang haram.

Itu pendapat saya. Mungkin juga pendapat saya ini dipersetujui oleh ramai umat Islam dan bangsa Melayu. Namun, mungkin juga ada yang tidak sependapat dengan saya. Contohnya, Muniandi dan Ah Keong yang sememangnya suka berjudi pastinya menolak pendapat saya ini. Mereka yang gemar berjudi akan bertaruh sesama sendiri tentang keputusan perlawanan World Cup. Itu tidak jadi "dosa" atau "pahala" bagi mereka. Yang pentingnya, "habuan" akan menjadi milik salah seorang dari mereka sekiranya menang pertaruhan.

Sebagaimana yang kita ketahui, pertandingan bolasepak yang berprestij seperti World Cup dan EPL sering dikaitkan dengan pertaruhan atau judi. Malah pertaruhan seperti ini terang-terang dilakukan di negara-negara Eropah. Website-website juga dibangunkan khas untuk perjudian seumpama ini. Ini termasuklah perjudian "lumba kuda" yang menjadi kegemaran Zaid Ibrahim sebelum ini.

Dalam konteks ini, "judi" dilihat sebagai perkara biasa bagi mereka yang bukan Islam. Walaupun "judi" itu juga dilihat sebagai salah satu "kesalahan" moral, namun ianya bukanlah satu "dosa" bagi non-muslim. Itulah yang terjadi secara "gelap" di seluruh dunia selama ini, termasuklah di Malaysia. Oleh itu, untuk mengelak terlalu banyak aliran wang keluar masuk dari negara, maka beberapa negara telah meluluskan lesen untuk tujuan perjudian ini. Mungkin inilah yang cuba dipraktikkan di Malaysia, selain untuk mendapat keuntungan cukai kerajaan yang hukumnya "harus" untuk digunapakai untuk tujuan-tujuan tertentu. Ianya samalah dengan cukai jualan arak di zaman kegemilangan Islam dahulu. Walau bagaimanapun, para ulama' muktabar berkhilaf tentang perkara ini.

Pada saya, usahlah kita cepat melatah dengan cadangan seperti ini. Sepatutnya, kita jelas bahawa "JUDI ADALAH HARAM SAMA SEKALI DI SISI ISLAM". Maka umat Islam janganlah berjudi. Jika nak berjudi juga, silakanlah jika berani berdepan dengan hukum Allah. Kerajaan Malaysia juga telah mengharamkan amalan judi untuk umat Islam di Malaysia. Lihat saja berapa ramai umat Islam yang telah di"cekup" pihak Jabatan Agama Islam Negeri di kedai-kedai ekor seluruh negara. Tak kira penyokong UMNO, PKR atau DAP, ramai telah ditahan. Hatta penyokong PAS pun ada!

Jadi, usahlah cepat melatah. Kita sarankan kepada pihak Kerajaan agar membatalkan hasrat yang lebih banyak memberi keburukan dan kebaikan itu. Kita bantah dengan saluran yang betul selain berdoa dan bertawakkal agar perkara ini tidak diteruskan.

Namun apa yang pasti, pihak Pakatan Rakyatlah yang paling negatif. Umpama "menangguk di air yang keruh", mereka "SPIN" isu ini. Kerajaan atau pihak UMNO tidak sama sekali meng"HALAL"kan judi. Pihak kerajaan hanya bercadang untuk memBERIkan LESEN untuk "legalize"kan pertaruhan judi FIFA World Cup kali ini. Perkataan "HALAL" itu cuba di"highlight"kan untuk memutar belitkan minda rakyat, sedangkan itu bukanlah perkataan yang tepat tentang perkara ini. Ianya sama juga dengan pihak kerajaan yang meluluskan lesen Sport TOTO dan Magnum 4D yang berselerak merata Kedah Sejahtera!

Oleh itu, janganlah mudah IQ atau EQ anda diperbodoh-bodohkan oleh Pakatan Rakyat. Memang kerja Pakatan Rakyat memperbodoh-bodohkan minda rakyat, memutar belit fakta dan suka tipu sana tipu sini. Bukankah ketua mereka adalah seorang "sesumpah" (pokka kata orang Kedah!). Mungkin Muniandi dan Ah Keong agak terkilan dengan saranan saya ini. Namun jika hendak sangat berjudi, pergilah sebulan dua ke negara luar yang membenarkan judi World Cup ini. Habis World Cup, pulanglah semula ke Malaysia. Apalah sangat nak ke "oversea" tu. Bukan ke Muniandi & Ah Keong banyak duit?

Tuesday, May 18, 2010

Harun Din kata TAK BOLEH, Nik Aziz kata BOLEH!


Nampaknya kemelut fatwa semakin meruncing di antara dua orang ulama' PAS. Terbaru, Mursyidul Am PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS, masing-masing bercanggah "fatwa" mengenai isu penggunaan nama "Allah" oleh pemimpin DAP ketika berkempen pilihanraya. "Perang dingin" kedua individu yang menjadi tonggak "fatwa PAS" tidak dapat disembunyikan lagi. Mungkinkah PAS akan mengadakan AGM dalam masa terdekat untuk menentukan siapakah yang paling layak menjawat jawatan Mursyidul Am PAS?

Ketika mana Dr. Harun Din Al-Hafiz dalam "fatwa"nya membantah pemimpin DAP atau non-muslim menggunakan kalimah "Allah" di dalam kempen mereka, Nik Aziz Nik Mat menempelak prinsip Dr. Harun Din itu. Siapa yang benar di dalam hal ini?

Kita imbas kembali tentang isu hak penggunaan kalimah "Allah" yang pernah menjadi konstroversi sehingga dibahaskan di Parlimen. Ketika itu beberapa pemimpin Dewan Ulama' PAS telah membantah keras penggunaan kalimah "Allah" oleh pemimpin politik bukan Islam. Mereka yang membantah termasuklah Harun Taib, Taib Azamuddin dan Harun Din sendiri.

Namun tanpa ragu-ragu, Nik Aziz menggunakan kuasa "veto"nya sebagai Mursyidul Am PAS telah bertindak "membisukan" suara-suara ulama PAS tersebut. Ulama'-ulama' tersebut dipaksa mendiamkan diri demi kepentingan politik PAS. Ini adalah untuk menjaga hati dan menunjukkan bahawa PAS "senada" dengan fatwa PKR dan DAP ketika itu. Pemimpin DAP dan PKR ketika itu berleluasa menggunakan nama "Allah" dan kalamullah dalam kempen politik mereka.

Begitulah Nik Aziz dan PAS. Menghalalkan sesuatu yang haram adalah perkara biasa bagi mereka. Sesuatu perkara itu adalah "halal" bagi mereka jika perkara itu mempunyai kepentingan politik bagi mereka. Dan jika perkara itu adalah segalanya "haram" jika ada sangkut paut dengan UMNO/BN. Mungkin itulah konsep "halal & haram" di dalam "agama" PAS. Ikut suka tafsiran sendiri...

Perkara inilah yang ditentang dan dibantah oleh Dr. Harun Din dan beberapa ulama' PAS. Mereka menyatakan pendirian mereka walaupun bercanggah dengan "fatwa" Nik Aziz Nik Mat, seorang bekas guru agama Islam sekolah menengah. Bagi mereka, isu hukum dan agama Islam tidak boleh sama sekali dipergunakan walaupun dalam soal politik. Ini menunjukkan Harun Din dan rakan-rakannya membedakan di antara Islam dan politik, yang mana konsep ini juga digunapakai oleh UMNO/BN selama ini.

Namun sayangnya, dengan kewujudan "bekas ustaz sekolah menengah" ini telah menafikan prinsip dan kefahaman Islam ulama'-ulama' PAS yang lebih berpendidikan tinggi ini. Jika diukur latar belakang pendidikan di antara Nik Aziz dan Harun Din, bagai "langit dengan bumi". Harun Din lebih "establish" profil pendidikan, pengalaman dan pengajiannya berbanding Nik Aziz. Tapi, demi "POLITIK", PAS lebih menyebelahi "fatwa" oleh "cikgu sekolah menengah" ini?

Nampaknya, PAS semakin terpesong setelah melantik "orang yang bukan ahli"nya menjadi Mursyidul Amnya. Orang yang kurang berilmu lebih "didengari" berbanding orang yang berilmu tinggi dan diiktiraf. Demi politik, PAS sanggup menggadai hukum dan agamanya. Asalkan menang pilihanraya, kepentingan Islam tidak lagi menjadi tunjang perjuangan PAS. PAS semakin terpesong jauh dipimpin Nik Aziz...

Monday, May 17, 2010

BN tidak seperti DAP, PKR dan PAS...


BN kalah di Sibu. Saya terima hakikat ini walaupun agak menyedihkan. Hakikat ini terpaksa saya telan. Sesungguhnya ada hikmah disebalik kekalahan ini. Melalui beberapa pakar penganalisis politik tempatan, saya difahamkan bahawa kaum Cina, Melanau dan segelintir bangsa Melayu juga tidak memberikan undi mereka kepada BN. Mungkin mereka punya pendirian tersendiri. Saya hormati dan akur dengan keputusan mereka yang membolehkan Pakatan Rakyat menambah satu kerusi di Parlimen.

Biar apa pun, kita perlu redha dengan keputusan pilihanraya kecil P.212 Sibu ini. Walaupun kita kalah dengan majoriti tipis yang dimiliki DAP, kalah tetap kalah. Itu adat pertandingan, bukan?

Namun, kita tidak cepat melatah! Kita tidak menyalahkan SPRM. Kita tidak menuduh SPRM "berat sebelah" dalam pilihanraya. Kita akur dan percaya bahawa SPRM telah menjalankan kewajipan mereka dengan telus dan adil. Kita tidak "menyeranah" Pengerusi SPRM dengan kata-kata kesat atau makian mengikut hawa nafsu marah. Kita tidak seperti DAP, PKR dan PAS apabila kalah pilihanraya.

Kita tidak menuduh wujudnya "pengundi hantu"! Kita percaya tiada "hantu" yang dibenarkan mengundi pada PRK Sibu. Malah kita yakin bahawa tiada "hantu" pun yang mampu mengundi di mana-mana pilihanraya dulu, kini dan selamanya. Pada kita, orang mengatakan adanya pengundi hantu pada pilihanraya, merekalah "hantu" yang sebenar. Kita tidak seperti DAP, PKR, dan PAS apabila kalah pilihanraya!

Kita juga tidak menuduh "peti undi untuk BN disabotaj dan dihanyutkankan di sungai-sungai" sekitar Sibu! Kita percaya, taktik "putar alam" menghanyutkan peti undi dalam sungai adalah tidak berasas sama sekali. Hanya budak-budak hingusan dan rendah EQ sahaja yang akan percaya dengan tuduhan sebegitu. Pernah satu ketika dahulu, "Dewa Anwar Abrahem" menuduh undi mereka dihanyutkan di sekitar sungai-sungai Sarawak. Mengtang-mentanglah Sarawak punya banyak Sungai! Walaupun BN kalah kali ini, kita tidak seperti DAP, PKR dan PAS apabila kalah pilihanraya!

Biarpun kita kalah, kita tidak cepat "melenting" seperti Pakatan Rakyat. Kita tidak mengutip tandatangan petisyen untuk membatalkan kemenangan DAP di Sibu. Kita tidak menderhaka pada DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu. Kita tidak "mabuk" menuduh itu dan ini. Kita tidak menyalahkan pihak Polis yang menjaga keamanan di sekitar pondok-pondok panas di kawasan pilihanraya. Kita tidak seperti DAP, PKR dan PAS apabila kalah pilihanraya!

Biarpun BN kalah, kita tidak "tersasul" bahasa mendakwa rakyat tidak pandai memilih. Kita tidak menghina kaum-kaum di Borneo sama ada mereka memakai "cawat" atau seluar. Kita waras dan rasional. Kita bukanlah bagai orang yang "gila talak" menjerit-jerit terpekik terlolong dalam parlimen. Kita bukan seperti DAP, PKR dan PAS apabila kalah pilihanraya!

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Pastinya ada ketentuan dan hikmahNya atas apa yang berlaku. Bersabarlah dengan ujian dan dugaan Allah. Kita redha dengan qadha dan qadarNya. Mungkin kini kita dapat menilai sokongan sebenar masyarakat Cina pada pihak kerajaan selepas melalui dua pilihanraya baru-baru ini. Apapun, sepatutnya kita bermuhasabah, teruskan perjuangan membela rakyat, memperkasakan prestasi berkhidmat untuk rakyat, dan seterusnya membongkar segala dusta nista pihak Pakatan Rakyat. InsyaAllah, Allah akan membantu kita semua. Aminnnn....

Cerita di sebalik "Bubar DUN Kedah"!

...mungkin ini salah satu GLC Kedah gamaknya...


Heboh sana sini mengatakan bahawa Kerajaan PAS akan kehilangan majoriti 1/2 di dalam Dewan Undangan Negeri Kedah. Heboh sana sini mengatakan bahawa BN akan mengambil alih Kerajaan Negeri Kedah dalam masa terdekat berikutan khabar angin yang bertiup kencang mengatakan bahawa 4 orang lagi ADUN Pakatan Pembangkang akan "lompat" mem"bebas"kan diri dari dari Pakatan "Haram" itu. Maka bertalu-talulah sms dan panggilan telefon kepada saya bertanyakan tentang "khabar angin" tersebut.

Mengiyakan pun tidak, menafikan pun tidak. Pada saya, "khabar angin" adalah tidak cukup untuk dijadikan fakta untuk berkata mahupun menulis. Lalu saya bertanyakan kepada mereka-mereka yang lebih arif tentang hal yang sedang hangat digembar-gemburkan kebelakangan ini.

Menurut sumber-sumber yang dipercayai, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah sedang berada di dalam keadaan "tenat". "Tenat"nya kerajaan pimpinan Azizan Razak ini bukanlah diakibatkan oleh serangan-serangan pihak pemimpin UMNO/BN Kedah. Ini adalah kerana pemimpin UMNO/BN itu dikhabarkan masih "mengigau bermimpi" bagai masih lagi mentadbir negeri Kedah.

Menurut sumber, "tenat"nya Kerajaan Azizan Razak ini adalah kerana PEREBUTAN KUASA di antara Amiruddin, Phahrolrazi, Taulan dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. KUASA apakah yang mereka rebutkan? Diberitakan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Kedah sedang berebutkan kuasa di dalam GLC di Kedah. Masing-masing dilaporkan sedang sebok mengadu domba penyalah gunaan kuasa oleh beberapa individu-individu yang dilantik Kerajaan PAS Negeri Kedah. Ini termasuklah di PKNK dan Kulim Hi-Tech Industrial Park.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, seorang bekas Exco Kedah yang telah digugurkan oleh Azizan Razak sebelum ini tidak berpuas hati kerana hilang "elaun"nya. Dia dikatakan telah meminta Azizan melantiknya manjawat jawatan penting di dalam GLC. Namun malang baginya apabila dikhabarkan bahawa permintaan itu telah ditolak oleh Azizan dan konco-konconya. Manakan tidak? Bukan dia seorang saja yang melobi, ramai lagi yang dok merayu meminta jawatan penting di GLC! Siapa dia? Menurut ceritanya, "dia" ini "orang Taulan". Pakat-pakat carilah siapa dia...

Sebenarnya, cerita "lompat-melompat" menjadi ADUN Bebas dan BN akan membentuk Kerajaan baru di Kedah ini adalah "dongeng" semata-mata. Malah diberitakan bahawa sebenarnya "dongeng Pak Kaduk" ini dicanangkan oleh pihak PAS sendiri.

Mereka sebenarnya sedang kalut menangkis serangan-serangan bertubi-tubi dari "batalion pertama" blogger-blogger" yang sayangkan Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair yang semakin banyak mendedahkan kepincangan dan kebodohan mereka mengendalikan GLC-GLC di Kedah. Pendedahan konstroversi ini bagaikan bertali arus menghentam kreadibiliti mereka mengendalikan GLC Kedah sehingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

Mengenangkan segelintir pemimpin-pemimpin UMNO/BN Kedah masih dalam keadaan "mengigau", beberapa blogger marhain ini telah bersusah payah mencari maklumat sana dan sini untuk membongkarkan kegagalan dan tahap IQ/EQ pemimpin Pakatan Rakyat di Kedah. Berbekalkan sedikit maklumat dari beberapa pemimpin UMNO/BN yang sanggup memberikan kerjasama, blogger-blogger ini terus "balun dan membalun" lagi. Kalaulah semua pemimpin UMNO/BN Kedah sanggup memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi, nescaya keadaan Kerajaan PAS Negeri Kedah akan menjadi seumpama Kerajaan PKR Negeri Selangor yang sudah menjadi "huru-hara"!

Kesimpulannya, jangan percaya sangat dengan propaganda Pakatan Rakyat di Kedah tersebut. Kedah sepatutnya ditebus kembali dengan cara yang lebih "gentleman". Pakatan Rakyat di Kedah sememangnya tidak kuat mana pun. Menang di Kedah tempohari pun tidak disangka-sangka. Kedah sebenarnya dihadiahkan penyokong UMNO/BN yang "meluat" dengan Pak Lah dan menantu, bukan kerana Pakatan Rakyat kuat pun. Ayuh, bangkit UMNO/BN Kedah!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!