Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 11, 2010

Karpal menjadi "ustaz" dalam mahkamah!


Ketika mana kempen PRK Sibu sedang hangat berjalan di sekitar Sibu, Anwar Ibrahim dan peguamnya Karpal Singh sedang bergelut bermain kata di mahkamah di ibu negara. Sedang calon DAP di PRK Sibu berjalan mencari sedikit undi untuk melepaskan "kuota" hilang wang pertaruhan, pengerusi partinya sedang sebok mencari helah untuk melepas "anjing tersepit". Sayang sungguh Karpal kepada Anwar Ibrahim hingga sanggup membiarkan anak buahnya keseorangan meraih undi ke hulu ke hilir. Mungkinkah Karpal begitu optimis bahawa kemenangan di Sibu bakal berpihak kepada DAP?

Karpal hari ini sedang sebok membela anak guamnya yang bernama Anwar Ibrahim. Ya, Anwar Ibrahim yang suatu ketika dahulu diminta Karpal untuk di siasat juga di atas kesalahan LIWAT. Namun hari ini, mungkin Karpal dibayar lumayan untuk membela individu yang pernah dituduhnya meliwat suatu masa dahulu?

Karpal hari ini dikhabarkan telah menjadi "Ustaz" di dalam mahkamah. Karpal berulang kali menyoal Saiful Bukhari sama ada dia adalah muslim yang baik dan tidak "fasiq". Karpal menyoal sama ada Saiful mandi junub, tidak meninggalkan solat dan sebagainya. Namun Saiful dengan tenang mengakui bahawa dia bukanlah seorang muslim yang warak. Saya percaya nada pengakuan Saiful itu membawa erti bahawa dia akan berubah dan memperbaiki ibadahnya untuk menjadi hamba Allah yang warak. Nadanya berbaur penyesalan dan taubah.

Tapi apakah "relevan"nya soalan Karpal itu dengan kes liwat Anwar? Nampaknya Karpal ingin mengajar dan memperingatkan Saiful supaya menjadi muslim yang baik. Bila sudah menjadi muslim yang baik, maka barulah boleh menuduh Anwar meliwatnya? Begitu? Bila sudah warak dan tidak fasiq, maka barulah seseorang itu boleh membuat dakwaan ke atas pengainyaan yang berlaku ke atasnya?

Dalam erti kata lain, barang sesiapa yang mahu mendakwa salah laku seseorang di mahkamah hendaklah menjadi muslim yang baik terlebih dahulu. Setelah itu,, baru boleh buka kes. Muslim mana yang tidak warak maka tidak boleh buka apa-apa kes walaupun penganiyaan jelas berlaku ke atasnya?

Saya ingin sekali bertanya Karpal, apakah semua peguam yang membawa kes itu warak dan bertindak sebagai muslim yang baik? Baiklah, saya kecualikan peguam yang non-muslim. Apakah semua peguam muslim/muslimah yang membawa/mewakili kes di mahkamah itu adalah warak? Jika tidak warak, apakah hujah atau gulungan kes mereka itu perlu ditolak disebabkan tidak menjadi muslim/muslimah yang baik?

Kelakar pula bila seorang singh yang beragama Sikh cuba mempersoalkan kreadibiliti Saiful sedangkan dia sepatutnya bertanyakan hal itu kepada anak guamnya terlebih dahulu. Sila tanya Anwar sama ada dia muslim yang baik. Sila ulang tanya dan siasat Anwar sama ada dia meliwat atau tidak ketika mana Karpal menuduhnya suatu ketika dahulu. Sila tanya Anwar dan hubungan baiknya dengan Yahudi yang tidak akan sekali-kali redha terhadap muslim tetapi redha terhadap Anwar.

Karpal begitu tidak masuk akal! Tidak logik mempersoalkan kreadibiliti Saiful sedangkan Anwar sebenarnya lebih teruk dari itu. Sila lihat "track record" Anwar yang pernah di"sah"kan meliwat oleh Mahkamah pada kes Liwat I.

Untuk pengetahuan Karpal, kreadibiliti Saiful sebagai muslim yang baik adalah tanggungjawabnya dengan Tuhan yang Saiful sembah. Malah Anwar yang sebelum ini bertindak sebagai "boss"nya juga sepatutnya dipertanggungjawabkan dalam soal ibadah anak-anak buahnya. Bagaimana seorang yang warak seperti Anwar boleh mengambil seorang muslim yang tidak baik amalannya? Bukankah itu akan mencemarkan reputasinya? Cuba periksa pegawai-pegawai khas Anwar yang sedang bertugas sekarang, apakah mereka tahu mandi junub dan bersolat 5 waktu tanpa "miss"?

Jika Saiful fasiq, maka tentunya "bekas boss"nya itu lebih fasiq. Sudahlah kaki belit, habis ditipunya kiri dan kanan. Hatta Yahudi yang didakwa "memelihara"nya pun di"kencing"nya. Karpal sudah lupakah "ayat keramat"nya buat Anwar tahun lepas "ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT!". Bukankah itu sudah cukup membuktikan Anwar punya kreadibiliti yang lebih teruk! Sekurang-kurangnya, Saiful sudah bermubahalah dan bertaubat. Anwar bila lagi?

Kulim Hi-Tech "tenat" dibawah Kedah Sejahtera!


Baru beberapa tahun Pakatan Rakyat menunjukkan "taring" di negeri-negeri di bawah "jajahan takluk"nya, semakin ramai rakyat yang sedar akan kepincangan pentadibran, krisis kepercayaan yang kian meruncing dan sikap radikal negatif yang sememangnya tidak diperlukan oleh budaya harmoni masyarakat majmuk di Malaysia. Hakikat ini diterjemahkan sendiri oleh beberapa YB, pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang keluar parti dan ramai yang menyertai UMNO dan parti-parti komponen lain. Malah ramai peniaga dan pelabur yang mengeluh serta tidak percaya pada kreadibiliti pentadbiran Pakatan Rakyat.

Terbaru kali ini ialah isu-isu di Kedah. "Kedah Sejahtera" yang digambarkan oleh Ustaz Azizan kehilangan pelaburan penting di Kulim Hi-Tech Industrial Park. Difahamkan oleh sumber dalaman bahawa Intel-Technology telah menutup salah satu unit terpenting mereka di Kulim Hi-Tech Industrial Park iaitu unit "Research & Development".

Satu unit yang memberikan peluang pekerjaan bergaji mencecah 5 angka kepada pekerja tempatan di Kedah itu telah di"pindah"kan ke satu tempat yang lebih strategik. Yang pastinya, tempat strategik itu adalah di luar Kedah. Rakan-rakan memaklumkan bahawa keputusan itu ada hubung kaitnya dengan kegagalan pihak pentadbiran kawasan perindustrian berteknologi tinggi itu untuk memastikan kelancaran perniagaan dan prasarana yang sempurna, terutama tentang soal "air" yang menjadi keperluan asas kumpulan pelabur elit itu.

Untuk makluman, Kerajaan BN Kedah yang terdahulu telah berjaya membawa masuk banyak pelabur-pelabur penting untuk menjalankan aktiviti perniagaan di Kedah. Kawasan Kulim Hi-Tech Industrial Park itu di"jaga" dengan baik untuk kepentingan pelabur-pelabur dan tidak pernah pula keputusan bekalan air yang teruk. Namun baru-baru ini, dek kerana krisis "air takdak" yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah menyebabkan beberapa pelabur di situ telah hilang kepercayaan mereka.

Tindakan Intel Technology ini dikhuatiri akan memulakan fenomena "pelabur lari" dari Kulim Hi-Tech. Melalui sumber-sumber dipercayai, kerugian yang dialami oleh pelabur-pelabur disebabkan oleh "krisis air" sahaja adalah mencecah RM5 juta ringgit. Dipercayai bahawa kerugian itu mungkin akan terus meningkat jika keadaan tidak diperbaiki oleh Kerajaan yang sedang memerintah sekarang.

Disebalik itu, dikhabarkan pemimpin Pakatan Rakyat di Kedah semakin sebok bermain golf atau "melepak" di Kelab Di Raja Kedah berhampiran Wisma Darulaman. Mungkin mereka sedang mencari "ilham" untuk mengatasi krisis "air" melalui pukulan-pukulan kayu golf mereka? Atau mungkin juga Kelab Di Raja Kedah itu ada tersimpan "manual" yang menerangkan cara dan methodologi menyelesaikan masalah sumber asas kehidupan di Kedah? Mungkin itu cara para pemimpin PAS, agaknya?

Biar apa pun, PAS Kedah tetap "sejahtera" dibawah kurniaan "kerja balak" yang mereka perolehi. Difahamkan beberapa kawasan hutan telah "gondol" dikerjakan, namun tidak pula diwartakan kepada umum. Menurut cerita, "angin bertiup kencang" menyatakan bahawa "hasil wang kowtim" itu tidak disalurkan kepada individu-individu tertentu, namun telah dimasukkan ke dalam akaun "parti" sebagai dana PRU 13 kelak. Begitulah khabarnya, namun sudah pasti tiada bukti yang nyata kerana kerja seperti itu pasti cekap sekali "disembunyikan" sehingga tiada sedikit pun "kesan"nya. Kalau di tanya sekali pun, takkan mereka nak mengaku? Iyalah, siapa nak mengaku buang air besar ditengah jalan, kan?

Selain itu, dari "angin bertiup kencang" juga dikhabarkan bahawa krisis kepercayaan telah melanda kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah. Seorang telah mengiystiharkan keluar parti. Khabarnya, 4 orang lagi bakal menyusul. Saya risau. Seorang yang keluar parti itu ditohmah Pakatan Rakyat dengan memfitnahnya dibayar RM5 juta. Lagi 4 orang akan keluar, maknanya RM20 juta bakal diberikan kepada mereka? Siapa yang membayar? BN? Benarkah dakwaan itu atau sekadar fitnah yang dilemparkan oleh Parti yang mengaku "sangat Islam" itu? Jika benar, dedahkanlah! Saya tidak suka BN/UMNO membazir wang puluhan juta sebegitu. Jika Parti "sangat Islam" itu tak dedahkan, maka benarlah bahawa Parti "sangat Islam" itu sememangnya "tidaklah seIslam mana punnnn..."!

Monday, May 10, 2010

PRK Sibu: Dilemma Penyokong PAS


Dunia semakin terbalik bagi PAS. Apakah mungkin PAS menyokong 100% kehendak DAP yang melaungkan konsep "Malaysian Malaysia"? Apakah mungkin PAS sudah berfikir beratus-ratus kali untuk mengorbankan laungan mereka selama ini untuk mendaulatkan Islam di Malaysia? "Mimpi" menubuhkan negara Islam yang PAS laungkan dahulu telah pun dilaksanakan oleh UMNO dengan mendahului PAS mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam. Nampaknya, UMNO telah berjaya melangkah "over Karpal Singh's (DAP) body" dalam hal ini.

Pada PRK Sibu kali ini. Apakah PAS sekali lagi akan terpaksa "menyokong 100%" musuh politik utama mereka suatu ketika dahulu. Walaupun kini bergelar "rakan sepakatan", ternyata dasar antara PAS dan DAP sangat berbeza dan bercanggah antara satu sama lain. Bezanya bagaikan "air dengan minyak". Itu hakikatnya, walaupun dinafikan oleh kedua-dua pucuk pimpinan masing-masing. Semua orang tahu itu.

Pakatan antara PAS dan DAP hanya sekadar mempunyai satu persamaan iaitu "menjatuhkan kerajaan BN", khususnya UMNO. Tiada "tujuan" lain dalam "ikatan PAS dan DAP". Semua rakyat sangat maklum dalam perkara itu.

Fakta itulah yang amat dikesali oleh penyokong-penyokong PAS di seluruh Malaysia. Kerana "satu matlamat" itulah maka PAS bersedia "menghalalkan apa jua cara" dalam percaturan politik mereka. Hatta jika terpaksa bersaudara dengan "kafir harbi" pun mereka sanggup "telan", demi kuasa politik yang "belum pasti milik mereka". Jika disoal mengenai perkara ini, maka tidak segan silu pemimpin mereka menjawab "inilah yang dikatakan siasah Islam"!

Islam bagaimana jika perjuangan itu merugikan umat Islam sendiri? Islam bagaimana jika perjuangan itu men"jumud"kan pemikiran umat Islam itu sendiri? Islam apa yang cuba PAS perjelaskan jika terpaksa menjadi "kuda" kepada kafir harbi?

Lihat saja bekas kerajaan Pakatan Rakyat Perak apabila PAS menjadi MB dan diperkudakan oleh DAP? Bagaimana Nizar boleh menderhaka kepada DYMM Sultan Perak dan menjadi "boneka" kepada Ngeh dan Nga? Lihat saja bagaimana Nizar hilang rasa hormatnya pada Ketua Agama Islam di Perak dan tidak hairanlah jika dia menghina mufti Perak yang ternyata lebih berilmu agama dari dirinya.

PRK Sibu kali ini menjadi bukti apabila PAS sendiri telah mem"balaci"kan dirinya kepada DAP. Dengan sedikit RM dan tiket kapal terbang, dikhabarkan PAS telah menerbangkan beberapa peraih undinya untuk "beraksi" di Sibu. Berkempen untuk "kafir harbi, itu agendanya. Maka tidak hairanlah apabila kita dapat melihat bendera "bulan" berselang-seli dengan bendera "roket" pada hari penamaan calon. Hati penyokong PAS, hanya Allah yang tahu! Terpaksa menyokong "kafir harbi" walaupun...Argggggghhhh..!!!

Berbeza dengan BN yang sejak dahulu menghormati perkongsian kuasa di antara parti komponen, BN tetap konsisten dengan peranannya di Sibu. Selain mematikan hujah Pakatan Rakyat (masih lagi Pakatan Haram?), BN bertindak mengupas isu yang cuba dimanipulasi oleh pihak PR. BN menyedarkan semua rakyat khususnya di Sibu betapa Pakatan Rakyat itu suka berbohong dan menabur fitnah jahat. Tiada niat sekelumit pun dari Pakatan Rakyat untuk membela nasib rakyat, malah perjuangan sebenar mereka hanyalah tidak lebih untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan menipu rakyat dengan janji-janji yang bakal dimungkiri. Begitulah resam "sesumpah".

Namun, terpulanglah pada rakyat Sibu sama ada membenarkan diri ditipu oleh Pakatan Rakyat atau menyedari bahawa BN adalah sebuah parti sah yang mampu mengotakan pembelaan nasib rakyat sejak zaman berzaman. Hakikatnya PAS menjadi "balaci" lagi kali ini. PKR menjadi "tukang sorak" manakala DAP menjadi "raja". Tunggu hari mengundi, undian rakyat Sibu akan menterjemahkan segalanya...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!