Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, April 13, 2010

Hulu Selangor: Bila Maverick VS Anak Tempatan...


Hangat diperkatakan tentang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Zaid Ibrahim telah dinobatkan sebagai calon Partai Keadilan Rakyat. Manakala BN masih lagi "terkial-kial" mecari calon. Bekas Timbalan Pengerusi MIC pula sudah mengiystiharkan diri sebagai calon bebas. Rakyat Hulu Selangor siap sedia untuk mengundi. Siapa yang bakal memenangi hati mereka, hanya Allah saja yang tahu.

Siapa tak kenal Zaid Ibrahim. Seorang peguam yang memiliki firma guaman terbesar di ibunegara. Bekas Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu. Bekas Menteri Kabinet. Bekas Senator kesayangan lantikan Pak Lah dan "menantu". Dia digelar "maverick". Itulah Zaid Ibrahim. Sekali pandang latar belakangnya "cukup hebat". Bisa menggerunkan lawannya. Namun, benarkah Zaid begitu handal?

Ya. Firma Zaid mendapat kontrak guaman kerajaan yang lumayan ketika di zaman pentadbiran Pak Lah & "menantu"nya. Sekaligus Zaid dilantik menjadi senator oleh Pak Lah dan menjawat jawatan Menteri Undang-Undang. Pada masa itu, Zaid pernah Ketika Zaid menjadi Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, dia dikutuk hebat oleh anak-anak buahnya kerana amat jarang sekali menjenguk bertanya khabar mereka.

Zaid penuh konstroversi. Itu telah membuatkan dia "glamour". Zaid didakwa begitu "menyokong" Lina Joy untuk terus murtad. Zaid membantah hukuman sebat kepada Kartika & menyokong pula penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim di Herald Tribune. Zaid juga menyanggah "ketuanan Melayu". Zaid juga pernah cuba menyaman pelan melaksanakan hudud. Malah, begitu heboh di "facebook", blog-blog dan portal menyatakan bahawa Zaid "kaki botol", "alkoholik" dan sebagainya. Ada juga yang mendakwa bahawa "Zaid menogok arak sebagai sarapan pagi"nya. Benarkah begitu? Saya tidak pandai menuduh tanpa bukti. Mungkin kenalan rapatnya tahu siapa Zaid di"sebalik tabir"...

Gah sungguh Zaid Ibrahim. Hebat! Cukup bergaya dengan latar belakangnya. Malangnya, latar belakang itu dihiasi dengan "kurap", "kudis buta", "panau" dan "segala jenis nanah yang busuk". Ramai menggelarnya sebagai Melayu "murtad, walaupun dia pernah menulis buku yang berjudul "Saya pun Melayu". Dia popular dengan keburukan yang tidak sepatutnya dimiliki oleh seorang Melayu Muslim. Persoalannya, sudikah PAS dan Melayu Muslim PKR mengangkat berkempen untuk Zaid Ibrahim? Tak payah dijawab. Tanya hati kecil anda sendiri.

Dikhabarkan juga calon BN kali ini hanyalah anak tempatan yang berpendidikan tinggi. "Bagaikan langit dengan bumi", itulah bayangannya jika dibandingkan dengan publisiti dan populariti Zaid Ibrahim. Khabarnya, calon BN tersebut hanyalah insan biasa yang hanya berniat untuk berkhidmat dan berbakti untuk rakyat di Hulu Selangor. Tiada lebih dari itu. Beliau tidak lantang seperti Zaid yang terang-terangan mengkhianati menghina prinsip perlembagaan dan keistimewaan orang Melayu. Khabarnya juga dari MIC.

Tak tahulah sama ada calon pilihan Mr. Samy Vellu atau tidak. Namun, dari "hint" yang diberikan itu, kita dapat menjustifikasi bahawa "calon pilihan Samy" itu bukan anak tempatan Hulu Selangor. Biar siapa pun yang menjadi calon BN, ianya adalah tempoh percubaan sebelum hadirnya PRU 13 akan datang. Tak lama. Jika benar berniat untuk berkhidmat untuk rakyat, calon BN ini harus buktikan dalam jangka masa yang singkat ini. Jika KPInya merudum, bersedialah untuk menjadi "calon yang bakal digugurkan".

Calon Bebas? Oh Ya! Bekas Timbalan Pengerusi MIC, V.S.Chandran, yang digantung keahliannya oleh MIC telah membayar wang deposit. Tak pastilah sama ada Chandran hanya mahu melepaskan geramnya pada MIC atau lebih tepat lagi kepada Samy Vellu. Menurut pendapat beberapa rakan, Chandran sedikit sebanyak akan memecahkan sebahagian kecil undi kaum India di Hulu Selangor. Mampukah dia memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dan menyertai Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin? Maklumlah, calon bebas agak "popular" juga sejak kebelakangan ini.

Apa pun, kita tunggu saja siri kempen kali ini. Khabarnya Zahrain, Zulkifli Noordin dan beberapa ahli parlimen lompatan "gaya bebas" akan turun padang di Hulu Selangor mem"bogel"kan Pakatan Rakyat, khususnya PKR. Dr. Khir, Noh Omar, Ezam, Anuar Shaari dan beberapa tokoh politik "hardcore" Selangor juga sedang giat berceramah. Sebenarnya Dr. Khir sendiri sering mengadakan ceramah isu semasa sejak sebelum kematian MP Hulu Selangor lagi. Harap-harap pengundi di Hulu Selangor bijak memilih wakil Parlimen mereka. Harap-harap juga Ahli Parlimen Hulu Selangor yang terpilih "tidak berbau arak bila duduk dalam Parlimen" kelak. Kalau "ada bau arak" juga, pasti rakyat Hulu Selangor malu semalu-malunya! Faham-faham sendirilah...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!