Monday, April 26, 2010

Dey Zaid Ibrahim, pi la mabuk jauh-jauhhhh..!!!


Pada PRK Permatang Pasir, BN tewas. Kemenangan Pakatan Rakyat dicanang merata tempat. Dari Perlis hingga ke Johor, termasuklah di Sabah dan Sarawak, kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pasir dan beberapa PRK sebelumnya bagai menceritakan bahawa BN "benar-benar" bakal di"talkin"kan. Masakan tidak? Pada PRU 12 yang lalu, BN tewas di 5 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Malah pada Pilihanraya Kecil pun BN tewas dan terus tewas. BN tak menyalahkan SPRM. BN tak menuduh rakyat "dibeli". BN tidak melatah. Malah BN terima kekalahan demi kekalahan itu dengan redha.

Ketika itu, BN tidak pernah menyalahkan atau menafikan kemenangan Pakatan Rakyat. Malah ketika itu, BN yang terdiri dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan beberapa parti komponen lain begitu gundah gulana kerana menyedari bahawa rakyat sudah "memalingkan" sokongan mereka dari BN.

BN ketika itu hanya risaukan rakyat yang ketika itu begitu mudah "termakan" hasutan jahat dari Pakatang Rakyat. BN risau negara ini akan tergadai. Malau kerisauan itu terus menjadi-jadi apabila Pakatan Rakyat tidak teragak-agak menderhaka kepada DYMM Sultan di negeri-negeri "jajahan" mereka.

BN mula bermuhasabah dan "peralihan kuasa" terjadi diatas permintaan. Maka bermulalah era "kebangkitan" BN dan kini terbukti di Hulu Selangor!

Namun, berlainan pula perangai si Pakatan Rakyat. Setelah kalah di Bagan Pinang, mereka mempertikai kewibawaan SPRM. Mereka mendakwa wujudnya "pengundi hantu" untuk memenangkan BN disana. Mereka mendakwa berlaku "pembelian undi" oleh BN. Malah mereka tidak segan silu memfitnah BN dengan tuduhan-tuduhan tanpa bukti dan tidak berasas.

Kali ini, Pakatan Rakyat tewas lagi. Kali ini di Hulu Selangor pula. Zaid Ibrahim pula terus menuduh BN "beli undi siang malam". Pakatan Rakyat mendakwa rakyat disogok dengan RM200 untuk undi mereka kepada BN. Apa yang saya faham, ini adalah satu penghinaan kepada rakyat Hulu Selangor. Apakah "murah" benar harga diri pengundi-pengundi Hulu Selangor? Namun, begitulah resmi Pakatan Rakyat. Kalau kalah bertanding, maka Kerajaan, SPRM dan rakyat akan dipersalahkan. Macam-macam tohmahan dan fitnah dilemparkan kepada BN. Ikut sedap mulut saja nak cakap. Tapi, kalau Pakatan Rakyat menang, lain pula ceritanya? Telus pulak SPRM masa tu, kan?

Dengan keengganan Pakatan Rakyat untuk menerima hakikat kekalahan itu, Pakatan Rakyat begitu jelas mempamerkan "kebusukan hati" mereka. Mereka begitu angkuh dahulu, namun kini mengelabah dengan perubahan rakyat. Ya, benar. Rakyat sudah berubah setelah menyedari penipuan dan pengkhianatan Pakatan Rakyat. Lain yang yang dijanjikan kepada rakyat, lain pula perjuangan Pakatan "haram" itu. Keadilan dan nasib rakyat yang dijanjikan, kes liwat Anwar pula yang diperjuangkan? Jawatan PM untuk Anwar pula yang diperjuangkan? Apa Hadi Awang & Karpal tak layak jadi PM ke?

Sudahlah. Jangan dilayan Si Zaid tu. Biarlah dia "mabuk sorang-sorang". Kalau dilayan, makin "mabuk" pula nanti. Yang pastinya, calon yang dikatakan "paling tepat" dan "paling best" dari Pakatan "haram" itu telah tewas. Mungkin Zaid Ibrahim "paling hebat" bagi Pakatan Rakyat, namun bagi pengundi Hulu Selangor Zaid Ibrahim tidak lebih dari orang luar yang terlanjur "mabuk" masuk kawasan mereka dan teringin nak jadi "ketua". Alhamdulillah, rakyat sudah sedar bahawa Pakatan Rakyat itu memang "taghut" kerana berpendapat bahawa "peminum arak" adalah pemimpin "paling tepat untuk mereka! InsyaAllah, Pakatan "taghut" ini akan ditalkinkan suatu hari nanti...

Wednesday, April 21, 2010

Ciri-Ciri Calon Pilihan Pakatan Rakyat Paling Tepat!


Berikut adalah senarai ciri-ciri calon pemimpin Pakatan Rakyat pilihan pemimpin bagi PAS, PKR dan DAP. Dipercayai dengan memiliki yang seperti tersenarai dibawah akan memenangkan Pakatan Rakyat. Sifat-sifat calon Pakatan Rakyat "GERENTI MENANG!" adalah seperti yang berikut:

  1. Calon pemimpin Pakatan Rakyat mestilah mempunyai "track record" sebagai peminum arak. Kalau dah "sedar diri", bertaubat. Kemudian selepas menang pilihanraya, boleh minum balik! Take beerrr..!!!
  2. Calon pemimpin Pakatan Rakyat seboleh-bolehnya haruslah memiliki seekor "kuda". Kalau tak mampu beli "kuda", mestilah mempunyai "patung kuda". Kalau tak mampu juga, mestilah mempunyai "gambar kuda". Tapi kalau tak mampu juga, calon berkenaan hendaklah "suka main kuda" atau "beli tiket yang ada gambar kuda"!
  3. Jika "teringin" nak jadi calon Pakatan Rakyat, maka individu tersebut mestilah menyokong sebarang usaha untuk me"murtad"kan muslimin dan muslimat di Malaysia. Menurut fatwa agama "PIS", adalah "sunat" untuk calon pemimpin Pakatan Rakyat untuk menyertai atau menganjurkan "Forum" yang menyokong usaha me"murtad"kan umat Islam di Malaysia...laungkan semangat "Lina Joy", pasti terpilih jadi calon Pakatan Rakyat.
  4. Calon DUN atau MP Pakatan Rakyat haruslah membenarkan kalimah "Allah" digunakan oleh "non-muslim" sama ada melalui media elektronik atau media cetak. Sekurang-kurangnya nanti, secara tidak langsung ramai diantara muslimin dan muslimat yang akan "kompius" dan "was-was" dengan Allah. Dalam "triniti" pun Allah, Allah mempunyai "ruh" dan sebagainya.
  5. Bakal ADUN atau MP Pakatan Rakyat mestilah pandai "bermain kata" dan "memutar belitkan lidah". Adalah "bonus" jika memiliki kerjaya sebagai peguam. Sekurang-kurangnya kelak boleh membantu dan membela kes "peliwat tegar"! Malah jika ada "bau-bau bacang" dengan pengamal undang-undang pun boleh juga...
  6. Adalah digalakkan untuk membeli "tiket loteri". Menurut pemimpin hebat pilihan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, duit hasil dari loteri itu diharapkan boleh menampung dana sukan! Para pemimpin kanan Pakatan Rakyat sangat sokong "calon paling tepat" mereka ini.
  7. Mestilah mengaku dikhalayak ramai sebagai "Melayu". Lebih "afdhal" jika menulis cerpen, sajak, pantun, mahupun buku yang berjudul "Saya pun Melayu"! Namun harus diingat, konsep "Ketuanan Melayu", "hak-hak keistimewaan Melayu", "sosial kontrak" dan "jus soli" mestilah dihapuskan...habis-habisan! Barulah "Melayu"!
  8. Calon ADUN atau MP Pakatan Rakyat mestilah "tak tahu malu", "tebal muka" dan "muka tembok". Biarpun pernah melakukan pelbagai masalah kepada agama, rakyat dan negara, individu yang ingin menjadi calon Pakatan Rakyat mestilah "pandai buat spin". Contohnya seperti "saya sudah bertaubat" dan "itu duluuuu..."!
  9. Mestilah berani lawan hukum Allah. Kalau "saman hudud Allah", lagi cerah masa depan untuk dipilih. Bukan apa...susah la kalau hudud Allah terlaksana. Nak "minum jack daniel" susah, nak "lumba kuda" pun susah, malah nak beli loteri pun tak boleh! Ini boleh "mendatangkan marah"! Tu yang "mamat" tu "saman" tu kot? Tapi takpe. Sekarang ni dah join Pakatan Rakyat. Dah "suci". Lepas ni "hudud tak cukup sifat" ciptaan "PAS tak cukup ilmu" tu pun akan disokong "mamat" tu...
  10. Haaaa...ini syarat dan ciri-ciri paling besar dalam perebutan menjadi calon ADUN atau MP Pakatan Rakyat. Mestilah pandai bodek "dewa". Pemimpin Pakatan Rakyat tu mestilah kreatif mengipas dan meng"air-cond" si "Sivaji The Boss". Kalau boleh, ciptalah slogan yang mampu menaikkan semangat "Boss besar", contohnya, "Bontot diutamakan, KY Jelly didahulukan!". Barulah "boss" sayang...terus lantik jadi calon punyaaaaa...!

Begitulah ciri-ciri yang akan membuat anda-anda semua dipilih sebagai calon ADUN atau MP Pakatan Rakyat. Menurut seorang rakan, siapa yang mempunyai ciri-ciri begini pastinya akan disokong 100% oleh PIS. Malah Tuan Guru "PIS" akan arah semua penyokong-penyokongnya supaya mengundi individu "istimewa" tersebut. Apatah lagi PKR. Pastinya satu lagi kerusi Parlimen atau DUN akan jadi milik mereka. DAP? DAP akan ketawa berdekah-dekah! Kenapa? Tak percaya ke? Kalau tak percaya...cuba pi tengok kat Hulu Selangor nuuunnnn...!

Monday, April 19, 2010

Dr. Halili pulak yang diserang...?!


Seperti yang diduga, "komplot" Pakatan Rakyat sememangnya terkenal dengan "cakap besar"nya. Sifat sombong dan iri hati terpahat dalam "perut busuk" mereka. Ketika Pakatan Rakyat sedang bergelut dengan krisis "tersalah pilih calon" PRK Hulu Selangor, seorang demi seorang pemimpin PKR yang selama ini begitu komited dengan perjuangan palsu telah bertindak keluar parti apabila menyedari bahawa mereka telah dipengaruhi dan ditipu hidup-hidup oleh Anwar dan konco-konconya. Yang terbaru ialah Dr. Halili Rahmat yang merupakan teman baik Anwar sendiri.

Terkedu dengan tindakan keluar parti oleh Dr. Halili, maka "melatah sakan"lah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak dapat menerima kenyataan. Dr. Halili dikutuk "rapat". Tindakan Dr. Halili itu dianggap sebagai "rahmat" dan suatu proses pemutihan oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang sebenar "tertekan". Demi untuk menutup malu mereka, maka mereka pun berkata...

"Memang namanya (Dr. Halili) antara yang dicalonkan, mujur kita tak pilih beliau, kalau kita (pimpinan Pakatan Rakyat) pilih sudah tentu merugikan rakyat kelak. Alhamdulillah, dengan keputusan Dr. Halili keluar (parti) seolah-olah suatu rahmat daripada Allah, (maka) saya cuma nak ucap terima kasih." - Mahfuz Omar.

Mahfuz tanpa segan silu mendakwa bahawa Dr. Halili merupakan pemimpin bermasalah dan telah di"beli" oleh Salehudin Hasyim. Siapa Salehudin Hasyim? Kaya sangatkah Salehudin untuk mem"beli" prinsip pegangan orang? Berapa juta yang telah dibayar? Seperti biasa, itulah perangai pemimpin Pakatan Rakyat. Itulah "modal" mereka, tidak pernah lekang dari fitnah dan hasutan dengki khianat. "Sudah dibeli", "proses penyucian" dan "personal attack" adalah perkara-perkara yang perlu dihadapi oleh setipa individu yang keluar dari "komplot jahat" itu. Tak percaya? Tanya Zahrain, Zul Kulim, Hee Yit Fong, Osman Jailu dan lain-lain...depa dah kena dah!

Dr. Halili dipersoal oleh sebuah blog kormesial "totok" PAS di utara semenanjung...

"Bukankah Khalili adalah AJK PKR Hulu Selangor? Tugas untuk menghidupkan pejabat MP Hulu Selangor adalah sebahagian dari tugas beliau. Mengapa harus dipersalahkan parti?
Ini bererti Dr Khalili tiada sebab konkrit untuk meninggalkan PKR.

Soalan saya pada Dr Khalili, walaupun beliau telah bertanding dua kali di Hulu Selangor, mengapa MAJORITI pengundi Hulu Selangor masih tidak mengenali beliau? Mengapa Zaid Ibrahim lebih popular dari Dr Halili Rahmat di Hulu Selangor, tempat kelahiran Dr Halili sendiri?"

Pada saya, ini adalah soalan "counter attack bodoh" yang disoal untuk menutup kesalahan dan kelemahan Pakatan Rakyat! Memang benar setiap AJK harus memainkan peranan "menghidup"kan parti dan berkhidmat di kawasan masing-masing. Tapi tanggungjawab tu bukan pada AJK saja, ianya juga terletak pada bahu ahli-ahli dan jua kepimpinan pusat. Takkan itu pun tak faham? Sudahlah Ketua PKR kat situ uzur, takkan PKR Pusat lepas tangan bila Ketua disitu kurang upaya? Apalah sangat kuasa AJK berbanding PKR Pusat...takkan itu pun nak "spin"?

Memang benar Dr. Halili pernah bertanding 2 kali di Hulu Selangor. Memang betullah ramai yang tak kenal Dr. Halili sebelum ini. Itu normal dan bukan isu pun! Siapa kenal MP-MP lain yang agak terpencil? Apakah semua orang di Malaysia ini kenal siapa Dr. Hayati di Pendang tu? Siapa kenal Firdaus di Jerai? Siapa Firdaus tu? Orang Selangor kenal ke? Lainlah Zaid. Zaid bekas Menteri "bodoh". Tetiba saja dilantik "senator" oleh "PM yang suka tidur". Pastinya budak sekolah yang tak kenal politik pun tahu. Masakan tidak? Bukankah Zaid terkenal sebagai penyokong Lina Joy murtad & "tikam nombor"? Apa la punya soalan..kalau kata "bodoh", marah pulak!

Proses "penyucian"? Macam proses penyucian di gereja kah? Pada penilaian rakyat, profesion perubatan adalah lebih mulia dari profesion guaman. Jasa para doktor lebih mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana berusaha menyelamatkan manusia berbanding kerjaya Zaid yang sanggup membela penjenayah demi wang ringgit! Berapa banyak insan berdosa dibela dan berapa banyak penjenayah terlepas semata-mata kerana "mulut dan lidah" insan seperti Zaid. Bukan niat saya menghina profesion guaman dan memang perkara ini subjektif dan boleh dipertikaikan. Namun, umum sedia maklum dan boleh difikirkan sendiri tentang perkara ini, seterusnya nilailah sendiri...terpulang pada pendapat masing-masing!

Yang pastinya komplot Pakatan Rakyat semakin tidak relevan, semakin celaru dan semakin tidak boleh dipercayai oleh segenap lapisan rakyat. Hampir setiap hari semakin ramai yang sudah "celik" dan berubah bersama arus "transformasi" kerajaan dan menolak "reformasi" yang menuju kehancuran. PKR sebenarnya yang "gelabah", lebih "gelabah" dari biawak lidah bercabang seperti Raja Petra. Pada saya, pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor adalah satu penghinaan kepada penduduk Hulu Selangor sendiri. Ingin saya nyatakan disini kepada komplot Pakatan Rakyat, "jangan ingat penduduk Hulu Selangor itu boleh dihina dengan berketuakan Zaid Ibrahim"!

Sunday, April 18, 2010

Boleh caya ke si Zaid Ibrahim ni???


Saya bukanlah pengundi P94 Parlimen Hulu Selangor. Saya tidak pernah tinggal di kawasan Parlimen Hulu Selangor. Namun begitu, Parlimen Hulu Selangor didiami oleh pelbagai pecahan kaum di Malaysia seperti Melayu, India, Cina dan kaum-kaim lain. Telah ditakdirkan bahawa Zaid Ibrahim, Kamalanathan dan 2 orang lagi calon bebas akan berentap menentukan kerusi Parlimen Hulu Selangor setelah pemergian bekas Ahli Parlimennya ke Rahmatullah. Rakyat Malaysia di Hulu Selangor sekali lagi akan mengundi bagi menentukan wakil mereka ke parlimen.

Di antara calon-calon PRK Hulu Selangor kali ini, Zaid Ibrahimlah yang paling popular. Zaid hampir dikenali hampir seluruh negara. Pernah menjawat jawatan Menteri penuh dan seorang peguam yang terkenal di Malaysia. Mewakili PKR setelah dipecat oleh UMNO, mampukah Zaid memenangi PRK Hulu Selangor? Jika diperhalusi, bolehkah rakyat mempercayai Zaid Ibrahim khususnya di Hulu Selangor?

Zaid "orang luar". Apa yang dia tahu pasal Hulu Selangor? Mungkin dia juga seperti saya. Berapa buah sekolah disana? Berapa klinik dan hospital di Hulu Selangor? Apakah tarikan yang ada di Hulu Selangor? Apakah aktiviti ekonomi utama Hulu Selangor? Apakah masalah penduduk Hulu Selangor? Saya percaya, Zaid Ibrahim tidak mampu menjawab soalan-soalan ini sebelum dicalonkan di Hulu Selangor. Mungkin Zaid boleh menjawab soalan-soalan ini sekarang, itu pun setelah diberitahu oleh pemimpin PKR setempat. Nampak sangat Zaid Ibrahim sememangnya "buta" tentang Hulu Selangor.

Diakui sendiri oleh "orang kanan yang paling disayangi Anwar" iaitu Azmin Ali, pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon dipertikai secara peribadi olehnya. Azmin secara peribadi tidak bersetuju dengan pemilihan Zaid. Entah di atas dasar apa, mungkin Zaid Ibrahim dilihat sebagai "musuh politik dalaman"nya. Atau mungkin juga Zaid sememangnya dilihat tidak layak menjadi pemimpin dimata Azmin. Atau mungkin sememangnya, Zaid dipenuhi dengan "ciri-ciri peribadi yang negatif" yang hanya akan memalukan PKR dan Pakatan Rakyat sekiranya dinobatkan sebagai pemimpin. Mungkinkah Azmin berpendapat bahawa menyokong Zaid Ibrahim disifatkan sebagai "sokong bawa rebah"?

Bukan mahu menyerang peribadi Zaid. Namun, kebanyakan rakan dan lawan Zaid "kenal" tentang peribadi Zaid yang sangat "advance" dan "moden". Zaid dikhabarkan gemar "minum air kencing syaitan". Pagi-pagi lagi dah "tonggang". Begitulah khabarnya. Saya tidak mahu menuduh dan tidak tahu sama ada tuduhan ini benar kerana saya sendiri tidak pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri. Namun, begitulah yang dikhabarkan oleh mereka-mereka yang "pernah rapat" dan "kenal" Zaid Ibrahim.

Ada pihak yang masih memuji Zaid kerana mengaku tentang hal ini dan tidak hipokrit mengenainya sebagaimana segelintir pemimpin UMNO lain. Namun pada saya, itu bukan isu dan hanyalah cubaan "spin" untuk menutup kelemahan calon mereka. Ketahuilah bahawa UMNO akan menyingkir mereka yang terlibat dengan tabiat tidak sihat ini dan Zaid Ibrahim dikatakan diantara mereka-mereka yang telah disingkir! Mungkin kerana mahu terus "tonggang arak", maka Zaid Ibrahim memilih PKR dan bukan PAS sebagai parti "lompatan"nya. Arak dan PKR begitu sinonim. Tidak percaya? Tanyalah Khalid "gagap" dan Ronnie "the Don" mengenai isu "rampasan arak" di Shah Alam tempohari.

Pada saya, seluruh rakyat Malaysia khususnya di Parlimen Hulu Selangor yang bakal diwakili Zaid Ibrahim dan Kota Bharu yang pernah diketuai oleh Zaid, bolehkah kita mempercayai Zaid? Layakkah Zaid dinobatkan sebagai wakil rakyat atau pemimpin kawasan mereka? Apakah pegangan dan dasar-dasar Zaid sebagai pemimpin sebelum ini? Lihat saja tindakan dan kenyataan-kenyataannya terhadap Islam dan Melayu selama ini...

Zaid pernah menyaman Hudud di atas kapasiti individunya sendiri. Pernahkah UMNO menyaman atau mencabar Hudud Allah. Malah UMNO sendiri sering mempertahankan Hudud dari dicemari oleh PAS yang sering cuba "mempolitik"kan Hudud demi kepentingan politik mereka. Kepimpinan PAS sebelum ini pun mengakui bahawa mereka tidak mampu men"draf" Hudud secara "jami' maniq". Malah ada draf Hudud mereka yang sangat mudah dipertikai keadilannya dan mereka sendiri akui akan draf Hudud mereka. Nampak sangat mereka tidak mampu dan kurang berilmu. Tapi, si Zaid ni "pandai-pandai" sendiri menyaman Hudud? Siapa Zaid untuk mempertikaikan Hudud? Muftikah dia? Sahibul Samahah negeri mana?

Zaid pernah menulis buku "Saya pun Melayu". Buku itu cuba menegaskan bahawa Zaid juga Melayu dan "sayang"kan bangsanya. Namun, lihat saja tindakan dan kenyataannya yang mempersoalkan keistimewaan Melayu di tanah tumpah darah bangsa Melayu. Zaid mempertikaikan Ketuanan Melayu di Tanah Melayu. Kenyataan ini bagaikan "menafikan hak tuan rumah yang selama ini berkorban memberikan bilik-bilik dirumahnya untuk didiami secara percuma kepada orang luar yang bukan keluarganya". Cuba bayangkan. Kalaulah Zaid memberikan 5 buah bilik dirumahnya untuk didiami oleh Ah Chong, Muniandi, Gurmit Singh, Mas Joko dan Azmin dengan beberapa perjanjian. 50 tahun kemudian, anak si Azmin mempertikaikan anak Zaid sebagai "tuan rumah", apa reaksi anak si Zaid? Kalau anak Zaid hanya mengangguk, pastinya anak Zaid itu bodoh dan bangang! Dan kenyataan Zaid ini hanya menunjukkan bahawa dia boleh dikategorikan sebagai "melayu yang mudah lupa", "melayu pengkhianat bangsa" dan "melayu murtad.

Setelah pelbagai serangan Zaid Ibrahim lakukan kepada Islam dan Melayu, layakkah Zaid mewakili rakyat Hulu Selangor? Setelah Zaid menghina Islam dengan isu penggunaan kalimah "Allah", isu murtad Lina Joy dan isu Bar Council berforum mengenai pemelukan agama Islam, mahukah rakyat Hulu Selangor mengangkatnya sebagai pemimpin mereka? Tidak memalukan merekakah kelak? Bolehkah kita percaya padanya? Bolehkah kita mengamanahkan Hulu Selangor padanya? PAS sendiri pun malu untuk berkempen untuk Zaid, masihkah mahu memberikan undi pada Zaid ini? Boleh caya ke ni?

Tuesday, April 13, 2010

Hulu Selangor: Bila Maverick VS Anak Tempatan...


Hangat diperkatakan tentang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Zaid Ibrahim telah dinobatkan sebagai calon Partai Keadilan Rakyat. Manakala BN masih lagi "terkial-kial" mecari calon. Bekas Timbalan Pengerusi MIC pula sudah mengiystiharkan diri sebagai calon bebas. Rakyat Hulu Selangor siap sedia untuk mengundi. Siapa yang bakal memenangi hati mereka, hanya Allah saja yang tahu.

Siapa tak kenal Zaid Ibrahim. Seorang peguam yang memiliki firma guaman terbesar di ibunegara. Bekas Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu. Bekas Menteri Kabinet. Bekas Senator kesayangan lantikan Pak Lah dan "menantu". Dia digelar "maverick". Itulah Zaid Ibrahim. Sekali pandang latar belakangnya "cukup hebat". Bisa menggerunkan lawannya. Namun, benarkah Zaid begitu handal?

Ya. Firma Zaid mendapat kontrak guaman kerajaan yang lumayan ketika di zaman pentadbiran Pak Lah & "menantu"nya. Sekaligus Zaid dilantik menjadi senator oleh Pak Lah dan menjawat jawatan Menteri Undang-Undang. Pada masa itu, Zaid pernah Ketika Zaid menjadi Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, dia dikutuk hebat oleh anak-anak buahnya kerana amat jarang sekali menjenguk bertanya khabar mereka.

Zaid penuh konstroversi. Itu telah membuatkan dia "glamour". Zaid didakwa begitu "menyokong" Lina Joy untuk terus murtad. Zaid membantah hukuman sebat kepada Kartika & menyokong pula penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim di Herald Tribune. Zaid juga menyanggah "ketuanan Melayu". Zaid juga pernah cuba menyaman pelan melaksanakan hudud. Malah, begitu heboh di "facebook", blog-blog dan portal menyatakan bahawa Zaid "kaki botol", "alkoholik" dan sebagainya. Ada juga yang mendakwa bahawa "Zaid menogok arak sebagai sarapan pagi"nya. Benarkah begitu? Saya tidak pandai menuduh tanpa bukti. Mungkin kenalan rapatnya tahu siapa Zaid di"sebalik tabir"...

Gah sungguh Zaid Ibrahim. Hebat! Cukup bergaya dengan latar belakangnya. Malangnya, latar belakang itu dihiasi dengan "kurap", "kudis buta", "panau" dan "segala jenis nanah yang busuk". Ramai menggelarnya sebagai Melayu "murtad, walaupun dia pernah menulis buku yang berjudul "Saya pun Melayu". Dia popular dengan keburukan yang tidak sepatutnya dimiliki oleh seorang Melayu Muslim. Persoalannya, sudikah PAS dan Melayu Muslim PKR mengangkat berkempen untuk Zaid Ibrahim? Tak payah dijawab. Tanya hati kecil anda sendiri.

Dikhabarkan juga calon BN kali ini hanyalah anak tempatan yang berpendidikan tinggi. "Bagaikan langit dengan bumi", itulah bayangannya jika dibandingkan dengan publisiti dan populariti Zaid Ibrahim. Khabarnya, calon BN tersebut hanyalah insan biasa yang hanya berniat untuk berkhidmat dan berbakti untuk rakyat di Hulu Selangor. Tiada lebih dari itu. Beliau tidak lantang seperti Zaid yang terang-terangan mengkhianati menghina prinsip perlembagaan dan keistimewaan orang Melayu. Khabarnya juga dari MIC.

Tak tahulah sama ada calon pilihan Mr. Samy Vellu atau tidak. Namun, dari "hint" yang diberikan itu, kita dapat menjustifikasi bahawa "calon pilihan Samy" itu bukan anak tempatan Hulu Selangor. Biar siapa pun yang menjadi calon BN, ianya adalah tempoh percubaan sebelum hadirnya PRU 13 akan datang. Tak lama. Jika benar berniat untuk berkhidmat untuk rakyat, calon BN ini harus buktikan dalam jangka masa yang singkat ini. Jika KPInya merudum, bersedialah untuk menjadi "calon yang bakal digugurkan".

Calon Bebas? Oh Ya! Bekas Timbalan Pengerusi MIC, V.S.Chandran, yang digantung keahliannya oleh MIC telah membayar wang deposit. Tak pastilah sama ada Chandran hanya mahu melepaskan geramnya pada MIC atau lebih tepat lagi kepada Samy Vellu. Menurut pendapat beberapa rakan, Chandran sedikit sebanyak akan memecahkan sebahagian kecil undi kaum India di Hulu Selangor. Mampukah dia memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dan menyertai Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin? Maklumlah, calon bebas agak "popular" juga sejak kebelakangan ini.

Apa pun, kita tunggu saja siri kempen kali ini. Khabarnya Zahrain, Zulkifli Noordin dan beberapa ahli parlimen lompatan "gaya bebas" akan turun padang di Hulu Selangor mem"bogel"kan Pakatan Rakyat, khususnya PKR. Dr. Khir, Noh Omar, Ezam, Anuar Shaari dan beberapa tokoh politik "hardcore" Selangor juga sedang giat berceramah. Sebenarnya Dr. Khir sendiri sering mengadakan ceramah isu semasa sejak sebelum kematian MP Hulu Selangor lagi. Harap-harap pengundi di Hulu Selangor bijak memilih wakil Parlimen mereka. Harap-harap juga Ahli Parlimen Hulu Selangor yang terpilih "tidak berbau arak bila duduk dalam Parlimen" kelak. Kalau "ada bau arak" juga, pasti rakyat Hulu Selangor malu semalu-malunya! Faham-faham sendirilah...

Wednesday, April 7, 2010

RM100 - Harga Makan-Makan Bersama Pemimpin PR!


RM100! Itulah harga yang perlu dibayar untuk makan malam bersama pemimpin Pakatan "memiskin" Rakyat. Begitu mahal sekali harga yang perlu dibayar untuk makan-makan bersama pemimpin. Beralasan "untuk mengutip dana guaman", majlis makan-makan ini diadakan. Benarkah Pakatan Rakyat begitu terdesak, kering kontang kantung koceknya sehingga menagih sumbangan derma dari penyokong-penyokongnya sendiri?

Tidak menghairankan. Konsep "derma", "sedekah", "jariah", "sumbangan" dan banyak lagi "terms" yang digunapakai oleh Pakatan Rakyat untuk meraih "duit rakyat" untuk kepentingan parti mereka. Kononnya, itulah "jihad perjuangan"! "Peluh keringat" rakyat ditagih, duit ringgit rakyat diperoleh. Tanpa penyokong Pakatan Rakyat sedari, kocek mereka menjadi "tirihhh"!

Sedarkah rakyat semua bahawa Pakatan Rakyat memiliki dana yang banyak? Tahukah mereka bahawa "dewa" Anwar mampu "menarik wang" dari "langit barat"? Tidak terfikirkah mereka tentang dana ratusan juta yang dilabur oleh Pakatan Rakyat pada PRU12 yang lalu? Takkanlah gaji seorang "pensyarah jemputan" itu boleh mengumpul beratus juta dalam masa beberapa tahun? Ini memungkinkan adanya saluran "gelap" yang kaya raya membiayai perbelanjaan Pakatan Rakyat. Siapakah "penyumbang dana" tersebut? Pandai-pandailah cari sendiri...

Berapa banyak sangatlah yang dapat dikutip dari penyertaan majlis tersebut jika dibandingkan dengan keupayaan "dana sebenar" Pakatan Rakyat? Jika dihitung secara kasar, Kelab Cinta Sayang menyediakan sebanyak 100 meja maksimum dan setiap meja menghimpunkan 10 orang peserta majlis. Jika penyertaan majlis itu penuh, ianya bakal mengutip sebanyak RM100 ribu. Apalah sangat RM100 ribu dipandangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat? Cuba lihat rumah mereka, kereta mereka, gaya hidup mereka yang senang lenang, melancong ke sana sini, membeli belah sesuka hati. Lihatlah saja harga "katil & tilam" Azmin Ali yang dikhabarkan "papagomo" bernilai RM77 ribu dan RM24 ribu. Jumlahnya lebih dari RM100 ribu! Itupun jika penyertaan penuh, jika tidak penuh, mugnkin hasilnya kurang dari sasaran "penyangak-penyangak" itu. Masih lagi "meminta-minta" wang rakyat yang tidak seberapa itu??? Baik punya "wayang"...

Hakikatnya, Pakatan Rakyat terus bermain dengan "emosi". Pakatan "menipu" Rakyat ini terus memainkan minda emosi rakyat hinggakan ramai yang tertipu dengan permainan "psychology" mereka. Ramai yang sudah tersedar dari "pukauan" Pakatan Rakyat ini, namun tidak dinafikan bahawa masih ada lagi yang "membenarkan" diri mereka tertipu dek puak-puak opportunis ini. Kononnya merekalah pejuang rakyat, hakikatnya selayaknya mereka digelar "perosak rakyat"!

Biarlah! Semoga ramai lagi yang akan "celik" dengan "topeng palsu" Pembohong Rakyat ini. Kita hanya mengingatkan diri dan rakyat yang masih rasional berfikir. Dengan hanya satu malam, senang-senang saja wang hasil titik peluh rakyat "dikapur" pemimpin-pemimpin Perosak Rakyat. Kita doakanlah semoga "permainan kotor" Pakatan "pembinasa" Rakyat ini akan berakhir selepas PRU13 akan datang. InsyaAllah!

Tuesday, April 6, 2010

IPU Cabar Kedaulatan Malaysia!


2hb April yang lalu telah berlangsung satu Mesyuarat ke-122 Himpunan Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok, Thailand. Dikhabarkan juga bahawa pada mesyuarat tersebut, IPU telah "sebulat suara" mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat Anwar - Saiful, dengan hanya beralasan "kepada dua laporan perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku".

Mesyuarat yang dihadiri oleh MP dari 145 buah negara, bimbang dengan dengan penglibatan ketua pendakwa raya kes liwat part.1 kini bertindak sebagai Peguam Negara akan "merekacipta" bukti pendakwaan & menafikan hak-hak Anwar berkenaan dokumen dan bukti kes untuk pembelaan diri.

Berikutan itu, dikhabarkan bahawa IPU akan menghantar wakilnya sebagai pemerhati perbicaraan. Mungkin untuk memantau untuk memastikan Mahkamah di Malaysia berlaku "adil".

Beginikah sikap & pemikiran ahli parlimen seluruh dunia? Benarkah IPU diiktiraf dan diberi mandat oleh semua ahli parlimen seluruh dunia untuk mewakili mereka untuk menyuarakan pendirian mereka? Hairannya, kehadiran 3 orang ahli parlimen PKR di mesyuarat itu mampu mempengaruhi & memberikan resolusi IPU terhadap sistem perundangan di Malaysia, sebuah negara merdeka dan berdaulat?

Jika benarlah IPU berfikiran begini, maka IPU adalah satu organisasi yang kurang ajar, bodoh dan membuat keputusan ikut suka hati mereka sahaja! Siapa mereka untuk mempersoalkan kedaulatan undang-undang Malaysia (salah satu Rukunegara Malaysia)? Siapa mereka untuk menghakimi kes perbicaraan mahkamah sebelum kes selesai? Siapa mereka untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia? Siapa mereka untuk membela Anwar sedangkan Saiful Bukhari sebagai mangsa ditolak ketepi? Apakah kerana Saiful Bukhari itu bukan ahli parlimen seperti Anwar & mereka, maka mereka memihak kepada Anwar dan tidak menghiraukan dakwaan Saiful? Apakata mereka jika hakikatnya Anwar sememangnya seorang peliwat tegar dan Saiful adalah salah seorang mangsa serakah "rakan karib" mereka itu?

Adalah tidak adil untuk IPU menghakimi kes ini sebelum Hakim Mahkamah di Malaysia menjatuhkan hukum. Dipercayai bahawa 50 ahli parlimen Australia yang sebelum ini berkurang ajar pada kedaulatan negara menjadi dalang kepada resolusi IPU. Setidak-tidaknya, dipercayai juga bahawa kebanyakan ahli-ahli parlimen yang hadir IPU itu telah "dilobi awal" oleh "pihak berkepentingan". Pastinya mereka menafikan spekulasi ini, namun hanya "jauhari mengenal manikam". Bukannya orang tidak tahu bagaimana "sesumpah" ini meraih simpati dan sokongan antarabangsa. Habis dipusing dunia menjaja dirinya di"konspirasi"kan, sedangkan hakikatnya "dia"lah "abu jahal" sebenar! "Orang luar" bolehlah "sesumpah" bermain "wayang", tapi rakyat Malaysia memang tak payah nak tipulahhhhh...

IPU mendokong demokrasi. Demokrasi pula menghormati sistem perundangan dan hak asasi manusia. Seorang yang mendakwa dirinya dianiaya, pastinya akan disiasat. Setelah disiasat dan disabitkan kes, pastinya perbicaraan akan dilaksanakan demi keadilan pendakwaan dan orang kena tuduh (OKT). Bagitu juga kes Anwar vs. Saiful ini. Apakah tiada pembelaan untuk Saiful setelah mendakwa dirinya dianiaya? Kenapa kata Anwar sahaja mereka percaya? Apakah kerana Saiful tidak memberikan "gula-gula yahudi" kepada IPU maka IPU boleh melupakan penganiayaan terhadap Saiful? Adilkah IPU?

Resolusi IPU ini sengaja digembar-gemburkan oleh Suara Keadilan sedangkan IPU tidak pun dipandang dunia. Dikhabarkan bahawa IPU sudah sekian lama hilang kreadibilitinya dan didominasi oleh golongan ahli parlimen seluruh dunia yang bermasalah & medan melepaskan geram sahaja. Jadi, usahlah dihiraukan sangat resolusi IPU ini. IPU tidak mampu menggugat sistem keadilan dan perundangan Malaysia. Malah resolusi IPU ini akan lebih mencerminkan bahawa IPU semakin karut, tidak relevan, syok sendiri & paling ketara sebagai badan yang "boleh dibeli"!
p/s: 145 orang ahli parlimen yang hadir tu mewakili "Ahli Parlimen Seluruh Dunia" ke? Poddahhhh laaaaaaaaaa......sah-sah "syok sendiri punya statement"! Hahahahaha...

Saturday, April 3, 2010

Azizan Taichi : Rugi Melabur tu biasalah...!


Pernah saya menulis mengenai kerugian atas pelaburan salah satu GLC Kedah. Pelaburan Kedah Corporation Berhad (KCB) dikhabarkan telah mengalami kerugian sebanyak RM4 juta di Papua New Guinea. Berikutan itu, Ustaz Azizan Razak sebagai MB Kedah, merangkap Pengerusi KCB telah menafikan bahawa CEO KCB telah meletak jawatan berikutan kerugian itu.

Selain itu, MB Kedah yang "sangat berpengalaman menguruskan ekonomi" itu juga telah melantik sebuah Jawatankuasa GLC untuk membuat siasatan terperinci terhadap GLC-GLC yang bermasalah. MB Kedah itu sedang "menunggu" laporan penyiasatan Jawatankuasa GLC itu untuk menjawab persoalan mengenai kerugian KCB tersebut.

MB Kedah itu menambah...
"Untung rugi dalam sesebuah pelaburan adalah rencah ekonomi dan bukannya sesuatu yang dianggap pelik...Tidak semestinya semua pelaburan itu menguntungkan. Ada yang rugi dan ada yang untung".

Senang je jadi MB & Pengerusi GLC, kan? Untung ke, rugi ke, semua tu letak di belakang. Yang pentingnya, elaun masyuuuukkk tiap-tiap bulan. Melabur ikut suka hati, kalau untung, baguslah...boleh masuk "tabung tin PAS"? Tapi kalau rugi, maka CEO akan dipanggil "mengadap" untuk penjelasan. Lantik Jawatankuasa menyiasat GLC tu. Dapat keputusan, "tembak" mana yang patut. "Aku" tetap MB yang "hebat mentadbir ekonomi", yang bodoh tu bukan "aku". Yang bodoh seleweng sana sini tu CEO aku la kot?

"Aku" sebagai MB Kedah "relax" je. "Aku" tak perlu ambil tahu. "Aku" sebagai Chairman, tunggu je untung syarikat=syarikat GLC ni. Tak perlu risau. CEO-CEO "aku" ada sebagai "scapegoat". Kalau jadi apa-apa yang elok, "aku" letak nama aku yang paling atas. Semuanya kerana "aku hebat urus ekonomi". Kalau GLC tu rugi, "aku" akan suruh siasat & letak nama CEO-CEO tu. Depa salahhh...bukan "aku"! Aku tak payah ambil tahu pun "tak apa".

Paling sadis ialah jawapan MB Kedah mengenai pelaburan, untung & rugi. Memanglah untung rugi bagi suatu pelaburan itu adalah perkara biasa. Tapi, kalaulah pelaburan tu kerajaan BN yang buat & rugi, pastinya ianya diungkit-ungkit dalam ceramah-ceramahnya. Habis diungkit kes-kes 10 - 20 tahun yang lalu. Dikata & dikutuknya BN tak tahu melabur & menguruskan ekonomi. Dicercanya & dihamun BN dihadapan rakyat, kononnya BN seleweng dan sebagainya.

Tapi kalau "dia" yang melabur & rugi, maka akan dikatakan bahawa "itulah risiko melabur, ada untung, ada rugi..kita akan siasat". Senang je. Akan di"taichi" pada CEOnya. Rakyat takkan dengar cerita "kerajaan Azizan tak reti melabur", "kerajaan Azizan bodoh urus ekonomi negeri" & maki hamun yang selama ini dihamburkan pada BN. BN sajalah yang "buruk", Kerajaan Azizan Razak "hebat-hebat" belaka!

Ternyata Azizan Razak dan kepimpinannya bodoh mengurus ekonomi Kedah. Ini bertentangan dengan dakwaannya sebelum ini yang mengatakan "PR bijak urus ekonomi". Bijak ke kalau pelaburan yang dibuat itu rugi? Siapa pengerusinya? Pastinya "Pengerusi"nya itu seorang yang "makan elaun buta". Mungkinkah "pelaburan yang rugi" adalah "biasa" bagi kepimpinan "bijak pandai urus ekonomi" ni...kan?

Friday, April 2, 2010

Pakar Spin Northern Region Memang Lawak!


Hahahaha...Aku tergelak besaq melihat "pakar Spin" pada artikel hat ni di Kedahlanie..! Nasib baik aku tak guling2...Astaghfirullah Al-Azim...gelak banyak sangat pun tak elok gak ni...

Bukan apa...artikel tu kata...

"UMNO/BN sudah mati dengan hujah. Mereka kekeringan idea. Mereka terpaku dengan fakta. Mereka gagap serta gugup untuk ber’auta’. Mereka memang tidak layak berada di situ."..hahahahahaha....

Malah menurut kefahaman penulis artikel tu, pada pemikiran otak & IQ dia...para "YB-YB dari BN dah tak mampu tahan telinga...last depa nak zip mulut Anwar"

Hahahahaha...lagi sekali aku ketawa besaq!..Ermmmpphhh...Astaghfirullah Al-Azim...tak elok banyak ketawa ni...tapi memang aku tak buleh tahan dengan statement ni...lawak tahap dewa!

Apa punya spin la si penulis (al-brangi kalau tak silap aku)..macam ni punya spin pun ada ka? Hahahah...tapi takpa...at least artikel dia memang menghiburkan aku...hehehhee..opss...

Cam ni...apakah penulis tu tak pikiaq sebelum tulis? Cuba perati betoi2...masa perbahasan hari pertama di Parlimen...YB Zahrain tibai Anwar....kaw-kaw Anwar kena tibai...walaupun cuba di defend oleh sekutu-sekutunya, Anwar tak buleh tahan dengaq pendedahan Zahrain tu...last-last sampai keluaq dewan! Muahahahahahhaha...so sapa yang tak tahan telinga? Hahahahahaha...

Lepaih tu pulak...mai lagi Zul Noordin...Zul tak sebut nama pun...tapi "depa" yang terasa "pedaihhhhh"...pun keluaq dewan pulakkkkkk....sapa yang tak tahan telinga? Muahahahhaha...

Oleh kerana tak tahan kena balun, kena tibai, kena londeh...maka Anwar lari keluaq negeri...mungkin dia cari ketenangan macam Eli Wong lepaih gambaq tak senonohnya keluaq internet...heheheh...tak tahan telinga sampai kena keluaq negeri? Depan hangpa dia kata dia keluaq melawat obersea laaa...padahal? hehehhehe...paham2 je laaaa....

Hahahahahaa...sebab tu aku gelak sakan bila baca artikel tu...tapi tak payah heran la kalau artikel tu keluaq dari Kedahlanie..! Blog "kormesial" tu memang lagu tu...artikel apa pun buleh keluaq...asalkan buleh glemer dan bertambah2 iklan kat situ...masyukkkkk bebbb...

Dan aku ingatkan penulis artikel tu bahawa YB-YB dari BN tak pernah gentar ataupun lari keluaq dewan macam YB-YB hangpa tu...tu lari tanggungjawab tu...kerana malu kena londeh..depa sanggup tinggal tanggungjawab dari rakyat...dapat elaun beribu-ribu...tapi pasai tak tahan telinga...lari woooooo...! Lari balik ngadu kat bini ka? Hahahahaha...

Anyway...credit la untuk penulis tu dan Kedahlanie...artikel tu memang best..pakar "spin" Northern Region...hehehehhe...tahniah sebab buat aku terhibur...Tengkiu!

Thursday, April 1, 2010

Nasib Baik Ibrahim Ali tak rodok keris pada Al-Jazeera!


Ibrahim Ali baru-baru ini melenting lagi. Kali ini Ibrahim Ali melenting kepada sebuah agensi TV antarabangsa, Al-Jazeera, apabila di"provok" oleh stesen TV tersebut. Maka terkeluarlah juga perkataan "kesat" yang pernah digunapakai oleh Shanon Ahmad sebagai tajuk bukunya & di"halal"kan oleh Mursyidul "sesat" Am PAS, Nik Aziz Nik Mat. Kali ini adalah mengenai isu "DEB" yang didakwa pihak pembangkang di Malaysia dan sekutu penjahanam negara dari luar negeri, sebagai diskriminasi perkauman dan tiada kesaksamaan kaum di Malaysia. Isu DEB sebagai salah satu dasar Kerajaan sejak merdeka ini nampaknya cuba di"main"kan kembali.

Baiklah. Saya tidak mengatakan diri saya menyebelahi Ibrahim Ali mahupun golongan "tak kenang budi" yang menentang DEB di Malaysia. Sebagai bumiputera alaf baru dan lahir selepas merdeka, saya tiada hak untuk mempertikai segala keputusan yang telah diputuskan ketika para pemimpin negera memperjuangkan kemerdekaan dahulu. Namun, saya akur dan memahami intipati perlembagaan yang telah termaktub setelah majlis syura diadakan di antara pemimpin perjuangan dan pemimpin bangsa-bangsa bukan bumiputera seperti kaum Cina dan India dan sebagainya. Semuanya telah dipersetujui.

Hak Keistimewaan Bumiputera & DEB.

Ketika Tunku Abdul Rahman membuat draf perlembagaan yang akan dibawa ke London, beliau telah meminta pihak Inggeris ketika itu untuk membawa pulang kaum Cina dan India keluar dari Tanah Melayu. Alasan beliau adalah kerana pihak Inggerislah yang bertanggungjawab membawa bangsa-bangsa ini bermigrasi ke Tanah Melayu sebagai tenaga kerja mengaut kekayaan dari Tanah Melayu keluar, tanpa memikirkan kepentingan bangsa Melayu. Tunku ketika itu dilihat tidak mahu berkompromi tentang hal tersebut.

Namun, setelah berita tersebut sampai ke telinga Tun Tan Cheng Lok & Tun Sambathan, mereka berdua yang bertindak mewakili kaum Cina dan India telah bergegas menemui Tunku. Mereka merayu pada Tunku untuk tidak menghantar kembali bangsa Cina & India kembali ke tanah air masing-masing. Mereka mahu mencari rezeki di Tanah Melayu ini. Mereka merayu bersungguh-sungguh sehingga Tunku Abdul Rahman mengalah.

Namun, Tunku mengingatkan mereka bahawa kewujudan bangsa Cina, India dan beberapa bangsa lain tidak diiktiraf sebagai BUMIPUTERA di Malaysia. Mereka mestilah menghormati dan tidak sekali-kali mempersoalkan keistimewaan yang diberikan kerajaan kepada bumiputera di Malaysia. Sebagai "ihsan" untuk kerjasama membangunkan Tanah Melayu ini bersama, pihak kerajaan akan memberikan hak kewarganegaraan yang melayakkan mereka untuk bermastautin di Tanah Melayu ini. Selain itu, mereka bebas berniaga dan melakukan aktiviti sosial, termasuklah berpolitik. Tan Cheng Lock & Sambathan telah bersetuju dengan senang hati, asalkan mereka tidak dihantar pulang ke negara asal. Maka wujudlah kontrak sosial & konsep jus soli yang tidak boleh dipertikaikan oleh non-bumiputera sehingga bila-bila pun dengan jaminan oleh para Duli-Duli Yang Amat Mulia Sultan-Sultan & Raja-Raja Melayu.

Maka bertahun selepas itu, maka lahirlah DEB. DEB telah dilaksanakan sebagai mempertahankan hak-hak keistimewaan bumiputera di Tanah Melayu yang telah ditukar nama sebagai Malaysia. Dan selepas itu, maka beranak pinak bercucu cicitlah kaum Cina dan India dalam keadaan harmoni, walaupun kadangkala keharmonian itu dicalarkan oleh segelintir individu yang cemburukan Malaysia.

Jika Hak Keistimewaan Melayu & DEB dihapuskan.

Pada saya, perkara inilah yang telah cuba dilupakan oleh cucu cicit bangsa Cina dan India. Malah ada juga bangsa Melayu yang "buta" tentang perkara ini. Pada saya, mereka yang tidak tahu menghormati dan mempertikaikan hak-hak keistemewaan bumiputera seperti DEB inilah pertualang yang memecah belahkan keharmonian kaum di Malaysia. Mereka menuduh Kerajaan mengamalkan diskiriminasi, namun mereka "tidak sedar" bahawa merekalah yang "racist"! Pihak Kerajaan hanyalah mempertahankan perlembagaan dan hak-hak keistimewaan bumiputera, namun mereka terus meminta itu dan ini untuk menikmati "keistemewaan" yang bukan hak mereka. Sedangkan mereka adalah bukan bumiputera. Susah sangatkah nak faham?

Pada saya, memang benar mereka terasa bagai telah didiskriminasi. Mungkin mereka mahu keistimewaan yang sama yang telah ditetapkan perlembagaan Malaysia kepada bumiputera. Mereka mahu kesaksamaan hak. Tapi tahukah mereka bahawa mereka sememangnya tidak berhak?

Pada saya, sekiranya DEB yang menjadi salah satu pemangkin keistimewaan bangsa Melayu menjadi ukuran, maka saya mencadangkan agar semua hak kewarganegaraan ditarik balik dari bukan bumiputera dan mereka semua hendaklah dihantar pulang ke negara asal mereka. Kaum bumiputera kekal di Tanah Melayu dan hak keistimewaannya ditarik balik. Bumiputera kekal di Tanah Melayu ini sebagai rakyat asal yang berhak sebagaimana sebelum merdeka. Bukan bumiputera yang mahu meneruskan hidup di Malaysia mestilah mematuhi prosedur imigresen yang telah ditetapkan sebagaimana warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan lain-lain pekerja asing. Selain itu, ada lagi syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi. Jika ini berlaku, maka barulah saya bersetuju untuk memansuhkan DEB sekaligus kontrak sosial dan jus soli yang di"cemburui" kaum bukan bumiputera. Jika tidak, sila hormati "tuan rumah" yang selama ini sanggup berkorban.

Berbalik kepada isu Ibrahim Ali marah lagi. Pada saya, amarah Ibrahim Ali berasas. Mungkin kata-kata Ibrahim itu adalah sedikit kesat (kesat lagi Shanon Ahmad & Nik Aziz!), namun itulah jadi bila Melayu marah. Itu baru sikit. Kalau di"AMOK"nya Al-Jazeera, tak ke haru! Tak pasal-pasal "headline" Al-Jazeera bertajuk "Wartawan Al-Jazeera dirodok keris Ibrahim Ali"...ingatan saya pada semua, "jangan jolok sarang tebuan, kelak binasa badan"...