Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, March 13, 2010

Sempena "besday" PR kali ke-2.


Perutusan Nik Aziz sempena "besday" PR kali ke-2...

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.


- UMNO dah lama dah menyebarkan Islam kepada bukan Islam melalui Jakim, Perkim dan sebagainya, hatta KAGAT dalam ATM pun ada buat dakwah Islamiyah ini. PAS baru nampak? Sudahlah baru nampak, berdakwah dengan politik pulak tu! "Kalau pangkah PAS masuk syurga"??? Sapa punya syurga tu? Sapa punya "hukum" tu? "Matlamat politik menghalalkan cara"?

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno.

- Perpaduan Islam dengan Islam ditolak, perpaduan dengan "kafir harbi" disokong??? Islam PAS ajar macam tu ke???

Antaranya:

1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

- "Dhalalah"? UMNO memang berprinsip "mengasing"kan Islam dan politik. Contoh terbaik ialah isu penggunaan kalimah "Allah" yang sepatutnya tidak berlaku di Malaysia disebabkan oleh "agenda tersembunyi" oleh "agen yahudi" di Malaysia. Malah Dewan Ulama PAS pun bantah! Malah Ust. Harun Din pun kata "siapa yang sokong, maka sesat dan menyesatkan"! Itu bukan fatwa UMNO, itu dari PAS sendiri. Tapi oleh kerana Anwar say "YES", maka "demi politik", Nik Aziz sokong jugak walaupun sokongan itu "sokongan bawa rebah" kepada Islam? "Tok Guru" apa lagu tu...???

2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

- Itulah masalah PAS! Masalah peribadi yang berlaku di zaman nenek moyang mereka, UMNO pula yang disalahkan? Masa tu terjadi pergolakan dalaman PAS, maka PAS haruslah menyelesaikan masalah itu sendiri. Kalau UMNO masuk campur, nanti PAS kata "menyibuk hal rumahtangga" PAS pula. Bila PAS dah tak hormati, tidak sabar dan tidak bijak ketika dalam BN dulu, maka PAS terpaksa dikeluarkan. Jangan salahkan UMNO pula. Rasulullah dulu sangat sabar dan bijak bertolak ansur hingga tercipta "piagam madinah" dan "perjanjian Hudaibiyah", kenapa pula PAS tak boleh sabar dan bertindak bijak ketika dalam BN? Apa daaa...salah sendiri tak nampak, lepas tu nak salahkan orang...berdendam pulak tu!

3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

-Komitmen untuk terus bersama "kafir harbi", dan terus berpatah arang sesama muslim? Tak "Dhalalah" ke macam tu?

4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

- Alasan UMNO memberikan KM P.Pinang kepada Gerakan adalah agak munasabah atas simbol kemuafakatan BN, walaupun ada di antara ahli UMNO yang kurang setuju. Namun, contoh itu hanyalah satu dari banyak negeri yang ditadbir oleh BN. Tapi, PAS tu nampak sangat jadi "puppet"! Paling jelas ialah di Selangor & Perak. Di Selangor tu..dah rampas arak dah...tapi pasal Ronnie Liu tengking sekali, PAS terus "menikus". Kat Perak pulak...Nizar jadi MB, tapi Ngeh dan Nga pulak yang memerintah? Siap sanggup derhaka pada DYMM Sultan pulak tu!!! Kurang ajar betul!!! Paling ketara apabila PAS "buang" agenda dasar utama yang dilaung-laung selama ini iaitu "menubuhkan negara Islam", "nak buat hudud" dan "nak bakar kilang carslberg" di Selangor. PAS buang dasar tu semata-mata disebabkan "politik nak jaga hati DAP"? Pendirian Islam PAS ternyata goyah!

5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

- Berjaya bersama PR? "Berjaya" sampai ada 2-3 team? Golongan Erdogan dan sebagainya? "Karpal tak serang Islam"lah sebab PAS dah buang dasar "nak tubuh negara Islam" & "undang-undang hudud". Cuba cakap macam nak buat semua tu, mahunya di"seligi" Karpal & Kit Siang! Apa yang Nik Aziz maksudkan tu.."Khalifah Umar Abd. Aziz" or "Firauan kecil" kat P.Pinang tu??? Lebih elok Nik Aziz fikir dulu sebelum keluar kenyataan. Risau pula nanti ramai yang akan kata "Nik Aziz memang buta kayu"! Pasal "kafir baca Quran" tu, sila rujuk kenyataan mufti Perak. Jangan ingat dah pandai baca Al-Quran tu maka dah faham maknanya. Kalau faham, dah lama dah "diorang" masuk Islam! Apa la punya Mursyidul Am PAS, itu pun tak boleh fikir ke? Kalau cam ni, camana nak "mursyid" orang? "Mursyid" orang masuk longkang ke?

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

- Ooo...perjuangan PR tu sejajar dengan Islam ye? Islam PAS atau Islam "sebenar"? Adil untuk semua? Selama ini tak adil ke? Kalau Nik Aziz maksudkan kes Liwat Anwar tu, maka tidak adillah untuk dengar sebelah Anwar saja dan terus Nik Aziz jatuh hukum Anwar di"konspirasi" dan di"fitnah". Sepatutnya, Nik Aziz kenalah dengar dari Saiful Bukhari dulu. Barulah adil! Cakap pada "keadilan", tapi Nik Aziz sendiri pun zalim dalam kes ni. Jadi, tak payah la ingat dirinya tu "adil" sangat! Nak muntah pulak mendengarnya...

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

- Oooo..bagus tu saranan Nik Aziz kali ni. Module-module untuk program-program macam ni Nik Aziz boleh dapat dari Jakim, PERKIM dan banyak agensi kerajaan termasuk KAGAT. Maklumlah...PAS baru nak mula...

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

- Dah "sejajar" dan dah ada titik persetujuan tu dengan Kerajaan, apa kata Nik Aziz ajak PAS masuk BN? Jadikan permulaan untuk merealisasikan impian umat Islam dari "dalam". Bila dah ada "kuasa", barulah senang nak "implement" agenda-agenda Islam. Tapi kena ingatlah...bukan untuk politik PAS dan hanya untuk "Islam sebenar" sahaja tau..kalau Islam "celup" macam PAS sekarang ni, BN "reject" awal-awal...jangan nak marah merajuk nak keluar BN pulak...

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

- A'ahhh...contohnya macam Dato' Asri Muda tu...err..bukan Nik Aziz kecam arwah sebab bawa PAS masuk BN ke masa Nik Aziz muda-muda dulu...? Lagi satu...anak Kelantan maju di negeri lain dan bukan di negeri Kelantan. Kenapa? Sebab "anak Kelantan susah nak cari makan di Kelantan", itu jawapan mereka. Sedangkan Kelantan sepatutnya maju dan menjadi tumpuan kerana "kononnya" melaksanakan sistem pemerintahan Islam. Tapi..."ampeh"! Rupa-rupanya Kelantan melaksanakan pemerintahan Islam PAS, bukan Islam sebenar yang maju kehadapan...

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

- Bagus cita-cita tu, tapi tak selaras dengan perlaksanaan Nik Aziz selama lebih dari 20 tahun ni. Masih banyak lagi kes maksiat kat Kelantan. Kes "menyeberang" pun makin aktif. Kalaulah benar "dah berjaya", pastinya Kelantan dah takde dah kes-kes macam tu...hari tu kes bunuh & bakar baby pun jadi di Kuala Krai...kat mana tu? Kat Kelantan jugak, kan? Dari mana datang "baby" tu? Dari "maksiat" jugak, kan? Nik Aziz nampak or tak nampak?

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]

- BN dah lama dah praktikkan ayat Al-Quran yang Nik Aziz petik di atas. Cuma tak heboh je. Kononnya, bila Nik Aziz petik maka dia boleh menunjukkan bahawa dia "lebih Islam" dari UMNO? PAS memang terkenal dengan "memanipulasi" ayat Al-Quran mengikut "favor" dan "flavour" mereka. Masih lagi tak buang perangai "huduh" mereka tu...

Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

- Panjang usia PR? Hehehe...Nik Aziz tak nampak ke PKR yang dok jadi "dewa" dia tu dah nyawa-nyawa ikan? Dah ramai yang dah jadi bebas dan join UMNO balik. Itu pun PR fitnah "diorang kena beli". Karut betul! Abis tu Pak Cik Tapa kat belakang rumah aku yang dulu memang "die hard fan PKR" & masuk UMNO balik tu "kena beli" jugak ke? Berapa juta dia dapat? Lepas 4 bulan dia join UMNO aku tengok tak kaya-kaya pun. Dok tetap kayuh basikal dia jugakkk...

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.


- Duke...sekadar penulis picisan
bukan MB mana-mana negeri pun..

Lim Si Pin! Sila letak jawatan anda!


Difahamkan bahawa Lim Si Pin, Ketua Pemuda Gerakan telah mengetuai satu deligasi lawatan ke sebuah syarikat akhbar Cina perdana iaitu Sin Chew Daily. Menurut Lim Si Pin, "Maruah hanya boleh dikembalikan dengan keluar Barisan Nasional" dan "kini masa terbaiknya untuk Gerakan keluar dari BN". Alasannya, "senario tidak berubah, BN juga tidak berubah. Sudah tiba masanya untuk tinggalkan BN". Namun, Lim Si Pin "tidak berani" untuk bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan akhbar itu sebagai "Ketua Pemuda Gerakan" dan menyatakan bahawa kenyataan itu adalah "pandangan peribadi"nya sendiri.

Apa maksud Lim Si Pin dalam kenyataan akhbarnya itu? Apakah keanggotaan Parti Gerakan di dalam Barisan Nasional sejak sekian lama dianggap sebagai "tidak bermaruah"? Apakah semua parti-parti komponen yang menganggotai BN tidak bermaruah? Apakah dengan menyertai Pakatan Rakyat maka barulah partinya itu boleh dianggap bermaruah?

Mari kita imbau kembali bagaimana Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat yang kini di ketuai oleh "khalifah firaun kecil" Guan Eng. Berapa kerusi DUN yang hilang dari tangan Gerakan? Koh Tsu Koon sebagai Presiden parti Gerakan juga tumbang pada PRU12 yang lalu. Jika diikutkan pada KPI Gerakan di Pulau Pinang, sepatutnya Koh Tsu Koon mungkin tidak dapat merasa jawatan Menteri. Namun, nasib baiklah BN yang diketuai oleh Dato' Seri Najib yang mementingkan dan menghormati perkongsian kuasa politik BN masih mahu "memberi muka" kepada presiden parti Gerakan untuk dilantik menjadi Pak Menteri. UMNO masih lagi menjaga "maruah" Gerakan di pandangan rakyat dengan perlantikan Koh Tsu Koon itu.

Apabila Lim Si Pin menyatakan "pandangan peribadi"nya "kini masa terbaiknya untuk Gerakan keluar dari BN", ini telah menunjukkan pendirian sebenar dirinya sebagai Ketua Pemuda Gerakan. Apakah ini corak pemikiran peribadi yang sepatutnya dimiliki oleh seorang Ketua Pemuda parti komponen? Sepatutnya, Ketua-Ketua Pemuda ini mengembalikan maruah BN yang "tercalar" oleh pembohongan dan fitnah pembangkang. Bukannya mengeluarkan kenyataan akhbar sebegini yang mendakwa penyertaan partinya di dalam BN sebagai "tidak bermaruah"! Apakah ini ciri-ciri peribadi seorang Ketua Pemuda parti komponen BN? Lainlah Lim Si Pin ini hanyalah "ahli biasa" yang melawat akhbar, pastinya kenyataannya tidak mencetuskan sebarang isu.

Lim Si Pin mendakwa bahawa "senario tidak berubah, BN juga tidak berubah". Apakah Lim Si Pin ini "tidak hidup" di era Pak Lah dan "baru hidup" di era Dato' Seri Najib? Tidakkah dia melihat gelombang kebangkitan BN, terutamanya UMNO, berevolusi dengan gagasan dan dasar yang lebih bijak? Apakah dia tidak melihat bagaimana PKR yang sedang "tenat" kini akibat di serang oleh rakyat yang ditipunya pada PRU12 yang lalu? Apakah dia sebagai Ketua Pemuda Gerakan tidak melihat perubahan demi perubahan yang dibawa oleh BN? Lihatlah saja bagaimana komitednya Dato' Seri Najib membersihkan "selut lumpur" yang ada pada BN, apakah Ketua Pemuda Gerakan hanya "tidur" di rumah dan tidak bekerjasama dalam perubahan BN ini? Dia yang "lena", tapi dok tuduh "bahtera tak bergerak"! Tidur kaaa???

Saya mempertikaikan kenyataan Lim Si Pin yang hanya mahu di"quote"kan sebagai "kenyataan peribadi" dan bukan atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda Gerakan. Sepatutnya, jika Lim Si Pin mahu mengeluarkan kenyataan "peribadi", mengapa dia mengeluarkan kenyataan itu pada wartawan Sin Chew Daily? Sedangkan dia tahu akhbar itu akan menyiarkan kenyataannya di dada akhbar ke seluruh Malaysia. Walaupun dia menegaskan bahawa kenyataannya itu sebagai kenyataan peribadi, sepatutnya dia perlu tahu "kenyataan bagaimana yang sepatutnya" diberikan pada akhbar. Kalau mahu menyatakan kenyataan peribadi yang "tidak berprinsip" itu, sepatutnya dia hanya meluahkan keluhannya itu pada "isteri"nya sahaja. Barulah peribadi dan tidak menimbulkan sebarang isu. Itupun sudah menunjukkan Lim Si Pin tidak mempunyai ciri-ciri "peribadi" yang patut dimiliki oleh Pemuda Gerakan dan elok keluar parti je...

Patutlah hanya pihak UMNO dan beberapa parti komponen lain sahaja yang bermati-matian membela nasib rakyat dan memperjuangkan BN di Pulau Pinang. Agaknya Pemuda Gerakan "tidur berdengkur" di Pulau Pinang, takut bercampur dengan "ikatan" yang mencemarkan "maruah"? Lim Si Pin itu memang "tak sedar diri" dan "kacang lupakan kulit". Sepatutnya, Lim Si Pin mengeluarkan kenyataan ini ketika Koh Tsu Koon mentadbir Pulau Pinang. Sepatutnya Lim Si Pin mendesak Gerakan keluar dari BN ketika Kheng Yaik menjadi Presiden Gerakan, ketika BN memerintah, dan ketika dirinya sedang "selesa" ketika itu. Tapi, ketika BN susah "tidak lagi memerintah Pulau Pinang", maka Lim Si Pin berpendirian sebegini? Alangkah "murah"nya pendirian Lim Si Pin. Macam ini pun boleh menang Ketua Pemuda Gerakan ke???

Dari itu, saya mendesak agar Koh Tsu Koon mengambil tindakan Lim Si Pin di atas "keperibadian"nya yang tidak mencerminkan diri sebagai seorang pemimpin pemuda parti komponen yang "boleh diharap" oleh BN. Mungkin jika dibiarkan, Lim Si Pin berpotensi untuk mensabotaj parti atau sekurang-kurangnya "tidur lena" dikala BN sedang berusaha mengembalikan kekuatan dan kekukuhannya di persada politik negera. Lim Si Pin harus bertanggungjawab dengan kenyataan peribadinya. Jika dirinya tidak suka berada bersama BN, sila keluar parti dan lepaskan semua jawatan partinya kerana partinya adalah salah sebuah parti komponen BN. Dia yang patutnya "memisahkan diri" dari BN dan "bukan Gerakan". Lainlah Koh Tsu Koon yang "bersuara". Bodoh punya Ketua Pemuda! Mungkinkah patut didesak letak jawatan sebagaimana Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini? Mungkinkah sudah ditakdirkan bahawa Ketua-Ketua Pemuda se"batch" dengan Khairy tidak berkualiti dan tidak bermaruah? Pada saya, kalau tak mahu letak jawatan juga, memang "tak tahu malu" dan tunggulah pemilihan akan datang...baru tahu langit tinggi rendah!

Monday, March 8, 2010

Helah Azizan Di Kedah!


Baru-baru ini, sedang menyelak-nyelak akhbar Utusan Malaysia, saya tertarik dengan ruangan temubual wartawan Zainul Azhar Ashaari mewawancara Menteri Besar Kedah, YB Datuk Seri Azizan Razak. Di antara isi temubual tersebut berkisar mengenai isu-isu negeri Kedah seperti "Azizan tak buat apa-apa", "isu air" dan "isu manifesto PAS ketika PRU12".

Zainul Azhar seakan-akan cuba melakukan "provokasi" terhadap Azizan Razak apabila menimbulkan isu "Azizan tak buat kerja apa-apa". Lantas Azizan "terpanggung" dan menyuruh Zainul pergi "perembang" (tinjau) di kawasan Kuala Ketil. Azizan memang berbangga dapat melaksanakan projek "kampus baru Kolej Universiti Insaniah". Memang benar. Kampus baru Kolej Universiti Insaniah itu projek Kerajaan PAS Azizan Razak. Namun, Azizan sedikit pun tidak memberikan kredit kepada "pengasas penubuhan" Kolej Universiti itu. Siapakah yang menubuhkan Koleh Universiti itu dan dimanakah letaknya? Bukankah letak kampus asalnya ialah di kawasan perumahan yang bakal di sita bank hasil ehsan Kerajaan Negeri PAS? Sekadar menyambung perkara baik yang BN mulakan, siapa pun boleh!

Tapi, takkan setakat kampus baru yang hanya digunapakai oleh segelintir rakyat Kedah, maka Azizan boleh "mendabik dada"? Apa lagi jasa dan kerja Azizan selama jadi MB di Kedah? Satu sahaja? Satu sahaja pembangunannya jika mahu dibandingkan dengan pembangunan-pembangunan yang telah BN laksanakan. Itupun Azizan tidak malu untuk meneruskan projek-projek BN termasuklah projek penapisan minyak di Yan yang dahulunya ditentang keras oleh puak-puak PAS? Dulu tentang, sekarang kenapa teruskan pula?

Pada isu "takdak ayaq" di Kedah, Azizan dengan "selamba"nya mengatakan bahawa masalah "air tiada" merupakan "masalah biasa" yang melanda Kedah setahun sekali. Dan Azizan mengatakan bahawa pentadbirannya kurang pengalaman mengatasi masalah ini memandangkan bahawa ini adalah "pertama kali" mereka mentadbir Kedah. Sekali lagi saya akui perkara ini. Memang di Kedah akan dilanda kemarau setahun sekali. Namun, ketika BN memerintah, BN sentiasa prihatin dan "beringat" tentang perkara ini. Lori air dan pelbagai mekanisma untuk membantu rakyat telah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini kerana BN sedar bahawa air merupakan kemudahan asas kehidupan rakyat Kedah. Tapi Kerajaan Azizan Razak pula gagal mengatasinya dengan alasan "pertama kali"? Apakah Azizan tidak maklum bahawa Kedah akan dilanda kemarau setahun sekali? Apakah perkara ini "baru" kepada Azizan? Apakah Azizan tinggal di Australia atau UK selama ini sehingga tidak tahu "kebiasaan" di negeri sendiri? Apa punya jawapan la MB ni...reti ke tak reti ni? Sadis sungguh jawapan...

Bila ditanya mengenai "manifesto PAS PRU12", Azizan mengatakan bahawa pentadbirannya telah melakukan "lebih" dari manifesto yang dibentangkan pada PRU yang lalu. Malah mengakui bahawa setelah dia mentadbir, "baru"lah dia sedar bahawa tak semua benda yang dimanifestokan itu mampu dilaksanakan. Azizan dengan "bangga"nya mengakui bahawa selama ini "tidak tahu" bahawa manifestonya itu dulu tidak boleh dilaksanakan! Apa punya pemimpin la macam ni! Menipu rakyat! "Telan rakyat hidup-hidup"! Cuba bayangkan. Bayangkan jika BN berjanji sakan pada rakyat Kedah. Janji-janji manis seperti RM10,000 hadiah kepada anak Kedah yang berjaya ke Universiti, "parking free" di mana-mana sahaja di dalam Kedah, bantuan beg sekolah dan baju sekolah kepada yang layak, rumah percuma kepada rakyat Kedah yang berpendapatan RM1000 sebulan, air dan elektrik percuma seumur hidup, elaun suri rumah RM500 sebulan, sebuah kereta percuma untuk setiap keluarga di Kedah dan mengerjakan haji secara percuma untuk anak Kedah. Pergggghhh!!! Pastinya BN akan memerintah! Tapi lepas menang PRU, BN terangkan pada rakyat Kedah bahawa tak semua manifesto itu boleh dilaksana. Hanya "bantuan beg dan baju sekolah untuk yang layak" sahaja yang boleh dilaksanakan, yang lain kerajaan negeri tak mampu". Apa rasa rakyat? Apa rakyat akan kata? Penipu! Nampak sangat PAS penipu! Nama saja parti Islam, tapi berbohong pada rakyat Kedah! Lidah bercabang, madah berhelah!

Dari Pejuang Bangsa, berubah ke Pejuang Politik!


Tak di sangka-sangka, cempedak menjadi nangka. Nampaknya Pak Samad kita ni dah tukar profesyen. Dah join politik dahhhh! Siapa tak kenal Pak Samad dengan identiti "janggut panjang"nya. Pak Samad merupakan di antara yang pernah dijulang sebagai sasterawan negara dek kerana penglibatannya di dalam bidang penulisan bahasa Melayu suatu ketika dahulu. Novelnya yang berjudul "Salina" begitu popular di suatu masa dahulu.

Tapi itu dahulu! Pak Samad sudah berubah nampaknya. Mungkin Pak Samad sudah mula berubah sejak Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Dengan menggunakan "PPSMI" sebagai "alasan", Pak Samad dilihat begitu "aktif" menaiki pentas parti politik pembangkang. Malah Pak Samad juga dilihat sanggup menyertai demo jalanan anjuran parti politik pembangkang. Bila ditanya alasannya, Pak Samad dengan selambanya mengatakan bahawa dia hanya memperjuangkan Bahasa Melayu yang di"chenta"nya, tanpa sebarang kepentingan politik. Begitu dalam sekali "chenta"nya pada Bahasa Ibunda kita!

Namun dari gerak gayanya, mungkin ramai dari kita "faham" akan "kecondongan" Pak Samad sejak naik ke pentas politik. Nampaknya "minat"nya terhadap politik semakin tumbuh bercambah bak "cendawan". Terbaru diberitakan bahawa Pak Samad akan kembali naik ke pentas bersama-sama Mat Sabu yang terkenal sebagai pencipta dan pemberi gelaran "Al-Juburi" kepada Anwar Ibrahim. Pak Samad akan bergandingan bersama Mat Sabu untuk satu ceramah perdana di sebuah sekolah pondok yang mendapat bantuan kerajaan (tak tahulah bantuan itu dari Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri). Tak apalah. Tapi, mungkinkah tajuk ceramah itu bakal berbunyi "Dari Pejuang Bahasa bertukar kepada Pejuang Politik"?

Nampaknya Pak Samad "kurang" ikhlas memperjuangkan bahasa sebelum ini. "PPSMI" yang dijadikan "alasan" hanya tinggal alasan. Sebelum ini saya pernah mempersoalkan Pak Samad untuk turut sama menggesa agar "hanya bahasa Melayu" diguna ajar di semua sekolah kebangsaan termasuklah SRJ Kebangsaan. Namun, nampaknya Pak Samad "tak berani". Mungkin nak jaga hati "Kit Siang dan Guan Eng" kot?

Tak apalah, Pak Samad. Selamat menceburi bidang baru. Politik bukanlah semudah bidang bahasa, Pak Samad. Silap hari bulan, "ada yang kena liwat"!. Khuatir juga saya jika Pak Samad yang sudah "senja" pula akan mendakwa mangsa liwat yang seterusnya. Entahlah. Hanya Allah sahaja yang bakal menentukan masa depan Pak Samad di pentas politik. Harap-harap, sekurang-kurangnya suatu hari nanti Pak Samad akan sedar bahawa Pak Samad "pernah" tertewas di"manipulasi" oleh politikus pembangkang!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!