Saturday, March 27, 2010

Nik Aziz nak pencen? PAS berani teruskan UG?

DS Najib : Semoga mu cepak sembuhhh...
Nik Ajis : Semoga mu pecoh perukkkk...
-teka dialoq...heheh..-


Bahawa terdengarlah arakian tentang perihal "Memanda Menteri Besar" di sebuah negeri yang menerima jolokan "serambi mekah". Sekian lamanya Memanda itu memegang tampok pentadbiran negeri Cik Siti Wan Kembang, maka terdengarlah sepoi-sepoi bahasa akan pengunduran Nik Aziz Nik Mat, seorang "bekas ustaz sekolah menengah" yang kesekian kalinya bertukar "profile" sebagai "politician".

Sementelah itu, perkhabarannya mengisahkan tuan ampunya diri akan mengundurkan diri dari terus berkuasa sebagai "mursyidul am" PAS. "Mursyidul Am" PAS ini dikatakan semakin hari semakin uzur dalam memberikan tunjuk ajar kepada para penganut agama PAS. Dengan fatwa-fatwa mazhab Al-Pok Nik Al-Azizi, tunjuk ajarnya dikatakan semakin menyimpang dari jalan yang lurus dan terhoyong hayang menuju ke longkang...

Mungkin dengan alasan kesihatan yang kurang elok, maka Nik Aziz berniat mengundur diri? Atau mungkin Nik Aziz sudah kehilangan pengaruhnya di kalangan juak-juak PAS? Dan pastinya, di dalam sketsa awal pengunduran seorang "bekas guru agama" ini, ada sesetengah pihak yang tersenyum!

Pada perkiraan saya, mereka yang akan tersenyum ialah Hj. Hadi, Nasaruddin Mat Isa, Ust. Harun Din, Taib Azamuddin dan Harun Taib. Tambahan pula sebilangan dari tokoh-tokoh PAS ini pernah diherdik "Tok Guru" agama PAS tersebut. Pihak inilah yang menyokong kuat "kerajaan perpaduan" di antara PAS dan BN.

Nasaruddin misalnya, pernah dikutuk Nik Aziz dengan pelbagai tohmahan secara terbuka. Namun, atas dasar parti, Nasaruddin kelihatan lebih selesa berdiam diri dari membalas kutukan "musyidul am" PAS itu.

Ust. Harun Din juga misalnya, pernah diherdik dan kertas kerjanya dilempar bagai sampah oleh Nik Aziz. Tahu "kertas kerja" apa? Dikhabarkan bahawa kertas kerja itu adalah hasil kerja Majlis Syura PAS yang mencadangkan penyatuan umat Islam di dalam satu gabungan parti politik di Malaysia. Lebih kurang macam UG lah maknanya. Begitu "sombong"nya Nik Aziz! Majlis Syura PAS yang dianggotai oleh barisan ulama PAS pun di"tong sampah"kan.

Nampaknya seorang manusia yang digelar "Tok Guru" oleh penyokong fanatiknya ini telah menolak satu kertas kerja murni dari barisan ulama PAS sendiri. Mungkin dalam agama Nik Aziz, "syura" tidak wujud. Mungkin sifat ego & "arrogant"nya sebagai mursyidul am PAS telah "mengharamkan" dirinya untuk tunduk kepada sebarang cadangan demi perpaduan ummah Islam Melayu di Malaysia. Begitu sekali "benci"nya Nik Aziz pada UMNO dan BN. Apakah ini akhlak yang diajar oleh Baginda Rasulullah S.A.W? Rasanya Nik Aziz sudah melampaui batas.

Namun, di atas menghormati satu organisasi siasah, golongan ulama ini terpaksa mendiamkan diri menghadapi Nik Aziz yang telah bertukar menjadi "anak didik" Anwar Ibrahim. Namun, saya tidak ragu bahawa para ulama PAS ini selalu berdoa agar usul kertas kerja mereka itu dimaqbulkan Allah S.W.T. Kalau dilawannya Nik Aziz, makin teruk pula Nik Aziz "meroyan". Kalau dibantahnya Nik Aziz, kelak akan dituduh "agen UMNO", "balaci UMNO" dan sebagainya. Mungkin para ulama ini telah memilih untuk mendiamkan diri dari terus melayan cercaan Nik Aziz dan konco-konconya.

Dan pada pandangan saya, ada juga yang mencebik dan "cemas" sekiranya Nik Aziz benar-benar berundur seperti Husam, Kamaruddin Jaafar, Khalid Samad dan tokoh-tokoh PKR seperti Anwar Ibrahim dan sebagainya.

Pastinya mereka mencebik dan cemas! Maklumlah selama ini, hanya Nik Azizlah yang menjadi sandaran puak-puak PKR ini. Ketika mana hari pertama perbicaraan liwat "Dewa" Anwar Ibrahim, Nik Aziz sanggup hadir meskipun dalam keadaan kurang sihat. Nik Aziz lebih "rela" mengadap Anwar dari Tuanku Sultan Kelantan yang sedang gering di Singapura walaupun pernah dipanggil oleh pihak Istana. Dan kini, Nik Aziz bakal hilang. Tunggul tempat berpaut sudah reput dan bakal rebah menyembah bumi. Bumi yang pernah bernama Tanah Melayu ini!

Erdogan pastinya cemas. Nampak gayanya, kepimpinan ulama semakin mendominasi PAS berbanding kumpulan erdogan seperti Husam. Jika PAS dipimpin golongan ini, erdogan pastinya risau jika "kertas kerja" yang pernah di"tong sampah"kan itu akan muncul semula. Mungkinkah PAS bakal keluar dari Pakatan Rakyat setelah di"buli" hebat oleh PKR dan DAP di beberapa negeri seperti Perak, Selangor dan Pulau Pinang?

Imej PAS begitu buruk di mata rakyat akibat teruk di"keronyok" oleh "firaun-firaun kecil" dari PKR dan DAP. Bukan se"ekor" dua "firaun-firaun" ini, malah dikhabarkan ramai sekali dan bergerak secara halus seperti "syaitan yang menyusup masuk ke pembuluh darah umat Muhammad S.A.W". Hinggakan ramai ahli-ahli PAS yang marah dan "fed-up" dengan kerjasama PAS, PKR dan DAP ini. Hubungan haram (tidak berdaftar) ini lebih di"aula"kan berbanding dasar perjuangan Islam PAS. Hudud di"buang", "negara Islam" dinafikan, malah arak yang sudah dirampas pun dikembalikan! "Itu sudah melampau!" kata mereka.

Jika benarlah "bunga-bunga" perpaduan umat Islam Melayu di Malaysia ini sudah berputik, apakah PAS bersedia keluar dari Pakatan "menipu" Rakyat ini? Dan apakah PAS sedia berunding secara ikhlas dengan UMNO dan BN untuk bersatu di dalam agenda "kerajaan perpaduan"? Pastinya "kerajaan perpaduan" menjadi "hadiah istimewa" bagi seluruh umat Islam Melayu di Malaysia kerana ianya merupakan "tautan kembali" sebuah ikatan persaudaraan yang amat dituntut oleh agama Islam. "Dosa" 50 tahun yang lampau akan "bersih" semula. Namun, mampukah PAS menyahut salam ukhuwah itu? Semoga "carik-carik bulu ayam, akhirnya PAS dan UMNO bertaut kembali...

Tuesday, March 23, 2010

Teguran terbuka kepada Puteri UMNO Kedah...

Inilah Norasimah Md Nowar, Ketua Puteri UMNO Kedah...

Salam 1Malaysia semua...

Sudah lama saya perhatikan. Sudah lama saya berbincang, berdebat dan bertengkar. Sudah tiba masanya untuk saya memberi teguran ikhlas kepada kakak-kakak & adik-adik Puteri UMNO di Kedah. Itu pun kalau nak terima teguran laaaa...

Shima telah dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO Kedah. Hormatilah keputusan itu walaupun saya tahu ramai yang berpendapat bahawa Shima bukanlah yang terbaik untuk mengetuai Puteri UMNO Kedah. Ramai yang mempersoalkan kepimpinan, pengaruh, potensi dan gaya keterampilan Shima sebagai Ketua Puteri Kedah. Ya, saya tidak nafikan tentang sedikit sebanyak persoalan itu. Namun, harus juga diingat bahawa amanah ini telah diberikan kepada Shima tanpa disangka-sangka oleh tuan yang empunya diri. Tidak diminta pun untuk menjadi Ketua. Namun, takdir qadha dan qadar Allah, haruslah diterima dan mungkin ada hikmah disebalik perlantikan Shima itu.

Saya telah menerima banyak rungutan dari sebilangan Ketua Puteri UMNO Bahagian tentang Shima. Malah rakan-rakan G5 Shima lebih teruk dikritik. Kebanyakkannya terlalu negatif. Mengapa jadi begitu? Mengapa dari sejak perlantikan Shima, pelbagai rungutan diterima. Dan mengapa selepas Shima mengumumkan G5nya, kepimpinan Puteri UMNO Kedah hebat sekali dikritik sama ada diblog mahupun di luar blog. Teruk sangatkah Shima?

Sebenarnya, pada saya, pemilihan Shima sebagai Ketua Puteri UMNO Kedah adalah TEPAT. Bukan berlaku "sacarstic" kali ini. Ini adalah kenyataan. Profile Shima adalah bersih selama ini. Walaupun kurang menonjol, harus diingat bahawa Shima begitu konsisten mengetuai Puteri UMNO Sik. Pelbagai program telah dijalankan di Sik sebelum ini. Ramai orang mempersoalkan mengapa Shima adakan program di Sik sahaja? Jawapan yang paling tepat pada saya adalah kerana Shima dan G5nya tidak mendapat kerjasama yang erat & ikhlas dari mereka-mereka yang kurang senang dengan perlantikannya.

Berilah Shima peluang untuk membuktikan kepimpinannya. UMNO sedang bergelar "pembangkang" di Kedah. Berilah kerjasama padanya. Buangkan ketepi sikap dan prasangka negatif padanya. Bila Ketua Puteri nak buat program, tak mahu berikan kerjasama. Bila buat program di Sik sahaja, orang mengata pula. Habis tu? Bila nak selesai? Bila nak bersatu padu ni? Janganlah dok ikut perangai budak-budak...

Saya tidak menafikan bahawa kebanyakan G5 mempunyai kurang pengalaman memegang tampuk kepimpinan di peringkat negeri. Jadi, bantulah depa! Ada yang kurang matang, ada yang kurang pengalaman dan ada juga yang kurang reti buat kerja. Berikanlah sedikit pengalaman pada depa. Ajarlah mereka untuk menjadi matang. Ajarlah mereka untuk buat kerja. Bantu depa! Bukan kutuk!

Sebelum ini, saya sengaja men"jolok" isu. Maafkan saya. Bukan saya berniat "busuk". Saya cuma nasihat. Saya cuba cara baik, tapi tak jalan. Saya keraskanlah sikit "method"nya, ada pula yang "sentap"! Hakikatnya, sama saja. Sama ada kumpulan kepimpinan utama Puteri UMNO Kedah dan Ketua-Ketua Puteri UMNO Bahagian, masing-masing ada kesilapan masing-masing. Cuma "ego" sahaja yang tidak mahu mengalah!

Pada kepimpinan Puteri UMNO Kedah, saya nasihatkan agar cepat-cepat berusaha memantapkan lagi barisan kepimpinan. Yang mana ada jawatan tu, buangkanlah niat tersirat "ada udang di sebalik batu". Ikhlaslah bantu Shima dan Puteri UMNO Kedah. Tunjukkanlah sifat seorang pemimpin yang matang, dan jangan cepat melenting, melatah dan emosi. Belajarlah dari pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Kak Sue, Kak Hanim, D'Seri Azalina, Noraini dan sebagainya. Tapi ambillah yang baik sahaja, depa pun bukan "perfect".

Ajarlah puteri-puteri UMNO Kedah tentang jati diri, sayangkan Islam, Anak Bangsa dan Tanahair. Aktiflah bertemu dan melakukan aktiviti yang memberikan manfaat, jangan dok bercuti melancong nak seronok saja. Kurang manis dilihat anak-anak buah. Ingatlah, PRU13 sangat hampir dan Puteri UMNO Kedah harus ingat bahawa jika UMNO Kedah gagal merampas Kedah kembali ke tangan BN, maka kepimpinan Puteri UMNO Kedah juga akan turut bertanggungjawab. Pada ketika itu, kalau ada rasa malu dan tanggungjawab, pastinya akan meletak jawatan sebagaimana yang dilakukan oleh Tan Sri Sanusi Joned suatu ketika dahulu. Atas kekalahan Kedah di beberapa kawasan dan masih menang 2/3 DUN, Tan Sri Sanusi malu dan sanggup letak jawatan atas rasa tanggungjawabnya pada kemerosotan undi di Kedah. Jadilah insan bermaruah seperti itu...

Kepada mereka-mereka yang selalu merungut kurang senang dengan kepimpinan Puteri UMNO Kedah, belajarlah menghormati keputusan parti. Belajarlah menghormati Shima sebagai Ketua Puteri UMNO Kedah yang baru. Sudah 2 tahun, kalau kakak-kakak & adik-adik tak mahu berikan kerjasama dan sokongan kepada Shima, siapa dan bila lagi? Sanggupkah kalian melihat Puteri UMNO Kedah terus suram? Dimana serikandi puteri UMNO di Kedah? Sudah-sudahlah mengutuk dan mengumpat. Tiada faedahnya. Kalau nampak kurang dimana-mana, alangkah baiknya jika dapat ditegur. Namun harus diingat, "cara" teguran tu mestilah "berhikmah" dan kena pada caranya. Kenalilah Shima dan kepimpinanya, kenali hati budinya, insyaAllah Puteri UMNO Kedah akan bertaut kembali...

Berilah sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Shima. Kalau tak kasihankan Shima, kasihankanlah rakyat yang semakin menderita dibawah pemerintahan karut Pakatan Rakyat. InsyaAllah, UMNO akan membela rakyat Kedah yang semakin tersepit. Bantulah Shima untuk menjayakan Puteri UMNO Kedah. Buang persepsi buruk kalian terhadap kepimpinan Shima. Shima tak "lembap", mungkin kalian yang telah "melembapkan" kepimpinannya. Buanglah yang keruh, ambil yang jernih. Kalau kalian terus begini, asyik nak beri kritikan yang meruntuhkan, pastinya Puteri UMNO Kedah akan terus merudum ke bawah. Letaklah siapa sekali pun, pastinya akan "lingkup" jua. Harap bantulah Shima dan UMNO Kedah...PRU13 dah semakin hampir...

Sunday, March 21, 2010

Sorang G5 Puteri Kedah nak "saman" Duke pasai "copy" gambaq kat blog dia? Muahahahahahaha...


Maafkan aku sebab sebok dalam 2-3 hari ni tak sempat nak publish komen hangpa semua...aku dah publish dah pun...actually...masa aku tulih posting kali ni...aku berada di atas KAPAL CRUISE MEWAH 18 TINGKAT yang aku baru beli 2-3 hari lepas..aku dok test la KAPAL ni...buleh jalan ke tidak...hehheh..maklum la...3-4 hari lepaih, budak suruhan aku kata SAHAM AKU MENINGKAT KEPADA 90 BILLION!...So aku tangkap la sebijik KAPAL ni...heheh..hasil duit menulis di Blog! Muahahahhaha....aku kayooo..!!!

4 bulan lepas, aku dah beli satu building Pent House mewah kat tengah-tengah KL...tu semua sebagai preparation untuk Pemilihan UMNO akan datang...lepas tu, aku ada beli 7-8 buah mansion kat UK & 7-8 buah mansion kat US dan Europe...semua tu untuk semua perwakilan yang undi "on favor" kat aku...tu semua hasil duit tulih blog! Aku kayoooo...!!!

3 bulan lepaih, aku ada order 100 buah ferrari, lambo, mesarrati, BMW X6, Bentley, Rolls Royce & Brabus...tak tau la dah sampai ke belom...nanti aku check ngan PA aku..maybe dah sampai kot...maklum laa...ada duit lebih...hasil tulih Blog jugak tuuuu...! Muahahahahaha....

2 bulan lepaih, aku ada hired 2000 orang staff kerja bawah aku...semuanya aku bayaq gaji sorang USD1 million...alaaa...apa sangat kalau nak bawak keluaq USD2000 million sebulan...tak luak pun duit aku...maklum la...next week Obama & Abdullah kata nak kat aku USD900 trillion...hasil tulih blog jugak tu....kaya la akuuu....

Ishhh...nak tulih ka semua duit & harta aku kat sini? Ishhh..panjang sangat pulak nanti...banyak lagi aku tak habaq ni...nanti income tax ligan aku pulak! Alaaa...tu semua hasil dari tulih bloq jugak tu....kaya? Ermmm...relax laaa...apa ada pada "kaya"? hehehehhe....banyak lagi yang nak bagi "elaun" kat aku ni...ada jugak yang nak offer "jawatan" Director laa...CEO laaa...macam-macam depa nak "offer" aku...ada jugak yang aku "reject"...bukan apa...risau kalau aku jadi "riak" pulak nanti...

Harta-harta semua ni adalah hasil dari "elaun" yang orang bagi kat aku tulih blog...kaya ka? hehehehe...Blog aku ni...satu dunia baca...Obama baca, King Abdullah baca, Tun M baca, Woltfowitz baca, Santos baca...ishhh...malas la naik sebut..."riak" pulak nanti...hehehhe....depa la yang sponsor aku selama ni...kaya woooooo....! Manyak duit!
____________________________________________________________________________________

*Actually, semua yang aku tulih kat atas tu semuanya palsu dan "muhong" belaka...sapa la nak bagi "elaun" or sponsor blog aku ni...blog aku ni tak sehebat blog Detguaq or blog-blog politik lain pun...cuma aku nukilkan disini atas pertimbangan aku sebagai memperjuangkan Islam, Anak Bangsa Melayu dan Tanahair...

Takdak seduit pun "depa" sponsor sebagaimana yang didakwa oleh salah seorang G5 Puteri pada entry di bawah...hehehhe...dia nak saman aku sebab amik gambaq kat blog dia? hehehe...saman laaa...ada aku kesahhh??? Hahahaha...bukan apa...sebenaqnya dia marah pada entry aku di bawah tu...dia marah sebab dia TAK MAMPU NAK JAWAB tulisan aku yang "sacarstic" tu...dia tak dapat terima hakikat...masih lagi dalam "denial sindrom"...

Anyway, aku cuma perlu "kepastian" sama ada tulisan aku kat bawah tu "betul" atau "tidak"...gaya penulisan seperti itu selalunya dapat dijawab oleh individu yang mampu memimpin seperti Shima dan Shima sudah membuktikan bahawa dia adalah pemimpin Puteri yang tulin dan sangat layak!

Manakala ada beberapa G5 yang hanya mampu menjawab dengan kutukan dan serangan peribadi...apakah ciri-ciri seperti itu dimiliki oleh pemimpin UMNO yang akan datang? Nasihat aku...berubahlah! Anda semua masih lagi dalam proses "pemimpin UMNO in making"...belajarlah dari kesilapan dan ubah mana yang tak elok tu! Dalam lapangan politik Malaysia yang semakin mencabar ini & Kedah berada di tangan PR, semua pemimpin UMNO tak kira Puteri, Pemuda atau Wanita perlu memiliki IQ dan kematangan berpolitik yang hebat dan berpandangan jauh...berubahlah sebelum "nasi menjadi bubur" & anda menjadi "laibiliti" untuk organisasi keramat bangsa seperti UMNO!

Aku ikhlas menegur...kalau nak terima, terimalah....kalau tak mau terima, lantak hangpa la...aku menulis pun setelah aku berbincang dengan beberapa "pakar analisis politik", "ahli politik berpengalaman", "pakar strategi politik", "pakat gerak saraf" dan beberapa "pemikir pakar strategi politik" berdasarkan isu semasa dan fakta. Kadangkala, kami terpaksa "bernakal", dan adakalanya, kami perlu "serang bertubi-tubi"...sila rujuk previous writing...korang baca dan fikirkanlah sendiri...

Dan hakikatnya, kami menulis tanpa sebarang bayaran, imbuhan tau paksaan...adakalanya, nak isi minyak kereta/motor pun tak mampu...kena ikat perut pasal nak bayar broadband or streamyx...kalau ada perjumpaan, kami perlu mencongak duit poket kami sendiri...bukan seperti perwakilan yang "pergi ke PWTC dengan kocek kosong" dan "pulang dengan kocek penuh"! Itulah perjuangan kami para blogger pro-UMNO...

Kami tak berjawatan dan tak berkepentingan macam sesetengah blogger berjawatan politik...orang tulis blog depa pun nak tulis...Blogger macam kami tulis isu semasa dan ideologi politik...tapi, "depa" tu dok tulis pasai aktiviti depa dok promote habaq depa buat kerja, berjasa dan sebagainya...hat yang tu biaq la laman web UMNO yang buat pasai UMNO yang bawak keluaq duit buat aktiviti tu...bukan aktiviti peribadi...sepatutnya, depa tulih pasai "buah fikiran", "pendapat" dan "pandangan jauh depa tentang Islam, Anak Bangsa dan Tanahair"...kami tak kata blog depa tu blog "syok sendiri"...namun...pembaca dan rakyat yang berikan "jolokan" sebegitu kepada blogger seperti itu...bila orang tegur..melenting! Hahahahha...lantak hangpa laaaa...jangan terus jadi liabiliti kepada UMNO....

Salah ka kami bagi teguran secara terbuka setelah memberi teguran secara bersemuka? Dah bersemuka dan berbincang...dan dalam perbincangan..."depa" kata depa akan berubah dan menjalankan tanggungjawab tu sebaik mungkin...tapi lepas tu "depa" tak berubah-ubah pun...bila kena tegur in public, melatah la pulakkkk!!! Poddah chaittt!!! Ini macam punya worang pun ada ka?

Udah-udah la...aku dah kata...kalau kami tengok dan kami bincang...dan kami dapati benda tu tak elok...kami tegoq depan2...kalau tak jalan teguran tu...kami teguq in public la pulakkkk...mintak orang keliling judge hangpa sama ada hangpa layak jadi pemimpin atau tidak...don't blame us pulak! Pengalaman kami yang sebelum-sebelum ini mengajar kami supaya berbuat demikian...contohnya Pak Lah dan KJ dah kena "tembak" setelah hilang 5 negeri + 1...kami dah serik ada pemimpin macam ni...hangpa nak masuk korum depa ka?

So...pikiaq2 la sendiri...kalau sedaq dan rasa tak mampu nak jadi pemimpin tu..maka letaklah jawatan segera sebelum di"hukum" akar umbi...kalau dan sedaq dan rasa mampu...maka berubahlah mengikut ciri2 pemimpin terkini...kalau tak berubah jugak...heheh...paham-paham je laaaa.....

Tuesday, March 16, 2010

G5 Puteri UMNO Kedah yang "hebat"...!


Dah lama tak tulis pasai Puteri Kedah...So, malam ni saya teringin pulak nak tulis pasai G5 Pergerakan Puteri Kedah...maklumlah...dah 2 tahun dah depa dilantik jadi pemimpin sayap UMNO yang paling bongsu...sekali sekala kena jugak jengok prestasi depa...dengaq kata...la niii...G5 depa ni semua "hebat-hebat" belaka!

G5 Kedah adalah seperti yang ter"potret" diatas. Gambar tu saya ambik dari Blog Aton, salah seorang G5 Puteri Kedah jugak. Thanks to Aton. Anyway...saya amat berbesar hati untuk "memuji" barisan G5 Puteri Kedah kali ini...

"Tahniah" diucapkan kepada G5 Puteri UMNO Kedah. Dikhabarkan bahawa kini Puteri UMNO Kedah sangat-sangat "kuat" dan "kukuh" keadaannya. Ketua-Ketua Puteri Bahagian di seluruh Kedah dikhabarkan sangat "bersatu-padu" dan sangat-sangat "menyokong" G5 Kedah yang "hebat-hebat" ini. "Brilliant" kata orang! "Pujian" melangit diberikan kepada mereka...G5 yang ter"hebat"!

Dikhabarkan kepada saya (yang berada di Kuala Lumpur) bahawa kini Puteri UMNO Kedah sangat "kuat". Ketua-Ketua Puteri Bahagian dikatakan telah berjaya di"satu"kan oleh G5-G5 Puteri yang "hebat" ini. Dalam 15 Bahagian di Kedah, takdak satu pun yang "tak sokong" G5, semuanya "sokong"! Dulu-dulu tu...biasa laa...masih "kurang biasa"...sekarang ni depa kata...pantang dengaq nama G5...semua "puji"..Syabas kepada G5 Puteri UMNO Kedah! Alhamdulillah, jika "benar" bagai dikata...

Dikhabarkan kepada saya juga bahawa G5 Puteri UMNO Negeri Kedah kini sangat "banyak" melakukan program-program dan akitiviti-aktiviti, hinggakan "tak menang tangan" dibuatnya. Kalau dulu Ketua-Ketua Puteri Bahagian hanya buat program masing-masing di Bahagian-Bahagian depa, kini dikatakan bahawa semua program dilaksanakan oleh G5 Puteri di "peringkat Negeri". Takdak lagi buat "asing-asing". Semua Ketua Puteri UMNO Bahagian "turun padang", katanya. Program-program tu pun semuanya "hebat-hebat" dan "berisi-berisi" belaka! Semuanya program "berhala tuju"! Siapa yang berani kata "tak berhala tuju", pasti kena "tembak"...siapa yang "tembak" tu...paham-paham lahh..."Hebat" sekali G5 Puteri UMNO Kedah sekarang ni...

Selain tu, saya juga disajikan berita bahawa G5 Puteri UMNO Kedah semuanya kini "tinggal di Kedah". Takdak lagi dah yang dok kat KL atau "luaq Kedah". "Komited!", katanya. Senang bercampuq dengan akaq umbi..."Baguih la.." kata saya. Ahli-ahli pun "kenai" depa...kenduri kendara "tak pernah miss" pun...semua depa pi...hatta kenduri "besday" pun depa piii...hangpa pi la cerok mana pun...semua "kenai" depa G5 Puteri UMNO Kedah....Mustiii!

Selain tu, G5-G5 Puteri UMNO Kedah ni juga "aktif, bijak & celik" IT. Ramai yang dah ber"blog" dan ber"facebook". Antara yang "glemer & meriah" ialah "bila aku berbicara" dan "facebook Hisyam"...Baguih la...Blog-blog G5 ni pun semuanya penuh dengan sifat dan ciri-ciri "kepimpinan" dan "ideologi-ideologi" yang sangat "bernas"! Takdak satu pun yang "merapu"! Semuanya "molek-molek" belaka! Pemimpin-pemimpin Puteri ni tak main la dok boh "gambaq-gambaq syok sendiri" ni...malu la depa kat rakyat Kedah..depa tu "pemimpin" bebbb...! Hehehehe...

Apa pun, itulah yang saya "dengaq" pasai G5 Puteri UMNO Kedah ni...semuanya "baguih-baguih" dan "hebat-hebat" belaka. Pada pendapat saya, kalau "betoi" la lagu tu digambaqkan...esok PRU pun..."gerenti" Kedah buleh "menang" punyaaaaa...! Hat yang sayap-sayap lain tak payah kempen pun...serah semua kat depa...G5 Puteri "buleh kowtim" punyaaa....hehehhe...dok gitu G5 Puteri UMNO kedah? Hehehhehe...Aminnnnnn...

p/s: Lepaih ni "siap" la aku kena "tembak"....lariiiikkkkkk..!!! Muahahahaha...

Saturday, March 13, 2010

Sempena "besday" PR kali ke-2.


Perutusan Nik Aziz sempena "besday" PR kali ke-2...

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.


- UMNO dah lama dah menyebarkan Islam kepada bukan Islam melalui Jakim, Perkim dan sebagainya, hatta KAGAT dalam ATM pun ada buat dakwah Islamiyah ini. PAS baru nampak? Sudahlah baru nampak, berdakwah dengan politik pulak tu! "Kalau pangkah PAS masuk syurga"??? Sapa punya syurga tu? Sapa punya "hukum" tu? "Matlamat politik menghalalkan cara"?

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno.

- Perpaduan Islam dengan Islam ditolak, perpaduan dengan "kafir harbi" disokong??? Islam PAS ajar macam tu ke???

Antaranya:

1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

- "Dhalalah"? UMNO memang berprinsip "mengasing"kan Islam dan politik. Contoh terbaik ialah isu penggunaan kalimah "Allah" yang sepatutnya tidak berlaku di Malaysia disebabkan oleh "agenda tersembunyi" oleh "agen yahudi" di Malaysia. Malah Dewan Ulama PAS pun bantah! Malah Ust. Harun Din pun kata "siapa yang sokong, maka sesat dan menyesatkan"! Itu bukan fatwa UMNO, itu dari PAS sendiri. Tapi oleh kerana Anwar say "YES", maka "demi politik", Nik Aziz sokong jugak walaupun sokongan itu "sokongan bawa rebah" kepada Islam? "Tok Guru" apa lagu tu...???

2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

- Itulah masalah PAS! Masalah peribadi yang berlaku di zaman nenek moyang mereka, UMNO pula yang disalahkan? Masa tu terjadi pergolakan dalaman PAS, maka PAS haruslah menyelesaikan masalah itu sendiri. Kalau UMNO masuk campur, nanti PAS kata "menyibuk hal rumahtangga" PAS pula. Bila PAS dah tak hormati, tidak sabar dan tidak bijak ketika dalam BN dulu, maka PAS terpaksa dikeluarkan. Jangan salahkan UMNO pula. Rasulullah dulu sangat sabar dan bijak bertolak ansur hingga tercipta "piagam madinah" dan "perjanjian Hudaibiyah", kenapa pula PAS tak boleh sabar dan bertindak bijak ketika dalam BN? Apa daaa...salah sendiri tak nampak, lepas tu nak salahkan orang...berdendam pulak tu!

3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

-Komitmen untuk terus bersama "kafir harbi", dan terus berpatah arang sesama muslim? Tak "Dhalalah" ke macam tu?

4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

- Alasan UMNO memberikan KM P.Pinang kepada Gerakan adalah agak munasabah atas simbol kemuafakatan BN, walaupun ada di antara ahli UMNO yang kurang setuju. Namun, contoh itu hanyalah satu dari banyak negeri yang ditadbir oleh BN. Tapi, PAS tu nampak sangat jadi "puppet"! Paling jelas ialah di Selangor & Perak. Di Selangor tu..dah rampas arak dah...tapi pasal Ronnie Liu tengking sekali, PAS terus "menikus". Kat Perak pulak...Nizar jadi MB, tapi Ngeh dan Nga pulak yang memerintah? Siap sanggup derhaka pada DYMM Sultan pulak tu!!! Kurang ajar betul!!! Paling ketara apabila PAS "buang" agenda dasar utama yang dilaung-laung selama ini iaitu "menubuhkan negara Islam", "nak buat hudud" dan "nak bakar kilang carslberg" di Selangor. PAS buang dasar tu semata-mata disebabkan "politik nak jaga hati DAP"? Pendirian Islam PAS ternyata goyah!

5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

- Berjaya bersama PR? "Berjaya" sampai ada 2-3 team? Golongan Erdogan dan sebagainya? "Karpal tak serang Islam"lah sebab PAS dah buang dasar "nak tubuh negara Islam" & "undang-undang hudud". Cuba cakap macam nak buat semua tu, mahunya di"seligi" Karpal & Kit Siang! Apa yang Nik Aziz maksudkan tu.."Khalifah Umar Abd. Aziz" or "Firauan kecil" kat P.Pinang tu??? Lebih elok Nik Aziz fikir dulu sebelum keluar kenyataan. Risau pula nanti ramai yang akan kata "Nik Aziz memang buta kayu"! Pasal "kafir baca Quran" tu, sila rujuk kenyataan mufti Perak. Jangan ingat dah pandai baca Al-Quran tu maka dah faham maknanya. Kalau faham, dah lama dah "diorang" masuk Islam! Apa la punya Mursyidul Am PAS, itu pun tak boleh fikir ke? Kalau cam ni, camana nak "mursyid" orang? "Mursyid" orang masuk longkang ke?

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

- Ooo...perjuangan PR tu sejajar dengan Islam ye? Islam PAS atau Islam "sebenar"? Adil untuk semua? Selama ini tak adil ke? Kalau Nik Aziz maksudkan kes Liwat Anwar tu, maka tidak adillah untuk dengar sebelah Anwar saja dan terus Nik Aziz jatuh hukum Anwar di"konspirasi" dan di"fitnah". Sepatutnya, Nik Aziz kenalah dengar dari Saiful Bukhari dulu. Barulah adil! Cakap pada "keadilan", tapi Nik Aziz sendiri pun zalim dalam kes ni. Jadi, tak payah la ingat dirinya tu "adil" sangat! Nak muntah pulak mendengarnya...

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

- Oooo..bagus tu saranan Nik Aziz kali ni. Module-module untuk program-program macam ni Nik Aziz boleh dapat dari Jakim, PERKIM dan banyak agensi kerajaan termasuk KAGAT. Maklumlah...PAS baru nak mula...

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

- Dah "sejajar" dan dah ada titik persetujuan tu dengan Kerajaan, apa kata Nik Aziz ajak PAS masuk BN? Jadikan permulaan untuk merealisasikan impian umat Islam dari "dalam". Bila dah ada "kuasa", barulah senang nak "implement" agenda-agenda Islam. Tapi kena ingatlah...bukan untuk politik PAS dan hanya untuk "Islam sebenar" sahaja tau..kalau Islam "celup" macam PAS sekarang ni, BN "reject" awal-awal...jangan nak marah merajuk nak keluar BN pulak...

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

- A'ahhh...contohnya macam Dato' Asri Muda tu...err..bukan Nik Aziz kecam arwah sebab bawa PAS masuk BN ke masa Nik Aziz muda-muda dulu...? Lagi satu...anak Kelantan maju di negeri lain dan bukan di negeri Kelantan. Kenapa? Sebab "anak Kelantan susah nak cari makan di Kelantan", itu jawapan mereka. Sedangkan Kelantan sepatutnya maju dan menjadi tumpuan kerana "kononnya" melaksanakan sistem pemerintahan Islam. Tapi..."ampeh"! Rupa-rupanya Kelantan melaksanakan pemerintahan Islam PAS, bukan Islam sebenar yang maju kehadapan...

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

- Bagus cita-cita tu, tapi tak selaras dengan perlaksanaan Nik Aziz selama lebih dari 20 tahun ni. Masih banyak lagi kes maksiat kat Kelantan. Kes "menyeberang" pun makin aktif. Kalaulah benar "dah berjaya", pastinya Kelantan dah takde dah kes-kes macam tu...hari tu kes bunuh & bakar baby pun jadi di Kuala Krai...kat mana tu? Kat Kelantan jugak, kan? Dari mana datang "baby" tu? Dari "maksiat" jugak, kan? Nik Aziz nampak or tak nampak?

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]

- BN dah lama dah praktikkan ayat Al-Quran yang Nik Aziz petik di atas. Cuma tak heboh je. Kononnya, bila Nik Aziz petik maka dia boleh menunjukkan bahawa dia "lebih Islam" dari UMNO? PAS memang terkenal dengan "memanipulasi" ayat Al-Quran mengikut "favor" dan "flavour" mereka. Masih lagi tak buang perangai "huduh" mereka tu...

Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

- Panjang usia PR? Hehehe...Nik Aziz tak nampak ke PKR yang dok jadi "dewa" dia tu dah nyawa-nyawa ikan? Dah ramai yang dah jadi bebas dan join UMNO balik. Itu pun PR fitnah "diorang kena beli". Karut betul! Abis tu Pak Cik Tapa kat belakang rumah aku yang dulu memang "die hard fan PKR" & masuk UMNO balik tu "kena beli" jugak ke? Berapa juta dia dapat? Lepas 4 bulan dia join UMNO aku tengok tak kaya-kaya pun. Dok tetap kayuh basikal dia jugakkk...

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.


- Duke...sekadar penulis picisan
bukan MB mana-mana negeri pun..

Lim Si Pin! Sila letak jawatan anda!


Difahamkan bahawa Lim Si Pin, Ketua Pemuda Gerakan telah mengetuai satu deligasi lawatan ke sebuah syarikat akhbar Cina perdana iaitu Sin Chew Daily. Menurut Lim Si Pin, "Maruah hanya boleh dikembalikan dengan keluar Barisan Nasional" dan "kini masa terbaiknya untuk Gerakan keluar dari BN". Alasannya, "senario tidak berubah, BN juga tidak berubah. Sudah tiba masanya untuk tinggalkan BN". Namun, Lim Si Pin "tidak berani" untuk bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan akhbar itu sebagai "Ketua Pemuda Gerakan" dan menyatakan bahawa kenyataan itu adalah "pandangan peribadi"nya sendiri.

Apa maksud Lim Si Pin dalam kenyataan akhbarnya itu? Apakah keanggotaan Parti Gerakan di dalam Barisan Nasional sejak sekian lama dianggap sebagai "tidak bermaruah"? Apakah semua parti-parti komponen yang menganggotai BN tidak bermaruah? Apakah dengan menyertai Pakatan Rakyat maka barulah partinya itu boleh dianggap bermaruah?

Mari kita imbau kembali bagaimana Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat yang kini di ketuai oleh "khalifah firaun kecil" Guan Eng. Berapa kerusi DUN yang hilang dari tangan Gerakan? Koh Tsu Koon sebagai Presiden parti Gerakan juga tumbang pada PRU12 yang lalu. Jika diikutkan pada KPI Gerakan di Pulau Pinang, sepatutnya Koh Tsu Koon mungkin tidak dapat merasa jawatan Menteri. Namun, nasib baiklah BN yang diketuai oleh Dato' Seri Najib yang mementingkan dan menghormati perkongsian kuasa politik BN masih mahu "memberi muka" kepada presiden parti Gerakan untuk dilantik menjadi Pak Menteri. UMNO masih lagi menjaga "maruah" Gerakan di pandangan rakyat dengan perlantikan Koh Tsu Koon itu.

Apabila Lim Si Pin menyatakan "pandangan peribadi"nya "kini masa terbaiknya untuk Gerakan keluar dari BN", ini telah menunjukkan pendirian sebenar dirinya sebagai Ketua Pemuda Gerakan. Apakah ini corak pemikiran peribadi yang sepatutnya dimiliki oleh seorang Ketua Pemuda parti komponen? Sepatutnya, Ketua-Ketua Pemuda ini mengembalikan maruah BN yang "tercalar" oleh pembohongan dan fitnah pembangkang. Bukannya mengeluarkan kenyataan akhbar sebegini yang mendakwa penyertaan partinya di dalam BN sebagai "tidak bermaruah"! Apakah ini ciri-ciri peribadi seorang Ketua Pemuda parti komponen BN? Lainlah Lim Si Pin ini hanyalah "ahli biasa" yang melawat akhbar, pastinya kenyataannya tidak mencetuskan sebarang isu.

Lim Si Pin mendakwa bahawa "senario tidak berubah, BN juga tidak berubah". Apakah Lim Si Pin ini "tidak hidup" di era Pak Lah dan "baru hidup" di era Dato' Seri Najib? Tidakkah dia melihat gelombang kebangkitan BN, terutamanya UMNO, berevolusi dengan gagasan dan dasar yang lebih bijak? Apakah dia tidak melihat bagaimana PKR yang sedang "tenat" kini akibat di serang oleh rakyat yang ditipunya pada PRU12 yang lalu? Apakah dia sebagai Ketua Pemuda Gerakan tidak melihat perubahan demi perubahan yang dibawa oleh BN? Lihatlah saja bagaimana komitednya Dato' Seri Najib membersihkan "selut lumpur" yang ada pada BN, apakah Ketua Pemuda Gerakan hanya "tidur" di rumah dan tidak bekerjasama dalam perubahan BN ini? Dia yang "lena", tapi dok tuduh "bahtera tak bergerak"! Tidur kaaa???

Saya mempertikaikan kenyataan Lim Si Pin yang hanya mahu di"quote"kan sebagai "kenyataan peribadi" dan bukan atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda Gerakan. Sepatutnya, jika Lim Si Pin mahu mengeluarkan kenyataan "peribadi", mengapa dia mengeluarkan kenyataan itu pada wartawan Sin Chew Daily? Sedangkan dia tahu akhbar itu akan menyiarkan kenyataannya di dada akhbar ke seluruh Malaysia. Walaupun dia menegaskan bahawa kenyataannya itu sebagai kenyataan peribadi, sepatutnya dia perlu tahu "kenyataan bagaimana yang sepatutnya" diberikan pada akhbar. Kalau mahu menyatakan kenyataan peribadi yang "tidak berprinsip" itu, sepatutnya dia hanya meluahkan keluhannya itu pada "isteri"nya sahaja. Barulah peribadi dan tidak menimbulkan sebarang isu. Itupun sudah menunjukkan Lim Si Pin tidak mempunyai ciri-ciri "peribadi" yang patut dimiliki oleh Pemuda Gerakan dan elok keluar parti je...

Patutlah hanya pihak UMNO dan beberapa parti komponen lain sahaja yang bermati-matian membela nasib rakyat dan memperjuangkan BN di Pulau Pinang. Agaknya Pemuda Gerakan "tidur berdengkur" di Pulau Pinang, takut bercampur dengan "ikatan" yang mencemarkan "maruah"? Lim Si Pin itu memang "tak sedar diri" dan "kacang lupakan kulit". Sepatutnya, Lim Si Pin mengeluarkan kenyataan ini ketika Koh Tsu Koon mentadbir Pulau Pinang. Sepatutnya Lim Si Pin mendesak Gerakan keluar dari BN ketika Kheng Yaik menjadi Presiden Gerakan, ketika BN memerintah, dan ketika dirinya sedang "selesa" ketika itu. Tapi, ketika BN susah "tidak lagi memerintah Pulau Pinang", maka Lim Si Pin berpendirian sebegini? Alangkah "murah"nya pendirian Lim Si Pin. Macam ini pun boleh menang Ketua Pemuda Gerakan ke???

Dari itu, saya mendesak agar Koh Tsu Koon mengambil tindakan Lim Si Pin di atas "keperibadian"nya yang tidak mencerminkan diri sebagai seorang pemimpin pemuda parti komponen yang "boleh diharap" oleh BN. Mungkin jika dibiarkan, Lim Si Pin berpotensi untuk mensabotaj parti atau sekurang-kurangnya "tidur lena" dikala BN sedang berusaha mengembalikan kekuatan dan kekukuhannya di persada politik negera. Lim Si Pin harus bertanggungjawab dengan kenyataan peribadinya. Jika dirinya tidak suka berada bersama BN, sila keluar parti dan lepaskan semua jawatan partinya kerana partinya adalah salah sebuah parti komponen BN. Dia yang patutnya "memisahkan diri" dari BN dan "bukan Gerakan". Lainlah Koh Tsu Koon yang "bersuara". Bodoh punya Ketua Pemuda! Mungkinkah patut didesak letak jawatan sebagaimana Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini? Mungkinkah sudah ditakdirkan bahawa Ketua-Ketua Pemuda se"batch" dengan Khairy tidak berkualiti dan tidak bermaruah? Pada saya, kalau tak mahu letak jawatan juga, memang "tak tahu malu" dan tunggulah pemilihan akan datang...baru tahu langit tinggi rendah!

Monday, March 8, 2010

Helah Azizan Di Kedah!


Baru-baru ini, sedang menyelak-nyelak akhbar Utusan Malaysia, saya tertarik dengan ruangan temubual wartawan Zainul Azhar Ashaari mewawancara Menteri Besar Kedah, YB Datuk Seri Azizan Razak. Di antara isi temubual tersebut berkisar mengenai isu-isu negeri Kedah seperti "Azizan tak buat apa-apa", "isu air" dan "isu manifesto PAS ketika PRU12".

Zainul Azhar seakan-akan cuba melakukan "provokasi" terhadap Azizan Razak apabila menimbulkan isu "Azizan tak buat kerja apa-apa". Lantas Azizan "terpanggung" dan menyuruh Zainul pergi "perembang" (tinjau) di kawasan Kuala Ketil. Azizan memang berbangga dapat melaksanakan projek "kampus baru Kolej Universiti Insaniah". Memang benar. Kampus baru Kolej Universiti Insaniah itu projek Kerajaan PAS Azizan Razak. Namun, Azizan sedikit pun tidak memberikan kredit kepada "pengasas penubuhan" Kolej Universiti itu. Siapakah yang menubuhkan Koleh Universiti itu dan dimanakah letaknya? Bukankah letak kampus asalnya ialah di kawasan perumahan yang bakal di sita bank hasil ehsan Kerajaan Negeri PAS? Sekadar menyambung perkara baik yang BN mulakan, siapa pun boleh!

Tapi, takkan setakat kampus baru yang hanya digunapakai oleh segelintir rakyat Kedah, maka Azizan boleh "mendabik dada"? Apa lagi jasa dan kerja Azizan selama jadi MB di Kedah? Satu sahaja? Satu sahaja pembangunannya jika mahu dibandingkan dengan pembangunan-pembangunan yang telah BN laksanakan. Itupun Azizan tidak malu untuk meneruskan projek-projek BN termasuklah projek penapisan minyak di Yan yang dahulunya ditentang keras oleh puak-puak PAS? Dulu tentang, sekarang kenapa teruskan pula?

Pada isu "takdak ayaq" di Kedah, Azizan dengan "selamba"nya mengatakan bahawa masalah "air tiada" merupakan "masalah biasa" yang melanda Kedah setahun sekali. Dan Azizan mengatakan bahawa pentadbirannya kurang pengalaman mengatasi masalah ini memandangkan bahawa ini adalah "pertama kali" mereka mentadbir Kedah. Sekali lagi saya akui perkara ini. Memang di Kedah akan dilanda kemarau setahun sekali. Namun, ketika BN memerintah, BN sentiasa prihatin dan "beringat" tentang perkara ini. Lori air dan pelbagai mekanisma untuk membantu rakyat telah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini kerana BN sedar bahawa air merupakan kemudahan asas kehidupan rakyat Kedah. Tapi Kerajaan Azizan Razak pula gagal mengatasinya dengan alasan "pertama kali"? Apakah Azizan tidak maklum bahawa Kedah akan dilanda kemarau setahun sekali? Apakah perkara ini "baru" kepada Azizan? Apakah Azizan tinggal di Australia atau UK selama ini sehingga tidak tahu "kebiasaan" di negeri sendiri? Apa punya jawapan la MB ni...reti ke tak reti ni? Sadis sungguh jawapan...

Bila ditanya mengenai "manifesto PAS PRU12", Azizan mengatakan bahawa pentadbirannya telah melakukan "lebih" dari manifesto yang dibentangkan pada PRU yang lalu. Malah mengakui bahawa setelah dia mentadbir, "baru"lah dia sedar bahawa tak semua benda yang dimanifestokan itu mampu dilaksanakan. Azizan dengan "bangga"nya mengakui bahawa selama ini "tidak tahu" bahawa manifestonya itu dulu tidak boleh dilaksanakan! Apa punya pemimpin la macam ni! Menipu rakyat! "Telan rakyat hidup-hidup"! Cuba bayangkan. Bayangkan jika BN berjanji sakan pada rakyat Kedah. Janji-janji manis seperti RM10,000 hadiah kepada anak Kedah yang berjaya ke Universiti, "parking free" di mana-mana sahaja di dalam Kedah, bantuan beg sekolah dan baju sekolah kepada yang layak, rumah percuma kepada rakyat Kedah yang berpendapatan RM1000 sebulan, air dan elektrik percuma seumur hidup, elaun suri rumah RM500 sebulan, sebuah kereta percuma untuk setiap keluarga di Kedah dan mengerjakan haji secara percuma untuk anak Kedah. Pergggghhh!!! Pastinya BN akan memerintah! Tapi lepas menang PRU, BN terangkan pada rakyat Kedah bahawa tak semua manifesto itu boleh dilaksana. Hanya "bantuan beg dan baju sekolah untuk yang layak" sahaja yang boleh dilaksanakan, yang lain kerajaan negeri tak mampu". Apa rasa rakyat? Apa rakyat akan kata? Penipu! Nampak sangat PAS penipu! Nama saja parti Islam, tapi berbohong pada rakyat Kedah! Lidah bercabang, madah berhelah!

Dari Pejuang Bangsa, berubah ke Pejuang Politik!


Tak di sangka-sangka, cempedak menjadi nangka. Nampaknya Pak Samad kita ni dah tukar profesyen. Dah join politik dahhhh! Siapa tak kenal Pak Samad dengan identiti "janggut panjang"nya. Pak Samad merupakan di antara yang pernah dijulang sebagai sasterawan negara dek kerana penglibatannya di dalam bidang penulisan bahasa Melayu suatu ketika dahulu. Novelnya yang berjudul "Salina" begitu popular di suatu masa dahulu.

Tapi itu dahulu! Pak Samad sudah berubah nampaknya. Mungkin Pak Samad sudah mula berubah sejak Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Dengan menggunakan "PPSMI" sebagai "alasan", Pak Samad dilihat begitu "aktif" menaiki pentas parti politik pembangkang. Malah Pak Samad juga dilihat sanggup menyertai demo jalanan anjuran parti politik pembangkang. Bila ditanya alasannya, Pak Samad dengan selambanya mengatakan bahawa dia hanya memperjuangkan Bahasa Melayu yang di"chenta"nya, tanpa sebarang kepentingan politik. Begitu dalam sekali "chenta"nya pada Bahasa Ibunda kita!

Namun dari gerak gayanya, mungkin ramai dari kita "faham" akan "kecondongan" Pak Samad sejak naik ke pentas politik. Nampaknya "minat"nya terhadap politik semakin tumbuh bercambah bak "cendawan". Terbaru diberitakan bahawa Pak Samad akan kembali naik ke pentas bersama-sama Mat Sabu yang terkenal sebagai pencipta dan pemberi gelaran "Al-Juburi" kepada Anwar Ibrahim. Pak Samad akan bergandingan bersama Mat Sabu untuk satu ceramah perdana di sebuah sekolah pondok yang mendapat bantuan kerajaan (tak tahulah bantuan itu dari Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri). Tak apalah. Tapi, mungkinkah tajuk ceramah itu bakal berbunyi "Dari Pejuang Bahasa bertukar kepada Pejuang Politik"?

Nampaknya Pak Samad "kurang" ikhlas memperjuangkan bahasa sebelum ini. "PPSMI" yang dijadikan "alasan" hanya tinggal alasan. Sebelum ini saya pernah mempersoalkan Pak Samad untuk turut sama menggesa agar "hanya bahasa Melayu" diguna ajar di semua sekolah kebangsaan termasuklah SRJ Kebangsaan. Namun, nampaknya Pak Samad "tak berani". Mungkin nak jaga hati "Kit Siang dan Guan Eng" kot?

Tak apalah, Pak Samad. Selamat menceburi bidang baru. Politik bukanlah semudah bidang bahasa, Pak Samad. Silap hari bulan, "ada yang kena liwat"!. Khuatir juga saya jika Pak Samad yang sudah "senja" pula akan mendakwa mangsa liwat yang seterusnya. Entahlah. Hanya Allah sahaja yang bakal menentukan masa depan Pak Samad di pentas politik. Harap-harap, sekurang-kurangnya suatu hari nanti Pak Samad akan sedar bahawa Pak Samad "pernah" tertewas di"manipulasi" oleh politikus pembangkang!

Friday, March 5, 2010

Dari Blog Shahanim Mohd Yusoff...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Maafkan saya kerana tidak menukilkan sesuatu di blog ini sejak sekian lama. Kesibukan kerjaya dan aktiviti agak padat membataskan saya untuk menulis. Namun, semua itu tidak akan memadamkan suara saya. Pendapat dan buah fikiran akan terus di suarakan melalui blog ini. Freedom of speech. Bukankah itu amalan di Malaysia? Terpulanglah mahu menerima atau tidak, asalkan suara itu bukanlah fitnah atau tidak berfakta. Di atas kelapangan yang Allah berikan hari ini, maka saya ingin bersuara mengenai Kedah "Sejahtera Nikmat Untuk Semua" sebagaimana yang terpampang pada papan tanda hampir di segenap pelosok negeri Kedah.

Sudah hampir 2 tahun, negeri Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat yang didominasikan oleh PAS. YB Azizan Razak bertindak sebagai MB Kedah bersama-sama barisan Exconya diberi peluang oleh rakyat negeri Kedah untuk menabur jasa, memberikan khidmat mereka untuk dinikmati. Sememangnya pentadbiran mereka kelihatan tidak bermasalah sebagaimana negeri-negeri lain. Tidak banyak isu seperti di Perak atau Selangor. Mungkin YB Azizan Razak dan exco-exconya agak selesa berbanding YB Nizar atau YB Khalid Ibrahim. Itulah kata orang tentang pentadbiran negeri Kedah. Kata orang.

Namun, tahukah kita bahawa pentadbiran yang menggunakan slogan "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" ini bermasalah? Kenapa saya berkata demikian? Ini adalah kerana kerajaan ini tidak melakukan apa-apa pun pembangunan baru untuk negeri Kedah. Cukai tanah dikurangkan, kononnya untuk mengurangkan beban rakyat. Sedangkan Kerajaan Negeri Kedah adalah diantara kerajaan yang termiskin di Malaysia dan cukai tanah di Kedah adalah merupakan di antara yang terendah di Malaysia. Jadi, apakah relevannya cukai tanah itu dikurangkan? Bukankah itu akan sedikit sebanyak mengurangkan pendapatan kerajaan negeri? Banyak lagi cara untuk mengurangkan beban rakyat, mengapa pula cara ini dipilih?

Oleh kerana Kerajaan Negeri Kedah kekurangan dana, maka baru-baru ini YB Azizan telah mengumumkan untuk menyerahkan rumah-rumah perumahan yang didirikan kerajaan negeri kepada pihak bank. Beliau beralasan bahawa perumahan awam untuk rakyat marhain ini telah menyebabkan Kerajaan Negeri Kedah kerugian sebanyak RM27 juta, akibat sewa beli yang tidak dibayar oleh pemilik rumah-rumah rakyat tersebut. Ini termasuklah perumahan awam di Mergong dan Paya Nahu. Dengan penyerahan rumah-rumah rakyat tersebut kepada pihak bank, maka hutang-hutang rumah tersebut akan dibayar oleh pihak bank kepada pihak negeri dan kerajaan negeri akan untung semula, selain memperolehi kembali wang mereka. Pemilik-pemilik perumahan rakyat terbabit hanya perlu menjelaskan baki hutang tertunggak mereka kepada pihak bank. Mudah. Begitu mudah bagi Kerajaan Negeri, dan selesailah sedikit masalah kewangan negeri Kedah. Mungkin bagi YB Azizan dan exco-exconya, "padan mukalah bagi mereka yang liat dan tidak mahu membayar hutang, astro boleh bayar, takkanlah rumah tak boleh nak bayar?"

Saya ingin membuka minda para pemimpin Pakatan Rakyat di Kedah bahawa projek perumahan rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan BN Kedah terdahulu adalah bertujuan untuk membela nasib rakyat marhain di Kedah yang tidak berkemampuan. Selain itu, kerajaan BN Kedah dahulu amat prihatin kepada rakyat Kedah yang tidak memiliki rumah dan tidak lulus pinjaman bank. BN amat menitik beratkan dan prihatin terhadap nasib rakyat Kedah sehinggakan meluluskan dana yang banyak untuk kebajikan rakyatnya sendiri.

Tanpa terlalu memikirkan keuntungan (profit oriented), maka BN telah berkorban sejak sekian lama dan bersabar menunggu pemilik-pemilik perumahan rakyat ini untuk membayar hutang mereka. BN tidak lokek untuk memberikan kelonggaran kepada rakyat marhain tersebut kerana Kerajaan BN dahulu amat memahami masalah rakyatnya dan kadar kemampuan ekonomi mereka. Untuk pengetahuan YB-YB Pakatan Rakyat, perumahan rakyat marhain tersebut di diami oleh ramai rakyat Kedah yang berada dibawah paras kemiskinan ketika di zaman itu. Kebanyakkannya ditapis sebelum diberikan bantuan untuk menyewa beli rumah-rumah tersebut. Hanya yang layak sahaja yang akan diluluskan. Nyata sekali rumah-rumah tersebut dibina atas dasar ihsan, rasa tanggungjawab dan kebajikan dari Kerajaan BN.

Persoalannya, mengapa pula Kerajaan YB-YB Pakatan Rakyat tidak melihat tentang kebajikan rakyat ini? Malah YB-YB hanya melihat cara yang mudah untuk mendapatkan hutang lapuk yang dari mereka yang kurang berkemampuan dengan menyerahkan seliaan hutang tersebut kepada pihak bank. Sampai hatikah melihat rumah mereka-mereka yang hanya berpendapatan bawah RM500 itu disita dan dipalang pintunya oleh pihak bank. Saya faham bahawa mereka tidak membayar hutang, tapi tidak wujudkah mekanisma yang lebih mesra rakyat yang lebih molek digunakan? Apakah kerajaan YB-YB yang mendokong "Sejahtera Nikmat Untuk Semua" ini sudah ketandusan idea untuk menyejahteraankan kehidupan rakyat-rakyat marhain?

Tolonglah YB-YB "Sejahtera", saya mohon jasa baik dan budi bicara YB-YB semua agar mempertimbangkan nasib rakyat ini. Kasihanilah mereka. Bukankah Allah itu Maha Mengasihani dan amat menyukai hambaNya yang kasih mengasihani di antara hamba-hambanya?

Saya difahamkan bahawa ada diantara pemimpin Pakatan Rakyat, termasuklah tuan setiausaha politik MB yang menyatakan bahawa ada beberapa pemilik perumahan tersebut yang menerangkan kemelut perumahan rakyat marhain ini diblognya. Terima kasih atas penerangan tersebut walaupun ada kalanya kasar sedikit bahasanya. Bagi majoriti rakyat marhain, bukan astro mahupun renovate rumah yang menjadi persoalannya. Yang diminta untuk diberikan pertimbangan ialah golongan ibu tunggal, keluarga besar, golongan di bawah kemiskinan dan golongan yang pendapatan isi rumah di bawah RM750 sebulan.

Pada saya, YB-YB atau tuan setiausaha MB tersebut turunlah ke bawah. Lawati rumah-rumah tersebut dan buatlah bancian. Rundinglah dengan cara terbaik. Kepada yang memiliki astro dan renovate rumah mereka dan tidak membayar hutang rumah mereka, rundinglah dengan budi bicara yang sepatutnya. Dan kepada yang susah hidupnya sebagaimana yang saya katakan di atas, maka lunakkanlah bahasa ketika berunding, pertimbangkanlah sehalus-halusnya dan mintalah bayaran bulanan yang semampu-mampunya. Terangkan kepada mereka, bahawa hutang juga akan dihisab suatu hari kelak di padang mahsyar. Tentunya ada cara. Kerajaan BN sebelum ini mampu mencari mekanismanya, takkanlah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak mampu berunding dengan cara berkhikmah (win-win situation)? Bukankah Islam itu menganjurkan syura dan musyawarah untuk menyelesaikan masalah? Janganlah hanya ingat pada kantong Kerajaan Negeri Kedah yang kian kosong sahaja. Ada banyak lagi cara yang lebih baik dan menyejahterakan rakyat.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan kepada YB Azizan "selamat merombak exco pentadbiran"nya. Khabarnya YB Azizan akan merombak exco-exconya pada 10hb. Mac 2010 ini. Sudah lebih 2 tahun pentadbiran YB. Tentunya exco-exco yang sedia ada tidak efisien dan inovatif, serta banyak pincang dan "main-main" dala pentadbiran. Lagi pula, dikhabarkan rakyat bahawa kerajaan Kedah lebih banyak "tidur" dari "kerja"nya. Sebab itulah exco-exconya digugur dan dirombak. Mungkin lebih tepat, saya boleh katakan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Kedah tidak mampu mentadbir jika dibandingkan dengan Kerajaan BN. Menang di Kedah pun tidak terjangka. Padanlah dengan jolokan "kerajaan bidan terjun"! Harap-harap, jangan menyusahkan rakyat Kedah, sudah..!


*Kredit utk Shahanim Md Yusoff

Thursday, March 4, 2010

Kemelut PKR: Biar rakyat yang tentukan...


Sana sini berbicara tentang PKR yang semakin kelam kabut tenggelam punca akibat ramai ahli dan pemimpinnya yang keluar parti. MyKMU.net telah mendedahkan bahawa sudah 3 orang Ahli Parlimen yang sudah keluar parti sejak 1 February 2010. Malah, myKMU.net juga menjangkakan bahawa 7 orang lagi Ahli Parlimen PKR yang akan menyusul keluar parti selepas ini. Saya sendiri tidak berani "meramal" masa depan. Namun pada fikiran saya, tidak mustahil perkara ini akan berlaku. Semuanya "rencana" dari Allah dan Allah lah yang Maha Mengetahui segalanya.

Kejadian keluar parti ini telah sedikit sebanyak memberikan kesan kepada senario politik negara. Dikala Anwar Ibrahim sedang menghadapi perbicaraan mahkamah berkenaan kes liwat kali keduanya, PKR terus bergolak. Mengapa ini berlaku? Bagi sesetengah penyokong Pakatan Rakyat, perkara ini adalah "ujian" Allah. Sesetengahnya pula menganggapnya sebagai "rahmat" kerana keluarnya "duri dalam daging" dari parti mereka. Sesetengahnya pula masih lagi "kebingungan" dengan kejadian ini. Malah, ada pula yang menyatakan bahawa semua ini adalah "kerja Najib & Rosmah"! Dikala "dewa" mereka sedang bergelut untuk mengelak "jalan menuju ke Sungai Buloh", macam-macam pula "petaka" yang berlaku. Biar apa pun reaksi dari penyokong Pakatan Rakyat, kehilangan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PKR mereka ini harus diterima dengan hati yang terbuka. Yang keluar, sudah pun keluar...

Bagi saya, saya sedikit pun tidak hairan mahupun peduli tentang perkara ini. Ini adalah kerana saya yakin bahawa UMNO tidak ada kena mengena dengan "petaka" yang melanda PKR. Saya tidak hairan kerana sejak penubuhan PKR lagi, saya melihat bahawa perjuangan PKR penuh dengan kepalsuan memperjuangkan Anwar Ibrahim yang kononnya di"konspirasi"kan Tun Dr. Mahathir. Perjuangan PKR adalah perjuangan peribadi Anwar sendiri dan Anwar menagih simpati dari rakyat dan rakan-rakannya yang berpengaruh untuk membela "dosa" yang pernah dilakukannya. Tidak lebih dari itu. Segala yang diucapkannya dalam ceramah dan pidato retoriknya di pentas-pentas politik selama ini, hanyalah "mainan kata orang politik" yang kecewa. Oleh itu, tidak ada sebab untuk saya menyokong PKR.

Bagi orang politik, PKR kononnya bagaikan jambatan di antara PAS dan DAP. Namun, "jambatan" itu hampir runtuh kini. Hampir runtuh akibat "perjuangan"nya yang rapuh dan tidak ikhlas untuk rakyat. DAP bermaharajalela "membunuh" perjuangan PAS dan PAS pula terpaksa "membisu" dek kerana campur tangan Anwar. Akibatnya, penyokong PAS "malu" dan memberontak dalam diam. Maka wujudlah kem Nik Aziz dan kem Hadi, walaupun mereka bermatian "menafikan"nya. Pandai juga "pak-pak lebai" PAS ini "menipu" ye? DAP pula makin "naik kepala". Kelakuan "ala-ala komunis" DAP yang menjelikkan ini juga telah membangkitkan kemarahan ramai melayu muslimin dan muslimat di dalam PKR. Maka lahirkan suara Zulkifli Noordin, Zahrain, Mohsin, dan ramai lagi. Maka habislah "suara-suara" ini dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin PKR. Tapi, ada juga yang tak sempat masuk "kandang" tertuduh, dan "lompat" jadi Bebas. Cuma Zulkifli saja yang masih "sabar". Mungkin "sabar" Zulkifli Noordin itu mampu berkompromi apabila Islam, Raja-Raja Melayu dan Bangsa Melayu dihina dan dipersendakan oleh DAP dan pemimpin-pemimpin kanan PKR. Apa boleh buat...? Lantak dia lah dengan pendiriannya...

Musykilnya, di mana peranan UMNO atau Najib & Rosmah sebagaimana yang di dakwa Syed Husin? Syed Husin kononnya "tahu" tentang "habuan" puluhan juta RM yang disediakan Najib & Rosmah! Dahsyat! Macam "nujum" pula layaknya. Apa buktinya? Atau sekadar satu lagi fitnah dari ribuan fitnah yang ditabur oleh pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Najib dan Rosmah? Jika benar, sila buat laporan polis. Tak nak buat "suruhanjaya siasatan" lagi ke? Yang jahat semuanya UMNO, yang baik semuanya Pakatan Rakyat? Siapa yang ajar macam tu? Siapa Syed Husin untuk menghakimi jahat baik seseorang? Bagaimana pula Anwar di mata Syed Husin? Baik sangatkah "Pak Syeikh" tu?

"Ni Syed Husin ni..nak habaq kat hang...takdak masa la UMNO nak ambik tau pasai problem PKR...itu hangpa punya pasai la..buang karan la kami nak masuk "jarum"..kami tak macam Anwar yang dok beli "katak" suruh lompat masuk PKR...hang tak ingat "pancing" 16 September? Hang ni nama saja orang lama...otak tak buleh pakai...kira nak pakai tuduh hentam kromo saja...ingat la pasai dosa pahala sikit Syed Husin oiii...politik tu politik jugak...esok mati menjawab la kita dalam kuboq tu..." mungkin kata-kata sebeginilah yang layak untuk Syed Husin!

Apa pun, UMNO usahlah leka. Mungkin ini ketentuan Allah untuk memperlihatkan "keutuhan jambatan" yang bernama PKR. Masalah yang melanda PKR, biarlah PKR yang tanggung. Siapa yang nak keluar PKR, silakanlah. Kami bersyukur kepada Allah yang telah membuka pintu hati mereka untuk melihat dengan "mata akal dan hati" betapa teruknya dasar Pakatan Rakyat yang jelas menghina Islam, Raja-Raja Melayu, Bangsa Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Hancur Malaysia kalau jatuh ke tangan mereka. UMNO harus mengorak langkah lebih jauh ke depan untuk menjamin masa depan negara dan rakyat Malaysia. Kita perkukuhkan Barisan Nasional. Biarlah rakyat menganggap kita "jahat", asalkan mereka tahu dan sedar suatu hari nanti bahawa UMNO dan Barisan Nasional sahajalah yang sentiasa memikirkan dan bertindak demi masa depan Malaysia dan rakyatnya. Allah lebih mengetahui tentang hakikat ini. InsyaAllah!

Wednesday, March 3, 2010

Zahid Hamidi: Ada Udang di Sebalik Batu?


Ketika saya dan rakan-rakan sedang memikirkan dan membuat perbandingan tentang hala tuju politik dan kementerian-kementerian kerajaan, kami secara langsung tertarik kepada sebuah kementerian yang penting dan amat popular iaitu Kementerian Pertahanan, yang diketuai oleh Dato' Seri Zahid Hamidi, merangkap Naib Presiden UMNO. Sememangnya Kementerian ini menimbulkan banyak konstroversi sejak Zahid Hamidi memegang portfolio tersebut. Mengapakah sebuah kementerian yang berprofil tinggi seperti ini penuh dengan konstroversi, sedangkan perkara ini jarang-jarang berlaku ketika Kementerian Pertahanan dibawah kepimpinan Menteri-Menteri sebelumnya? Apakah motif Zahid? Apakah beliau cuba mencari "publisiti"? Atau cuba mencari "salah" kementeriannya? Atau "ada udang di sebalik batu" yang seakan-akan bertujuan menuding jari kepada bekas Menteri Pertahanan sebelumnya?

Seorang rakan saya menyatakan isu yang pertama iaitu "isu injin kapal terbang yang hilang" dan telah mencetuskan konstroversi sebelum ini. Musykilnya, mengapakah AMK merupakan "pencetus" kepada isu ini? Mengapakah AMK yang pertama dapat menghidu perkara ini? Apa pula reaksi Zahid? Mengapa pula pada mulanya Zahid menerangkan bahawa injin yang hilang itu bernilai RM50 juta dan 19 hari kemudian membetulkan nilai injin tersebut dengan harga RM8.5 juta sehingga RM20 juta? Bukankah Zahid mempunyai siasatan dalaman yang mampu memberitahu nilai sebenar injin yang hilang itu? Jika tidak pun, mengapa Zahid boleh mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan sama ada fakta itu betul atau tidak? Apakah Zahid sebagai Menteri Pertahanan Malaysia tidak bercakap menggunakan fakta? Atau apakah Zahid seronok melihat Najib diburuk-burukkan di mata rakyat sebagai "bekas menteri pertahanan" sebelumnya?

Seorang lagi rakan saya mempersoalkan Zahid memberikan alasan kesilapan faktanya menilai harga terkini injin jet F5-E tersebut dengan nilai RM50 juta. Memanglah harga injin jet F5-E yang terkini berharga RM50 juta kerana injin tersebut telah di"up-graded" untuk memintas pesawat pejuang! Tapi, sebagai Menteri Pertahanan, takkanlah Zahid tak tahu bahawa injin dan pesawat itu dibeli pada 1972 iaitu lebih dari 30 tahun lepas dan hanya digunakan sebagai pesawat peninjau dan risikan maklumat? Lebih tepat lagi, pesawat F5-E 1972 tersebut hanya digunakan untuk "mengambil gambar" sahaja, berbanding F5-E milik Singapura yang di"up-graded" dengan peralatan canggih yang terkini untuk memintas pesawat pejuang! Mengapa Zahid merujuk kepada pesawat Singapura? Takkan sebagai Menteri Pertahanan, Zahid tidak pendapat laporan penuh sebelum membuat kenyataan? Atau Zahid "sengaja" bertindak demikian, bagaikan "ada udang disebalik batu"?

Kemudian, saya bertanya seorang rakan yang bekerja di Kementerian Pertahanan (Kementah). "Bro, apa cerita Zahid dedah rahsia ketenteraan bocor oleh perisik tentera?". Rakan saya tersengih. "Apa ke bangangnya si Zahid mendedahkan isu tu?". Jika difikirkan, apakah Zahid tahu tentang tugas seorang "atase ketenteraan" di sesebuah negara? "it's an open secret"! Malah US juga mengalami masalah sebegini dimana ramai CIA yang men"jual" maklumat kepada negara lain seperti Iran dan sebagainya. Perkara ini bukanlah perkara biasa, namun adalah "bodoh" untuk mendedahkan perkara kebocoran maklumat ini di khalayak ramai seperti di "perhimpunan bulanan". Perkara ini akan mendedahkan "kelemahan" risikan negara dan sepatutnya dibicarakan dalam keadaan tertutup, seterusnya mencari jalan untuk membendung perkara ini! Apakah motif Zahid kali ini? "Ada udang di sebalik batu" lagikah terhadap "bekas Menteri Pertahanan" terdahulu? Atau "sengaja" mempamerkan "kebodohannya" sebagai Menteri Pertahanan sekaligus memburukkan pihak kerajaan yang dipimpin oleh "mantan Menteri Pertahanan" sebelumnya?

Kemudian, isu MiG yang mahu di"lupus"kan. Zahid membuat kenyataan akhbar untuk melupuskan pesawat MiG dengan alasan "maintenance" yang tinggi dan kerosakan akibat landasan yang tidak rata. Apa punya kelakar punya "decision"! Pesawat MiG negara lain rosak disebabkan perang dan kegunaan ketenteraan, tapi Zahid dedahkan pesawat MiG Malaysia rosak pasal "landasan kepal terbang"! Bila ditanya apakah Najib maklum tentang perkara ini, Zahid selamba menjawab bahawa beliau akan dimaklumkan kemudian. Apa punya "statement" dari Menteri Pertahanan ni? Nak "attack" Najib terang-terang, tapi takut! Mangsanya ialah MiG yang masih boleh berkhidmat untuk negara. Ingat jet-jet tu berharga RM2.50 ke? Nasib baik Tun M bidas isu ini dan Najib menyatakan bahawa tiada rancangan pun untuk menamatkan khidmat MiG di Malaysia. "Lebih sudu dari kuah". Nak "tikam" boss nampak??? "Ada udang di sebalik batu" ke?

Suasana makin "panas" bila kami masuk ke isu "kerosakan kapal selam". Nampak sangat Zahid nak suruh rakyat marahkan "bekas Menteri Pertahanan". Kapal selam tu rosak ketika dalam "tempoh percubaan". Takkan itu pun Zahid tak faham dan tak reti nak "explain" pada rakyat? Zahid beri kenyataan mengesahkan kerosakan kapal selam, dah tentulah rakyat akan marah pada "bekas Menteri Pertahanan" yang buat "purchase". Harga ratusan juta, sekali rosak? Pasti rakyat "menuding jari" pada Najib! Padahal, kapal selam itu telah siap dan tengah dalam proses "pre-delivery inspection", yang mana lebih sesuai disebut sebagai "di dalam tempoh percubaan". Bagi kami, sebaiknya kapal selam itu di"inspect" oleh pakar-pakar QC sebelum habis tempoh "warranty". Kalau ada rosak kat mana-mana tempat, lebih elok! Yang pertamanya kita dapat "parts" baru! Yang keduanya, kita tahu "parts" mana yang rosak. Yang ketiganya, kita akan dapat kapal selam yang betul-betul boleh beroperasi, boleh tenggelam, boleh timbul, boleh itu, boleh ini. Kita akan dapat "detect" semua "defects" yang ada pada kapal selam tu. Semuanya "claim warranty", tak payah keluar satu sen pun! Mujurlah dapat "detect" awal, kalau habis "warranty" camana? Rugilah kerajaan! Yang si Zahid pula keluarkan "statement" kapal selam rosak tu apahal? Apa motif? Nak "spin" kepala rakyat la tu? Tak ubah macam perangai Anwar laaaa....

Pada akhir perbincangan kami, kami terpaksa mengambil keputusan untuk berhati-hati dengan Dato' Zahid Hamidi. Bukan kami tak suka atau benci, tapi nampaknya kami kenalah berhati-hati dengan "spesis yang suka tikam dari belakang" macam Anwar. Buruk padahnya. Silap-silap masuk penjara Sungai Buloh! Pada fikiran saya, saya terpaksa menulis perkara ini untuk mempersoalkan "apakah motif Zahid berkelakuan sebegini dan apakah "ada udang di sebalik batu?". Lagipun, ketika rakyat tahu tentang KJ dan agendanya, mengapa pula Zahid bermatian akan "melantik KJ jadi menteri jika Zahid jadi PM"? Apa motifnya? Siapa "mentor" Zahid dan KJ? Bukankah kerana "mentor" itu, Zahid letak jawatan Ketua Pemuda Malaysia, dan KJ hantar "passport by hand"!