Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    58 minutes ago

Friday, February 12, 2010

Ada Orang UMNO Sokong Anwar?


Saya agak musykil sejak kebelakangan ini. Tambahan pula sejak perbicaraan Anwar Ibrahim VS Saiful Bukhari di mahkamah. Kes liwat part II. Perbicaraan kali ini agak "kurang panas". Bagi saya, adalah "normal" untuk tidak melihat ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang dahulunya bermati-matian berdemo demi "Si mata lebam" di perkarangan mahkamah kerana mereka sudah tahu Anwar sememangnya "kaki kelentong". Namun, kemusykilan saya adalah kepada "beberapa kerat" pemimpin dan blogger "UMNO" yang "bagaikan memberikan sokongan moral kepada Anwar Ibrahim" pada perbiacaraan kali ini. Siapakah "mereka"? Tak payahlah saya jelaskan, anda semua pasti dapat menghidu "bau busuk" itu.

Sejak kebelakangan ini, sokongan "pemimpin dan blogger UMNO" yang pro-Anwar itu kelihatan semakin jelas. "Mereka" tanpa segan silu memberikan sokongan padu kepada Anwar "di sebalik tabir". Tidak sedikit pun mereka menyentuh dakwaan tentang "salah laku luar tabi'i" yang di dakwa dilakukan oleh Anwar. Malah tanpa segan silu, mereka menyatakan bahawa dakwaan itu hanyalah "dongeng mitos Kerajaan" semata-mata. bagi saya, saya hanya berkata tentang fakta. Anwar pernah disahkan meliwat oleh mahkamah pada perbicaraan liwat part I. Walaupun didapati tidak bersalah dalam pendakwaan, mahkamah telah yakin dengan bukti yang ada untuk mengesahkan penglibatan Anwar dalam aktiviti liwat. Namun, mengapa "mereka" tetap mengatakan bahawa "Anwar" tidak meliwat? Sayang benar "pemimpin UMNO" ini pada Anwar.

Tun Dr. Mahathir juga di"persalah"kan oleh "golongan UMNO" ini. Mereka ini bertindak bagaikan "api dalam sekam" yang menyokong Anwar Ibrahim dalam diam. Pengikut-pengikut mereka begitu arif dengan "sokongan" boss mereka kepada Anwar. Usahlah saya dedahkan tentang siapa pemimpin UMNO itu. Anda semua pun sedar, siapa yang selama ini menjadikan Anwar sebagai "idol" mereka. Pernah ditempelaknya Tun M di London suatu masa dahulu kerana "sayang"nya pada Anwar.

Selain itu, ada juga blogger UMNO yang tanpa segan silu menafikan pembabitan Anwar dengan aktiviti liwat. Hairan. Tidakkah mereka tahu fakta perbicaraan mahkamah pada episod "mata lebam" dahulu? Malah mereka bertindak bagaikan lebih bijak dari hakim mahkamah yang sedang membicarakan kes liwat kali ini. Hakim "kedai kopi" barangkali. Tanpa segan silu, mereka memberikan hukuman sendiri, mengikut logik sendiri, dan mengikut "favor" sendiri, tanpa menghiraukan tentang fakta dan bukti kes. Hairan sekali. Tidak pula dibelanya mangsa, pemangsa pula yang dibelanya.

Saya musykil dengan "golongan" seperti di atas. Kononnya berpegang kepada rukunegara dan menyokong UMNO. Namun, "mereka" sanggup mempertikaikan kedaulatan undang-undang dan sanggup memberikan sokongan "di sebalik tabir" kepada "pengkhianat nombor 1 negara". Bagi saya, di dalam perbicaraan mahkamah, tidak kira parti UMNO, PAS, PKR, DAP atau apa pun sekali, ianya adalah diluar bidang kuasa politik. Yang salah, tetap salah tanpa mengira parti apa pun. Undang-undang tidak mengenal parti kerajaan atau pembangkang. Jadi, silalah berlaku "adil" dan bercakaplah yang fakta sahaja, dan bukan andaian, teori atau spekulasi ikut sedap mulut sendiri.

Pada pandangan saya, kita sebagai warganegara Malaysia mestilah menghormati kedaulatan undang-undang negara. Kita sebagai penyokong UMNO dan kerajaan, haruslah mengambil sikap terbuka terhadap Anwar dengan berkata tentang fakta. Salah satu faktanya ialah Anwar pernah disahkan meliwat oleh mahkamah sebelum ini dan Anwar juga terkenal dengan sikap "sesumpah"nya. Ini disahkan oleh "kawan baik"nya sendiri. Sepatutnya juga, kita harus memberikan pertimbangan yang adil sama ada kepada Anwar mahupun Saiful, dan biarlah mahkamah yang membuat keputusan. Bila mahkamah sudah jatuhkan hukuman, maka hormatilah keputusan itu. Jangan pula jadi seperti Nizar "gila talak" yang sememangnya sanggup menderhaka kepada DYMM Sultan dan menyalahkan mahkamah, dan sekaligus menghina takdir Allah S.W.T., semata-mata kerana hendakkan jawatan MB di Perak!

Sunday, February 7, 2010

Azizan ni tahu buat kerja ke tidak?


Rumah korang semua ada air tak? Apa korang rasa kalau rumah korang takde air selama sehari semalam? Best? Err..kalau korang ada kilang, dan kilang korang kena "shut down" sebab takde air. Korang suka tak? Berapa juta RM korang rugi? Pada aku, biar siapa pun, pastinya tak suka kalau sumber asas kehidupan ni takde. Tapi, inilah yang terpaksa diharungi oleh rakyat Kedah dan peniaga-peniaga yang berada di Kedah. Akibat sikap suka "tai chi mentai chi" & lepas tangan Azizan Razak dan kepimpinan PR Kedah, maka rakyat Kedah terpaksa merana...

Aku diberitakan bahawa masalah "air" di Kedah semakin meruncing. Banyak rumah-rumah yang tiada bekalan air. Terpaksa ke rumah saudara mara untuk "pinjam" air untuk kegunaan harian. Ada yang terpaksa mandi di pejabat, itu pun dengan air yang meleleh macam "air kencing" budak. Sudahlah hujan semakin jarang turun di Kedah, cuaca semakin panas, air pula takdak! Macam "cacing kepanasan" la rakyat Kedah...

Menurut khabar juga diberitakan bahawa beberapa kilang di Kulim Hi-Tech akan mengambil tindakan saman terhadap Kerajaan Negeri Kedah akibat kerugian kerana tidak dapat beroperasi. Kilang-kilang mereka terpaksa di"shut down" akibat tiada bekalan air. Lori air pun tak dibekalkan. Di Pendang pula, seorang usahawan yang nak memulakan program penanaman kacang terpaksa menangguhkan programnya akibat tidak ada air.

Sudahlah air takde, kalau ada air pun, airnya itu tidak berkualiti. Karbon banyak sangat. Bertambah susahlah rakyat Kedah. Tapi mungkin air di Alor Setar dan Sg Limau elok saja. Maklumlah, kawasan tu kan kawasan MB dan Exco-Exco yang di"mulia"kan rakyat. Tak pa. Rakyat sanggup "susah" takde air, asalkan MB dan Exco-Exconya "selesa". Maklumlah, selepas letih berpanas bermain golf, tentulah nak mandi, nak minum air. Rakyat Kedah "okay" je...

Sebenarnya, isu masalah "air" ni dah lebih sebulan melanda Kedah. Sekarang ni dah February, masih lagi belum selesai. Entah apa yang dibuat Azizan Razak & Exco-Exconya? Bila ditanya, mulalah depa "tai chi" ke sana ke sini. Ungkapan "tak tahu" dan "kami akan siasat dulu" sudah menjadi jawapan "standard" depa. Nak tanya satu lagi ni..."reti buat kerja ke tidak ni?". Kalau "tak reti", mengaku saja laaa...

Dulu masalah "sampah" di Kedah, sekarang ni masalah "air" pulak? Masalah "sampah" dah dibantu oleh Kerajaan Pusat melalui "E-Idaman" dah. Masalah "air" ni pun tak mampu nak "settle" ke? Adoih laaa...

Kes Anwar Vs. Saiful : Najib tidak relevan.


Ketika perbicaraan Anwar Ibrahim Vs. Saiful Bukhari sedang hangat bermula, maka kedengaranlah "suara-suara" sumbang diluar perbicaraan tersebut. Menurut kumpulan "pom pom auuuwww" yang dipercayai diketuai oleh "peliwat tegar" negara, pihak mereka telah memohon "sapina" untuk membawa Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah untuk ke mahkamah memberi keterangan. Kononnya, Perdana Menteri dan isterinya itu turut sama terlibat di dalam kes itu. Mungkin tindakan itu adalah untuk membuktikan penghujahan "konspirasi peringkat tertinggi", satu tuduhan subjektif yang mengulangi perbicaraan "liwat part I".

Sememangnya hujah "konspirasi peringkat tertinggi" menjadi salah satu "tuduhan wajib" dari pihak Anwar. Sejak perbicaraan 1998-1999 lagi, tuduhan itulah juga yang diulangi oleh pihak Anwar. Dan kali ini, dia mengulanginya semula. Mungkin itu "tabiat" semulajadinya. Dalam perbicaraan terdahulu, Anwar mengaitkan nama Dato' Seri Dr. Mahathir (ketika itu belum diberikan gelaran "Tun"). Dan kali ini pula, Anwar mengaitkan pula nama Dato' Seri Najib Tun Razak, malah isterinya juga turut "diheret" sama!

Pada saya, inilah yang dikatakan "berani, tapi bodoh tanpa fakta". Mungkin hujah pihak Anwar ini boleh mengabui mata pengikut taksubnya. Namun, bagi mereka-mereka yang berfikir, pastinya ini adalah satu pertuduhan yang "bodoh" untuk dipercayai.
Menurut fakta, Saiful Bukhari bertemu dengan Dato' Seri Najib hanya selepas Saiful membuat laporan polis terhadap Anwar dengan tuduhan liwat. Jadi, bila masanya pula Dato' Seri Najib berkonspirasi untuk me"ngena"kan Anwar sebagaimana yang didakwa?

Sememangnya, tuduhan ini adalah "tuduhan jahat" dari "minda yang jahat" untuk melepaskan diri dari "tersepit" di mata rakyat. Mungkinkah permainan "phsychology" ini sememangnya menjadi "pemutar alam" seperti Anwar terhadap musuh politiknya? Setelah "rayuan secara peribadinya" kepada Dato' Seri Najib di"tolak mentah-mentah", Anwar tukar pula "skrip" layar peraknya?

Sememangnya "sapina" boleh dikeluarkan oleh pihak mahkamah. Tapi kenalah relevan dengan kes. Kalau tak relevan, nak buat apa? Sudahlah tak relevan, buang masa PM sahaja melayan "kerenah" Anwar yang "desperado".

Harap-harap kepada penyokong Anwar tu, sedar-sedarlah. Sudah-sudahlah "tertipu" dengan "permainan" Anwar. Sudah ramai yang sedar tentang muslihat "musibat pengkhianat bangsa" ini. Anda semua bila lagi? "Mangsa" yang dianiaya tidak di"bela", "pemangsa" pula yang mati-matian di"bela"? Ada akal ke?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!