Sunday, February 21, 2010

Masalah Air: Siapa kata Kedah "Sejahtera"?


Masalah air masih lagi menghantui rakyat Kedah. Ini merupakan satu cabaran untuk kepimpinan YB Ust. Azizan Razak untuk kesejahteraan rakyat Kedah. Lebih dari 2 bulan, masalah air masih lagi belum dapat diselesaikan. "Air takdak" satu hal, "air kotor" lagi satu hal, yang "dok bagi ayaq banyak-banyak" kat Pulau Pinang tu satu hal pulak dahhh...

Dengan "musim kemarau" yang sedang melanda Kedah, "air" merupakan satu sumber penting dalam kehidupan rakyat Kedah sendiri. Sawah bendang memerlukan sumber air yang banyak dan begitu juga dengan kehidupan seharian rakyat Kedah. Jangan jadikan "kemarau" sebagai alasan terbaik untuk Azizan ber"tai chi" lagi. Kemarau adalah urusan Allah dan sebagai Menteri Besar, Azizan sepatutnya mencari jalan untuk mengatasi masalah ini supaya Kedah menjadi "Sejahtera". Namun, nampaknya masalah ini bagaikan "tidak dipandang" oleh Azizan dan kepimpinannya. Apa yang MB dan Exco yang berkenaan buat untuk mengatasi masalah ini?

Sepatutnya, MB Azizan mestilah mula membuat catuan air kepada negeri Pulau Pinang yang diberi "bantuan air mewah" selama ini. Utamakanlah rakyat Kedah dahulu, barulah rakyat Pulau Pinang. Air "mahal harganya" di musim kemarau. Lagipun, bukankah "Fir'aun kecil" Guan Eng itu sudah mengakui bahawa rakyat Pulau Pinang terlalu "mewah" dengan air sehingga berlebih-lebihan menggunakan sumber penting itu? Jadi, apa salahnya "catuan" dibuat? Lebihkan rakyat Kedah yang lebih ramai rakyatnya dan menderita kekurangan air. Mengapa "kera di hutan disusukan", sedangkan "anak di rumah mati kehausan"? "Sejahtera"kah Kedah begini?

PR Kedah dahulu pernah mendakwa bahawa mereka lebih "handal" dari Kerajaan BN. Jadi, dimana "handal"nya sekarang? "Handal" mendahulukan kepimpinan Guan Eng berbanding rakyat Kedah sendiri? Sedang purata hujan semakin menurun di Kedah, tidak ada usaha ke arah pembenihan hujankah? Buatlah sesuatu agar rakyat Kedah tidak menderita di atas kemewahan yang diberikan kepada rakyat Guan Eng! Kalau tak mampu, letak jawatan! Bagi pada pihak yang mampu! Apa laa...masalah air pun tak boleh selesai...

6 Sebatan VS NGO, SIS & KJ..!!!


Saya agak tertarik dengan isu "hukuman sebat" yang bakal dilaksanakan kepada 3 orang wanita yang telah mengaku melakukan persetubuhan haram yang telah di dedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hisyamuddin Tun Hussien. Bagi saya, Menteri ini sudah mula "bertindak" dari hanya sekadar membari amaran selama ini. Syabas diucapkan kepada beliau dan Kerajaan Malaysia.

Namun, apa yang saya kesalkan ialah beberapa reaksi negatif dari beberapa pihak yang "tidak senang", "tidak bersetuju" dan mengkritik keras hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah kepada kes-kes sebegini. Diantaranya ialah beberapa NGO, Sister in Islam & Saudara Khairy Jamaluddin, bekas Naib Ketua Pemuda Dato' Seri Hisyamuddin sendiri yang kini telah menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Yang paling dikesali ialah beberapa reaksi negatif itu datangnya dari mereka-mereka yang mengaku "beragama Islam".


Tidakkah mereka tahu hukuman Allah kepada mereka-mereka yang telah mengaku dan sahih berzina? Tidakkah mereka tahu bahawa "devine law" adalah lebih tepat berbanding segala undang-undang ciptaan manusia yang sememangnya punya kelemahan? Apakah mereka cuba menafikan hikmah dari hukum Allah itu? Atau mereka sengaja berkompromi dengan hukum Allah itu untuk memenuhi tuntutan nafsu dan corak kehidupan mereka? Mengapa pula wujudnya hukuman sebat dalam mahkamah civil? Tak kejamkah hukuman di mahkamah civil itu? Mengapa tak dibantah pula??? Akal ada ke?

Baru 6 sebatan dilaksanakan, tapi mereka sudah "melatah". Belum lagi dilaksanakan 40 sebatan, 80 sebatan, 100 sebatan, hukuman rejam sampai mati dan sebagainya. Kalau dilaksanakan, pastinya mereka akan "berdemo sakan" sebagai tanda protes. Tapi tahukah mereka bahawa bantahan mereka itu bagaikan bantahan mereka terhadap Allah yang memberikan hukum sebegitu? Tahukah mereka bahawa "berdemo sakan" mereka itu bagaikan mereka berdemo memprotes Allah yang mencipta hukuman sebegitu? Kononnya mereka menganut Islam, namun hukuman Allah yang tidak "favor" kepada corak kehidupan yang mereka suka akan dibantah dan di"demo"kan?

Ingatkah kita baru-baru ini tentang seorang bayi yang telah dibakar di dalam tong sampah di Kuala Krai, Kelantan? Ramai yang marah bukan kepalang, mengalirkan airmata dan menyatakan kebimbangan terhadap kejadian-kejadian seperti itu. Namun, cuba bayangkan jika "punca sebenar" kejadian sebegitu dicegah, apakah peristiwa sebegitu akan berlaku di Malaysia sebagai sebuah negara Islam?

Apakah "punca"nya? Tentulah puncanya ialah perlakuan zina dan salah laku seks yang semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Sila rujuk laporan tangkapan Majlis Agama Islam negeri masing-masing tentang pasangan yang ditahan ketika 14hb February (Valentine's Day). Dari "punca" itulah maka akan lahirnya bayi-bayi yang akan dibunuh kejam seperti kes di Kuala Krai itu. Hairan juga, bagaimana kes itu berlaku di Kelantan yang "kononnya" sudah lebih 20 tahun ditadbir oleh "Tok Guru" PAS yang sering mendakwa "lebih Islam" dari yang lain?

Persoalannya, mengapa pula tindakan Kerajaan Malaysia untuk mencegah "punca kes bunuh bakar bayi" ini diterima negatif oleh NGO, SIS dan KJ? Apakah mereka mahu melihat lebih ramai "bayi dibunuh dibakar" lagi? Apakah mereka ini "buta" atau sengaja mahu "mencabar" sebahagian kecil hukum Allah? Kononnya beralasan "perikemanusiaan"? Apakah Allah tidak arif tentang "perikemanusiaan" sedangkan "akal" yang mereka miliki hingga mampu ke "oxford" pun ciptaan Allah!

Teruskan Dato' Seri Hisyamuddin, laksanakan 6 sebatan itu walaupun saya yakin bahawa 6 sebatan itu tidak mencukupi. Lebih bagus jika hukuman 6 sebatan itu dilaksanakan di khalayak ramai supaya semua rakyat tahu akan "pengajaran paling indah" untuk "membunuh punca bayi dibunuh dan dibakar". Hanya Islam yang syumul yang mampu memberikan segala jawapan bagi setiap masalah. Yakinlah, Islam itu tetap di atas dan "akal" manusia. Islam yang "tulin", bukan macam "isle" yang PAS dok sebut tuuhhh...

Tuesday, February 16, 2010

Keluar parti: PKR mula gelabah!


Berikutan keluarnya begitu ramai pemimpin dan ahli PKR dari terus menganggotai parti "tak guna seduit" tersebut, maka blogger-blogger pro-pembangkang pun mulalah memainkan "wayang kulit" mereka. Sememangnya sudah dijangka propaganda-propaganda perang saraf tersebut akan terkeluar dari entry-entry mereka kebelakangan ini. Maklumlah, mereka sendiri panik dan terkejut dengan fenomena "kesedaran secara besar-besaran" rakyat yang selama ini ditipu hidup-hidup, maka mereka mula "mengalabah" mencari alasan demi alasan untuk "memujuk hati" mereka yang lara.

Ada di antara blogger-blogger pro-pembangkang yang secara terang-terangan "mengalu-alu"kan pemimpin dan ahli-ahli PKR yang keluar dari parti. Kononnya, mereka yang keluar dari parti PKR itu "pengkhianat perjuangan parti", "duri dalam daging", "api dalam sekam", malah "tidak ikhlas" dalam perjuangan parti PKR. Hampir nak "muntah" pula mendengar dakwaan mereka! Bagaikan "buta hati", mereka begitu "buta" dengan fakta dan kebenaran. Itulah yang dikatakan "sokong membuta tuli".

Tahukah mereka bahawa pemimpin PKR dan ahli-ahlinya yang keluar parti tersebut sudah bosan dengan "kerenah kepimpinan PKR" yang suatu masa dahulu sangat disanjungi oleh mereka? Kononnya memperjuangkan "keadilan", hingga sanggup menamakan parti mereka dengan "Keadilan", bagaikan merekalah sahaja yang "adil". Tahukah mereka bahawa selama ini Anwar sedang membohongi mereka dengan perjuangan peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri, sedangkan dirinya begitu hampir dengan jawatan itu suatu masa dahulu? Perjuangan Anwar adalah perjuangan peribadinya sendiri, sebab itulah dia sanggup menelan "kahak hijau" yang pernah "diludah"nya pada Kit Siang, Karpal, Nik Aziz, Hadi dan sebagainya. Sanggup dia men"jilat balik ludah"nya setelah puas meng"kahak"kan ramai tokoh pembangkang suatu masa dahulu? Betul punya "buruk" perangai! Dan perangai buruk macam tu pun ada lagi yang "sokong"? Betul punya "ngok"!

Siapa yang tidak kenal Ezam, Muzaffar Chandra, Nallakaruppan, Zahrain dan ramai lagi pengikut setia Anwar yang sudah menyatakan "serik"nya mengikut telunjuk nafsu serakah Anwar. Mereka yang pernah masuk penjara dan menghabiskan wang berjuta-juta ringgit untuk Anwar pun sudah "serik". Berapa ramai pembantu peribadi Anwar yang sudah mendedahkan salah laku dan tabiat buruk Anwar. Tapi masih ada lagi yang masih "tegar" menyokong "pengkhianat bangsa" ini. Mungkin setelah mereka "dijolok" Anwar, maka baru nak "serik"?

Kepada blogger-blogger pro-pembangkang, tak payahlah "memujuk hati sendiri" dengan alasan-alasan bodoh, "duri dalam daging" dan sebagainya. Pemimpin PKR dan ahli-ahli yang keluar parti itu tidak bodoh seperti kamu semua. Mereka punya kualiti yang mampu membuat Anwar sendiri yang "merayu menjemput" mereka menyertai PKR bersama satu "perjuangan palsu" suatu masa dahulu. Dan kini, setelah menyedari bahawa perjuangan Anwar itu hanya "kosmetik" semata-mata, maka masing-masing kembali ke jalan yang lebih baik dan lurus. Mereka pun "tak ingin" berpartikan parti "sehina" PKR!

Jangan kata UMNO "pancing beli" mereka pula kerana UMNO tidak pandai "taktik buruk lompat melompat 16 September" yang dipelopori Anwar. Ada yang pemimpin PKR yang "jual diri" pada UMNO, itupun "tak laku" se"sen" pun! Usahlah "menghalau" bekas pemimpin dan ahli-ahli PKR yang keluar parti, sedangkan mereka pernah di"pujuk rayu" menyertai "perjuangan palsu" suatu masa dahulu. Janganlah disamakan senario pemimpin BN yang keluar parti seperti Anwar dan Jui Meng, kerana Anwar sememangnya dipecat atas salah laku dan salah guna kuasanya ketika memerintah, manakala Jui Meng hanyalah pemimpin "kecewa" yang "gilakan jawatan" dan kalah bertanding. Kenalilah perjuangan sebenar.

"Buta"kah penyokong PKR dan PAS dengan peristiwa demi peristiwa yang berlaku di negeri-negeri "jajahan" Pakatan Rakyat? Rasuah, salah guna kuasa, perebutan kuasa, "kuda diperkudakan", pertelingkahan dasar dan pergaduhan "ala-ala budak sekolah rendah" dijadikan "hidangan" oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan pemimpin Pakatan Rakyat terus dibongkarkan. Masih lagi dalam "denial sindrom"? Anda semua punya akal, jadi tolonglah buktikan bahawa anda semua punya "akal"!

Sunday, February 14, 2010

50 MP Australia sayang sama Anwar...


Lancang betul mulut 50 ahli parlimen Australia. Biadap! Ikut sedap mulut saja bila nak usul sesuatu. Siapa diorang tu? Oooo.."kawan baik" Anwar. Patut pun "kurang ajar"! Dek kerana "kawan baik" diorang didakwa di mahkamah, maka ikut suka mak bapak diorang saja nak suruh Kerajaan Malaysia gugurkan pendakwaan. Kepala hotak diorang la! Apa fakta dan atas dasar apakah diorang nak Kerajaan Malaysia gugurkan kes liwat Anwar? Adakah semata-mata kerana Anwar tu "kawan baik" diorang? Kalau hanya itu alasannya, maka diorang memang tidak layak menjadi ahli parlimen Australia. Malah diorang tak layak pun jadi ahli parlimen di mana-mana negara sekali pun!

Biadap benar 50 ahli parlimen Australia ni. Apakah diorang tak tahu bahawa Malaysia ialah sebuah kerajaan yang sudah merdeka dan berdaulat? Apakah mereka tahu "adab sopan" dan tata budaya Malaysia? Rasanya mereka "buta" dan "tuli" tentang fakta ini dan cuba ber"kokok" untuk "sahabat karib" mereka ini. Mereka begitu biadap apabila cuba mencabuli urusan dalaman negara kita. Mereka begitu biadap apabila cuba mencampuri urusan kehakiman negara kita di mana Kedaulatan Undang-Undang dipatuhi sepenuhnya. Tak malukah mereka mencampuri urusan "rumahtangga" orang? Tak dijemput, tapi pipi tersorong-sorong macam tembok jamban!

Kononnya cuba membela "rakan karib". Bagaimana pula dengan pendakwaan Saiful Bukhari? Apakah pendakwaan Saiful itu boleh diketepikan begitu sahaja hanya kerana Saiful membuat pendakwaan kepada "rakan karib" mereka? Dimanakah keadilan untuk Saiful?

Bagaimana pula jika kes ini diterbalikkan? Bagaimana jika Anwar pula membuat laporan polis mendakwa bahawa Saiful yang telah meliwatnya? Laporan polis Anwar itu diterima dan siasatan dibuat. Seterusnya pendakwaan kehakiman dibuat sebagaimana sekarang. Pastinya 50 ahli parlimen Australia ini akan "menyalak macam anjing kurap" menuntut supaya Kerajaan Malaysia mengambil tindakan terhadap Saiful serta merta. Pastinya mereka akan desak supaya Saiful dihukum walaupun perbicaraan belum bermula. Pastinya akan mereka tidak akan mendesak agar kes ini TIDAK DIGUGURKAN. Dah jadi terbalik! Kerana apa? Kerana "their beloved Anwar"? Kepala hotak laaa...

Memang 50 orang ahli parlimen ini kurang ajar. Kurang ajar kerana cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia. Apa kata kalau orang luar dari negara lain mencampuri urusan dalaman Australia? Apa rasa mereka jika ahli parlimen PAS tiba-tiba menempelak kerajaan Australia yang tidak "Isle"? Apa mereka rasa jika tiba-tiba YB Zahrain mendakwa mereka "diktator, cauvinis dan berfikiran komunis"? Rasanya, Duta Malaysia di Australia akan dipanggil kot?

50 ahli parlimen "kawan baik" Anwar ini memang "celaka" kerana cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia. Balik la woi!!! Jaga la Australia tu baik-baik. Jangan dok sebok jaga "tepi kain orang". Jangan sekali-kali jejakkan kaki korang semua di Malaysia ni kalau tak nak rasa "penangan" orang Malaysia. "Lempang" adalah hadiah terbaik kepada mana-mana individu yang tidak menghormati Kedaulatan Malaysia sebelum dihalau keluar di sempadan. Sesiapa yang nampak salah seorang 50 orang ahli parlimen ini jejak kaki ke Malaysia, elok tangkap diorang, ikat pada kerusi, "sekolah"kan diorang, "lempang jepun" 4 kali, lepas tu halau balik Australia. Diorang ni layak dilayan macam tu je...

Friday, February 12, 2010

Ada Orang UMNO Sokong Anwar?


Saya agak musykil sejak kebelakangan ini. Tambahan pula sejak perbicaraan Anwar Ibrahim VS Saiful Bukhari di mahkamah. Kes liwat part II. Perbicaraan kali ini agak "kurang panas". Bagi saya, adalah "normal" untuk tidak melihat ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang dahulunya bermati-matian berdemo demi "Si mata lebam" di perkarangan mahkamah kerana mereka sudah tahu Anwar sememangnya "kaki kelentong". Namun, kemusykilan saya adalah kepada "beberapa kerat" pemimpin dan blogger "UMNO" yang "bagaikan memberikan sokongan moral kepada Anwar Ibrahim" pada perbiacaraan kali ini. Siapakah "mereka"? Tak payahlah saya jelaskan, anda semua pasti dapat menghidu "bau busuk" itu.

Sejak kebelakangan ini, sokongan "pemimpin dan blogger UMNO" yang pro-Anwar itu kelihatan semakin jelas. "Mereka" tanpa segan silu memberikan sokongan padu kepada Anwar "di sebalik tabir". Tidak sedikit pun mereka menyentuh dakwaan tentang "salah laku luar tabi'i" yang di dakwa dilakukan oleh Anwar. Malah tanpa segan silu, mereka menyatakan bahawa dakwaan itu hanyalah "dongeng mitos Kerajaan" semata-mata. bagi saya, saya hanya berkata tentang fakta. Anwar pernah disahkan meliwat oleh mahkamah pada perbicaraan liwat part I. Walaupun didapati tidak bersalah dalam pendakwaan, mahkamah telah yakin dengan bukti yang ada untuk mengesahkan penglibatan Anwar dalam aktiviti liwat. Namun, mengapa "mereka" tetap mengatakan bahawa "Anwar" tidak meliwat? Sayang benar "pemimpin UMNO" ini pada Anwar.

Tun Dr. Mahathir juga di"persalah"kan oleh "golongan UMNO" ini. Mereka ini bertindak bagaikan "api dalam sekam" yang menyokong Anwar Ibrahim dalam diam. Pengikut-pengikut mereka begitu arif dengan "sokongan" boss mereka kepada Anwar. Usahlah saya dedahkan tentang siapa pemimpin UMNO itu. Anda semua pun sedar, siapa yang selama ini menjadikan Anwar sebagai "idol" mereka. Pernah ditempelaknya Tun M di London suatu masa dahulu kerana "sayang"nya pada Anwar.

Selain itu, ada juga blogger UMNO yang tanpa segan silu menafikan pembabitan Anwar dengan aktiviti liwat. Hairan. Tidakkah mereka tahu fakta perbicaraan mahkamah pada episod "mata lebam" dahulu? Malah mereka bertindak bagaikan lebih bijak dari hakim mahkamah yang sedang membicarakan kes liwat kali ini. Hakim "kedai kopi" barangkali. Tanpa segan silu, mereka memberikan hukuman sendiri, mengikut logik sendiri, dan mengikut "favor" sendiri, tanpa menghiraukan tentang fakta dan bukti kes. Hairan sekali. Tidak pula dibelanya mangsa, pemangsa pula yang dibelanya.

Saya musykil dengan "golongan" seperti di atas. Kononnya berpegang kepada rukunegara dan menyokong UMNO. Namun, "mereka" sanggup mempertikaikan kedaulatan undang-undang dan sanggup memberikan sokongan "di sebalik tabir" kepada "pengkhianat nombor 1 negara". Bagi saya, di dalam perbicaraan mahkamah, tidak kira parti UMNO, PAS, PKR, DAP atau apa pun sekali, ianya adalah diluar bidang kuasa politik. Yang salah, tetap salah tanpa mengira parti apa pun. Undang-undang tidak mengenal parti kerajaan atau pembangkang. Jadi, silalah berlaku "adil" dan bercakaplah yang fakta sahaja, dan bukan andaian, teori atau spekulasi ikut sedap mulut sendiri.

Pada pandangan saya, kita sebagai warganegara Malaysia mestilah menghormati kedaulatan undang-undang negara. Kita sebagai penyokong UMNO dan kerajaan, haruslah mengambil sikap terbuka terhadap Anwar dengan berkata tentang fakta. Salah satu faktanya ialah Anwar pernah disahkan meliwat oleh mahkamah sebelum ini dan Anwar juga terkenal dengan sikap "sesumpah"nya. Ini disahkan oleh "kawan baik"nya sendiri. Sepatutnya juga, kita harus memberikan pertimbangan yang adil sama ada kepada Anwar mahupun Saiful, dan biarlah mahkamah yang membuat keputusan. Bila mahkamah sudah jatuhkan hukuman, maka hormatilah keputusan itu. Jangan pula jadi seperti Nizar "gila talak" yang sememangnya sanggup menderhaka kepada DYMM Sultan dan menyalahkan mahkamah, dan sekaligus menghina takdir Allah S.W.T., semata-mata kerana hendakkan jawatan MB di Perak!

Sunday, February 7, 2010

Azizan ni tahu buat kerja ke tidak?


Rumah korang semua ada air tak? Apa korang rasa kalau rumah korang takde air selama sehari semalam? Best? Err..kalau korang ada kilang, dan kilang korang kena "shut down" sebab takde air. Korang suka tak? Berapa juta RM korang rugi? Pada aku, biar siapa pun, pastinya tak suka kalau sumber asas kehidupan ni takde. Tapi, inilah yang terpaksa diharungi oleh rakyat Kedah dan peniaga-peniaga yang berada di Kedah. Akibat sikap suka "tai chi mentai chi" & lepas tangan Azizan Razak dan kepimpinan PR Kedah, maka rakyat Kedah terpaksa merana...

Aku diberitakan bahawa masalah "air" di Kedah semakin meruncing. Banyak rumah-rumah yang tiada bekalan air. Terpaksa ke rumah saudara mara untuk "pinjam" air untuk kegunaan harian. Ada yang terpaksa mandi di pejabat, itu pun dengan air yang meleleh macam "air kencing" budak. Sudahlah hujan semakin jarang turun di Kedah, cuaca semakin panas, air pula takdak! Macam "cacing kepanasan" la rakyat Kedah...

Menurut khabar juga diberitakan bahawa beberapa kilang di Kulim Hi-Tech akan mengambil tindakan saman terhadap Kerajaan Negeri Kedah akibat kerugian kerana tidak dapat beroperasi. Kilang-kilang mereka terpaksa di"shut down" akibat tiada bekalan air. Lori air pun tak dibekalkan. Di Pendang pula, seorang usahawan yang nak memulakan program penanaman kacang terpaksa menangguhkan programnya akibat tidak ada air.

Sudahlah air takde, kalau ada air pun, airnya itu tidak berkualiti. Karbon banyak sangat. Bertambah susahlah rakyat Kedah. Tapi mungkin air di Alor Setar dan Sg Limau elok saja. Maklumlah, kawasan tu kan kawasan MB dan Exco-Exco yang di"mulia"kan rakyat. Tak pa. Rakyat sanggup "susah" takde air, asalkan MB dan Exco-Exconya "selesa". Maklumlah, selepas letih berpanas bermain golf, tentulah nak mandi, nak minum air. Rakyat Kedah "okay" je...

Sebenarnya, isu masalah "air" ni dah lebih sebulan melanda Kedah. Sekarang ni dah February, masih lagi belum selesai. Entah apa yang dibuat Azizan Razak & Exco-Exconya? Bila ditanya, mulalah depa "tai chi" ke sana ke sini. Ungkapan "tak tahu" dan "kami akan siasat dulu" sudah menjadi jawapan "standard" depa. Nak tanya satu lagi ni..."reti buat kerja ke tidak ni?". Kalau "tak reti", mengaku saja laaa...

Dulu masalah "sampah" di Kedah, sekarang ni masalah "air" pulak? Masalah "sampah" dah dibantu oleh Kerajaan Pusat melalui "E-Idaman" dah. Masalah "air" ni pun tak mampu nak "settle" ke? Adoih laaa...

Kes Anwar Vs. Saiful : Najib tidak relevan.


Ketika perbicaraan Anwar Ibrahim Vs. Saiful Bukhari sedang hangat bermula, maka kedengaranlah "suara-suara" sumbang diluar perbicaraan tersebut. Menurut kumpulan "pom pom auuuwww" yang dipercayai diketuai oleh "peliwat tegar" negara, pihak mereka telah memohon "sapina" untuk membawa Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah untuk ke mahkamah memberi keterangan. Kononnya, Perdana Menteri dan isterinya itu turut sama terlibat di dalam kes itu. Mungkin tindakan itu adalah untuk membuktikan penghujahan "konspirasi peringkat tertinggi", satu tuduhan subjektif yang mengulangi perbicaraan "liwat part I".

Sememangnya hujah "konspirasi peringkat tertinggi" menjadi salah satu "tuduhan wajib" dari pihak Anwar. Sejak perbicaraan 1998-1999 lagi, tuduhan itulah juga yang diulangi oleh pihak Anwar. Dan kali ini, dia mengulanginya semula. Mungkin itu "tabiat" semulajadinya. Dalam perbicaraan terdahulu, Anwar mengaitkan nama Dato' Seri Dr. Mahathir (ketika itu belum diberikan gelaran "Tun"). Dan kali ini pula, Anwar mengaitkan pula nama Dato' Seri Najib Tun Razak, malah isterinya juga turut "diheret" sama!

Pada saya, inilah yang dikatakan "berani, tapi bodoh tanpa fakta". Mungkin hujah pihak Anwar ini boleh mengabui mata pengikut taksubnya. Namun, bagi mereka-mereka yang berfikir, pastinya ini adalah satu pertuduhan yang "bodoh" untuk dipercayai.
Menurut fakta, Saiful Bukhari bertemu dengan Dato' Seri Najib hanya selepas Saiful membuat laporan polis terhadap Anwar dengan tuduhan liwat. Jadi, bila masanya pula Dato' Seri Najib berkonspirasi untuk me"ngena"kan Anwar sebagaimana yang didakwa?

Sememangnya, tuduhan ini adalah "tuduhan jahat" dari "minda yang jahat" untuk melepaskan diri dari "tersepit" di mata rakyat. Mungkinkah permainan "phsychology" ini sememangnya menjadi "pemutar alam" seperti Anwar terhadap musuh politiknya? Setelah "rayuan secara peribadinya" kepada Dato' Seri Najib di"tolak mentah-mentah", Anwar tukar pula "skrip" layar peraknya?

Sememangnya "sapina" boleh dikeluarkan oleh pihak mahkamah. Tapi kenalah relevan dengan kes. Kalau tak relevan, nak buat apa? Sudahlah tak relevan, buang masa PM sahaja melayan "kerenah" Anwar yang "desperado".

Harap-harap kepada penyokong Anwar tu, sedar-sedarlah. Sudah-sudahlah "tertipu" dengan "permainan" Anwar. Sudah ramai yang sedar tentang muslihat "musibat pengkhianat bangsa" ini. Anda semua bila lagi? "Mangsa" yang dianiaya tidak di"bela", "pemangsa" pula yang mati-matian di"bela"? Ada akal ke?

Friday, February 5, 2010

Anwar sememangnya peliwat?


Sedang hangat diperbualkan mengenai perbicaraan Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari. Diluar sana, sudah ramai yang sudah menjadi "hakim" tidak rasmi. Sama ada di kedai kopi, di kopitiam, di kedai mamak, mahupun di lobi hotel lima bintang, rata-ratanya sebok membuat spekulasi masing-masing. Bagi saya, masih terlalu awal untuk dihukum tentang perbicaraan ini. Usahlah kita seakan-akan "mendahului" mahkamah. Cuma, yang saya pasti, sama ada kali ini Anwar bersalah atau tidak, Anwar Ibrahim sememangnya sudah disahkan meliwat oleh mahkamah di dalam kes 1998-1999 dahulu. Hakikat ini mahu pun pahit bagi penyokong Anwar, namun haruslah diterima dengan hati yang terbuka!

Pada perbicaraan yang lalu, hakim mahkamah telah pun mengesahkan bahawa Anwar ada melakukan aktiviti liwat. Namun, di atas dasar sedikit kekeliruan teknikal, maka kes itu telah di"gugur"kan. Sila semak penghakiman kes yang terdahulu.

Namun kali ini, pihak pendakwa raya begitu optimis dan yakin bahawa Anwar akan "sangkut" jua akhirnya. Setelah Saiful bersumpah "qasam", dan tiada sebarang perkara yang mudarat berlaku terhadapnya berikutan sumpah itu, maka sudah ramai yang syak akan "tembelang" Bung Nuar selama ini. Mungkinkah "pengkhianat" yang bertopengkan "janggut sejemput" ini akan dibuktikan perlakuan diluar tabiinya kali ini, sama-samalah kita nantikan.

Sehingga kini, beberapa perkataan "baru" juga muncul seperti "mokhtar". Ada juga rakan-rakan yang suka mengusik dengan mengucapkan "mokhtar!" di muka pintu pejabat saya! Mungkinkah "mokhtar" adalah perkataan "salam" yang baru bagi "tarikat" PKR?

Selain itu, paling mengejutkan ialah "jumlah kehadiran" penyokong-penyokong Anwar di Mahkamah. Masih lagi saya ingat pada perbicaraan yang lalu apabila Anwar bagaikan "tahi dihurung lalat" dengan ratusan dan ribuan penyokong mengiringi perbiacaraannya yang lalu. Berbanding kini, hanya puluhan orang sahaja yang menghadiri kes liwat II ini. Walaupun Ust. "munajat" Badrul Amin cuba membohongi rakyat dengan mendakwa ribuan penyokong Anwar meng"hurung" mahkamah kali ini, namun ianya telah disangkal dengan mudah oleh juru-juru gambar rasmi dan "tidak rasmi" yang mengikuti perbicaraan itu di mahkamah. Jelas sekali Ust. Badrul Amin dapat dosa kering!

Nampaknya Anwar sudah hilang sokongan dari penyokongnya sendiri. Dikhabarkan bahawa jumlah kehadiran wartawan, jurugambar, pekerja mahkamah, peguam dan pendakwaraya adalah lebih ramai dari kumpulan penyokong tegar Anwar. Pastinya Anwar semakin tertekan kerana kesnya kali ini tidak mendapat "sambutan" penyokongnya bagai dulu. Anwar sudah basi! Rakyat sudah muak padanya, dan pastinya sudah semakin ramai yang sedar tentang "aktiviti" Anwar di "sebalik tabir"!

Biar apapun, biarlah mahkamah menjalankan tanggungjawabnya. Jika Anwar bersalah, jangan pula menuduh "mahkamah sudah dibeli", "mahkamah tidak adil", atau dikutuk pula hakim mahkamah tersebut. Pertuduhan itu juga sudah "basi" dan mudah dijangka keluar dari "mulut busuk" penyokong PKR. Terimalah hakikat dengan redha. Andainya "dewa" tuan-tuan bersalah, sepatutnya dia telah memalukan tuan-tuan semua. Dan seandainya Anwar "terlepas" lagi, usahlah menuduh Saiful menipu kerana dia telah bersumpah "qasam" dan "mahkamah Allah" masih ada. Yang "batil" tidak akan telepas!

Kita ikuti episod "putar belit" Karpal dan "geng-geng"nya. Kita ikuti pula fakta pendakwaan yang dikatakan "beyond reasonable doubt". Kita teruskan perjuangan kita "melondehkan" kurap panau "pengkhianat negara nombor 1!

Monday, February 1, 2010

KPemuda Alor Setar sokong KJ letak jawatan!


Saya secara peribadi menegur "penafian" oleh Dato' Seri Hishamuddin dan Datuk Razali Ibrahim berkenaan "desakan" majoriti Exco Pemuda UMNO agar Ketua Pemuda UMNO Saudara Khari Jamaluddin untuk meletak jawatan.

Ini adalah kerana saya telah disahkan sendiri oleh Exco Pemuda UMNO, Saudara Zubir Zabidi, selaku Pengerusi Biro Pertanian dan Industri Asas Tani, selaku Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, bahawa kejadian itu "benar-benar" belaku!

Menurut Saudara Zubir, "desakan" itu sememangnya berlaku dan Saudara Zubir sendiri sanggup melepaskan jawatannya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia beramai-ramai bersama rakan-rakan Exconya yang lain demi mencapai maksud mereka mendesak Khairi Jamaluddin meletak jawatan secara terhormat.

Oleh itu, tak payahlah Dato' Seri Hishamuddin atau Datuk Razali Ibrahim "menyembunyikan" hakikat itu kerana tidakan berkenaan bagai menunjukkan bahawa Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Razali masih di dalam "denial sindrom".

Pada saya, tindakan ini adalah satu tindakan yang "membersihkan" UMNO dan "menguntungkan" UMNO berbanding pendapat Datuk dan Dato' Seri yang cuba "menyembunyi" sesuatu hakikat yang sebenarnya langsung tidak membantu UMNO. Bagi saya, menyokong Saudara Khairi selaku Ketua Pemuda UMNO bagaikan "sokongan membawa rebah".

Dari itu, saya menyarankan untuk Saudara Khairy Jamaluddin untuk meletak jawatan secara terhormat, sebagaimana yang disarankan oleh Exco-Exco Pemuda UMNO usulkan. Jika tidak, nantikanlah Pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang akan datang, insyaAllah, Saudara Khairy Jamaluddin akan diturunkan secara "hina" oleh para perwakilan yang membawa "suara akar umbi".

Buat Saudara Khairy, berundur bukan bermakna saudara kalah. Pengunduran saudara akan memenangkan UMNO, dimana saudara juga akan turut "menang" kerana saudara juga dari Parti UMNO. Itulah yang perlu diutamakan, bukan kepentingan peribadi yang perlu diutamakan.

"ISA"kan suara pemimpin PR..!!!


Sebelum-sebelum ini, saya ada menulis mengenai perbalahan dan pergaduhan diantara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Sama ada perbalahan di antara PKR dan PAS, PKR dan DAP, mahupun DAP dan PAS. Sejak PRU12 lagi, kemelut demi kemelut melanda Pakatan Rakyat. Jika difikirkan, kebanyakan pertikaian dan perbalahan adalah berpunca dari perkara "dasar" dan "prinsip" yang diperjuangkan oleh PKR, PAS dan DAP. Masing-masing bagaikan melepaskan geram untuk menunjukkan bahawa merekalah "juara" di dalam Pakatan Rakyat.

Pada suatu ketika, PAS begitu jelas menjadi "keldai tunggangan" DAP dan PKR. Segala dasar yang diperjuangkan oleh PAS sebelum ini, habis di"cincang lumat" oleh DAP. PKR pula menyebelahi DAP! Kononnya, PKR bersikap "terbuka" dan cuba "meliberalkan" prinsip perjuangan PAS. PAS "makan hati". PAS tertekan. Ahli-ahlinya bukan saja mengkritik di "belakang pentas", malah ada juga yang terang-terangan membuat kenyataan melalui akhbar perdana, mempertikaikan peranan PAS yang "dinafikan" oleh PKR dan DAP. Akibatnya, PAS menjadi "caca merba". PAS terbahagi kepada pelbagai puak. Ada yang pro-ulama PAS, ada yang erdogan, ada yang pro-UG dan ada pula yang sudah serik dan me"lompat" sukarelanya menyokong UMNO. Siapalah yang mahu perjuangan mereka yang berani mati di"keldai"kan? PAS seakan-akan hilang maruah...

Ketika itu, ada pula pemimpin PAS yang cuba "menafikan" pertikaian di antara PAS dan DAP. Namun, cubaan itu ternyata gagal. Pergaduhan di antara Hasan Ali dan Ronnie Liu berkenaan isu "botol arak dirampas dan dikembalikan semula" menjadi bukti nyata betapa "keldai"nya PAS dimata DAP dan PKR. Khalid Ibrahim terang-terang menyokong DAP. Dimana pendirian PAS ketika itu? PAS dimalukan "sahabat seperjuangan"nya sendiri? Apakah "perjuangan dan dasar" mereka sama dan sealiran? Jangan dinafikan perkara yang benar. Hakikatnya PAS telah di"keldai"kan terang-terangan di depan rakyat dan ahli fanatik PAS sendiri.

Selepas itu, Zulkifli Noordin pula "buat hal". YB Zul (PKR) yang suka bermotorsikal kuasa tinggi ini bergaduh pula dengan Gobalakrishnan. Hampir bertumbuk kahabarnya. Namun selepas di"gosok" ketua partinya, mereka berpelukan semula. Namun, YB Zul kini berbalah pula dengan Khalid Samad (PAS). YB Zul telah membuat laporan polis demi mempertahankan prinsipnya. Khalid Samad pula membuat kenyataan akhbar mempertikaikan YB Zul dengan ungkapan "double standard". Dalam isu ini, mahkamah "Bung Nuar" menetapkan bahawa YB Zul sudah "melampaui batas". YB Zul dihadapkan ke "mahkamah Bung Nuar". Khalid Samad pula dihadapkan ke "mahkamah Hadi(baca Nik Aziz..kerana Nik Aziz dakwa dialah Nakhoda)". Khalid Samad dijatuhkan hukuman 6 bulan "tutup mulut".

Telah di"bisu"kan Khalid Samad. Mungkin Khalid Samad telah "makan penampar" Nik Aziz atau Hadi yang menyebabkan "lidah"nya di"bisu"kan selama 6 bulan. Namun, Khalid Samad menyatakan bahawa dia akan tetap "bersuara" dan "meroyan", mungkin dia menyangka bahawa pendapatnya itu "benar" dan "tepat" belaka. PAS sudah menyekat "freedom of speech" di dalam muamalah Islamiyahnya. PKR dan DAP semua "menepuk tangan" kegembiraan...

Yang terkini pula, Pakatan Rakyat sekali lagi bergegar dengan perbalahan di antara Zahrain Mohamed Hashim dan Khalifah Guan Eng. Zahrain secara jelas telah menyelar Khalifah kesayangan PAS dan PKR itu dengan menyifatkannya sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya. Kenapa Zahrain yang merupakan "bekas" Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata demikian? Zahrain tentunya mengenali rapat dengan Khalifah Guan Eng dan pastinya Zahrain juga tahu "protokol" kepimpinan PKR yang "menjaga sekutu"nya. Ternyata Zahrain sudah "tidak tahan" di"perkuda" selama ini. Manakan tidak? Kepentingan Melayu di Pulau Pinang habis di"kikis" oleh Khalifah Guan Eng! Siapa boleh tahannn???

Jelaslah kemelut di dalam Pakatan Rakyat semakin meruncing. Pertikaian dasar dan perbalahan sesama mereka tidak dapat disembunyikan lagi. Pakatan Rakyat kini lebih sesuai dengan nama "Pakatan Reput". "Masin mulut" Tun M yang mendakwa Pakatan "Reput" ini tidak akan bertahan lama kerana pertikaian dasar dan perjuangan yang jauh berbeza. Hanya yang "syok sendiri" dan "opportunist" sahaja yang akan menyokong Pakatan "Reput" seperti ini. Bagi Pakatan Rakyat pula, kepimpinan mereka semakin tertekan. "Dewa" mereka bakal masuk "kandang" OKT. Khalifah diktator dan cauvinis mereka pula sedang teruk di"bantai" pemimpin sekutu mereka sendiri. PAS pula semakin teruk di"keldai"kan. Senang cerita, Pakatan Rakyat "ISA"kan mulut pemimpin mereka sendiri!