Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, February 5, 2010

Anwar sememangnya peliwat?


Sedang hangat diperbualkan mengenai perbicaraan Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari. Diluar sana, sudah ramai yang sudah menjadi "hakim" tidak rasmi. Sama ada di kedai kopi, di kopitiam, di kedai mamak, mahupun di lobi hotel lima bintang, rata-ratanya sebok membuat spekulasi masing-masing. Bagi saya, masih terlalu awal untuk dihukum tentang perbicaraan ini. Usahlah kita seakan-akan "mendahului" mahkamah. Cuma, yang saya pasti, sama ada kali ini Anwar bersalah atau tidak, Anwar Ibrahim sememangnya sudah disahkan meliwat oleh mahkamah di dalam kes 1998-1999 dahulu. Hakikat ini mahu pun pahit bagi penyokong Anwar, namun haruslah diterima dengan hati yang terbuka!

Pada perbicaraan yang lalu, hakim mahkamah telah pun mengesahkan bahawa Anwar ada melakukan aktiviti liwat. Namun, di atas dasar sedikit kekeliruan teknikal, maka kes itu telah di"gugur"kan. Sila semak penghakiman kes yang terdahulu.

Namun kali ini, pihak pendakwa raya begitu optimis dan yakin bahawa Anwar akan "sangkut" jua akhirnya. Setelah Saiful bersumpah "qasam", dan tiada sebarang perkara yang mudarat berlaku terhadapnya berikutan sumpah itu, maka sudah ramai yang syak akan "tembelang" Bung Nuar selama ini. Mungkinkah "pengkhianat" yang bertopengkan "janggut sejemput" ini akan dibuktikan perlakuan diluar tabiinya kali ini, sama-samalah kita nantikan.

Sehingga kini, beberapa perkataan "baru" juga muncul seperti "mokhtar". Ada juga rakan-rakan yang suka mengusik dengan mengucapkan "mokhtar!" di muka pintu pejabat saya! Mungkinkah "mokhtar" adalah perkataan "salam" yang baru bagi "tarikat" PKR?

Selain itu, paling mengejutkan ialah "jumlah kehadiran" penyokong-penyokong Anwar di Mahkamah. Masih lagi saya ingat pada perbicaraan yang lalu apabila Anwar bagaikan "tahi dihurung lalat" dengan ratusan dan ribuan penyokong mengiringi perbiacaraannya yang lalu. Berbanding kini, hanya puluhan orang sahaja yang menghadiri kes liwat II ini. Walaupun Ust. "munajat" Badrul Amin cuba membohongi rakyat dengan mendakwa ribuan penyokong Anwar meng"hurung" mahkamah kali ini, namun ianya telah disangkal dengan mudah oleh juru-juru gambar rasmi dan "tidak rasmi" yang mengikuti perbicaraan itu di mahkamah. Jelas sekali Ust. Badrul Amin dapat dosa kering!

Nampaknya Anwar sudah hilang sokongan dari penyokongnya sendiri. Dikhabarkan bahawa jumlah kehadiran wartawan, jurugambar, pekerja mahkamah, peguam dan pendakwaraya adalah lebih ramai dari kumpulan penyokong tegar Anwar. Pastinya Anwar semakin tertekan kerana kesnya kali ini tidak mendapat "sambutan" penyokongnya bagai dulu. Anwar sudah basi! Rakyat sudah muak padanya, dan pastinya sudah semakin ramai yang sedar tentang "aktiviti" Anwar di "sebalik tabir"!

Biar apapun, biarlah mahkamah menjalankan tanggungjawabnya. Jika Anwar bersalah, jangan pula menuduh "mahkamah sudah dibeli", "mahkamah tidak adil", atau dikutuk pula hakim mahkamah tersebut. Pertuduhan itu juga sudah "basi" dan mudah dijangka keluar dari "mulut busuk" penyokong PKR. Terimalah hakikat dengan redha. Andainya "dewa" tuan-tuan bersalah, sepatutnya dia telah memalukan tuan-tuan semua. Dan seandainya Anwar "terlepas" lagi, usahlah menuduh Saiful menipu kerana dia telah bersumpah "qasam" dan "mahkamah Allah" masih ada. Yang "batil" tidak akan telepas!

Kita ikuti episod "putar belit" Karpal dan "geng-geng"nya. Kita ikuti pula fakta pendakwaan yang dikatakan "beyond reasonable doubt". Kita teruskan perjuangan kita "melondehkan" kurap panau "pengkhianat negara nombor 1!

Monday, February 1, 2010

KPemuda Alor Setar sokong KJ letak jawatan!


Saya secara peribadi menegur "penafian" oleh Dato' Seri Hishamuddin dan Datuk Razali Ibrahim berkenaan "desakan" majoriti Exco Pemuda UMNO agar Ketua Pemuda UMNO Saudara Khari Jamaluddin untuk meletak jawatan.

Ini adalah kerana saya telah disahkan sendiri oleh Exco Pemuda UMNO, Saudara Zubir Zabidi, selaku Pengerusi Biro Pertanian dan Industri Asas Tani, selaku Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, bahawa kejadian itu "benar-benar" belaku!

Menurut Saudara Zubir, "desakan" itu sememangnya berlaku dan Saudara Zubir sendiri sanggup melepaskan jawatannya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia beramai-ramai bersama rakan-rakan Exconya yang lain demi mencapai maksud mereka mendesak Khairi Jamaluddin meletak jawatan secara terhormat.

Oleh itu, tak payahlah Dato' Seri Hishamuddin atau Datuk Razali Ibrahim "menyembunyikan" hakikat itu kerana tidakan berkenaan bagai menunjukkan bahawa Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Razali masih di dalam "denial sindrom".

Pada saya, tindakan ini adalah satu tindakan yang "membersihkan" UMNO dan "menguntungkan" UMNO berbanding pendapat Datuk dan Dato' Seri yang cuba "menyembunyi" sesuatu hakikat yang sebenarnya langsung tidak membantu UMNO. Bagi saya, menyokong Saudara Khairi selaku Ketua Pemuda UMNO bagaikan "sokongan membawa rebah".

Dari itu, saya menyarankan untuk Saudara Khairy Jamaluddin untuk meletak jawatan secara terhormat, sebagaimana yang disarankan oleh Exco-Exco Pemuda UMNO usulkan. Jika tidak, nantikanlah Pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang akan datang, insyaAllah, Saudara Khairy Jamaluddin akan diturunkan secara "hina" oleh para perwakilan yang membawa "suara akar umbi".

Buat Saudara Khairy, berundur bukan bermakna saudara kalah. Pengunduran saudara akan memenangkan UMNO, dimana saudara juga akan turut "menang" kerana saudara juga dari Parti UMNO. Itulah yang perlu diutamakan, bukan kepentingan peribadi yang perlu diutamakan.

"ISA"kan suara pemimpin PR..!!!


Sebelum-sebelum ini, saya ada menulis mengenai perbalahan dan pergaduhan diantara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Sama ada perbalahan di antara PKR dan PAS, PKR dan DAP, mahupun DAP dan PAS. Sejak PRU12 lagi, kemelut demi kemelut melanda Pakatan Rakyat. Jika difikirkan, kebanyakan pertikaian dan perbalahan adalah berpunca dari perkara "dasar" dan "prinsip" yang diperjuangkan oleh PKR, PAS dan DAP. Masing-masing bagaikan melepaskan geram untuk menunjukkan bahawa merekalah "juara" di dalam Pakatan Rakyat.

Pada suatu ketika, PAS begitu jelas menjadi "keldai tunggangan" DAP dan PKR. Segala dasar yang diperjuangkan oleh PAS sebelum ini, habis di"cincang lumat" oleh DAP. PKR pula menyebelahi DAP! Kononnya, PKR bersikap "terbuka" dan cuba "meliberalkan" prinsip perjuangan PAS. PAS "makan hati". PAS tertekan. Ahli-ahlinya bukan saja mengkritik di "belakang pentas", malah ada juga yang terang-terangan membuat kenyataan melalui akhbar perdana, mempertikaikan peranan PAS yang "dinafikan" oleh PKR dan DAP. Akibatnya, PAS menjadi "caca merba". PAS terbahagi kepada pelbagai puak. Ada yang pro-ulama PAS, ada yang erdogan, ada yang pro-UG dan ada pula yang sudah serik dan me"lompat" sukarelanya menyokong UMNO. Siapalah yang mahu perjuangan mereka yang berani mati di"keldai"kan? PAS seakan-akan hilang maruah...

Ketika itu, ada pula pemimpin PAS yang cuba "menafikan" pertikaian di antara PAS dan DAP. Namun, cubaan itu ternyata gagal. Pergaduhan di antara Hasan Ali dan Ronnie Liu berkenaan isu "botol arak dirampas dan dikembalikan semula" menjadi bukti nyata betapa "keldai"nya PAS dimata DAP dan PKR. Khalid Ibrahim terang-terang menyokong DAP. Dimana pendirian PAS ketika itu? PAS dimalukan "sahabat seperjuangan"nya sendiri? Apakah "perjuangan dan dasar" mereka sama dan sealiran? Jangan dinafikan perkara yang benar. Hakikatnya PAS telah di"keldai"kan terang-terangan di depan rakyat dan ahli fanatik PAS sendiri.

Selepas itu, Zulkifli Noordin pula "buat hal". YB Zul (PKR) yang suka bermotorsikal kuasa tinggi ini bergaduh pula dengan Gobalakrishnan. Hampir bertumbuk kahabarnya. Namun selepas di"gosok" ketua partinya, mereka berpelukan semula. Namun, YB Zul kini berbalah pula dengan Khalid Samad (PAS). YB Zul telah membuat laporan polis demi mempertahankan prinsipnya. Khalid Samad pula membuat kenyataan akhbar mempertikaikan YB Zul dengan ungkapan "double standard". Dalam isu ini, mahkamah "Bung Nuar" menetapkan bahawa YB Zul sudah "melampaui batas". YB Zul dihadapkan ke "mahkamah Bung Nuar". Khalid Samad pula dihadapkan ke "mahkamah Hadi(baca Nik Aziz..kerana Nik Aziz dakwa dialah Nakhoda)". Khalid Samad dijatuhkan hukuman 6 bulan "tutup mulut".

Telah di"bisu"kan Khalid Samad. Mungkin Khalid Samad telah "makan penampar" Nik Aziz atau Hadi yang menyebabkan "lidah"nya di"bisu"kan selama 6 bulan. Namun, Khalid Samad menyatakan bahawa dia akan tetap "bersuara" dan "meroyan", mungkin dia menyangka bahawa pendapatnya itu "benar" dan "tepat" belaka. PAS sudah menyekat "freedom of speech" di dalam muamalah Islamiyahnya. PKR dan DAP semua "menepuk tangan" kegembiraan...

Yang terkini pula, Pakatan Rakyat sekali lagi bergegar dengan perbalahan di antara Zahrain Mohamed Hashim dan Khalifah Guan Eng. Zahrain secara jelas telah menyelar Khalifah kesayangan PAS dan PKR itu dengan menyifatkannya sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya. Kenapa Zahrain yang merupakan "bekas" Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata demikian? Zahrain tentunya mengenali rapat dengan Khalifah Guan Eng dan pastinya Zahrain juga tahu "protokol" kepimpinan PKR yang "menjaga sekutu"nya. Ternyata Zahrain sudah "tidak tahan" di"perkuda" selama ini. Manakan tidak? Kepentingan Melayu di Pulau Pinang habis di"kikis" oleh Khalifah Guan Eng! Siapa boleh tahannn???

Jelaslah kemelut di dalam Pakatan Rakyat semakin meruncing. Pertikaian dasar dan perbalahan sesama mereka tidak dapat disembunyikan lagi. Pakatan Rakyat kini lebih sesuai dengan nama "Pakatan Reput". "Masin mulut" Tun M yang mendakwa Pakatan "Reput" ini tidak akan bertahan lama kerana pertikaian dasar dan perjuangan yang jauh berbeza. Hanya yang "syok sendiri" dan "opportunist" sahaja yang akan menyokong Pakatan "Reput" seperti ini. Bagi Pakatan Rakyat pula, kepimpinan mereka semakin tertekan. "Dewa" mereka bakal masuk "kandang" OKT. Khalifah diktator dan cauvinis mereka pula sedang teruk di"bantai" pemimpin sekutu mereka sendiri. PAS pula semakin teruk di"keldai"kan. Senang cerita, Pakatan Rakyat "ISA"kan mulut pemimpin mereka sendiri!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!