Monday, January 25, 2010

YB Zul VS. YB Khalid Samad.


Baru-baru ini, YB Zulkifli Noordin (PKR) telah membuat satu laporan polis terhadap YB Khalid Samad (PAS) di atas kenyataannya yang mendakwa bahawa golongan yang membantah penggunaan kalimah "Allah" oleh non-muslim adalah "kolot". YB Zul menganggap Khalid Samad telah menghina Islam dan memperlekeh Islam di Malaysia.

Fakta "aneh" tapi benar. Nampaknya YB Zul cuba menunjukkan dirinya lebih "Islam" dari YB Khalid Samad. Sedangkan dirinya berada di dalam parti PKR yang lebih "liberal" Islam berbanding YB Khalid Samad. YB Khalid pula cuba menunjukkan dirinya "menyokong" ke arah "kekufuran" dan "menghampiri kekakfiran" (menurut fatwa Ust. Harun Din Timbalan Mursyidul Am PAS), sedangkan Khalid sendiri berada di dalam parti PAS yang mendakwa diri mereka "juara Islam". Aneh, bukan?

Khalid Samad kemudiannya membalas "tembakan" YB Zul. Dalam kenyataannya pada akhbar, Khalid mendakwa bahawa YB Zul "double standard" kerana membuat laporan polis kepadanya sahaja, dan tidak kepada Anwar Ibrahim dan Nik Aziz yang "senada" dengannya. Selain itu, Khalid Samad juga menimbulkan rasa hairan, "Saya tidak tahu kenapa dia ‘minat’ sangat dengan saya...", begitulah katanya.

Apakah Khalid mampu membandingkan perkataan yang dikeluarkan oleh Anwar dan Nik Aziz jika dibandingkan dengan kenyataannya yang meng"kolot"kan martabat Islam di Malaysia. Nampaknya, Khalid Samad sudah "tersepit" dan mengheret Anwar dan Nik Aziz supaya bersama-sama "tersepit" dengannya. Mungkin Khalid cuba mencari sokongan "boss"nya akibat dihentam hebat kiri dan kanan. Selain itu, saya juga hairan mengapa YB Zul dikatakan "berminat pada Khalid sahaja"? Tidakkah YB Zul "berminat" pada Anwar? Nanti kecil pula hati "Bung Nuar" tu. Faham-faham saja lahhh...hehehe...

Hakikatnya, kedua-duanya "haprak". Khalid Samad dan Zulkifli Noordin, kedua-duanya mencari publisiti. Cuba menjadi "jaguh", sedangkan kedua-duanya akan "mengangguk kepala" Anwar dan Nik Aziz, tidak berani "mengangkat muka" walaupun tidak bersetuju dengan "boss" mereka. Jika Yusof Haslam tawarkan mereka berlakon "sembilu III", pasti meletup!

Hakikatnya, mereka berdua ini memang "tak tahu malu". Bergaduh di khalayak umum dan mempertontonkan kebodohan mereka kepada rakyat (mereka sememangnya "bodoh" kot?". Yang seorang tu "kaki gaduh". Nasib baik tak bertumbuk dengan Gobalakrisnhnan, kalau tidak, pastinya lagi kecoh jadinya. Yang seorang lagi tu sudah menghampiri "kekufuran" dan "ingkar" pada Timbalan Mursyidul Am PAS. Beginilah "warna sebenar" pemimpin PAS dan PKR. "Low mentaliti" dan "low class". Kalau nak memperjuangkan sesuatu agenda, bentangkanlah di Parlimen atau di sidang DUN. Masing-masing bergelar YB, tapi perangai macam "Lebai Leman di kedai kopi"! Kepada rakyat, lihatlah porak peranda pemimpin-pemimpin "poojaan" anda semua. "Pangkah"lah mereka. Mereka lebih pandai "bertengkar tanpa saluran", hanya pandai berkata-kata dan "makan gaji buta"!

Sunday, January 24, 2010

Ini perangai Ketua Wanita PKR "pulakkk"!!!

*Menarik gambar ni..macam pernah tengok...tapi tak pakai baju kaler biru putih...tapi "pink" kaler...hehehhe...

Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR merangkap ADUN Ampang sedang teruk di"belasah" di kawasannya sendiri. Kedengaran merata-rata penduduk Islam Ampang sedang "membelasah" Zuraida dengan kutukan demi kutukan. Zuraida telah dilaporkan telah menyarankan supaya pentadbiran MAIS dan JAIS patut ditukar dan digantikan dengan "ulama yang bebas politik". Ini termasuklah Pengarah Jais, Dato' Mohd Khusrin Munawi yang digesa untuk ditukar jabatan.

Menurut berita, Zuraida menyuarakan sokongannya kepada Khalid Ibrahim untuk menukar pentadbiran JAIS dan MAIS. Dipercayai juga bahawa Zuraida bertindak demikian kerana faktor "peribadi", kerana Zuraida telah "mengungkit" perkara demikian kepada wartawan.

Dikhabarkan bahawa motif utama Zuraida ialah untuk membalas dendam kepada JAIS dan MAIS kerana telah "menyenarai hitamkan" namanya dan mengeluarkan namanya dari senarai panel forum agama yang bakal diadakan di Klang. Zuraida juga adalah di antara pemimpin politik yang hadir pada kuliah bekas mufti "glamour", Ustaz Asri Zainul Abidin, yang kemudiannya ditahan kerana mengajar tanpa tauliah.

Tapi, Zuraida masih "degil" dengan menegaskan bahawa dia akan tetap menghadiri forum agama di Klang itu. Malah dia juga bagaikan "mencabar" JAIS dan MAIS dengan berkata "..lihat apa yang akan terjadi..". Selain itu, Zuraida mencadangkan beberapa nama ulama "yang bebas politik" seperti Daeng Sanusi Daeng Mariok, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Haron Din untuk menggantikan pentadbiran JAIS dan MAIS.

Nampaknya Zuraida ini bukan saja "tidak berakal", berdendam dan tidak rasional, malah "bodoh piang!", kata orang Kedah.

Kerana dia telah di senarai hitam dan dikeluarkan dari senarai anggota panel forum, maka dia "mengamuk sakan" nak buang orang sana sini. Macam budak kecil! "Marahkan nyamuk, habis dibakar kelambu"! "Buruk" betul perangai dan sifat peribadinya. "Busuk hati"! Orang macam ni pun boleh jadi Ketua Wanita PKR? Kalau dah ketuanya pun macam tu, bayangkanlah wanita-wanita PKR dibawahnya. Tentu pemikiran mereka lebih rendah dari Zuraida. "Bodoh mereput"!

Yang paling menariknya ialah "nama-nama ulama bebas politik" yang disarankan oleh Zuraida. Nama yang disebutnya ialah "Daeng Sanusi Daeng Mariok, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Haron Din"! Ketiga-tiga orang tu boleh dikategorikan sebagai "ulama bebas politik" ke??? Di mana akal Zuraida??? Di kepala lutut ke??? Apakah Zuraida tidak kenal siapa Daeng Sanusi Mariok? Ismail Kamus? Ehhh? Timbalan Mursyidul Am PAS pun dia tak kenal??? Ternyata Zuraida memang "sengal" dan PKR pun sememangnya "sengal" kerana memilih dia sebagai Ketua Wanita PKR!

p/s: Harap-harap dalam UMNO takdak "Wanita" yang "low mentality" lagu ni noooo...

Saturday, January 23, 2010

Puteri UMNO Malaysia: Latest Hot Stories?


Apa cerita Puteri UMNO Malaysia? Sebentar tadi saya telah dihubungi oleh seseorang, menceritakan berita "panas" di dalam Puteri UMNO Malaysia. Bukan nak buka aib seseorang atau memburukkan keadaan. Namun, kalau tak cerita pun, "tak kena" juga. Kalau tak cerita, nanti dikatakan pula cuba menidakkan perkara yang "benar". Jadi, pada pendapat saya, "berkata benarlah walaupun sepahit hempedu"!

Dikhabarkan juga semalam, sebuah kursus kemantapan kepimpinan telah dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Insan di Langkawi yang turut disertai oleh 3 Puteri UMNO Bahagian dari 3 buah negeri yang diadakan di Langkawi. Dikhabarkan bahawa program itu turut melibatkan slot untuk Dato' Mukhriz Mahathir (Timbalan Menteri MITI) dan Pn. Shahanim (Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia). Tiba-tiba, dikhabarkan Pn. Rosnah Shirlin (Ketua Puteri UMNO Malaysia) telah menghubungi pihak penganjur untuk membatalkan kursus tersebut sekiranya Pn. Shahanim turut serta diberikan slot program! Apa cerita ni Kak Rosnah? Pelik!

Apa dah jadi ni? Kenapa Rosnah buat macam tu kepada Shahanim? Kenapa Shahanim disekat untuk memberikan ceramah motivasi? Salahkah memberikan ceramah untuk kebaikan Puteri UMNO? Namun, mujurlah dikhabarkan bahawa slot ceramah motivasi Shahanim itu diteruskan juga di atas arahan "Second Boss UMNO". Nasib baik Tan Sri Muhyiddin berlaku "adil" dan "bijak menilai". Dikhabarkan juga, ada pihak dari kem "Boss Besar UMNO" yang menghubungi Kah Rosnah "menegur"nya di atas "taktik politik kurang sihat" ini. Jika tidak, pastinya Rosnah akan terus percaya bahawa taktik "sekatan politik"nya terhadap Shahanim telah berjaya! Namun, kejadian ini telah menguatkan lagi khabar-khabar yang disampaikan ke telinga saya...Pelik!

Saya diberitahu tengahari tadi melalui seorang rakan bahawa Kak Rosnah telah mengadakan mesyuarat Puteri UMNO Malaysia baru-baru ini. Dikhabarkan juga bahawa semua Ketua-Ketua Puteri UMNO Negeri, Setiausaha, SUK, Bendahari dan Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia telah dijemput KECUALI Shahanim selaku Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia dan Exco Antarabangsa Puteri UMNO Malaysia! Kenapa Kak Rosnah tak jemput Shahanim? Sudahlah mesyuarat Puteri UMNO Malaysia itu diadakan di rumah Kak Rosnah, Kak Rosnah sendiri sedang dalam "pantang" melahirkan "baby". Kenapa tak dijemput pula "second boss Puteri UMNO"nya itu? Pelik!

"Kekanda" Rosnah tak suka "kekanda" Shahanim ke? Kak Shahanim ada buat salah pada Kak Rosnah ke? Kalau ada, kenapa tak bersemuka dan selesaikan secara baik? Atau Kak Rosnah memang "bimbang" dengan kedudukan Kak Rosnah sebagai "Ketua Puteri UMNO Malaysia" agak goyah dan "tak perform"? Kak Rosnah "takut pada bayang-bayang sendiri" ke? Kenapa perlu Kak Rosnah "sekat" aktiviti Shahanim berbakti kepada UMNO dan rakyat? Atau Kak Rosnah sudah termakan "fitnah" pembangkang terhadap Kak Hanim? Apakah tahap "mentaliti" Kak Rosnah sudah setaraf dengan "mentaliti" kelas ketiga pembangkang? Atau Kak Rosnah termakan hasutan "fitnah" cemburu dari segelintir pihak dari dalam UMNO yang sebenarnya tidak pernah "berjumpa", "berbicara" dan tidak pernah "mengenali" Kak Shahanim? Come on, don't tell me that Kak Rosnah got such "low mentality"! Takkan Ketua Puteri UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri mempunyai cara pemikiran sebegini??? Pelik!

Saya difahamkan oleh seorang rakan bahawa Kak Shahanim telah diberikan "portfolio" sebagai Exco Antarabangsa Puteri UMNO Malaysia oleh Kak Rosnah. Namun, yang menghairankan dikhabarkan bahawa Kak Rosnah telah mengeluarkan hal ehwal Kelab UMNO Luar Negara dari tugasan Exco Antarabangsa Puteri UMNO dan di"agih-agih"kan kepada "kawan-kawan karib"nya yang telah dilantik di dalam jawatankuasa Puteri UMNO. Ehhh??? Bukankah sayap-sayap UMNO lain meletakkan tugasan hal ehwal Kelab UMNO Luar Negara kepada Exco Antarabangsa? Kenapa pula Kak Rosnah sekat pula Exco Antarabangsanya berhubung dengan Kelab UMNO di luar negara? Apa yang nak di"risau"kan? Takut hilang sokongan politik ke? "Cas Keting" ke? Pelik!

Hairan. Saya hairan. Saya pernah mendengar ucapan Kak Rosnah ketika di Kedah. Kak Rosnah memberikan jaminan bahawa Puteri UMNO akan bersatu padu dibawah kepimpinan Kak Rosnah dan semua Puteri-Puteri UMNO Bahagian di Kedah diminta berbaik-baik sesama sendiri. Namun kini, mengapa pula Kak Rosnah sendiri yang "menganjurkan" pepecahan dikalangan Puteri UMNO? Di peringkat pusat pulak tu? Itukah yang dinamakan 1Puteri versi Kak Rosnah? "Musnahkan pencabar jawatan terdekat yang mampu mengganggu gugat kedudukan jawatan", itukah maksud "perpaduan" yang Kak Rosnah maksudkan? Pelik!

"Wake up" la Kak Rosnah! Hari tu Kak Rosnah "marah-marah" seorang "Prof" yang mengatakan bahawa UMNO masih "lemah". Seakan-akan Kak Rosnah tidak mahu menerima hakikat bahawa UMNO sedang "sakit". Masih dalam "denial sindrom"! Saya secara terus terang mengatakan bahawa UMNO "masih sakit", namun sedang "beransur sembuh". UMNO "belum sembuh" seperti sediakala seandainya masih ada lagi pemimpin UMNO yang masih "bersikap seperti yang di atas". Bukan saya "membenci" atau "menyebelahi sesiapa", namun saya tidak suka "sikap" sebegitu. "Sikap" dan bukan "individu". Berubahlah Kak Rosnah! Dato' Seri Najib dah selalu "balun" suruh pemimpin UMNO berubah, takkan Kak Rosnah tak nak berubah juga? Peliklah kalau begitu...

Monday, January 18, 2010

Cas Keting: Marilah kalau berani! - Azizan Razak.


Menjawab kepada "raungan" Nik Aziz yang mendakwa di"cas keting", Azizan Razak yang merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah, menafikan "dakwaan" Mursyidul Am PAS itu turut "berlaku" di Kedah. Malah dengan angkuhnya Azizan Razak berkata "Nak buat? Marilah kalau berani...". Nampaknya kenyataan MB Kedah ini begitu keras kepada "musuh-musuh" politik dalaman PAS Kedah yang cuba mengatur strategi men"cas keting"kan dirinya. Garang sungguh Azizan Razak. Maklumlah. Baru setahun dua dia menjadi MB, takkanlah nak beri laluan kepada orang lain pula? Jalan di Sungai Limau baru saja di"tar"kan dan di naik taraf. Baru nak rasa "senang" sikit...

Setahu Azizan, tiada budaya "cas keting" di Kedah. Menurutnya, "kalau ada pun, itu adalah di luar pengetahuan"nya. Janganlah nak salahkan Azizan pula. Selama menjadi MB Kedah, apa sangat yang dia tahu? Orang curi balak di Kedah, dia tak tahu. Orang PAS berebut projek kecil untuk diri sendiri, dia tak tahu. Pemimpin PAS "dok mengutuk belakang" pun, dia tak tahu. Apa yang dia tahu? Naikkan "signboard" yang ada "muka" dia besar-besar, itu dia tahu. Rasmi projek pembangunan BN, dia tahulah!

Nampaknya, Azizan Razak begitu yakin "tiada yang berani" menyanggah "kerusi MB"nya di Kedah. Yakin sekali! Baguslah begitu. Bukan apa, saya terkenang kenyataan Azizan yang pernah berkata, "jadi pembangkang lebih mudah menjadi kerajaan, kira nak bangkang saja. Payah jadi kerajaan ni...". Pada pendapat saya, mengapa jika Azizan tahu "susah menjadi Kerajaan", maka dia nak teruskan jadi MB Kedah? Kenapa tak beri laluan pada Phahrulradzi saja? Taulan Rasul pun ada. Bagilah peluang "depa pening kepala" pula. Lagipun, kesihatan Azizan Razak pun bukannya elok sangat. Takkan nak tunggu muntah darah macam Nik Aziz kot?

Yang pastinya, mungkin ada beberapa pemimpin PAS Kedah yang "kecut perut" dengan "ancaman" dan "ugutan" boss besar PAS Kedah ini. Sudahlah sebelum ini mereka sering di"kondem" di dalam mesyuarat, sekarang Azizan "bantai depa" lagi! Kalau macam tu, pastinya "suara depa" takkan ber"bunyi" langsung dalam mesyuarat. Kalau nak ber"suara" pun, mereka akan pakai "body language" atau "memek muka". Kalau "tak puas hati" sangat pun, "depa" akan ber"bunyi" di"belakang"! Setakat itu sajalah. Maka jadilah "depa tu" bagaikan "burung kakak tua", "burung belatuk" atau "Mr. Yes Man"! Heheheh...KALAU BERANI, CUBA LAH!

Budaya "cas keting" sememangnya sinonim kepada pemimpin-pemimpin politik. Sama ada diperingkat tertinggi sehinggalah ke peringkat kepimpinan akar umbi. Tidak mengira sama ada UMNO, PAS, PKR mahupun DAP, "cas keting" sering menjadi "igauan ngeri" bagi pemimpin politik. Ada yang sanggup bergaduh, berbalah dan "bermasam muka" dengan rakan karib sendiri kerana "takut" kehilangan kuasa dan jawatan. Baru-baru ini, "bekas ustaz" lulusan India yang sekian lama "selesa" menjawat jawatan MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS telah meluahkan kebimbangannya tentang perihal "cas keting" di dalam parti PAS yang selama ini digambarkan sebagai "suci", "holy molly" & "parti ke syurga".

Benarkah dakwaan Nik Aziz Nik Mat itu? Benarkah kemelut politik PAS Kelantan sedang berada di dalam polemik "cas keting"? Siapa yang di"cas keting" itu, Pok Nik? Pok Nik di"cas keting"kah? Atau anak menantu Pok Nik yang telah menjadi mangsa "cas keting"? "Keting" siapakah yang mem"bengkak"?

Selama 20 tahun memerintah Kelantan sebagai MB, baru kini Nik Aziz bersuara tentang "cas keting". Nampaknya, "keting" Nik Aziz yang sedang "sakit membengkak"? Siapa yang dok "cas keting" Pok Nik? Husam & erdogannya? Kolonel Mat? Hadi? Nasa? Harun Taib? Harun Din? Hasan Ali? Atau Pok Nik sendiri yang dok "cas keting" sendiri? Kenapa sekarang baru Pok Nik "terasa" bagai ada "orang" yang nak "cas keting" Pok Nik? Selama ini, sudah banyak pemimpin PAS Kelantan yang di"cas keting", namun ada Pok Nik peduli? Setelah "keting" sendiri di"cas", maka baru Pok Nik nak meluahkan rasa "bimbang"? Rasanya, kalau "keting" Nik Aziz tidak di"cas", pastinya Nik Aziz akan terus "seronok" dibuai mimpi indah ditakhta MB Kelantan.

Sayang juga Nik Aziz pada jawatan MB. Cintakan jawatan, "gila" jawatan! Takut dan risau jawatannya itu "terlepas" dari tangannya. Padahal, selama 20 tahun memerintah, Nik Aziz gagal memakmurkan Kelantan melainkan membina patung buddha tertinggi dan terbesar di sana. Walaupun majoriti penduduk Kelantan adalah Islam, tiada pula masjid didirikan mahupun diperbesarkan demi keselesaan jemaah. Apatah lagi jika disebut bab ekonomi. Lagilah hancur! Bila ditanya mengapa ekonomi Kelantan semakin teruk, maka dengan "bangga"nya Nik Aziz menyalahkan Kerajaan Pusat yang tidak memberikan peruntukan kepada Kelantan. Sepatutnya Nik Aziz ingat pada "bidasan" Bung Nuar ketika membentangkan bajet kewangan dahulu, "sepatutnya Kerajaan PAS Kelantan bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat, bukannya merungut...". "La in syakartum la azidannakum, wa la in kafartum, inna azabi la syadid..". Jika beginilah kepimpinan Nik Aziz, patutlah yang nak "cas keting"nya.

Sebelum ini, Nik Abduh Nik Mat, anak lelaki Nik Aziz pernah di"cas keting". Nik Aziz tak "mengamuk". Ketika mana Ariffahmi di"cas keting"nya, Nik Aziz mula menunjukkan sedikit "ketidakpuasan hati"nya. Malah Nik Amalina anak perempuannya dengan lantangnya menyuarakan pendapat diblognya membela "suami"nya, Si Ariffahmi. Lajnah PAS Kelantan terus bergolak apabila mempamerkan drama swasta Husam Musa dan "kickdefella", arahan Bung Nuar. Rajuk merajuk, cium tangan, peluk memeluk..namun dibelakangnya ada "pisau belati" ditangan! Semakin parah PAS Kelantan. Nampaknya "keting" Nik Aziz sudah parah membengkak!

Hakikat ini, mahu tidak mahu, haruslah dipertanggungjawabkan kepada Nik Aziz Nik Mat. Dia sepatutnya tahu "malu" dan "sedar diri"nya yang tidak layak sama sekali menerajui Kelantan. Dikhabarkan juga bahawa Kolonel Mat sudah lama "menanti". Husam pula sudah lama menyusun strategi. Kronisme dan nepotisme Nik Aziz bakal tumbang. "Keting" Nik Aziz sudah membengkak. Patutlah Nik Aziz "terpekik terlolong kesakitan". "Sakit" nak tinggalkan jawatan rupanya!

Thursday, January 14, 2010

MB Kedah Marah Ahli Majlis PBT?


Ustaz Azizan selaku Menteri Besar Kedah dilaporkan telah "membidas" sikap Ahli-Ahli Majlis PBT Negeri Kedah kerana tidak menyuarakan idea, suara penduduk setempat dan pandangan masing-masing di dalam mesyuarat. Menurut Ustaz Azizan, Ahli-Ahli Majlis PBT lebih "gemar" untuk kenyataan menerusi akhbar dan tabloid tempatan. Ustaz Azizan meluahkan "ketidakpuasan hati"nya pada Ahli-Ahli Majlis ini pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Penggal 2010-2011 di Wisma Darul Aman baru-baru ini.

Tu diaaaa..! Ustaz Azizan dah naik angin. Haru biru! Habih dia bidas "Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah". Nak "tergelak" pun ada. Nampaknya, Ustaz Azizan gagal "mengawal" Ahli-Ahli Majlisnya sendiri. Secara jelas, kebanyakkan Ahli-Ahli Majlis PBT adalah lantikan politik. Takkanlah Ahli-Ahli Majlis pun Menteri Besar "gagal" nak kawal? Itu baru Ahli Majlis. Kalau ADUN tu, rasanya lagilah "tak terkawal"!

Sebelum ini, saya dan rakan-rakan sering diberitahu bahawa terdapat ramai ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang "kurang" berpuas hati dengan "cara" dan "sistem" yang dilaksanakan oleh Ustaz Azizan. Khabarnya, ADUN-ADUN itu tidak suka dengan cara MB itu "menegur" dan "memarahi" mereka di depan Kedah Civil Servant (KCS). Khabarnya, Ustaz Azizan juga sering "memperlekehkan" mereka di dalam mesyuarat di depan KCS. Selain mencalar kewibawaan mereka di depan KCS, mereka juga merungut kerana "malas" mahu ber"suara" ketika mesyuarat. Ini adalah kerana secara "semula jadi"nya "suara" mereka menjadi "tidak laku" apabila "maruah" mereka yang hilang dan "hilang"nya hormat KCS pada mereka. Mungkin sebab itulah, mereka lebih suka "bersuara dibelakang". "Mengutuk" boss dibelakanglah tuuu...

Mungkin ini senario ini juga yang berlaku pada Ahli-Ahli Majlis PBT Kedah. Kalau suara ADUN-ADUN yang melantik mereka pun tidak kedengaran, apatah lagi mereka? Mungkinkah mereka tidak "bersuara" di dalam mesyuarat kerana "takut" pada MB yang sering memperkecilkan "maruah" dan "kebolehan" mereka? Atau mereka terlalu "menghormati" Ustaz Azizan sehingga menyebabkan mereka menjadi "Mr. Yes Man"? Atau sebenarnya mereka sudah "menyampah" dan "malas" nak bersuara kerana sering di"kondem" dan di"malu"kan di depan orang ramai sebagaimana "boss" mereka?

Sudahnya, "suara" rakyat akan "tersangkut di kerongkong" mereka. Sama ada ADUN atau Ahli Majlis PBT, mereka kelihatan "gagal" membawa "suara" rintihan rakyat. Secara tidak langsungnya, mereka juga lupa pada "sumpah" yang diangkat ketika lantikan dan mereka juga "gagal" dalam "menunaikan janji" mereka ketika "lantang berkempen". Selain itu, mereka juga gagal dalam menjalankan tanggungjawab. Dalam kata kasarnya, "mereka makan gaji (elaun) buta"!

Nampaknya, Ustaz Azizan "keseorangan". "Keseorangan" dalam menjalankan tugas pentadbiran Negeri Kedah. Ustaz Azizan sebok menguruskan pentadbiran dan para "pembantu"nya hanya "lena" bertemankan ulitan "projek-projek masuk poket sendiri". Ustaz Azizan sebok "membodek" DYMM Sultan Kedah, manakala "pembantu-pembantu"nya sebok memikirkan "memenuhkan tembolok" masing-masing. Sedangkan rakyat semakin terasing akibat tiada pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi. Air tidak ada, kalau ada pun, airnya keruh sekali. "Sekeruh" pentadbiran Pakatan Rakyat di Kedah. Rakyat juga yang merana...

Nampaknya, Kedah akan semakin "merudum" ke bawah. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang "sepatut"nya mentadbir men"sejahtera"kan Negeri Kedah "semakin" lupa akan tanggungjawab. Khabarnya ketika pilihanraya yang lepas, "mereka lebih bijak dan pandai mentadbir berbanding BN"! Bila sudah kuasa memerintah ada di tangan mereka, mereka lebih suka "berceramah"! Cakap saja pandai, bekerjanya "bodoh"! Itulah jadinya bila yang silap memilih pemimpin, rakyat yang "merana". Mungkin pemimpin Pakatan Rakyat "terlepas pandang" tentang "rungutan" rakyat yang memangkah undi menyebelahi mereka. Namun di"peringat"kan kepada sesiapa saja yang memerintah dan mentadbir, jika YB-YB dan tuan-tuan semua "lebih banyak bercakap dari bekerja", maka tiada rakyat yang akan memilih YB-YB dan tuan-tuan" kelak. Tak ingat "titah" DYMM Sultan Selangor ke? Atau nak DYMM Sultan Kedah ulang "titah" kat Kedah pulak?

Sunday, January 10, 2010

Anwar & Gereja: Bagai Aur Dengan Tebing...


Aku dok tengah "bertenang" ni. Tenangkan diri. Bukan apa...hari tu hati aku "panas" akibat "Tan Sri" Paderi yang tak reti nak hormat hak Islam dan keutamaannya di Malaysia. Aku kesal dengan Paderi tu pasai dia tak paham-paham dengan sensitiviti umat Islam di Malaysia ni. Akibatnya, maka sudah "ada yang ambik kesempatan". DYMM YDP Agong dah bertitah suruh bertenang pun "mamat" tu cari pasai. Ini boleh mendatangkan "marah"! Dan bila aku "marah", aku malas nak tulis pakai bahasa buku. Kasi hantam saja!

Ada ka patut "mamat" tu menangguk di air yang keruh? Si "mamat" ni dah pi jumpa "kawan-kawan karib"nya dari gereja dan berdialog. Itu takdak hal la...sebab tu memang "sekutu-sekutu"nya. Tapi yang "kurang ajaq"nya tu, dia mempolitikkan pulak isu ni. Ada ka patut dia kata UMNO yang bertanggungjawab pada isu "gereja kena bakaq" ni??? Dia ada bukti nyata "beyond reasonable doubt" ka? Utusan Malaysia pun kena tuduh bertanggungjawab jugak? "Mamat" ni gila ka apa?

Benda apa yang Najib buat sampai "meransangkan" nafsu amarah individu untuk membakaq gereja tu? Ada Najib buat isytihar nak bagi hadiah pada sapa yang bakaq gereja ka? Kalau Najib kata "jangan bakaq gereja" sekali pun, Najib buleh sekat ka gereja tu dari dibakaq? Gila ka apa? Sapa yang buleh "stop" orang dari buat jenayah & kesalahan? Kalau wujudlah orang yang lagu tu dalam Malaysia ni , maka takkan wujudlah penjara. Memang "bengong" tuduhan "mamat" tu..!

Utusan Malaysia pulak hanya melaporkan keadaan dan suasana sebenar berkenaan isu ini. Bagi "press", isu ini adalah "hot issue" dan "journalist" tak mau rugi kalau tak cover isu ni. Lagipun, depa tak suka kena "beletiaq" oleh "editor" depa. Kalau pikiaq logik la, dah tugas wartawan lagu tu. Jadi tak salahlah depa menulis. Lain la kalau benda yang depa tulis tu fitnah dan tanpa fakta. Utusan Malaysia bukan macam Harakah atau Suara Keadilan yang hanya berstatus "tabliod fitnah, hasutan & low class mentaliti".

Dalam "mamat" tu dok berdialog, dia sempat "menyamakan" dirinya dengan Khalifah Umar Abdul Aziz yang melawat gereja & memberikan hak mengamalkan berbilang agama. Seolah-olah Kerajaan Malaysia ni tak mengamalkan kebebasan agama sejak merdeka pulak? Mamat ni sememangnya "tuli". Cuba buka mata luas-luas. Berapakah umur gereja tertua di Malaysia? Bila ditubuhkan? Sebelum merdeka atau selepas merdeka? Pernah dak gereja dibakaq sewenang-wenangnya oleh pihak Kerajaan Malaysia? Pernahkah ada ketegangan agama yang dahsyat sebelum ini? Semua kekacauan ini berlaku hanya selepas 'mamat" keluaq dari penjara dan balik dari US! Mungkin inilah ilmu yang "mamat" tu belajaq dari yahudi masa dia kat US dulu.

Buat apa dia pi jumpa penganut Kristian tu? Untuk berdialog? Siapa dia untuk menentukan dasar dan perlembagaan negara? Apa yang dia "compromised" dengan geng "Kristian" dia tu? Apa yang "mamat" tu "janji" dengan Paderi gereja tu? Gereja yang sama tinggi dan sama banyak dengan masjid di Malaysia? Hak keistimewaan agama Kristian yang sama taraf dengan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia? Ntah-ntah dia dok atoq nak bakaq gereja hat mana pulak dengan geng-geng dia tu? Lepaih tu tudah UMNO, BN, Najib & Utusan Malaysia...ingat orang Malaysia ni "bodo" sangat ka sampai senang-senang hang nak tipu?

Woih! Sudah laaa..hang pi la balik pikiaq macamana nak mengadap mahkamah. Kes hang dengan Sepol tu belum tentu hang buleh lepaih. Ada yang kata hang nak "lari". Betoi ka? Hang ni bacoi ka? Hang nak lari masuk kedutaan mana pulak lepaih ni? Err..kedutaan Israel tak dak kat Malaysia ni. Hang tak payah lari la...ngaku je al hang buat. Ramai yang dok "defend" hang. Depa kata hang kena "fitnah" part II. Betoi ka hang kena "fitnah"? Cuba hang buktikan. Kita pakai law style Perancis, "you are guilty untill proven innocent". Amacam? Ada "teloq"?

Saturday, January 9, 2010

Gereja terbakar: "Siapa" Bakar "Siapa"?


"Bakar membakar". Itulah tragedi. Rentetan kepada respon isu penggunaan kalimah "Allah" pada Herald-The Catholic Weekly, beberapa gereja dikhabarkan telah "terbakar". Tidak tahulah sama ada gereja-gereja tersebut "terbakar" atau "dibakar". Hakikatnya, sudah ramai yang "terbakar".

Pihak "itu" menuduh pihak "ini". Pihak "ini" menuduh pihak "itu". Ada pihak "Kristian" menuduh "Islam" yang "bakar". Ada "Islam" pula yang menuduh "Kristian" yang "bakar. Mana satu yang betul? Hanya "Allah" yang Maha Mengetahui.

Sudah tentu mereka-mereka yang pro-Kristian akan menuding jari kepada pro-Islam. Mudah untuk difikirkan. Jika dikaitkan dengan isu penggunaan kalimah "Allah", sudah tentulah kemarahan umat Islam di Malaysia akan membawa kepada tindakan membakar gereja. Itu "hukum" oleh mereka-mereka yang "malas berfikir" dan "suka menuduh tanpa siasatan terperinci". Samalah sebagaimana Sultan Melaka menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah! Bermotif dan mudah di"hukum".

Tapi bagaimana pula jika bukan pro-Islam yang bakar gereja-gereja tersebut? Bagaimana jika ada pihak yang cuba "menangguk di air yang keruh". Sengaja membakar gereja-gereja untuk menunjukkan kepada dunia bahawa wujud "pelampau-pelampau Islam" di Malaysia? Sengaja mahu memburuk-burukkan umat Islam di Malaysia? Sekaligus mencemarkan nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh? Bagaimana jika ada yang cuba menjadi "batu api" di antara Islam dan Kristian di Malaysia? Bagaimana pula ada pihak yang cuba merosakkan semangat "1Malaysia"? Dan bagaimana pula jika ada pihak yang cuba menunjukkan 1Malaysia "gagal" dilaksanakan? Ada yang cuba men"sabotaj" 1Malaysia nampaknya...

Ada juga umat Islam yang "menuduh" pihak Kristian sendiri yang "membakar" gereja mereka sendiri. Bagi pendapat saya, itu tidak mustahil. Itu adalah di antara kebarangkalian yang tidak mustahil. Secara "reversal", mungkin juga "tuduhan" itu benar. Namun, saya tidak cukup berani untuk menuduh. Maklumlah. Saya tidak punya bukti sahih dan "beyond reasonable doubt". Malah saya juga bukanlah "ahli nujum". Jika saya "ahli nujum", sudah pasti saya tahu sebab musabab dan punca kematian Teoh Beng Hock!

Secara rasionalnya, saya kurang senang dengan tindakan segelintir pihak yang "tuduh menuduh" berkenaan isu "bakar gereja" ini. Bagi saya, perkara ini adalah tidak sepatutnya berlaku. Matlamat tidak menghalalkan cara. Saya lebih "senang" jika perkara ini disiasat dengan teliti demi keharmonian agama dan kaum di Malaysia. Saya tidak mahu nama Islam tercemar kerana insiden ini. Islam secara jelas tidak mengajar umatnya bertindak sedemikian. Saya juga tidak mahu gereja Kristian dibakar, kerana tindakan itu sama sekali tidak akan menyelesaikan masalah.

Mungkin benar kata Tun M. Perkara sebegini tidak boleh diselesaikan melalui proses perundangan. Bila emosi dan moral terganggu, macam-macam boleh terjadi. Terutama sekali jika membabitkan bangsa Melayu yang sememangnya terkenal dengan sifat "amok"nya. Jika kita lihat puncanya, mungkin ianya akan membawa kepada banyangan "hati yang sedang terbakar". Kenapa "terbakar"? Mungkin kerana isu kalimah "Allah" yang telah di"bakar" oleh satu "pihak". "Pihak" manakah yang "membakar" isu tersebut? Sudah tentulah pihak "Kristian". Maka "siapa bakar siapa?" sudah kita tahu. Maka tidak mustahil pula untuk berlaku perkara "bakar membakar". Persoalannya, siapakah yang akan "mencurah air" untuk memadam "kebakaran" itu? Benarkah ada "pihak ketiga" yang mahu Islam dan Kristian bermusuh di Malaysia, semata-mata untuk melarikan "isu"nya yang "bakal menjelang di mahkamah" kelak? Tepuk dada, anda fikirkan sendiri.

Thursday, January 7, 2010

Woi! Khalid nak jadi Boss YBK laaa...!!!


Beberapa hari yang lalu, Khalid Ibrahim telah "bertitah" mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor...

"Make me the Boss, or else..." kata Khalid. Seakan "mengugut" bunyinya...

Keesokkan harinya, Khalid menyambung pula "titah"nya....

"Yes! I wanted to be the Yayasan Basmi Kemiskinan boss...".

Alasannya ialah...

"...for the sake of transperancy..."

Maka hampir tersemburlah makanan dari mulut saya membaca kenyataan si Khalid "gagap" ini. "Getik" sekali rasanya. Saya takjub kehairanan mengenangkan kenyataan Khalid yang begitu "daring" sekali.

Pada mulanya, kata-kata Khalid "gagap" seakan-akan satu "ugutan". Kata-katanya bagai mengugut untuk tidak melaksanakan "sesuatu" jika tidak dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan itu. Apakah "sesuatu" yang dimaksudkan itu? Menurut The Malay Mail, "sesuatu" itu mungkin bermaksud tentang projek bernilai RM300 juta membina kampus universiti untuk 5000 pelajar. Mengikut perkiraan, projek Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah itu akan membawa pulangan lebih dari RM1 million pada jangkamasa 20 tahun.

Mungkin "keuntungan" ini yang di"kejar" oleh Khalid sehinggakan dia ber"iya-iya" untuk menjadi Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan itu.

Mungkin kerana itu jugalah Khalid tanpa segan silunya bermati-matian mahukan jawatan Pengerusi Yayasan yang bakal mengaut keuntungan yang lumayan itu.

Mungkin karana itu jugalah maka Khalid sanggup "mengugut"???

Kemudian, Khalid nyatakan pula bahawa keinginan "nafsu"nya untuk memegang jawatan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan itu adalah untuk menjamin "ketelusan". Kenyataan inilah yang membuatkan tekak saya menjadi "mual" dan "loya"! Hampir nak termuntah jadinya! Berani Khalid bercakap tentang "ketelusan" dirinya? Layakkah Khalid menyebut perkataan "ketelusan" dan menjamin dirinya itu sebagai "telus" setelah pelbagai konstroversi melanda dirinya?

Satu persatu skandal si Khalid "gagap" didedahkan. Siapa tidak ingat tentang isu "lembu korban", "servis kereta peribadi guna wang kerajaan negeri", "wang zakat", "kes siasatan SPRM yang sememangnya Khalid kantoi jutaan ringgit" dan banyak lagi. Apakah ini yang dimaksudkan oleh Khalid Ibrahim sebagai "telus"?

Setelah gagal menguruskan ekonomi Selangor selama memerintah, Khalid dikhabarkan pernah cuba untuk me"rompak" wang zakat di Selangor yang selama ini susah payah dikutip dan dikumpulkan oleh Kerajaan BN Selangor. Ratusan juta jumlahnya. Namun, mujurlah DYMM Sultan Selangor sempat "menyelamatkan" wang zakat tersebut dari "kerakusan" Khalid.

Setelah gagal mem"bolot" wang Zakat Selangor, Khalid beralih "target" kepada wang untuk "orang-orang miskin" di Selangor pula??? Lupakah Khalid kepada orang-orang miskin yang selama ini di"tipu" untuk memberikan undi padanya ketika pilihanraya yang lalu? Mereka semua mengharapkan Khalid membantu hidup dan ekonomi mereka. Namun kini Khalid seakan-akan ingin "merompak" mereka pula? Teruklah begini. Kepada siapa pula mereka harus adukan? Mungkin mereka kini semakin "jelas" untuk kembali ke pangkuan BN daripada menjadi mangsa kerakusan nafsu "Perosak Rakyat"!

Jelas sekali Khalid Ibrahim terdesak. Jelas sekali Khalid Ibrahim "gila kuasa". Jelas sekali Khalid Ibrahim punya kepentingan peribadi. Perkataan "ketelusan" yang diwar-warkan melalui kenyataan akhbarnya itu hanyalah "penyedap kata, halwa telinga" kepada mereka yang "tuli". Hakikatnya, jutaan rakyat Selangor sudah tahu "belang" si Khalid "gagap"!

Wednesday, January 6, 2010

Inilah "PUNCA"nya...

Rapat benar Paderi ini dengan Bung Nuar...?

Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam. Siapakah "Tan Sri"ini? Nama ini cukup "besar" bagi penganut-penganut agam Kristian di Malaysia. Namun, tidak ramai penganut agama Islam yang kenal Tan Sri Xavier ini. Namun kini, nama paderi "besar" ini "lebih popular" dikalangan umat Islam di Malaysia berbanding panganut Kristian sendiri. Kenapa? Kerana paderi "besar kepala" inilah yang memohon pengisytiharan mahkamah untuk "menafikan" keputusan pihak Kerajaan BN untuk melarang penggunaan perkataan "Allah" dalam "Herald - Tthe Catholic Weekly" pada 7 Januari 2009!

Sikap "kurang ajar" yang ditunjukkan oleh pederi Kristian ini sememangnya sangat "biadap" pada pandangan umat Islam di seluruh Malaysia, kecualilah segelintir individu Islam yang didakwa "kufur"oleh Ust. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS. Seterusnya Xavier Pakiam ini menuntut perkataan "Allah" "bukan eksklusif" untuk kegunaan panganut Islam sahaja. Sejak bila pula "God" Kristian boleh disamakan dengan nama "Allah" di Malaysia? Kenapa pula perlu di"melayu"kan nama "God", "Jesus" dan "Mary"? Apakah sama "Allah" Yang Satu dengan konsep "trinity" di Malaysia? Sesungguhnya ini satu pernghinaan "terlampau" dari seorang Paderi Kristian "yang terlampau"!

Apakah sikap "biadap" yang ditunjukkan oleh paderi "besar kepala" ini diajar di dalam ajaran Kristiian? Apakah Kristian mengajar seseorang untuk menuntut sesuatu yang bukan hak mereka? Apakah Kristian mengajar umatnya untuk tidak menghormati hak-hak umat agama lain?

Nampaknya paderi "kepala besar" ini tidak menghormati perlembagaan, kedaulatan Islam dan kontrak sosial yang diamalkan di Malaysia. Tidakkah "Tan Sri" Paderi sedar bahawa dia sedang berada di Malaysia yang mengisyitharkan bahawa agama rasminya ialah Agama Islam, dan bukan Kristian? Tidak akan mungkin keutamaan atau kesamarataan hak diberikan kepada Kristian di negara ini berbanding Islam. Jika mahu "dilebihkan" Kristian, sila ke negara lain!

Tidakkah Paderi Kristian ini sedar dari siapa dia mendapat gelaran "Tan Sri"? Bukankah gelaran itu diberikan oleh Institusi Kesultanan Melayu yang mengetuai segala urusan dan hal ehwal agama Islam di Malaysia ini. Saya mengesyorkan agar bintang kebesaran P.S.M yang dikurniakan itu patut ditarik balik!

Tidak sepatutnya seorang pemimpin agama seperti Xavier Pakiam ini bersikap sebegini. Sikapnya ini jelas mencetuskan huru-hara di seluruh negara, sedangkan Kristian hanyalah salah satu dari agama minoriti di Malaysia dan bukan sama sekali agama rasmi negara. Sana sini kedengaran laporan polis dilakukan oleh ribuan pihak. Sana sini kedengaran perhimpunan demonstrasi aman yang memprotes perkara ini. Semua ini kerana siapa? Tentulah kerana tuntutan Xavier Pakiam yang terlampau!

"Jangan dijolok sarang tebuan, kelak binasa badan". "Jangan di"sentuh" agama Islam di Malaysia, kelak teruk padahnya menerima "amok" umatnya!". Tidakkah Xavier Pakiam sensetif dengan sentimen perasaan, budaya dan pengamalan Islam di Malaysia? Saya fikir, jika Pakiam ini bijak, pastinya dia tidak akan "berani" meminta itu dan ini. Sepatutnya dia duduk "diam" sahaja dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membenarkan Kristian diamalkan di Malaysia tanpa sebarang masalah.

Dari itu, saya mengingatkan "Tan Sri" Nicholas Xavier Pakiam supaya jangan cuba "bermain api" dengan umat Islam di Malaysia. Malaysia sangat unik budaya pengamalan agamanya. Sikap saling hormat menghormati sesama agama selama ini yang telah digariskan di dalam perlembagaan jangan sesekali di"usik". Islam adalah yang berhak di Malaysia kerana itulah yang termaktub diperlembagaan.

Monday, January 4, 2010

Harun Din Kafirkan Pemimpin PAS?!


Maka berkatalah Timbalan "mursyidul am" PAS, Dato' Harun Din Al-Hafiz pada wartawan mStar online akan perihal penggunaan kalimah "Allah" yang menggegarkan sensitiviti umat Islam di Malaysia...

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.
- mStar online.

Kufur? Apa pengertian kufur? Kufur terbahagi kepada berapa jenis? Kufur yang manakah yang Harun Din maksudkan? Tuan-tuan carilah sendiri tentang erti "kufur". Saya tidak senang untuk men"spoon feed"kan tentang pengertian "kufur". Namun untuk pengetahuan tuan-tuan, bagi seseorang yang melakukan perkara "kufur", maka dia bolehlah dikatakan sebagai "kafir", kerana "kafir" ialah pelaku kepada perlakuan "kufur". Jadi, menurut Harun Din, maka sudah "ada"lah yang menjadi "kafir".

Siapakah yang "kafir"? Jika dirujuk kepada kata-kata Harun Din, maka jelaslah yang "kafir" itu ialah "mereka yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly".

Siapa pula yang bersetuju? Di antara yang paling awal & terang-terangan menunjukkan persetujuannya ialah Khalid Samad! Benarkah Khalid Samad, seorang pemimpin parti PAS, telah dihukum sebagai "kafir". Jika dirujuk kepada kata-kata Timbalan "mursyidul am" PAS, maka benarlah Khalid Samad "kufur"?! Saya hairan, mengapa seorang pemimpin PAS, yang kononnya memperjuangkan Islam telah terang-terangan melakukan perkara "kufur" dihadapan umat Islam. Apa yang diperjuangkan Khalid Samad? "Salib"? Hak Kristian Catholic? Hak apa yang Catholic ada jika mahu dibandingkan dengan Islam di Malaysia? Khalid Samad ternyata melampaui batas! Bak kata Karpal Singh, "Khalid Samad" harus bertaubat!

Begitu juga dengan Ketua Dewan Pemuda PAS. Seorang "shababul muslim" yang sering berserban besar dan "segak" membawa sahsiah seorang "role model" pemuda Islam. Nasrudin Tantawi pula dengan "bangga"nya mengikut jejak Khalid Samad. Inikah contoh pegangan "shababul muslim" PAS? Tunduk dengan desakan Catholic yang tidak berhak dibumi Malaysia ini? Tidakkah Nasrudin merujuk kepada Timbalan Mursyidul Am PAS yang lebih tinggi ilmunya sebelum mengeluarkan kenyataan "kufur"nya? Sudahlah Nasrudin. Sila betulkan kenyataan anda & bertaubatlah segera sebelum Harun Din menghukum anda sebagai "kafir".

Mahfuz, seorang pemimpin "Singa laut patah gigi" dari PAS juga dikhabarkan "sekufu" pendirian dengan Khalid Samad dan Nasrudin Tantawi. "Singa laut patah gigi" ini cuba "mengaum" memperjuangkan "hak palsu" Catholic di negara Islam yang punya perlembagaan yang "unik" dengan hak keistimewaan agama Islam. Dengan "gigi palsu"nya, "singa laut" PAS ini melaungkan persetujuannya terhadap keputusan Hakim Dato' Lau. Mahfuz sebelum ini sering membantah keputusan mahkamah yang tidak menyebelahinya. Namun, kini bila keputusan mahkamah tidak menyebelahi Islam, Mahfuz sokong pula??? Perjuang Islamkah atau pejuang Kristian Catholic? PAS sudah tukar agamakah?

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara. Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama". Saya secara peribadi, bersetuju dengan saranan Ustaz Harun Din ini.

Segala permasalahan agama, janganlah dipolitikkan. Agama tetap agama. Politik tetap politik. Berbeza dan tidakj boleh dicampur aduk. Inilah yang dimaksudkan UMNO suatu ketika dahulu apabila tidak menghubungkaitkan antara Islam dan politik. Islam selamanya diatas dan merangkumi segala aspek kehidupan. Manakalah politik hanyalah salah satu cabang kecil di dalam muamalah Islam. Utamakanlah Islam. Jadi bila permasalahan ini adalah permasalahan agama, maka janganlah di"sempit"kan pula kepada cabang yang kecil. Rujuklah kepada yang lebih arif dan munaqashahlah kita demi kepentingan Islam, bukan kepentingan politik!

Sunday, January 3, 2010

Saya Cabar YB Zul!


Saya tertarik dengan entry dari blog YB Zulkifli Noordin berkenaan penggunaan kalimah "Allah" oleh The Herald - Catholic Weekly News baru-baru ini. Hujah-hujah YB Zul yang "menyanggah" persetujuan Khalid Samad dari PAS terhadap isu ini ternyata agak "konstroversi". YB Zul secara terbuka menyelar Khalid Samad dan terang-terangan mencabar Khalid Samad untuk keluar dari parti PAS. Disuruhnya pula si Khalid "Salib" ini untuk menyertai parti selain PAS yang dikatakan sinonim membela dan memperjuangkan "Islam". "Geli hati" membaca tulisan YB Zul, saya terfikir untuk "mencabar" YB Zul pula!

Sememangnya benar sekali hujah-hujah yang agak ilmiah dari YB Zul untuk menyanggah Khalid Samad. Mungkin Khalid Samad akan "terkedu" dengan hujah-hujah sebegitu konkrit. YB Zul teruk "membantai" prinsip Islam Liberal Khalid Samad. Jika benarlah Khalid Samad mengamalkan Islam Liberal, maka Khalid begitu selari dengan prinsip PKR yang begitu liberal terhadap Islam dan agama lain. Saya merasa "pelik". Kenapa pula YB Zul menegur Khalid Samad yang berprinsipkan Islam Liberal sedangkan dirinya sendiri adalah dari PKR yang sememangnya mengamalkan dasar itu? Bukankah PKR merupakan "johan" dalam "meliberal"kan Islam di Malaysia. Sepatutnya YB "tidak boleh marah" pada Khalid Samad kerana Khalid telah menunjukkan bahawa dirinya "lebih Islam liberal" dari YB Zul sendiri.

Sememangnya YB Zul begitu "vokal" dengan isu-isu yang menyentuh tentang perihal "Islam". Sejak menjadi YB, sudah berkali-kali YB Zul "menyanggah" dasar yang dibawa oleh PKR dan rakan-rakan sekutunya. Bermula dari konstroversi penyertaannya dalam perhimpunan membantah agenda Majlis Peguam berkenaan isu "murtad", hinggalah yang terkini berkenaan isu penggunaan kalimah "Allah". Sudah banyak benar sanggahannya yang tidak selari dengan kata partinya.

Pernah YB Zul diminta memberikan "tunjuk sebab" atas tindakannya yang berlawanan dengan "kehendak parti". Dikhabarkan bahawa YB Zul tidak berganjak dengan ugutan "Sivaji The Boss" pada awalnya. Namun beberapa ketika setelah campur tangan beberapa pihak, YB Zul menjadi "sejuk", "bisu" dan bertukar menjadi "harimau tidak bergigi".

Pernah YB Zul bertekak bertegang leher dengan Gobalakrishnan. Bergaduh di blog "bagai nak rak", namun akhirnya gambar YB Zul berpelukan dengan Gobalakrishnan tersiar merata-rata di"website". Walaupun YB Zul dipihak yang "benar" ketika itu, YB Zul terpaksa menyimpan "kebenaran" itu, kononnya "demi keharmonian parti". Apakah YB Zul tidak takut "soal kubur" yang akan mempersoalkan tindakannya yang "menyembunyikan kebenaran"?

Pernah juga YB Zul bermatian membela Ustaz Ridhuan Tee di blognya. Malah YB Zul juga hebat "jihad berperang" dengan pemimpin DAP. Di"simpan"nya artikel penghinaan pemimpin DAP itu terhadap Islam dan Ustaz Ridhuan diblognya sebagai bukti. Walaupun telah "bertegang urat" dan "tiada mohon maaf" dari pemimpin DAP yang membuat "onar" itu, YB Zul dilihat masih bersekongkol dengan perjuangan Pakatan Rakyat. Masih "sekapal", walaupun "seorang mahu ke hulu dan seorang mahu ke hilir". Sanggup hipokrit "berlakon" walaupun prinsip diri dan Islam "tergadai".

Berprinsipkah YB Zul? Ber"degar-degar bunyi" suara blognya, namun tiada kesan. YB Zul mencabar Khalid Samad keluar dari parti PAS. Keras cabarannya. Namun, kali ini saya mencabar YB Zul pula. Saya cabar YB Zul keluar dari Pakatan Rakyat dan PKR untuk mengelak dari bersekongkol dengan desakan "kafir harbi" demi memelihara Islam dan mempertahankan kalimah "Allah" dari terus digadaikan. Keluar dari PKR. Jadi "YB Bebas" pun tak mengapa, asalkan Islam dan kalimah "Allah" terjaga. Itupun jika YB Zul pejuang Islam sebenarlah. Jika tidak, YB Zul tak ubah juga seperti "sesumpah" yang bernama Anwar Ibrahim!

Kalimah "Allah" Tergadai di Bumi Malaysia: Terima Kasih Khalid Samad!


Saya amat "muram" pada sambutan Tahun Baru 2010. "Gerhana" perasaan ini tidak dapat disembunyikan lagi dan saya kira, saya perlu menulis untuk meluahkan "ketidak puasan hati" saya. Saya bermuram durja kerana kalimah "Allah" yang kini telah di"batal"kan hak-hak eksklusifnya di Malaysia!

Secara peribadi, bukanlah saya bermaksud untuk menghina keputusan mahkamah dan "jurisdiction" yang telah dikeluarkan oleh Hakim Dato' Lau. Namun, atas nama Islam, Bangsa Melayu dan "Tanah Melayu" yang kini bergelar Malaysia, saya kira keputusan Hakim Dato' Lau "kurang tepat". Keputusan itu sangat "kurang tepat" jika diselarikan dengan perlembagaan negara dan sosial kontrak yang dipertahankan sejak merdekanya tanahair ini. Maaflah jika perkiraan saya ini salah kerana saya bukanlah begitu arif berkenaan Sistem Perundangan Negara. Namun pada "moral"nya, saya tetap berpendapat bahawa keputusan Hakim Dato' Lau itu "kurang tepat"!

Mengapa saya berkata kurang tepat? Semua rakyat Malaysia tidak mengira yang beragama Islam, Kristian, Buddha atau Hindu tahu dan faham bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara dan mempunyai "keistimewaan" yang tersendiri dinegara ini. Islam diberikan keutamaan didalam perlembagaan dan hak-hak social kontrak. Kalimah "Allah" adalah tidak dinafikan merupakan hak sekelian makhluk dan alam. Namun agak berlainan di Malaysia memandangkan kalimah "Allah" itu dilihat sebagai "ekslusif" sejak zaman berzaman. Ini adalah berbeza dengan amalan negara lain.

Malangnya, "kemenangan" surat khabar "Catholic" ini se"nada" dengan beberapa orang yang mendakwa mereka lebih Islam dari umat Islam yang lain. Khalid Samad contohnya telah menjadi "johan" dalam membela akhbar Kristian ini di dalam Parlimen. Khalid "Herald" ini sanggup bertikam lidah dengan Ustaz Taib Azamuddin dan beberapa golongan "ulama" PAS. Sayang sekali Khalid "sosialist" ini kepada gerakan "Catholic" ini. Sayangnya Khalid kepada "Herald" mungkin lebih dari sayangnya pada Harakah atau Islam. Hairan juga bagaimana Khalid "sosialist" ini berpartikan PAS. PAS sudah menjadi "sosialist"kah?

Sememangnya dilihat secara rambang bahawa perkara ini adalah "remeh" kepada sesetengah pihak, namun jika diamati, hak penggunaan kalimah "Allah" kepada "Herald Catholic Weekly" adalah lebih banyak negatif berbanding positifnya. Cuba bayangkan jika anak-anak kecil ini "ter"baca keratan artikel "Herald" yang berasaskan agama Kristian, pastinya mereka akan celaru dan "haru biru" pemahaman agama, terutamanya tentang aqidah. Bayangkan jika mereka-mereka yang kurang pemahaman agama Islamnya di"momok"kan dengan Tuhan Mariam, Tuhan Jesus(Isa) dan Tuhan Allah. Lama-kelamaan, masyarakat Islam kita akan "termakan" dengan pemahaman Kristian tentang "trinity". Tidakkah agama Islam akan terancam akibat artikel "Herald" ini? Tidak konstroversikah nanti? Bukankah isu agama merupakan isu yang amat sensitif di Malaysia? Mengapa pula perlu dibuka pula "pintu" perbalahan agama di Malaysia?

Saya agak hairan dengan permintaan "Herald". Tidakkah "Herald" tahu tentang sensitiviti umat Islam di Malaysia dan keutamaan yang diberikan oleh perlembagaan kepada agama Islam di Malaysia? Jika sejak "asal"nya kalimah "Allah" itu adalah hak milik eksklusif umat Islam di Malaysia, mengapa pula "Herald" cuba "mengusik"nya? Apakah "Herald" tidak menghormati perlembagaan, hak-hak eksklusif Islam dan penganutnya di Malaysia ini? Mengapa pula mahu dituntut perkara yang tidak dapat diterima oleh penganut agama majoriti rakyat di Malaysia ini? Bukankah itu tanda bahawa "Herald" bersikap "kurang ajar" di tanah asing? Kalau bukan "kurang ajar", apakah perkataan yang selayaknya diberikan kepada "Herald"?

Saya amat berharap agar "Herald" faham akan sensitiviti perkara ini dan menarik balik permohonan dan niat mereka berkenaan penggunaan kalimah "Allah" ini. Saya juga berharap agar rayuan dikemukakan kepada pihak mahkamah berkenaan perkara ini dan dibicarakan dihadapan DYMM YDP Agong dan Raja-Raja Melayu memandangkan kesemua DYMM Tuanku adalah Ketua Agama Islam di setiap negeri naungan. Saya juga berdoa agar Allah SWT akan memelihara kalimah "Allah" dari "dipergunakan" sewenang-wenangnya oleg mereka yang tidak berkenaan di Malaysia. Jika "Herald" mahu menggunakan juga kalimah "Allah" di dalam penulisan mereka, SILA GUNAKAN DI LUAR BUMI MALAYSIA!