Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, September 6, 2010

Pertemuan SUK UMNO Kedah & blogger pro-UMNO...


Aku ada terbaca artikel di Kedah Times yang ditulis begini dan ditulis pula begini kemudiannya. Antara "point" yang ditulis di Kedah Times ialah tentang ungkapan Tok Man Aziz yang agak menghina blogger-blogger pro-UMNO di Utara, khususnya di Kedah. Othman Aziz dilaporkan menggelar para blogger ini sebagai "blogger perasan".

Lantas aku menghubungi beberapa rakan blogger yang hadir pada majlis berbuka puasa anjuran UMNO Kedah itu. Mereka mengiyakan perkara ini. SUK UMNO Kedah yang baru ini ada "memperleceh" dan memperkecilkan blogger-blogger pro-UMNO di Kedah. Antara yang diberitakan hadir ke majlis tersebut ialah CucuTokWan yang datang jauh dari Kuala Lumpur. Selain itu, hadir bersama di majlis itu ialah DetGuaq tuan ampunya "Pelantaq Hujah", seorang blogger dari Pendang yang menjawat jawatan di UMB Kedah dan beberapa blogger ternama di "Northern Region". "Salute" untuk blogger-blogger pro-UMNO di utara.

Untuk nota, aku pernah bertanggungjawab mengendalikan beberapa pertemuan "bloggers utara". Pertemuan pertama berjaya dijalankan dengan kehadiran ramai blogger dari Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur. Kehadiran yang dicatat pada pertemuan pertama itu ialah 30 orang. Kemudian menyusul pula pertemuan tahunan untuk kali kedua. Kali ini lebih meriah dengan kehadiran lebih ramai rakan blogger ternama seperti Akhram Shah, Che Wan dan ramai lagi. Kehadiran meningkat dan pada pertemuan kedua itu, "seseorang" yang dikenal pasti mempunyai agenda "profit oriented" telah teruk dikendurikan beramai-ramai. Setahu aku, walaupun "mamat" itu cuba membuat sabotaj kepada kami, Alhamdulillah, Allah melindungi kami dari "fitnah" jahatnya.

Dan kali ini, para blogger yang aku sanjungi ini menerima kritikan yang menghina dari seorang SUK UMNO Kedah yang baru memegang jawatan itu. Aku hormati Tok Man Aziz kerana berjaya mewarisi kehebatan Dato' Ahmad Basri untuk menguruskan, menaikkan martabat Skuad Kenari dipersada bolasepak negara. Aku sendiri pernah membelanya di blog selepas diketepikan sebagai pengurus KFA oleh pimpinan negeri Kedah. Namun kini, dia kata blogger sperti kami ini sebagai "blogger perasan"?

Kata-kata ini sama ertinya seperti Ahmad Maslan yang menggelar blogger sebagai "goblok" atau Hisyamuddin yang tidak menghargai para blogger-blogger. Saya tidaklah "terasa" sangat dengan tuduhan Othman Aziz ini. Mungkin benar blog aku ini hanyalah "blog syok sendiri" yang hanya dibaca oleh rakan-rakan terdekat, kawan-kawan office dan jiran-jiran saya sahaja. Mungkin blog aku ini tidak dikenali ramai seperti blog-blog lain.

Namun, bagaimana pula dengan Kedah Times, Pelantaq Hujah, The Flying Kick dan beberapa pemilik blog yang dikunjungi oleh ramai pengunjung serata Malaysia dan luar negara? Rakan-rakan aku ini mencapai "hits" yang sangat membanggakan dan yang paling pentingnya, merekalah pejuang UMNO yang bangkit mempertahankan UMNO, menyerang propaganda fitnah Pakatan Rakyat dan membuka ruang kepada pembaca untuk berfikir betapa UMNO dan Barisan Nasional adalah yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Apakah mereka ini "blogger picisan syok sendiri juga"?

DetGuaq ada memberikan komennya pada posting di Kedah Times. Detguaq sebagai "orang tengah" terpaksa meminta maaf diatas kata-kata Othman Aziz ini kepada rakan-rakan yang hadir. Detguaq dimalukan oleh Othman Aziz dihadapan rakan-rakannya sendiri. Sabarlah Det, aku pasti rakan-rakan kita memahami situasi yang tuan lalui ini. Sabar sajalah...

Pada aku, Tok Man Aziz agak silap percaturannya pada pertemuan pertamanya dengan blogger pro-UMNO "bebas" ini. Sepatutnya, beliau yang mengaku bukanlah seorang IT-savvy lebih molek bersikap rendah diri. Menurut pendapat rakan, banyak perkara yang boleh disanggah pada pertemuan itu, namun kerana masa yang terhad dan tergesa-gesa Othman Aziz, mereka tidak sempat meluahkannya. Sebaliknya, selepas pertemuan itu, ada rakan-rakan yang menyambung pertemuan itu di "kedai mamak pokok ceri"! Kita faham-faham sendirilah apa yang diperbualkan...

Pada aku, aku tetap begini. Aku dan rakan-rakan yang lain akan tetap terus berblog walaupun UMNO Kedah memandang kecil usaha kami ini. Perjuangan kami ini bukan untuk individu-individu di dalam UMNO. Perjuangan kami ini tidak disuruh sesiapa. Perjuangan kami tidak di"kawal" untuk hanya menulis yang "baik-baik" saja. Adakalanya kami kena "belasah" juga jika tidak kena dengan caranya. Yang pasti, kami terus begini demi Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu, bukan kerana Menteri, YB, Ketua Bahagian atau sebagainya. Kami menulis kerana kesedaran diri sendiri...

Biarlah apa yang dikatakan oleh pihak UMNO Kedah. Sedangkan Perdana Menteri pun kami kritik dan turunkan dari kerusi empuknya, demi kebenaran. Jangan salahkan kami kerana tulisan kami. Cerminlah diri dahulu, apakah keperibadian dan ketokohan yang dimiliki itu mampu memperkukuhkan UMNO Kedah semula. Buktikan kami salah dan kami sedia mengaku salah jika benar kami salah. Namun, jika apa yang kami tulis ini benar, jangan pula menafikan dan tidak salah untuk seorang pemimpin itu menurunkan egonya dan mengaku salah. Fair and square, right?

Akhir kata, janganlah Othman Aziz atau mana-mana pihak tersinggung dengan teguran ini. Aku ikhlas demi memperbaiki yang mana yang lemah dan sama-samalah kita memperkukuhkan kedaulatan Islam, Melayu dan Tanah Melayu yang semakin terhakis dek pertualang negara. Sama-samalah kita berjuang. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Aku tetap aku, demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu! InsyaAllah, kita bertemu suatu hari nanti dengan kejayaan yang dirahmati Allah S.W.T...

3 comments:

abuarif said...

Osman Aziz,,,bukannya pemimpin!!!!!!!1sebab itu dia tak tau nak "MENILAI" antara pejuang sebenar UMNO,,,,,Pengalaman beliau adalah "Mengampu" seangkatan dgn "DET KHALID",,,sebab tu DET KHALID dan RAKAN2 yg Lingkup kedah ,,Menghantar MOmORENDUm Menyokong OSMAN AZIZ jadi,,SUK UMNO KEDAH,,,,,,,DATO SHAFIE AFDAL,,telah keluar surat lantik,,orang baru dari pemuda,,,,,,Di sabotaj olih Geng det khalid,MASAALAH POLITIK DI KEDAH akan pulih dan UMNO akan KEMBALI bERKUASA "satu cara saja iaitu "SINGKIRKAN" GENG DET KHALID,,,BALACI PAKLAH dan KJ,,,,,,,,RAKYAT AKAN KEMBALI YAKIN,,,,,,,,,""APA YG DI UCAPKAN OLIH OSMAN AZIZ,,ITULAH WAJAH SEBENAR MEREKA INI,,,BARU DI BERI KUASA SEDIKIT DAH SOMBONG,,,sama lah yg lain2,,,,,,,,,,,"NAK JAGA UMNo Macamana "ASYIK KARAOKE SAJA",,,,,,,PADA BLOGERS,,,UNTUK KEMBALI KEKUATAN UMNO,,,"TAK PAYAH MENYERANG PAS,,,,,,SINGKIRKAN KEKOTORAN YG ADA DI UMNO KEDAH,,,,,,DEDAHKAN KEKOTORAN INI,,supaya ahli UMNO TAHU ,,ramai lagi ahli2 UMNO YG KUAT BERANI,TEGAS,BERILMU DAN MEMPUNYAI SEMANGAT MELAYU TINGGI,,,,,yg SANGGUP MENGHADAPI CABARAN MASA DEPAN,,,,,,,,Lupakan KAREKTOR2 yg MEMALUKAN KEDAH,,,,,,"BLOGGERS AYUH BERGERAK",,,,,,,,,,,

abuarif said...

Osman Aziz,,,bukannya pemimpin!!!!!!!1sebab itu dia tak tau nak "MENILAI" antara pejuang sebenar UMNO,,,,,Pengalaman beliau adalah "Mengampu" seangkatan dgn "DET KHALID",,,sebab tu DET KHALID dan RAKAN2 yg Lingkup kedah ,,Menghantar MOmORENDUm Menyokong OSMAN AZIZ jadi,,SUK UMNO KEDAH,,,,,,,DATO SHAFIE AFDAL,,telah keluar surat lantik,,orang baru dari pemuda,,,,,,Di sabotaj olih Geng det khalid,MASAALAH POLITIK DI KEDAH akan pulih dan UMNO akan KEMBALI bERKUASA "satu cara saja iaitu "SINGKIRKAN" GENG DET KHALID,,,BALACI PAKLAH dan KJ,,,,,,,,RAKYAT AKAN KEMBALI YAKIN,,,,,,,,,""APA YG DI UCAPKAN OLIH OSMAN AZIZ,,ITULAH WAJAH SEBENAR MEREKA INI,,,BARU DI BERI KUASA SEDIKIT DAH SOMBONG,,,sama lah yg lain2,,,,,,,,,,,"NAK JAGA UMNo Macamana "ASYIK KARAOKE SAJA",,,,,,,PADA BLOGERS,,,UNTUK KEMBALI KEKUATAN UMNO,,,"TAK PAYAH MENYERANG PAS,,,,,,SINGKIRKAN KEKOTORAN YG ADA DI UMNO KEDAH,,,,,,DEDAHKAN KEKOTORAN INI,,supaya ahli UMNO TAHU ,,ramai lagi ahli2 UMNO YG KUAT BERANI,TEGAS,BERILMU DAN MEMPUNYAI SEMANGAT MELAYU TINGGI,,,,,yg SANGGUP MENGHADAPI CABARAN MASA DEPAN,,,,,,,,Lupakan KAREKTOR2 yg MEMALUKAN KEDAH,,,,,,"BLOGGERS AYUH BERGERAK",,,,,,,,,,,

princess jiji said...

sapa jadi pemimpin kat Kedah ni kita duk lagu tu jugak..PAS cara PAS,UMNO pulak duk tak habis rasa hebat lagi walaupun dah jadi pembangkang..tak salah merendah diri kerana kita dah kalah tapi kita kena hebat serang PAS apa yg depa buat salah..semua dah jadi lembab mcm mana kan?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!