Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, September 20, 2010

Pemuda Selangor Boikot Dato' Seri Najib?



Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian Negeri Selangor yang juga penyokong kuat Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, diyakini bertindak memboikot Majlis Hari Raya Aidil Fitri UMNO Negeri Selangor yang dihadiri oleh Dato' Seri Najib Tun Razak malam ini. Majlis yang berlangsung di Shah Alam dihadiri oleh hampir segenap lapisan ahli dan pemimpin UMNO peringkat negeri.

Dikhabarkan bahawa Majlis Hari Raya anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang juga diketuai oleh Dato' Seri Najib sendiri ini telah dihebahkan kepada setiap pemimpin UMNO Bahagian, sayap Wanita UMNO Bahagian, Pemuda UMNO Bahagian dan Puteri Bahagian diseluruh Selangor. Semuanya diminta untuk hadir memberi sokongan kepada Majlis yang dianjurkan oleh Presiden UMNO ini.

Di antara pemimpin Pemuda UMNO yang dikatakan penyokong kuat Khairy Jamaluddin dan gagal hadir ialah Ketua Pemuda Negeri Selangor, Saudara Suhaimi Ghazali, Naib Ketua Pemuda Negeri Saudara Zainuri Zakaria, Bendahari Pemuda Negeri Saudara Samad Dawood dan Saudara Azmir Yuzaimi.

Entah mengapa Ketua-Ketua Pemuda ini gagal hadir, susah untuk dikenal pasti. Yang peliknya, mengapa Ketua, Naib Ketua dan Bendahari begitu "sepakat" untuk tidak hadir ke program Dato' Seri Najib ini. Jika nak dikatakan ada "emergency" di kawasan masing-masing, takkanlah ketiga-tiga sekali kot? Takkanlah ketiga-tiga isteri "top leader Pemuda Selangor" nak bersalin serentak kot? Bukankah sudah diberitahu tentang program ini, mengapa mereka tidak hadir?

Mungkin mereka berempat ini tidak berpuas hati dengan Dato' Seri Najib dan sengaja mahu menunjukkan protes mereka kepada Perdana Menteri kerana tidak melantik Khairy Jamaluddin menjawat jawatan di dalam kabinet?

Mungkin juga kerana mereka-mereka berempat ini tidak punya masa untuk berhari raya bersama Perdana Menteri dan pemimpin UMNO Selangor yang lain?

Mungkin kerana mereka tidak "memberi muka" atau hormat kepada Presiden UMNO yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor?

Mungkin juga mereka tidak mahu beramah mesra dengan Perdana Menteri dan para pemimpin UMNO lain kerana tidak setaraf dengan Khairy Jamaluddin?

Atau Khairy Jamaluddin mengarahkan orang-orang kuatnya ini supaya tidak hadir ke Majlis tersebut kerana sakit hati pada Perdana Menteri?

Pada Duke, lantak pi la kat hangpa! Hang mai tak pa, dan kalau hang tak mai "lagi bagus! Senang sikit nak identify mana Ketua Pemuda mana yang kena turunkan pada pemilihan akan datang. Senang sikit nak identify Ketua Pemuda mana yang "kurang ajar". Dan yang paling penting, senang sikit nak habaq Ketua Pemuda yang mana satu "geng kuat KJ".

Duke tak tahu apa yang mereka-mereka ini fikirkan. Apa sangat yang bagusnya KJ tu? Duke sendiri malu nak mengaku berketuakan KJ. Malu! Malu berketuakan Ketua Pemuda yang bersalah dalam aktiviti rasuah politik. Malu kerana berketuakan Ketua Pemuda yang "tak tahu malu". Malu berketuakan KJ yang penuh dengan "kudis, kurap, panau dan sopak"! Dan bermacam-macam "malu" lagilah dengan si KJ ni!

Duke cabar KJ bertanding pertahankan jawatan Ketua Pemudanya pada pemilihan UMNO yang akan datang! Teringin sangat tengok KJ "jatuh" tergolek doq, kalah pemilihan secara "gentleman" dan bukan dengan laungan "KJ rasuah! KJ rasuah!". Time tu, baru la empat orang Ketua Pemuda ni tahu "langit tu tinggi atau rendah"!

sumber: Kuntakinte mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!