Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, September 24, 2010

"Adik" Chin Peng nak balik ke Malaysia?


"Okay, just to settle this matter once and for all, I shall be at the University College London (UCL), Gower Street, London at 1.00pm on Saturday, 2nd October 2010, to meet the Malaysian High Commissioner to Britain to talk to him about my return to Malaysia. After all, he will have to renew my expired Malaysian passport before I can travel back to Malaysia."

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

Nampaknya tukang fitnah, tukang karut, tukang putaq alam, tukang pencacai PKR, tukang tembak propaganda Pakatan Rakyat, raja penipu, raja pembohong Malaysia ini juga bercita-cita untuk pulang ke tanahair. Jika benarlah niat RPK ini yang ditulis pada NO HOLDS BARRED ini, maka Shafee Abdullah lah yang paling gembira. Pastinya kepulangan RPK akan membuka harapan kepada peguam ini untuk menyumbat RPK bersama anak lelakinya ke dalam penjara.

Apa yang tidak dikata oleh RPK kepada Datuk Muhammad Shafee, dimaki hamunnya peguam itu di dalam tulisannya "Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire, Money, Power and Sex: What Motivated Man dan The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation". Pastinya Shafee sudah menunggu kepulangan RPK yang mencicit lari ketakutan keluar negara sebelum ini.

Pada saya, RPK ini adalah "lidah akhbar" Pakatan Rakyat selama ini. RPK begitu sinonim dengan PKR. Ada juga sumber berbukti yang mendakwa bahawa RPK keluar dari negara ini dengan bantuan Pakatan Rakyat. Malah ada juga mendakwa (juga berbukti) bahawa segala perbelanjaan kehidupan RPK diluar negara dibiayai oleh PKR. RPK dikhabarkan mengupah pengawal untuk menjaga keselamatan dirinya di UK. Sejauh mana dakwaan itu tidaklah saya tahu, namun saya positif dengan dakwaan tersebut.

Entah mengapa RPK mahu kembali? Saya agak gusar dengan kepulangan RPK ke Malaysia ini. Ini memandangkan bahawa dia telah berkali-kali mencetus konstroversi dengan fitnah-fitnahnya yang kelihatan begitu "real". Jika selintas pandang baca, kita akan terpengaruh dengan tulisannya. Namun, bila diteliti dan difikirkan akal, barulah kita dapat lihat betapa hebatnya RPK mengarang fitnah. Siapa lagi mangsanya? Kebanyakkannya adalah pemimpin-pemimpin Kerajaan berprofile tinggi, termasuklah Dato' Seri Najib.

Ada sumber memberitahu saya sebelum ini bahawa RPK pernah menemui seorang pegawai khas yang bertugas untuk seorang "menteri". Dia meminta sejumlah wang yang lumayan dari "Menteri" tersebut sebagai timbal balas untuknya menarik balik artikel tersebut. "Menteri" tersebut ketawakan RPK dan dengan selamba menolak permintaan RPK itu. "Menteri" tersebut tahu bahawa dakwaan RPK itu hanyalah palsu dan fitnah, jadi mengapa dia perlu membayar tukang fitnah tersebut? Begitu licik RPK mencari duit mengkayakan diri.

RPK ingin pulang ke Malaysia? Pulanglah. Mahkamah dan Shafee Abdullah menunggu mu
dan tidak sabar-sabar bertemu dengan mu. Siaplah kau! Kepulangan RPK ini bagaikan pulangnya seorang lagi "Chin Peng" ke Malaysia. Chin Peng seorang penjenayah yang membunuh ramai rakyat Malaysia. Manakala RPK pula pakar fitnah berIQ tinggi, bukankah "fitnah itu lebih keji berbanding membunuh"?!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!